October 31, 2011

The Mysterious Mak Cik....

Salam & greetings to all..........


Satu pagi Sabtu yang senyap sunyi...aku singgah di blog sini. Ok...mintak maaf cakap ye...aku
tak folllow pun blog beliau ni tapi aku seronok pulak dengan kisah The Mysterious Mak Cik yang
owner of the blog ajak kongsi dan sambung cerita beliau itu.

Ikut kata dia...tak kisah kalau bukan follower pun nak join. Untuk tidak membuang masa...jom kita
try test sambung dari cerita the so-called blogger ni...................








Ok...ku sambung ceritanya begini................

Apabila The Mysterious Mak Cik tadi mendengar penjelasan Milah yang mengatakan ibu dan bapa 
mereka ke Pasar Tani....

"Hah! Pasar Tani?" kuang...kuang...kuang!

Sementara Mijah yang sedang membuat air di dapur menarik telefon bimbitnya yang berlagu 
di dalam poket seluar. Apabila skrin dibelek....ah...ayah. Mijah terus menjawab. 

"Assalamualaikum ayah."

"Waalaikumsalam Mijah..." ayahnya macam tak cukup nafas nak bercakap memberitahu berita yang
baru didengarnya. "...kalau ada sapa-sapa datang beri salam, jangan bukak pintu masa emak 
dan ayah tak ada kat umah ni tau?"

Aik? Mijah berpaling lipat maut kerana dia dan Milah sudah pun membenarkan seorang Mak Cik 
masuk semasa ketiadaan ibu dan bapanya. Tapi....tak kan la...

"Kenapa ayah?"

"Ni...dia orang sibuk cerita cakap ada sorang mak cik pakai jubah putih baru lepas dari Hospital 
Tanjung Rambutan. Dia ada bawak karong yang berisi dengan anak-anak ayam yang berwarna-warni 
yang disangkanya Angry Birds."

"Angry Birds?" Mijah bulat mata. Tak sempat mendengar penjelasan selanjutnya dia terus berlari ke 
depan mendapatkan Milah. 

Sampai di ruang tamu, The Mysterious Mak Cik dan Milah sedang sama duduk gelak-gelak bermain 
dengan anak-anak ayam yang berwarni warni yang dikeluarkannya dari dalam karong yang dibawa 
oleh The Mysterious Mak Cik tadi. 

The Mysterious Mak Cik tu pantang dengar Pasar Tani sebab satu tragedi menimpa dirinya di Pasar 
Tani.

Satu ketika dulu dia selalu ke Pasar Tani membeli barangan dapur dengan membawa dua orang anak
kembarnya. Setiap kali juga anak kembar itu akan meminta untuk dibelikan anak-anak ayam yang
berwarna-warni yang mereka sangkakan Angry Birds. Namun permintaan mereka selalu ditolak dengan
pelbagai alasan oleh emaknya.

Pada hari kejadian...The Mysterious Mak Cik sibuk memilih bawang merah dan bawang putih bila
dia selesai dan berpaling mendapati anak kembarnya tiada bersama dia. 

Sejak dari saat itu dan hari itu...The Mysterious Mak Cik telah menjadi hampir separuh gila. Dia 
sangat menyesali diri kerana tidak memenuhi kehendak anak kembarnya yang mahukan anak-anak 
ayam yang berwarna-warni itu. Dia akan ke Pasar Tani membeli anak-anak ayam yang berwarna-warni
itu sambil merayau mencari anak kembarnya.

Dia telah terpandang Milah dan Mijah yang berdiri di muka pintu tadi melambai ibu dan ayahnya pergi, Maka........

"Milah!"  jerit Mijah yang terkejut beruk melihat ruang tamu rumahnya dipenuhi dengan anak-anak
ayam yang berwarna-warni itu.

Milah dan The Mysterious Mak Cik sama berpaling.

Milah mengangkat kening bertanya bila Mijah yang memanggil macam gaya ada gempa bumi tadi pula
terdiam pucat.

Macam mana nak beritahu Milah pasal siapa Mak Cik itu sebenarnya? Mijah mencari idea spontan.
"Tolong bawak dulang air tu ke depan."

Milah pelik...kenapa dia berdiri tercegat dekat situ? Apa salahnya kalau Mijah bawak sekali tadi?

Kepala Mijah terteleng-teleng memberi isyarat untuk Milah ke dapur. Milah faham...lalu dia bangun
dan menapak mendapatkan Mijah.

Mijah cepat menarik tangan Milah untuk memberitahu apa yang telah dikhabarkan oleh ayah mereka
kepadanya tadi.

Sementara itu di ruang tamu.....sebuah van putih telah mengundur masuk ke perkarangan rumah itu.
Dua orang lelaki berpakaian putih keluar dengan pantas masuk ke dalam rumah itu dengan membawa
keluar LCD TV 32" yang baru dapat ditonton entah berapa hari sahaja itu serta The Mysterious
Mak Cik.

Mijah dan Milah yang datang beberapa minit kemudian dengan menatang dulang air hanya mendapati
anak-anak ayam yang bersepah di ruang tamu tanpa Mak Cik dan................

"Aaaaaaaaaaaaaaaa!!!" Kedua-dua mereka serentak menjerit. Dulang yang berisi dengan air minuman
bersepai ke lantai.

Tertipu sudah.

Dipendekkan cerita....dua orang lelaki tadi telah menggunakan orang-orang tua yang sudah ingat-ingat
lupa menggantikan budak-budak sebagai tektik baru sindiket mereka dalam kerja menyamun di siang
hari. Ayah Mijah yang menghubungi anaknya tadi cuba untuk memberitahu akan van putih dengan dua
orang lelaki tadi tapi tidak sempat didengar oleh Mijah.

.........Tamat.........

Junie Octovian: I hope Nurdani like my version of a story. TQ


1 comment:

  1. hahahaha.cerita yang menarik.berkerut-kerut dahi gigih membaca. terima kasih sudi join dan memeriahkan segmen. good luck!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...