November 3, 2011

"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

Greetings to all........


Contest lagi? Korang pengunjung blog jangan termuntah hijau pulak ye bila masuk sini tengok aku 
semenjak dua menjak ni rajin pulak nak masuk contest segala bagai. 


Untuk pengetahuan pengunjung blog...bab menulis ni aku memang rajin. Contest pertama tu aku 
guna Bahasa Inggeris sebab nak menggilap skill Bahasa Inggeris yang sudah tentu bukan bahasa 
harian ku.


Tapi contest kali ini aku mencuba dalam Bahasa Melayu pula. Jom layan karangan ku mengenai 
tajuk yang telah diberikan oleh tuan punya blog.






eqbalzack.com Writing Contest (2)


"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

Hubungan bagaimanakah yang dimaksudkan dalam tajuk ini?
Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi ( harus nikah ) ternyata haram. Dalam
konteks pendidikan formal, menengah atau tinggi, pergaulan begini adalah lumrah kehidupan
yang harus dilalui.

Maka itu disiplin diri diperlukan bagi menggaris ruang dan membina perasaan hormat diantara guru dan
pelajar untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik demi mencapai matlamat utama
mereka.

TETAPI, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya hubungan itu berlandaskan hukum Islam. Mereka
yang terlibat pula harus pandai menjaga adab pergaulan, bersifat profesional dalam menjaga profession mereka yang dipandang mulia di mata masyarakat agar tidak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral
di samping menjaga martabat pendidik dengan anak didik.

Petikan dari Surah An-Nissa - Ayat 3


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi 
  jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu 
  berkahwin seorang sahaja."


Bermaksud Islam tidak melarang perkahwinan antara guru/pensyarah dengan pelajarnya atau majikan
dengan pekerjanya. Alangkah bagusnya jika hubungan itu diikat pula dengan tali perkahwinan yang
dapat mengeratkan silaturahim diantara dua keluarga dalam meramaikan umat Muhammad. Manakala perkahwinan itu sendiri merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki dan perempuan di mana Rasulullah SAW bersabda: 


"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia 
  dari golonganku."

Masalah ini ditekankan kepada masyarakat Melayu Islam khasnya memandangkan masyarakat kita
yang kaya dengan adab sopan dan tata susila yang sudah termaktub di dalam Rukun Negara kelima.
Selain menjaga nama sendiri, kita juga membawa sama nama keluarga dan nama negara di mata
bangsa asing dan masyarakat dari luar negara yang ternyata sama mengiktirafkan negara kita sebagai
sumber menggali ilmu.

Kesimpulannya, jika dikaji menurut hukum Islam memang tidak salah sama sekali tetapi ada
sesetengah manusia yang beranggapan tidak manis dipandang mata. Kepada yang terlibat,
tepuk dada...tanya selera dalam mencari keredhaan Allah SWT. 




299 words


Person tagged: aidanelle



1 comment:

  1. Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

    moga berjaya. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...