March 5, 2014

Rahsia Semalam (Bab 2)

Bab 2

CERITA mereka mula-mula tinggal serumah…
          
Shahila baru lepas ber’fb’ dengan Faizal usai solat maghrib di dalam biliknya bila dia keluar ke ruang tamu, Anis dan Yaya tengah sot sat sot set. Tengok cerita Korea The Three Brothers waktu maghrib itu siap tangkap leleh. Cerita yang bermula dari pukul enam lima puluh minit petang itu berakhir pada pukul lapan malam setiap hari Sabtu dan Ahad. Shahila pula baru pulang dari kampung menjenguk emaknya setiap sebulan sekali. Dia mahu memanaskan lauk yang dibekalkan oleh emaknya untuk mereka makan malam, malam itu. Tadi dia sudah berpesan dengan Yaya untuk memasak nasi sahaja.
          
“Hei! Korang ni tak maghrib lagi kan?” dia selaku kakak diantara mereka bertiga cuba mengingatkan.
          
“Belum cikgu.” Budak bertuah dua orang itu menjawab serentak macam anak murid.
         
 “Tengok cerita macam tu pun nak sedih,” ejek Shahila lagi.





“Memang kurang ajarlah si Yeonhui tu. Kalau dapat kat aku, memang aku kerjakan dia. Miang sangat. Macam tak ada jantan lain lagi. Kesian Umi tu, kan Anis?” tanya si Yaya pula yang memang gemar dengan cerita Korea dari channel 391 itu.
         
 “Ala…dah pengarah dia suruh dia melakunkan watak macam tu. Korang pulak yang sibuk. Tengok ajelah.’
          
“Isy! Kak Shila ni. Sibuklah,” marah Yaya.
          
“Dah! Pergi solat sana. Lepas ni boleh makan sama-sama.” Tegur Shahila pula.
          
Anis mencapai remote TV dan menekan butang OFF. Mereka berdua lalu bangun untuk ke bilik masing-masing tanpa banyak songeh.
          
Shahila ke dapur memanaskan gulai pucuk ubi masak lemak tempoyak yang dibekalkan oleh emaknya siang tadi. Ada paru goreng berlada dan…

Shahila masih berkira-kira untuk menambah lauk apa yang patut. Tiba-tiba dia teringat akan ikan kering terubuk yang dibawa Yaya semasa pulang dari Kuching cuti lepas kerana rombongan dengan Persatuan Pandu Puterinya. Masih ada tersimpan di dalam peti ais. Yang dibawa balik ke rumah habis dah dibedal oleh kak langnya yang memang hantu ikan kering. 




... bersambung





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...