March 4, 2014

Rahsia Semalam...

Bab 1


ALARM dari jam digital di meja sisi katil masih lagi menjerit mengarah untuk bangun atau mematikannya. Tangan dipanjangkan untuk menekan suis dan menolak suis kepada radio yang memang sudah disetkan ke channel Hitz. FM.
          
Tiba-tiba…

It’s a beautiful night
We’re looking for something dumb to do
Hey baby,
I wanna marry you…

Suara Bruno Mars yang menjerit mendendangkan lagu Marry You dengan volume yang paling tinggi itu membuatkan Yusry yang bermalas-malas tadi terpaksa bangun untuk memperlahankannya.
         
Eh! Sedap pulak lagu ni…’ Dia berbaring semula sambil melayan lagu yang ke udara pagi itu.

Is it the look in your eyes
Or is it this dancing juice?
Who cares baby
I think I wanna marry you…
Well, I know this little chapel on the boulevard
We can go
No one will know
Come on girl…

Yusry senyum… macam kisah dia dengan Yaya. Kenal lewat telefon dah ajak kahwin. Nasib baik Yaya setuju… kalau tidak malunya mana nak letak muka? Memang something dumb to do…

Who cares if we’re trashed
Got a pocket full of cash
We can blow
Shots of patrons
And it’s on girl…

Suara pengacara radio Hitz. FM pagi itu yang dikendalikan oleh Jay Jay dan Ian melekakan para pendengar. Lagu pilihan yang ke udara pula bertepatan kisah cinta Yusry dengan gadis yang bakal menjadi suri hidupnya. Radio dimatikan dan dia bangun lalu menapak ke tingkap.

Tingkap bilik itu dibuka luas untuk mendapatkan cahaya matahari pagi. Dia mendepangkan tangan dan kemudian membawa kedua-dua tangan itu ke depan dan diregangkan. Berdetup detap bunyi tulang sendi yang sepanjang minggu asyik bekerja.

Pagi minggu yang berbahagia ini, dia teringin untuk bangun lewat. Namun dari sejak lepas solat subuh tadi, dia hanya berguling di atas katil sahaja. Bergolek ke kiri dan sekejap pula ke kanan. Dah tak boleh nak lelap balik. Yusry menjengah keluar tingkap dari biliknya yang menghadap bahagian belakang. Dia kini menumpang tinggal dengan Alongnya. Maka dapatlah dia bilik yang menghadap bahagian belakang rumah. Di kawasan perumahan ini memang pada awal pagi begini baru nampak kereta yang berbaris-baris. Kalau bangun lewat sikit, tinggallah sebiji dua sahaja. Masing-masing ada sahaja tempat yang hendak ditujunya.












Seberang jalan besar itu ada sebuah tasik. Jambatan yang sengaja dibina oleh pemaju perumahan merentangi tasik itu sudah dipenuhi orang yang rajin keluar beriadah di waktu pagi. Yang berjogging siap bawak anak isteri lagi. Yang memancing pun dah sibuk membuka payung kerana matahari sudah mula memancarkan sinarnya. Padahal sudah diletakkan papan tanda sebesar alam ‘No fishing’… namun masyarakat Malaysia yang sudah lama lemak dan berkrim itu tidak pernah hendak mempedulikan arahan sedemikian. Pihak yang berkuasa pula nampak macam tidak ambil berat tentang hal itu, maka orang yang memancing pun bertambahlah dari hari ke hari.
          
Masalahnya, mereka-mereka ini akan meninggalkan sampah-sampah di situ sahaja walapun sudah disediakan dengan tong sampah di beberapa tempat di taman itu.

Yusry pula memang tidak berkesempatan hendak melakukan itu semua. Sejak dia pulang ke tanahair, dia menumpang di rumah along kerana rumahnya didiami oleh adik bongsunya dengan seorang kawan yang sama-sama mengajar satu sekolah. Dari dahulu lagi si Yaya sudah berpesan, jika Yusry sudah tamat belajar dan mahu terus kembali ke Malaysia, kena beritahu awal-awal supaya Yaya sempat mencari rumah sewa lain. Tetapi kalau sudah Yaya itu sekarang ini bakal menjadi isteri dia, masakan hendak disuruh keluar pula? Ini pun kira nasib baik kerana along masih bujang trang tang tang.
Kalau hujung minggu pula ada-ada sahaja urusan yang telah diatur. 

Kalau hendak diikutkan bukan dia ada adik beradik ramai pun cuma tiga kerat itu sahaja. Dia, along dan Anis. Semua dah boleh jadi emak dan bapak orang. Mummy dan ayah pun bukan ada di Malaysia untuk kena pergi jengah. Tetapi hari ini Yusry sudah berjanji dengan Cik Farrah Nur Nadia untuk ke Butik Kayangan, mencuba baju pengantin mereka.

Yusry berpaling mencari jam di sisi katil. Jam digital itu menunjukkan pukul tujuh dua puluh lima minit pagi. Hurmm… lama lagi. Janji pukul sepuluh. Along out-station seminggu. Conference di mana entah. Penang atau Langkawi, macam itulah. Hari tu masa dia beritahu, telinga tak berapa nak mendengar sebab tengah bertelefon dengan Cik Farrah Nur Nadia tu. 

Macam-macam aje perempuan seorang tu. Kejap nak tema maroon, kejap tukar purple dan sekarang ni rasanya tak kan dapat nak tukar lagi dah. Confirmed hijau peacock tu sebab masa dah tinggal tiga minggu sahaja lagi. To be exact lah… dua puluh tiga hari. Mana sempat mak andam tu nak ubah sana sini. Mau kena cas lebih pulak nanti. But, who cares baby… I wanna marry you! 


Yusry mengemas katilnya. Dia mencapai tuala mandi dan terus menuju ke bilik mandi. Tuala disangkutkan ke penyidai. Dia beralih ke singki bercermin dan mencapai berus giginya. Sambil tangan memicit ubat gigi, mata merenung wajah di cermin. Betul ke aku ni dah nak kahwin? Dia bertanya diri sendiri. along pun belum sibuk lagi.



..... bersambung



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...