March 4, 2014

Rahsia Semalam

.... sambungan


YUSRY terkejut dari lamunan bila hensetnya berlagu riang. Yusry membuka pintu bilik air dan hensetnya di atas katil dicapai.

Omak ai!!! Cepat matanya mencari jam digital di sisi katil. Sembilan lima minit pagi. Patutlah Cik Farrah Nur Nadia dah call.

“Assalamualaikum!”
          
“Waalaikumussalam. Jadi tak ke Butik Kayangan tu?”
          
“Pukul sepuluh kan?”
          
“Yup!” jawab orang di talian sebelah sana.
         
 “Be right there.”
          
“Okey.” Talian dimatikan.


SEBENARNYA Cik Farrah Nur Nadia di sebelah sini talian dah macam nak pitam mengingatkan hari persandingan dah makin hampir. Mula tu okey aje. Lepas pergi spa, ambil pekej untuk pengantin tu, dia dah tak boleh nak tidur malam. Rasa macam nak cancel aje wedding tu… tapi takut kena pancung dengan papa.
          
Ada ke mak datin tu cakap, ‘perempuan ni cantik macam mana pun kalau dah kahwin memang berubah bentuk badan dia. Lagi-lagi kalau dah mengandung. Besar sana, besar sini. Bengkak sana, bengkak sini. Bila dah beranak? Lagilah.. tak boleh blah. Mana payu daranya turun, punggung jadi besar, entah apa-apa aje.’

Muka mak datin tu bukan nampak jelas pun. Bertepek dengan masker warna keemasan, entah jenama apa. Tapi mulutnya tak tau diam. Pot pet pot pet! Menakutkan orang yang baru nak kenal dunia ni.






          

Lepas tu dia sambung lagi, ‘…tu sebab saya ni tak beranak sampai sekarang. Takut nanti bentuk badan saya lari. Lagi pun kalau ada anak, mana dapat nak ikut Datuk ke sana ke mari? Tentu dia ada banyak excuse tak nak bawak kita.’
         
 Farrah Nur Nadia aka Yaya di sebelah, berpeluh sejuk dibuatnya. Kebetulan dia anak tunggal. Mama dan papa selalu aje sibuk dan tak pernah lekat di satu tempat. Kalau nak jumpa kena call dulu. Kalau main terjah aje, alamatnya duduklah dekat kaki lima rumah tu sampai esok. Tapi mama dan papa pun bukan pergi ke tempat yang sama. Kalau tak betul-betul pakat cuti, memang tak jumpa.
          
Yaya tinggal menyewa dengan Anis di rumah abangnya, Yusry. Semasa Yusry mendapat tawaran untuk ke Minessota empat tahun buat Ph.D; Yusry suruh Anis jaga rumahnya. Hendak disewakan, bimbang pula tiada penjagaan. Kebetulan masa tu Anis dah habis buat TESL di UPM.

Anis, si manja yang penakut tu, cari kawan untuk sama tinggal dengannya. Ada tiga bilik di kondominium tu. Anis pakai satu, ada lagi dua. Kebetulan Yaya pula tengah sama mencari rumah sewa, Anis pun pelawalah. Cikgu Yaya berasal dari Kuching, Sarawak yang baru ditugaskan ke sekolah yang sama dengan Anis. 
          
Kemudian Anis dapat kawan seorang lagi, cikgu senior, Shahila Abdul Razak. Kak Shila pula baru bertukar dari Johor. Dia dah apply awal-awal sebab boyfriend dia Cikgu Faizal tu mengajar di sekolah yang sama juga. Cuma mereka berdua tu sangat pandai menyimpan rahsia sehingga tiada siapa yang dapat menghidu akan hubungan mereka. Kebetulan juga Cikgu Faizal tinggal di kawasan kondominium yang sama cuma dia di blok A manakala Shahila dan Yaya yang kini menyewa bersama Anis tinggal di blok D.
          
Bukan senang hendak masuk ke kawasan kediaman mereka itu, penghuninya sahaja yang mempunyai akses kad. Orang lain yang hendak datang kena ada ‘sesi berkenalan’ dengan pak guard yang menjaga di pintu masuk ke kawasan kondominium itu. Memang payah… kalau tak ada hal tak kuasa kawan-kawan hendak ke sana. Untuk penghuni di situ memang dikira sangat selamatlah. 





.... bersambung



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...