March 6, 2014

Rahsia Semalam

Bab 2 ~ Anis Tertipu?


“APA yang Faizal hendak tadi?” tanya Anis semasa mereka bertiga sedang menghadap makan malam. 
       
Kebetulan semasa Shahila belum sampai ke rumah petang tadi, dekat empat lima kali Faizal menelefon bertanya. Katanya, dia sudah cuba hubungi telefon bimbit Shahila, tetapi tidak berangkat. Samai sahaja di muka pintu, Yaya sudah terjerit memberitahu Faizal hendak online dengan dia. Macam dah tak boleh nak tunggu esok pula. Padahal boleh aje jumpa di sekolah nanti.

         
“Saja nak tanya pasal kelas tambahan malam Rabu nanti,” cerita Shahila.

Padahal Faizal tu dah tak cukup tanah risau kisah dia balik kampung tak beritahu dengan Faizal.

“Macam dah tak ada esok pulak,” tambah Shahila sambil tangannya mencubit ikan terubuk kering, tetapi tangannya cepat ditepis oleh Yaya yang sedang terteleng-teleng dengan henset Samsung S4 zoomnya. 




Yaya memang macam tu... sebelum makan tentu akan buat photoshoot untuk dimasukkan ke dalam blognya. Shahila masih sabar lagi menunggu, Anis yang selalu dah nak naik hantu dibuatnya. 
          
“Ni menatang apa, ni?” tanya Yaya yang terliur dengan paru goreng berlada. Sejak mula menyuap tadi, hanya itu sahaja yang dibedalnya.
       

“Dah nak habis semangkuk, baru nak tanya,” tegur Anis. “Kau ni kalau aku masak biawak pun kau main bedal aje, agaknya.”




          
“Kau biar betul, Nis.Tak kan kau nak masak biawak, kot?” Yaya menyiku Anis. “Aku percayalah kat korang.”
         
“Dah tu? Lain kali nak makan tanya dulu, ni lauk apa, masak apa, barulah makan.” Anis mengajar.

“Nis, akak ada bendalah nak cakap dengan Anis.”
          
Dua kepala sama mengangkat wajah memandang Shahila.
          
“Apa kak?” tanya Anis.
          
“Akak rasa bertanggungjawab untuk beritahu Anis. Tapi Anis jangan marah tau?”
         
Debaran dada Anis dah hilang rentak. Macam berita tak baik aje. Kenapa ni? “Kenapa kak?”
     
“Semalam, akak dengan emak pergi Pasar Tani.” Ini yang dapat beli pucuk ubi, tempoyak dan paru. Kalau nak harap Speedmart tu, mana nak jumpa benda-benda macam tu?
          
“Akak hundred percent sure, apa yang akak nampak tu memang Kapten Amirul.”
       
Anis dah mula memberikan senyum nipis segaris bila nama Kapten Amirul disebut.Tetapi lepas itu dia tarik muka dan mengerutkan keningnya.
          
“Bukan dia kata dia kena balik Camp sebab kena jaga budak PLKN ke?”
        
Shahila menarik sebelah tangan Anis dan digenggam mesra. “Akak nampak dia dengan seorang perempuan yang sedang mengandung, Anis. Akak rasa macam tak percaya mulanya, tapi dia disebelah akak aje. Full uniform dengan tag namanya di kiri dada.”
         
“Amirul dah kahwin? Isterinya sedang mengandung? Amirul tipu Anis?” Anis bercakap sendirian sambil menatang pinggan ke singki dapur.
          
Shahila segera memberi isyarat kepada Yaya agar mengekori langkah Anis, bimbang nanti bukan dibasuhnya pinggan tu, mau dilempar ke bawah dari tingkat lima tu, ada pulak orang yang sedang berjogging atau yang sedang melepak di bawah sana terbelah dua kepalanya.
          
“Bak meh pinggan tu, basuh membasuh ni kan kerja aku?” cepat Yaya menarik pinggan dari tangan Anis yang dah macam Zombi Kampung Pisang.
          
Setelah membasuh tangan, Anis kembali duduk di kerusi meja makan.

“Cantik tak kak, isteri Amirul tu?”
          
“Sangat cantik dan comel orangnya. Dia sedang mengandung macam tu pun nampak comel. Kalau akak, agaknya rupa beruang kutub, kut?” sempat Shahila memuji dan melawak tanpa sengaja. Tapi memang pun perempuan yang sedang mengandung itu sangat cantik.

“Amirul tipu Anis, kak?” tanya Anis yang telah terguris hatinya. 



... bersambung


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...