Suasana sunyi di Pondok Indah membawa kenangan ku merayau jauh ke beberapa puluh tahun yang lalu. Ketika itu aku tinggal di Pondok Indah bersama dua orang anak lelaki yang masih kecil. Suamiku pulang menjenguk setiap hujung minggu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR5oMdEkOfBx55uYNSC6g4iQftIipAfDvj6mdkqcETFr_UawOoH5W8Dhyphenhyphen91vg5M_6OKfsIi8ngIqd6WzgZCkmP_BcF2eLZVN8WRyqh0kHlddXq09KqNpNmuqzSsZ0NA2ktWvlGQFpUuHs/s1600/images+%252814%2529.jpg)
Pagi minggu itu dia meminta bantuan aku untuk memegang pita ukur sementara dia mencari keluasan yang diperlukan untuk membuat jalan tersebut.
Tiba-tiba.....
‘Jun! Buat apa tu?’ Sayup terdengar suara Atok yang tinggal di tanah kawasan depan itu menjenguk dari tingkap dapurnya bertanya.
‘Ni hah! Cadang nak mintak jalan tar la Tok.’ Jawabku sama menjerit. Mana la tau dia tak dengar karang.
‘Kamu kalau nak mintak buat jalan, tarik ke sana sikit. Kat sini ada pokok buah Rambai Atok. Banyak menghasilkan buah kalau dah musim. Kalau ditebang nanti banyak kena ganti rugi.’ Beritahu Atok yang lelaki pula entah dari mana datangnya, tetiba dah ada di sebelah aku.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWbyU1lKyWmVPlNbnnP0BmlYPAnskuEZbKTHVaa9GmBs_vqaxpW3ORLWhbvbVeYxcy77fcp-ikWMr43Q62dQmpmmaHGUwT3H36wrqpl7771d8As1sHYcUxpUw8FnwkJqUC0fmzdxkuN30/s1600/images+%252811%2529.jpg)
Semasa cerita itu aku sampaikan pada suami, suamiku menjawab.
‘Yang dia pergi tanam dekat kawasan sempadan kenapa? Kalau panggil Juru Ukur...yang termasuk sebelah reserved untuk jalan tu kena kerat lah.’
Mula tu aku angguk mendengar penjelasan...kemudian aku pandang suamiku lagi.
‘Kalau masuk separuh? Tak kan nak dikerat separuh pokok tu?’ Aku tanya suami yang memang dah pakar dalam bahagian perkebunan itu.
‘Tu yang I cakap tadi? Kenapa dia tanam dekat sempadan tanah?’
Isy! Payah ni... ‘Buatnya dia mengamuk dengan parang panjang dia yang sentiasa ada di tangan tu macam mana?’ Aku mengingatkan suami kerana aku yang tinggal di sini dengan anak-anak.
‘Kalau dia tak beri juga?’
‘Kita beli je helicopter...senang terus turun depan rumah.’ Jawab suamiku.
Aku membayangkan kalau benar kami guna helicopter untuk turun terus di kawasan tanah kami yang lapang diantara rumah ku dan pondok usang pasangan Atok itu. Terus aku pandang suamiku yang sedang membelek akhbar sambil menyedut asap Malboro.
Nauzubillah.
Hari ini...kira-kira dua puluh lima tahun kemudian...
Pondok usang itu sudah dibaiki sedikit di bahagian depan dan dihuni oleh cucu pasangan Atok itu. Terdapat sebuah rumah yang besar didirikan di sebelahnya yang dihuni oleh anak perempuan pasangan Atok tadi.
Pasangan Atok pula telah lama kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.
Pasangan Atok pula telah lama kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDSgLLr9Xc9Gdjl9DGFQyl1-9RDPc2I5qnLSb5BhFMqxNPpY8yq2b4FSkX6Z17-L0ClFiRYTlW1Bhq06ngnVqLXIqLamJd2cRPyNYsQnEjiRJLsGsX3nROgU5kzjNIj9m3eRj7qgzoLDc/s1600/images+%252815%2529.jpg)
Dalam pada itu aku sempat bertanya, ‘...pokok Rambai yang di tepi ni dah mati ke?’
‘Tebanggg..’ Panjang jawab si cucu yang mengambil alih pondok Atok itu. ‘...bukan boleh makan pun, buahnya masam.’
Aku angguk perlahan dan terus berjalan pulang.
Junie Octovian: Masih memikir sampai sekarang...kenapa Atok lelaki tu tak nak beri kami jalan masuk?
Junie Octovian: Masih memikir sampai sekarang...kenapa Atok lelaki tu tak nak beri kami jalan masuk?
No comments:
Post a Comment