Showing posts with label Birthday.... Show all posts
Showing posts with label Birthday.... Show all posts

October 22, 2012

Hari lahir!

Aku mengucap syukur pagi ini apabila ku buka mata dan menyedari aku masih ada di dunia nyata untuk meraikan hari kelahiranku pada hari ini tanggal 22 haribulan Oktober........

Uda dah call semalam, "...esok kan?" soal Uda yang memang belum pernah lupa dengan tarikh lahir adiknya ini.

Hatiku tercuit rasa sedih, namun kesedihan itu ku letakkan ke tepi dulu kerana mahu berborak bertanya khabar dia yang jarang ku temui itu.

"....Uda wish dulu...esok takut sibuk-sibuk lupa pulak," tambah Uda lagi. Kedengaran riuh rendah suara latar yang masuk sama ke corong hensetku itu.

Anak sulongku pula entah dah berapa kali asyik belanja makan dalam bulan ini. Tarikh yang jatuh pada hari Isnin itu tidak memungkinkan kami meraikan pada tepat masanya.

"Tak apa..." kataku padanya. "...asalkan masih ada dalam ingatan, cukuplah!"

Angah yang berada di seberang lautan, sudah pun mengirim kad ucapan.........


Terima kasih Angah, Huda dan cucunda Maryam......


Sudah dua kali aku dapat kad ucapan kiriman dari mereka yang bermakna sudah dua tahun Angah dan keluarganya berada di sana. Tetapi rasa dekat di hati kerana kemudahan yang tersedia sekarang ini seperti ber Whatsapp dan ber skype jika rindu itu datang bertamu, jika ada hal yang hendak diberitahu dan di kala hendak melihat Maryam buka matanya untuk melihat aku yang merindu....walau dia masih lagi belum tahu apa yang sedang berlaku.






Hari lahir ini membangkitkan nostalgiaku. Aku bernasib baik kerana emak juga sering meraikannya dengan Bubur Putih Bubur Merah lambang rasa syukur kami ketika itu. Aku pula sering memasak masakan kegemaran anak-anakku jika sampai tarikh hari lahir mereka. Abang Long suka Laksa Johor, Angah suka Chicken Chop, Kakak suka apa sahaja yang berasaskan ayam dan Adik suka Nasi Beriani. Untuk keknya pula keempat-empat mereka gemarkan Moist Chocolate Cake....hurmmm...patutlah!

Di kesempatan ini suka ku rakamkan ucapan ribuan terima kasih untuk kalian yang masih mengingati hari ulangtahun kelahiranku. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa besar maknanya ingatan kalian itu terhadapku.
Semoga balasan dari Allah itu segalanya yang baik-baik belaka. Aamiin!

Junie Octovian: Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage ~ Lao-tzu




September 1, 2012

The New Edition...

As-salam to all.........

The title sounds like I'm having a new car for Hariraya, aite? Hehehe..
Bukanlah...aku sebenarnya telah dianugerahkan dengan seorang lagi cucu perempuan yang lahir tanggal 1Ramadhan bersamaan 21 Julai, 2012.

Maryam Mohd Fairouz


Cucu kini berada di rumah nenek sebelah mummynya di Cheras sehingga habis waktu berpantang sebelum pulang ke Brisbane Australia.

Aku?

Sempatlah menjaga untuk beberapa hari kerana sibuk dengan urusan menyiapkan tempahan biskut raya dan telah berjanji untuk pulang beraya di Johor tahun ini.
Jika tidak berjanji harus juga aku berhariraya di sini sahaja memandangkan pada tahun ini dua orang anak lelaki yang sudah berumahtangga itu kebetulan beraya bersama.

Berlalulah sudah Ramadhan...sebulan berpuasa. Syawal juga sudah mula hendak mengundurkan diri. Lihatlah betapa cepatnya masa berlalu. Anak-anak sudah kembali ke tempat masing-masing dan pagi ini aku menekur di meja makan merenung masa depan. Terasa-rasa macam hendak mengadu, bertelefon dengan Emak macam selalu....tetapi apakan daya....Emak sudah pergi buat selamanya. Hendak ku ceritakan pada Emak bahawa kami adik beradik telah menunaikan janji pulang sehari lebih awal dan menziarah pusara Emak beramai-ramai.

Hendak ku tunjukkan padanya cicit yang dinanti, bagaimanakah rupanya, siapakah namanya?

Emak memang suka dengan sambutan Hariraya. Dia suka melihat anak-anakku yang bertungkus lumus membersihkan rumah dan laman setiap kali menyambut kedatangan Syawal. Aku yang sibuk dengan tempahan biskut raya itu juga sambil-sambil menjahit langsir dan sekali gus memanjat dan memasangnya terus.


Kerjasama dari Abg Long & Angah ini sudah bermula sejak mereka kecil lagi...

Angah yang bercuti sebulan telah pun pulang ke Australia untuk meneruskan pengajiannya. Hari ini si Kakak pula akan ke Seoul Korea. Dari malam tadi sibuk mengemas kain baju dan barang-barang keperluannya.

"Bawaklah Maggie tu, kalau malam-malam lapar rendam je dengan air panas," arahku.

"Kalau bawak Maggie, kena bawak mangkuklah. Kalau tak nak rendam dekat mana?" katanya pula.

"Sachet 3 in 1 tu pun bawak...jajan-jajan hamper tu isi je dalam beg. Mesti lapar je kalau dah tak puasa ni," tambahku mengingatkan.

Risau juga mengingatkan si Kakak yang belum pernah bergerak sendiri. Selalunya kami akan pergi sekeluarga, bimbang kelam kabut nanti dia tertinggal barang itu dan ini.


Kakak bersama grup peminat K-Pop... di Seoul Garden, One Utama........


Kakak bersama Zaki dari 8TV....

Di Putrajaya menonton persembahan Super Junior....

Kakak peminat K-pop nombor satu. Setiap ada sahaja kumpulan Super Junior tu datang ke Malaysia, berusaha dia bercuti untuk menonton persembahan mereka.

"Jangan fanatik sangat kak," aku mengingatkan. "Kita berhabis duit, dia orang kaya-raya," aku mengingatkan.

Sampai juga hajatnya hendak ke Korea. Aku sama menghantarnya ke LCCT untuk penerbangan jam 1.00 pagi 1 September 2012. Berbagai-bagai perkara aku ingatkan padanya.

"Kamera, henset semua jaga baik-baik kak, kalau hilang tu macam mana nak berhubung?"

Dulu akak pernah hilang kamera semasa kami bercuti ke Penang. Puas bergambar, akhirnya tiada kenangan yang dapat ditatap.

Semoga akak gembira  dan berpuas hati dengan percutiannya kali ini sempena menyambut ulangtahunnya pada 29 Ogos yang lalu. Dalam kesibukan berhariraya, ulangtahunnya tidak sempat hendak dirai. Harap kakak mengerti.

Junie Octovian: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...untuk jawapannya..."Lu pikirlah sendiri!"


July 16, 2012

Dia yg bernama Adik...

As-salam.....

Aku yang ditelan masa hampir tidak tahu hari apa yang ku lalui, sehingga Kakak memberitahu pagi itu sebelum dia berangkat ke pejabat.

"Ma...hari ni harijadi Adik," katanya mengingatkan.

"Oo ye ke?" dah 15 Julai rupanya.

Semenjak masing-masing sudah pandai berdikari, kami tidak lagi meraikan hari ulangtahun seperti mereka masih kecil dulu. Masing-masing sudah punya hidup sendiri dan urusan sendiri. Bila tarikh lahir itu jatuh pada hari bekerja atau hari bersekolah, memang tidak ada masa hendak meraikannya.

Tetapi untuk hari ini, aku titipkan khas untuk harilahir Adik mengenang kembali saat dia kecil sehingga ke dewasa. Jom!


Adik...anak bongsu kamek....


Adik...mulutnya menceceh, macam mak nenek....


Adik...sudah pandai jalan terkedek-kedek.....


Adik...suka sgt kucing sampai nak dicekik...


Adik....yang suka berendam macam itik...


Adik...dah sibuk nak bersolek....


Adik...bila mula ke Tadika, rambutnya dipotong pendek....


Ini pula Adik setelah dewasa..........


Adik...bersama keluarga...


Adik...bersama kakaknya....

Akhir kata....Selamat menyambut ulangtahun...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Ingatlah! Hidup di dunia hanya sekali, maka rebutlah peluang yang diberi. Ingat 5 perkara...insya-Allah hidup diberkati.

SELAMAT HARIJADI KHAS UNTUK ADIK!





February 5, 2012

Maulidur Rasul....

Assalamualaikum to all......



Junie Octovian: Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW bersempena hari
                        Keputeraannya tanggal 12 RabiulAwal..........

January 13, 2012

Friday The 13th....


Greetings to all.......
There's someone birthday on this day Friday the 13th.....to remember.

Junie Octovian: Missing U on your birthday!



October 30, 2011

My Birthday Boy.........

Salam & Greetings to all..........


This N3 specially dedicated to my dear son who's celebrating his birthday today the 30th. 






This is the boy...........


Angah with little sister in 1989.........


&


20 years  later..........in 2009..............
Angah with Toby on his E-Day............................


&


today




Angah is cycling to school at.........


with wife Huda........


Junie Octovian: May your life be blessed with health and happiness. We love you!




October 29, 2011

TQ Angah & Huda...

Salam & greetings to all......


N3 shows a birthday card sent by my dear son and DIL.............




Ah....santeknya!




that's me.........


.......momma loves you more...........


..........thank you dear..........


........missing both of you...do take care!




Junie Octovian: It's the beautiful thought & sweet remembrance that count. May your life be blessed!









October 27, 2011

Happy 82 Birthday Mak!

Salam & greetings to all.........



Today the 27 October is my mom's 82 birthday. Allah bless you. Long live Mak!

di Sunway Pyramid.........

Emak tak suka berlama di rumah anak-anak. Paling lama dia boleh tinggal sebulan aje...lepas
tu dia dah resah gelisah teringatkan tugas-tugasannya. Kami adik beradik sudah faham sangat. Bila
sahaja dia sebut nak balik akan kami usahakan untuk menghantarnya pulang.

Walhal...bukan dia ada memelihara ayam itik pun. Alasan Emak...dia ada kelas itu dan ini di tempat
tinggalnya.

Selepas dia sama menghantar anak kedua ku ke KLIA bulan Mei lepas, abangku mengajak dia ke
Kundasang....kali ini Emak menolak dengan alasan dia dah tak tahan sejuk. Maklumlah Ngah tu
tinggal di kaki Gunung Kinabalu ala-ala kat Genting gitu....lagipun kata Emak, bukan Ngah lekat
dekat rumah...dia selalu keluar bertabligh.

Tak apalah...Emak ada 4 orang anak lagi yang sama tinggal di daerah berdekatan dengannya di
Johor sana. Cuma aku dan Ngah sahaja yang terpelanting jauh dari Emak. Alangkah bagusnya
kalau Emak ada FB.....tentu anak cucu & cicitnya bertali arus menghantar ucapan Selamat Hari
Lahir untuknya.

di Subang Parade.......

Di hari ini...di kesempatan ini....aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk Emak yang berada
di Kluang, Johor. Semoga Emak beroleh kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
InsyaAllah.........

Anakanda mu ini sentiasa mendoakan akan kesejahteraan satu-satunya Bonda yang ku ada di dunia
ini. Segala jasa dan pengorbanan mu akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.


Junie Octovian: To the world, you may be one person........but to me, you are the WORLD.
                        We all love you so and very much Emak!



October 24, 2011

Sharing My Birthdate........

Morning peeps!


Lama tak bersiaran kerana kesibukan mengatur jadual harian. Berblog ni tak masuk dalam jadual harian
maka ianya diletakkan di tempat kedua dalam senarai tugasan.

Oh ya....first and foremost, nak cerita pasal sambutan ulangtahun kelahiran ku baru-baru ini yang kami
buat di rumah sahaja memandangkan ada cucu yang baru pandai berjalan jatuh ni nanti payah mommynya
nak borak bersantai sambil makan-makan.

Jom kita layan jap lagu birthday ni.........





Yang kedua sebab my two daughters yang jadualnya pula tidak menepati kehendak majlis. Kalau dulu,
waktu masing-masing semua tengah bersekolah senang sikit. Ini dah besar panjang semuanya dan
sudah ada urusan sendiri yang harus diutamakan.

Ala....birthday ni walaupun setahun sekali....tak siapa pun yang mengatakan ianya wajib disambut pulak
kan? Itu pun nasib baik ada...tu yang anak sedara ku sorang tu tarikh lahirnya pada 29 February tu?
Sian dia...tapi okey la...dia boleh sambut secara besar-besaran kerana birthdaynya cuma ada sekali
dalam masa empat tahun.

Well....lets straight to the point....
Kat sini ku nak sharekan birthday ku rupanya disambut bersama.....

Arsene Wenger....tuan punya Kelab Bolasepak Arsenal......caya la....
lenkali kita share majlis eh?


Ada lagi sorang...dia dah pi mai pi mai kat rumah ku sebab dia salah seorang kawan kepada anak
sulong ku yang berasal dari negeri Cik siti wan Kembang. Tapi...lately baru dapat tahu yang dia pun
sharing the same birthday date as mine..........

PG on his son's birthday with lovely wife, Erin..............


And not to forget...a girl that celebrated a day earlier than me...........

Nur Atiqah A. Rahman.........mohon halal ye gambar ni?



Junie Octovian: That's all for the 3rd week October babies......and I'll be showing more to mark
                        the end of October.
                        Till then......enjoy your day.

October 14, 2011

Oct babies week two...

Greetings to all........


Ahhh!! Long time no see....I busied myself in the kitchen preparing food that came across my mind.
Lama sungguh ku tidak ke dapur...sibuk dengan laman sesawang dan dapur ku tidak ketinggalan
create sesawangnya sendiri....wakakaka (gelak guling-guling).

Betullah seperti kata pepatah tu ....kalau ringan tulang berat perut. Untuk seminggu ini ku ringankan
tulang, memasak pagi dan petang dan kekadang malam juga untuk memenuhi citarasa....terasa berat
sudah badan ku ini....uwaaaaa!! Tadi gelak sangat...sekarang dah meraung pulak.

Ingat nak masak sendiri and baking my own birthday cake for my coming birthday...tentu seronok
kan?




Well.......yang celebrate untuk second week of October..........

She's celebrating her b'day on 12..........

Hers on the 13...........

And his....on the 13th, too.........

Sesiapa yang yang tertinggal tu....jangan marah arr! That's just because I don't keep any of your pics
with me.

Junie Octovian: So...to those yang dah celebrate tu...Wishing you a very Happy Birthday.

October 6, 2011

First week October babies...

Assalamualaikum & morning to all.......


Hi peeps! Notice any difference in my blog? I've removed some gadgets that have been bothering to
some viewers. But still kept the one I like...hehehe

"Adoi! Blog macam nak raya Hindu...warna-warni dengan lip lap lip lap...dengan revolvermaps lagi.." 
Sounds familiar?
Ha! I tell you...itu mulut memang tak berinsurans bikin gua sakit hati betul.

Actually...I need those to make my blog looks lively, kan? Tak ada la putih melepak aje...macam
the so-called person tu punya blog kan? But forget it la........

Oo...I'm supposed to write an N3 about October babies...I'd told you that most of my friends and
family members were born in October. So...I had a picture of these two who were born in the first
week.

Khafif Japri ~ he was born on the 1st October......

Happy Birthday Pis......may all your dreams come true. Makan nasi minyak nanti  jangan lupakan
daku....wakakaka

Youngest sista..Julaila..coming 8th October will be her birthday......

Sorry sis...tak balik raya. Nanti kita jumpa masa wedding Shafiq je. This is an advance birthday
wishes....may you live happily ever after.

Junie Octovian: There are a few that I don't keep their pics with me but they are always in
                         my heart. So...here's me wishing you guys 'A Very Happy Bithday'......
                         love u'olls...........

August 29, 2011

Special Edition....

Salam 29 Ramadhan bersamaan 29 Ogos to all.........


This N3 specially dedicated to Kakak in conjunction with her birthday today........
                                                       
                                                       HAPPY BIRTHDAY KAKAK!


kakak on the left when she was 7.........


Kakak & Adik yg dah besar....now...kakak is on the right........


Kakak yg dah graduated........


Bersama Abg Long & Angah yg sama meraikan.......


Bersama Kak Nat & Hana..........


Bersama Kak Huda...........


Bersama Liesa............


Tengah pilih kerjaya....sama ada nak masuk askar...


Atau jadi 'helang lebuhraya'...nanti dpt merasa pakai Evo 10


Apa-apa pun...enjoy the cake....


And have a blast birthday............


Junie Octovian: Mengucapkan selamat panjang umur...semoga dimurahkan rezeki...tercapai segala                                impian dan menjadi anak yang solehah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...