Showing posts with label The Legends.... Show all posts
Showing posts with label The Legends.... Show all posts

September 16, 2011

Hari Malaysia....

Salam 1 Malaysia to all........


Ini adalah N3 selingan dalam mengenang kembali sejarah kemerdekaan Malaysia yang telah melibatkan
ramai pejuang-pejuang tetapi telah di 'terlupakan' akan pengorbanan mereka oleh anak-anak muda amnya
dan generasi sekarang khasnya.

Aku juga anak merdeka tapi masih ingin tahu...masih terasa mahu sama berada memperjuangkan
kemerdekaan ketika itu. Betapa mereka yang terlibat dalam usaha murni yang sehingga kini telah
memberi kesenangan kepada anak cucu dan cicit mereka itu memang wajib dikenang selagi hayat
dikandung badan.

Kisah Spy Junie akan bersambung kemudian kerana N3 ini memberikan laluan untuk seorang pejuang 
kemerdekaan yang lahir di Kampung Siong, Sibu Sarawak dan mengakhiri riwayat beliau di tali 
gantung di usia semuda 17 tahun pada 2 Mac 1950. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan 
bersama orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT.


Rosli Dhoby ~ 1932 - 2 Mac 1950





Didapati bersalah menikam Gabenor British sarawak yang kedua..
Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun
di Sibu pada 3 Disember 1949


Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkubuan Penjara Kuching....
pada 2 Mac 1996...keempat-empat pejuang kemerdekaan yang turut sama digantung
iaitu Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong...
diberikan pengkebumian semula negeri, di Makam Pahlawan Sarawak,
berdekatan dengan masjid Bahagian Sibu.

Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah diselimuti dengan
bendera Negeri Sarawak sbagai menunaikan salah satu daripada wasiat
Allahyarham Rosli Dhoby.


wasiat yang ditinggalkan...




Junie Octovian:  Berterima kasih kepada setiap insan yang telah memperjuangkan kemerdekaan
Malaysia dari dijajah. Mereka yang mewarisi kemewahan hidup dari hasil perjuangan mereka itu
hendaknya mengucapkan berbanyak syukur dan seharusnya berjanji akan meneruskan dan
memelihara kemerdekaan yang sedia ada.
                         Beliau digelar sebagai penjenayah ketika itu oleh rakyat Sarawak sendiri. Sedangkan
beliau begitu obsess/taksub dalam memperjuangkan hak asasi sehingga sanggup berkorban nyawa.
Kita serahkan pengorbanan beliau kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui akan apa yang
tersirat dan tersurat di dalam jiwa dan sanubari keempat-empat mereka yang terkorban di tali gantung
itu.
                         Mahukah anda? Bersediakah anda? Lu pikir la sendiri!



May 29, 2011

Legasi Tan Sri P. Ramlee...

Salam to all....


Cerita pasal Tan Sri P. Ramlee ni, walaupun Allahyarham telah lama bersemadi, namun lakunannya
menerusi filem-filem yang ditinggalkan dan masih terus ditayangkan sehingga ke hari ini, mendapat
perhatian dari segenap golongan masyarakat tak kira tua atau muda.

Kalau difikirkan kembali, Allahyarham telah pun meninggalkan kita 
tiga puluh lapan tahun yang lalu. Peliknya....generasi yang lahir 
kemudian dari tarikh itu pun sangat meminati lakunan dan cerita-cerita
beliau. Kebanyakan dialog dari lakunan beliau juga menjadi ikutan 
sehingga kini. Ternyata beliau merupakan seniman serba boleh. 


Emak di depan TV, menonton berkali-kali filem beliau hampir setiap
hari. Dari Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Masam-masam manis, 
Nujum Pak Belalang, just to name a few la........

Emak masih tekun, masih mahu ketawa terkekek-kekek sendirian.
Aku di meja makan sambil menulis, hilang konsentrasi sekejap.
Akhirnya, aku terpaksa log-off kerja ku dan sama menekur
di depan TV.

Dari pemantauan ku yang sering meneman emak menonton itu, filem-filem Allahyarham banyak
menjurus ke arah angan-angan untuk menjadi cepat kaya. Seperti salah satu dari filemnya yang
bertajuk Ahmad Albab.

Cuba perhatikan jalan cerita tersebut, di mana si miskin yang bernama Syawal yang hanya bekerja
sebagai pengembala kambing, telah berkahwin dengan anak seorang kaya dan memperoleh harta 
kekayaan dari keluarga jin yang mendiami sebuah gua.


Begitu juga dengan kisah Nujum Pak Belalang. Si miskin yang hanya mengharap tulang empat kerat  
anak kecilnya bertemu kesenangan bila mengahwini puteri raja.


Nasib Labu Labi pun lebih kurang begitu juga apabila si Labu berjaya mengubati penyakit anak
majikannya Tuan Haji Bakhil dan mengahwininya. Betul kan?

Walaubagaimana pun, apa jua komen yang cuba diketengahkan buat masa ini, namanya terus meniti di bibir masyarakat Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya. Tiada siapa yang dapat menandingi beliau. Seperti lagu beliau yang berjudul, Di mana Kan Ku Cari Ganti?


Beliau merupakan seorang Pengarah, Pelakun, Penyanyi, Pelawak, Penggubah Lagu dan mampu bermain segala alat muzik.


Diantaranya Piano...di dalam Antara Dua Darjat, Biola...di dalam Anakku Sazali dan Saxaphone...
di dalam Ibu Mertuaku. Hebatkan?


Nampak senang aje...
Aku yang menghantar anak-anak ke kelas muzik seminggu sekali itu, pernah juga sama belajar
menekan gigi piano tu, tak masuk langsung ke otak kepala yang dah tua ni. Mana nak membaca
bentuk kepala taugeh tu lagi. Akhirnya, aku mengalah....siapa yang minat tu teruskanlah.


Junie Octovian: Aku....main muzik kat dapur je la...dengan senduk kayu dan periuk serta
                        kuali dan sudipnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...