Showing posts with label celebrations.... Show all posts
Showing posts with label celebrations.... Show all posts

March 15, 2013

My most appreciation...

Greetings to all...

N3 hari ini masih berkisar dengan CINTA SAMBAL BELACAN yang berada di tempat pertama di senarai jualan Buku Prima....*;) winking



Top 10 Novel Buku Prima dari 04/03/2013 sehingga 10/03/2013

1) Cinta Sambal Belacan - Junie Octovian
2) Aduhai, Mat Skema! - Levis Delisya
3) Pengantin Ekspress - Pitteriah Abdullah
4) Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
5) Dia Hero Hatiku - Eina Afrina
6) I Love You Cikgu - Imanisa Riana
7) Cucur Bawang & Kopi 'O' - Hasrudi Jawawi
8) Hingga Ke Akhirnya - Siti Nur Dhuha
9) My Love Playgirl - Siti Nur Dhuha
10) Bisik-bisik Gelora - Fauziah Ashari

Tahniah kepada semua :)
Dan jangan lupa untuk layari http://www.bukuprima.com.my/ untuk mengetahui buku-buku keluaran terbaru dan yang sudah berada dipasaran!
 — 


Hehehe *:x lovestruck  senyum sampai telinga sepanjang hari bila dapat berita terkini. Alhamdulillah!

Si Adik yang mendapat BB1M pula sibuk mengajak ke MPH berdekatan, mana lagi kalau bukan di Setia City Mall? Masuk sahaja di entrancenya sudah terpandang dengan senarai novel terlaris minggu itu, maka si kakak cepat mengambil kesempatan merakamkan gambar senarai yang terpampang itu. Hehehe *O:-) angel aku tersenyum girang, dah rasa ringan je nak terbang.


Tersenarai diantara yang tersenarai  *:) happy


Aku menyandar lega. Okeylah tu...kalau dalam kelas agaknya aku ni dapat nombor 8...gitulah lebih kurang. Kemudian aku teringat semasa di dalam darjah satu berpuluh tahun dahulu, aku kegembiraan bila balik dari sekolah cepat aje memberitahu emak bahawa aku mendapat tempat ke 11 di dalam kelas. Emak tak kelihatan gembira langsung.

"Tak bagus ye mak?" aku tanya bila lihat wajah kecewa emak. First time kot? Masa tu mana sibuk ada Tadika bagai?

"Lain kali tak nak ada dua nombor satu tu," emak terangkan pada aku. "...orang nak yang nombor satu aje," tambah emak lagi.

Masa tu aku masih sengal lagi kot? Ada ke nak nombor satu? Dalam hatiku berkata...sikit aje tu!
Semenjak dari itu aku terus berusaha dan berusaha untuk berebut kedudukan di dalam kelas. Jika penggal satu aku mendapat tempat kedua, penggal kedua pula aku berjaya merebut tempat pertama dan begitulah seterusnya sehingga tamat sekolah rendah. While the rest is history... *:) happy

Seorang adik blogger yang terkenal SMSku untuk mengadakan GA di blognya dengan hadiah 5 buah novel CINTA SAMBAL BELACAN. Wah! Baiknya hati dia nak tolong promote novelku...TQ EQBALZACK!


Next Giveaway (minggu hadapan) daripada Novelis Junie Octovian iaitu 5 buah novel "CINTA SAMBAL BELACAN" & 10 pieces GENUINE SEAGLASS WIRE-CRAFT (WITH SILVER COATED-ARTISTIC WIRE) daripada http://ismiqbal.blogspot.com/.
cc. Junaidah Omar & Ixbarr Abdullah


Kepada sesiapa yang mahu menyertai GA dari blog Eqbalzack, jangan lupa sering menjenguk ke blog beliau bermula pada minggu hadapan. Minggu ni beliau hendak pergi bercuti setelah kepenatan memerah otak di persidangan di Bangkok yang disertainya.

Terima kasih kepada kalian yang telah sama melariskan jualan CINTA SAMBAL BELACAN. Semoga anda terhibur dengan kisah yang ku hidangkan. *B-) cool

Junie Octovian: Perfection can only be found in one man. His name was Muhammad (pbuh) and his life was the Quran.




March 11, 2013

Family Gathering...

Greetings to all...

Ada 2 events yang bakal berlangsung pada tanggal 9 hb Mac,2013 tercatit di wall-E wallku. Aku tidak memberikan apa-apa balasan sebagai keputusannya kerana harus memilih yang mana satu. Ikut wajibnya, patut ke rumah along sepupuku di Bukit Indah, Ampang. Tetapi untuk ke situ aku tidak berapa mahir jalannya, harus meminta pertolongan anak sulongku Firdaous pula. Itupun jika dia tidak ada apa-apa rencana hujung minggu bersama keluarga kecilnya itu. Kemungkinan juga dia telah mengaturcara bersama keluarga mentuanya, siapa tahu?

Tetapi, jika menurut kepada jemputan, dia juga menerima jemputan yang sama seperti aku. Jadi sehingga pagi sabtu 9hb itu, aku masih berkira-kira ke manakah harus ku tuju. Jika tiada siapa yang hendak membawaku ke Ampang, pasti aku akan ke Senawang jemputan yang lagi satu. Kalau ke situ, aku memang sudah tahu benar arahnya.

Semasa aku tinggal di Kota Kemuning dulu, hendak ke rumah Along agak mudah sedikit mengambil jalan dari KESAS. Dari Setia Alam ini pula, memang aku belum mahir lagi.

Aku hantar WhatsApp pada Firdaous jika dia memilih untuk ke rumah mak longnya di Ampang, aku minta untuk menumpang.

< Pg. Dah siap cuci keter nak park sebelah Ferrari > macam tu dia balas. *:-B nerd

Aku sudah memasuki bandar KL semasa Ngah call bertanya tentang majlis yang diadakan itu.

"Betul Ngah...hari nilah. Along cakap majlis dari jam 11 pagi sampai 3 petang," aku beritahu Ngah. Gembira pula rasanya kerana abangku yang seorang ini memang rajin ke majlis yang diundang oleh saudara mara. Maklumlah...masing-masing sudah tidak punya emak lagi yang dahulunya menjadi pengerat silaturahimnya.

"SMSkan alamatnya," jawab Ngah pula.

"Iwan tak pergi ke?" aku tanya Ngah balik kerana biasanya dia akan datang dengan Iwan anak lelakinya yang sudah masak dengan area KL ni. Kalau Ngah yang nak drive datang sendiri, harus kena guna GPS.

"Iwan tak dapat datang, dia demam," adu Ngah. Kasihan pula abangku itu. Mampukah dia memandu masuk ke KL dari Nilai? Makanya jalan hendak ke rumah Along tu, sesak semedang. *:( sad

Memang adik sepupuku itu murah rezekinya. Suaminya yang baru-baru ini menerima pangkat Dato' minat dengan kereta-kereta mewah. Berbaris di depan rumahnya menempatkan pelbagai jenis kereta. Dah rupa kereta mainan pula.

Sampai di sana, keluarga kami yang dulu pernah sama timbul sama tenggelam itu berpelukan diantara satu sama lain. Sayu betul hati mengimbau kenangan lalu...betapa ikatan kami sangat rapat ketika itu. Kini, anak masing-masing sudah menemui halatuju. Tidak secara langsung, aku tumpang bangga dengan kejayaan anak-anak saudaraku itu.

Aku call Ngah kerana tidak nampak lagi bayangnya di situ sedangkan aku sudah beberapa kali mengulang makan. Menu yang tersedia bersama dengan kuih-muihnya sangat memikat selera apatah lagi waktu hujan. Sambal belacan dan ulam kacang botol itu memang menyelerakan sekali.

Pelbagai kek dan roti yang dibuat oleh Kak Lang, adik Along yang sejak berumahtangga sudah menetap di Beseri Perlis. Mak ai! Apa tak terus masuk ke Siam? Lupa pula nak tanya jika Kak Lang sekarang ini sudah mampu berbicara dalam loghat Siam. Sawadikap! Chan Rak Ter...

"Ngah sesat dah ni...berhenti di Shell Ulu Kelang," katanya.*#-o d'oh!

Aku tepuk dahi. Aiseymen...aku sendiri tidak pandai hendak memberi arah kepadanya untuk menuju ke rumah Along. Maka aku serahkan henset kepada tuan rumah Dato' Haji Mahzan. Dari jasa baik beliau, anaknya Aiman dan seorang sepupuku Abdul Razak diarah mendapatkan Ngah dengan motorsikal sahaja bagi memudahkan menunjuk jalan.

Alhamdulillah! Akhirnya Ngah, Shasha dan Haikal sampai dipandu oleh Aiman. Cayalah Aiman!

Selain bergosip tentang beberapa hal...kami di situ sama mempersoalkan tentang kisah Sabah yang dicerobohi.  *:-$ don't tell anyone shh! Kisah itu memang sedang menjadi topik hangat di sana sini sekarang ini. Kecewa sungguh dengan apa yang sedang berlaku itu kerana aku ada keluarga yang menetap di sana. Semoga mereka semua itu dilindungi Allah SWT hendaknya. Aamiin!


...aku dan sepupu2 anak mak ucu...

Tiba-tiba famous pula jadinya keturunan Sulu. Cuma yang aku ingat, zaman P.Ramlee dulu, allahyarham ada mengambil seorang pelakun yang bernama Dayang Sulu untuk membintangi filem Laksamana Do Re Mi. Waktu itu juga aku terfikir, kenapa aku tidak interview emak semasa hayatnya untuk bercerita tentang sejarah hidup dan tentang keturunan kami untuk ku catatkan sebagai simpanan pengetahuan anak cucu? Rugi betul! *:-/ confused 

Cuma yang aku ingat emak pernah bercerita, dia membawa adik bongsunya itu sama keluar untuk mencari suasana baru dan kehidupan yang baru. Emak tidak mahu dibelengu dengan kehidupan di kampung. Kebetulan adik bongsunya itu tidak berapa digemari oleh nenekku yang bersifat pilih kasih pula. Maka adiknya itu dipelihara seakan anak sendiri. 

Jadi, abang sulongku dan Ngah membesar bersama-sama adik emak yang mereka panggil ucu yang dianggap macam kakak mereka. Setelah mendapat 2 orang anak lelaki, emak mendapat 4 orang anak perempuan kemudiannya. Manakala adik emak tadi melahirkan 4 orang anak-anak perempuan dan 3 orang lelaki pula. Sebab itulah kami berlapan orang perempuan itu sangat rapat hubungannya, apatah lagi adik emak itu tinggal tidak jauh dari emak.

Kami membesar bersama-sama, makan minum tidur baring sehinggalah masing-masing membesar dan memilih jalan sendiri. Kini kami jarang berjumpa lagi kerana sudah hidup berkeluarga dan bertaburan di serata negeri. Kesempatan untuk bertemu itu diambil bila anak mak ucu yang sulong mengadakan majlis kenduri arwah dan kesyukuran di rumahnya di Bukit Indah Ampang. *=D&gt; applause


...gambar dari koleksi Belle Princess Hassan Shah...

Terima kasih Belle dan Nur 'Atiqah. Gambar ini ku kongsikan di sini untuk diabadikan suasana perjumpaan yang meriah itu. Semoga ada lagi masa dan ketika untuk kita berkumpul bersama. In sya Allah...


Junie Octovian: "Kalau rindukan seseorang, baca Al-Fatihah sambil tangan di dada dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga di merasai rindu kita padanya." ~ Ustaz Don Daniyal.





February 13, 2013

Terima kasih...

Greetings to all......

N3 hari ini masih berhubung kait dengan CINTA SAMBAL BELACAN lagi yang boleh bikin orang geli dan naik muntah hijau asyik bercerita mengenainya sahaja. Namun, aku ingin memberitahu kalian bahawa novelku kali ini telah mengungguli carta minggu pertama bulan Februari 2013. Apa rasa kalian jika berada di tempat aku sekarang? *:D big grin  Sudah pasti sama macam aku yang sedang menyeringai sampai ke telinga sepanjang hari setelah dikhabarkan dengan berita sensasi ini, kan? Mujur gigi masih ada lagi...hehehe

Jom lihat di bawah........


Cik Junie berada di tempat pertama...semoga akan terus kekal utk beberapa minggu berikutnya...in shaa Allah

Carta tersebut dikeluarkan oleh pihak BUKU PRIMA dari 3/2/13 hingga 9/2/13... *&gt;:D< big hug

Alhamdulillah....apa lagi yang dapat aku katakan selain memuji dan bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana dengan izinNYA semua itu bisa terjadi.

Okeylah...bagi kalian yang tidak begitu berminat dengan bacaan novel yang barangkali dianggap sebagai kisah-kisah dari imaginasi penulisnya yang bercorak dari pelbagai genre seperti kisah cinta, keluarga, sci-fi dan thriller... itu tidak mengapa kerana aku amat mengerti bukan semua orang minat benda yang sama.

Di sini ku ambli kesempatan untuk merakamkan rasa terima kasih kepada kalian yang menjadi penyumbang utama kepada kejayaanku pada hari ini. Semoga terhibur dan salam sayang.

Junie Octovian: You will never be good enough for everybody, but you will always be good enough for someone who really appreciates you. Wallahualam...




January 29, 2013

Karnival Karangkraf...

Greetings to all.......

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menganugerahkanku dengan sedikit kelebihan. Walau aku tidak diberi kebenaran untuk berjaya di usia muda dahulu, namun aku percaya jika sudah ketentuan dariNYA, di hujung usia juga diberi merasai nikmat kejayaan itu. Aamiin!  *#:-S whew!

Semenjak menceburkan diri di dalam bidang penulisan ini, aku akan dijemput ke setiap pesta buku yang diadakan. Merasalah aku duduk menunggu penggemar-penggemar buku hasil karyaku itu yang datang dari jauh dan dekat merempuh kesesakan lalu lintas demi untuk bertemu dengan sang penulis (maaf...aku segan benar hendak menggelar diriku novelis kerana baru menghasilkan dua buah novel sahaja setakat ini) minta novel yang dibeli itu ditandatangani. Cewah! Gaya retis gitu nyah...*:D big grin

Aku sangat menghargai sokongan dari pembaca-pembaca peminat novel ini kerana tanpa mereka yang sudi membaca hasil tulisanku itu....siapalah aku, kan?  *:-)/\:-) high five

Karnival Karangkraf akan datang lagi bermula dari 1 - 3 Februari, 2013. Tahun ini aku dipanggil sama turun padang dan jadual telah pun pihak Buku Prima keluarkan untuk mereka yang terlibat........


Hehehe...
 
Semoga dengan kehadiran teman-teman dapat memeriahkan lagi Karnival tahun ini. Harapanku agar dengan sambutan yang diberikan kepada CINTA SAMBAL BELACAN nanti, semangat aku semakin membara untuk menghasilkan karya yang lebih baik untuk pembaca budiman.

Ada juga di kalangan masyarakat Melayu kita yang tidak begitu menggemari hasil karya novelis tempatan. Karya kami sering digelar sebagai karya picisan seperti yang tersiar di Mingguan Malaysia pada hari Ahad 27hb Januari 2013 yang lalu.

Tetapi kami tidak akan mudah melatah hanya kerana hinaan yang dilemparkan kepada kami, malah kami akan terus menulis dan menulis selagi masih ada segelintir anak-anak berbangsa Melayu yang sudi membacanya. Terasa sedih jugalah...kalau dah bangsa sendiri yang tidak berapa kerat ini mahu menghina bangsanya sendiri. Sedangkan kami tidak setanding dengan penulis/novelis berbangsa Inggeris yang karya mereka dapat menembusi setiap ceruk dan rantau di dalam dunia ini.

Namun, begitulah resam manusia. Kalau semua berhati mulia, sudah tentu tidak ada timbangan dosa dan pahala dan tidak juga disediakan syurga dan neraka. Wallahualam.

Dari itu, tepuk dada tanyalah selera...di manakah anda berada? Jika rasa tak sudi, jangan pula mempersenda usaha orang lain. Kami terima kritikan yang membina...tetapi kalau dikeji dan dihina, memang sudah dianggap keterlaluan sungguh. Bagaimana jika karya orang tersayang anda dihentam sebegitu rupa?

Sukacita saya ingatkan...cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. *L-) loser


Junie Octovian: "Never belittle a good deed...it can be your ticket to Paradise or Hell."
                        
                        "Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji ALLAH SWT itu benar." (Q.S Al-Mukmin: 55)"



January 12, 2013

Cinta Sambal Belacan...

Greetings to all........

Aku gelak tergolek semasa menerima e-mail dari editor yang telah menerima manuskripku. Aku letak tajuk Patah Sayap, Terbang Jua yang bermakna karyaku itu bercorak serius. Namun, pihak editor BUKU PRIMA lebih arif dan mereka menukarnya ke tajuk yang tersebut di atas. Menurut mereka tajuk yang lebih CATCHY mampu menarik minat pembeli. *:)) laughing

Aku tepuk dahi...sudah tentulah mereka memikirkan soal jualan dan keuntungan. Apalah!*#-o d'oh!

Semasa aku hebahkan nama yang mereka pilih itu di kalangan kaum kerabat, mereka sama gelak guling-guling. Apabila sudah terpilih, aku diarah untuk mengisi bab demi bab ke ruangan 'ilham' di Grup Buku Karangkraf untuk dijadikan bahan ujikaji. Untuk melihat berapa ramai yang minat untuk membaca hail karyaku itu. *=)) rolling on the floor

Anak-anak membantah pada asalnya kerana menurut mereka, jika sudah dipamerkan untuk bacaan umum, siapa yang mahu membelinya nanti? Jadi, aku atur strategi...mengupload sekurang-kurangnya satu atau dua bab seminggu sementara novelnya diterbitkan untuk dipasarkan.

Muahaha...

GUMBIRAnya hati bukan kepalang, seakan ada bunga-bunga yang berterbangan bila ku buka PC petang semalam 11 Januari 2013, cover untuk CINTA SAMBAL BELACAN itu sudah pun siap dan aku bakal mempromosikannya tanggal 1hb Februari 2013 di Karnival Karangkraf nanti. Telah aku sediakan cenderahati buat yang berminat untuk membeli naskhah karya terbaru ku ini dengan kerjasama hasil keras tangan kraftangan anak saudaraku Liesa Azemi.

ALHAMDULILLAH...*:-)/\:-) high five


kelahiran keduaku...


Aku menempa kejayaan di lewat usia. Jadi aku terlalu bangga dengan pencapaianku ini. Semasa kelahiran sulongku DIINTAI RINDU, emak ada untuk sama-sama meraikannya. Di kelahiran kedua ini pula, emak telah pergi buat selama-lamanya. Namun, novel kedua ini terhasil penutupnya dari kisah pengalamanku menjaga emak di bilik bernombor 17...di WAD BUNGA RAYA yang aku abadikan di dalam karya kedua ini. Sayang emak..muahs!! *:-* kiss

Banyak feedback yang aku terima dari teman-teman. Antaranya....


Oi kwn ku, tema cinta je.

Salam Kak Jun. Saya berbesar hati nak tolong promotekan Novel terbaru kak Jun.
Macamana saya nak order dengan Kak Jun?
Saya nak buat dlm bentuk giveaway. Macam novel liyana zahim dulu.

3) Mzz Nad ~  I need to get at least 3 signed copies, Mak Andak. 1 utk kakak, 2 utk library sekolah. Eh, kena tambah 1 lagi... So, 4 signed copies 

4) Nora Hash ~  Jun reserve aku satu yg ada sig na tu re nya ok...bila nak bace aku tahu janji ada.

5) Anne Kay ~  tahniah eya. sila simpan satu eh. kita nak awak initial tau. hehehehe insyaallah kita datang amek di karnival nanti - C.O.D.

Seronok giler...

Terima kasih ya teman-teman dan sanak saudara yang sangat menyokong kerjaya terbaruku ini...
Semoga akan ada lagi dan lagi. In shaa Allah. *:-h wave

Junie Octovian: Terima kasih ya Allah di atas pemberianMU!


November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H...

Assalamualaikum to all........

Alhamdulillah......bertemu lagi kita di tahun baru masihi 1434 Hijrah yang membawa tema 'Wasatiyyah
Tonggak Kesatuan Ummah'





Aku pun terpening lalat kejap dengan ayat Wasatiyyah yang pertama kali muncul dalam kamus bahasa. Selama di sekolah dulu belum keluar lagi ayat tu. Maka ku rajinkan diri menggoogle maksud ayat...kang orang cerita kita sibuk nak bercerita tapi apa maksud sebenar Wasatiyyah itu kita tak tahu pula.

Maka menurut Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab, wasat, membawa tiga makna, iaitu to be moderate, to be in the middle and to be the best. Therefore when Allah s.w.t describes the Muslim Ummah as a nation that is Wasat, Allah means that we are moderate, we are an Ummah that is in the middle and that we are the best nation. Atawasoot in an Islamic sense means that the Muslim should try his best to be moderate in all of his affairs and he should keep away from extreme practices and making extreme statements.

Firman Allah (maksudnya):

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (Umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad SAW) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)

Perkataan al-wasatiyyah dalam bahasa Arab adalah dari perkataan al-Wasat yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.

Fahaman mudahku yang juga membawa maksud berpada-pada. Dulu ayah selalu mengingatkan aku agar baik berpada-pada, jangan sampai kena pijak kepala, jangan sampai bertunggu tangga nanti buruk padahnya (should keep away from extreme practices). Ayah memang tidak menggalakkan kami anak-anaknya yang sudah berkeluarga tinggal sebumbung dengannya untuk mengelak sengketa.

Emak kata: Biar banyak periuk, jangan ramai seperiuk. Aku faham maksud mereka itu kerana manusia ni  rambutnya sama hitam tetapi hati lain-lain. Itu semua adalah untuk menjaga dari berlakunya terguris hati dan tersinggung perasaan di dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

Di sini aku tekankan maksud ayat itu mengikut di dalam pentadbiran keluarga, jika ditekankan ke dalam konteks seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, tentu maksudnya lebih besar dan mendalam lagi. Maka itu untuk memulai tahun baru 1434 Hijrah ini, sama-samalah kita hayati maksud Wasatiyyah yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan dalam membentuk Ummah yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Wallahualam.

Junie Octovian: Biar rebah jangan berubah...biar terbuang terus berjuang!





September 3, 2012

Riang Ria Raya...

Hi peeps!

Sepatutnya ada N3 sambungan untuk Salam Lebaran 1433 Hijrah...tapi aku masukkan N3 lain. Semalam ku tonton Ke manakah Hilangnya Juwita, kebetulan nama dan ejaan itu serupa benar dengan nama Uda dan sementara kisah itu masih berlegar di ruang minda, ku catatkan terus dan dijadikan N3. Kalau Uda senang nanti, bacalah.......

Ku sambung terus kisah raya setelah pulang ke kediaman masing-masing. 

"Ek...eh...kita tak ada gambar keluargalah..."

Baru perasan dah cukup korum ni, tak bergambar pulak.

Nah amekaw!

Cepat si Angah menyiapkan kaki tripod di seberang jalan. Nak bergambar dalam rumah tak cukup cahaya, nanti ada yang tak jelas rupa.

"Tutup gate, tutup gate," jerit si Angah dari seberang jalan.

Ingatkan hendak ke mana atau mungkin hendak bergambar di studio kedai gambar tu, rupa-rupanya dia dah siap set baik punyer!

"Ada lima saat selepas lampu merah tu, buatlah gaya apa pun...." beritahu Angah. Sempat dia bergaya macam-macam dah rupa "Oppa Gangnam Style". Kalau suruh menari di situ dan dirakam tentu dia mahu. Bukan reti malu dia sorang tu. [gambar-gambar tersebut tidak ku selitkan di N3 ini]


Bersama si kecil Maryam...

Gambar ini dirakam pada hari Sabtu, 25 Ogos dan Angah terbang pulang ke Brisbane pada hari Ahad 26 Ogos. Entah tahun bila baru dapat berjumpa lagi...harapkan skype je la....


Bersama penghuni tetap Impian 4....


Keluarga asal....


Keluarga yang sudah berkembang maju....hehehe


& Tuan tanah....


Jika panjang umur, dapat kita bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Maaf jika ada membuat kesilapan, tutur kata yang kurang menyenangkan.

Tidak lupa aku ingin mengucapkan Salam Selamat Hariraya kepada pengunjung blog ini, kepada yang sudi membaca kisah perjalanan hidupku di dalam membesarkan anak-anak, mengharung kehidupan sehingga saat ini entah berapa negeri telah ku jelajahi. Ternyata, orang yang dikenali, jiran tetangga semuanya baik-baik belaka.

Junie Octovian: Allah says: Just remember me, I'll give you everything.


August 28, 2012

Salam Lebaran 1433 Hijrah...

Hi peeps!

Ku pasti kalian semua juga beraya sakan tahun ini kan?

Tahun ini sebagaimana yang telah ku janjikan dengan Emak semasa hayatnya, aku dan adik-beradik yang lain akan beraya bersamanya. Kami akan pulang sehari lebih awal untuk masak-memasak menyediakan juadah untuk pagi Hariraya dan berbuka puasa di hari terakhir Ramadhan bersama-sama.

Walau Emak telah tiada, ku tunaikan juga janji yang telah dilafazkan itu kerana tidak mahu tergolong di dalam kumpulan orang yang munafik kerana tidak menepati janji.

Kami ke Tanah Perkuburan di pagi raya pertama, menziarah pusara Emak dan Ayah....

Pusara arwah Ayah....


Pertama kali cucu turut serta...


Keluarga Jude bertemakan merah, keluarga Lela pula bertemakan kelabu dan bertudung merah jambu. Manakala keluargaku pakai semberono sahaja...suka hati masing-masing cuma masih mengekalkan tema rimau kami.


Kami yg sudah kehilangan Emak dan ayah....*sob sob*


Kami beraya sakan selepas itu....kunjung mengunjung ke rumah rakan dan taulan.


Wajah-wajah kegembiraan...

Tiada yg komplen kepenatan walau kepanasan.....

Bersama cucu kesayangan.....


Di rumah Ayah Long....

"Andak, bila nak datang rumah?" panggilan dari Enal memecah kesunyian di pagi raya kedua semasa aku masih di bilik hotel menyiapkan cucu yang dipaksa bangun awal kerana sesi kunjung mengunjung itu.

"Lepas beraya rumah Jude. Dari sana nanti boleh terus ikut jalan ke Mardi tu...dekat sikit," balasku lagak faham benar dengan liku-liku jalan di daerah Kluang itu....hehehe

"Berapa orang nak datang?" tanya Enal lagi.

Isy! Apahal pulak nak kena tanya berapa orang? Bukankah Hariraya ini tidak menghadkan tetamu yang datang? "Tiga kereta...Andak, Ngah dan Jude," jawabku memberitahu sambil memikir apa yang mahu dijamu oleh si Enal sehingga harus menanya begitu.

"Pukul berapa nak datang tu?"

"Tiga ke ataslah..." 

Memanglah kalau dah sampai ke rumah adikku itu bukan sibuk nak makan sangat, kami akan bercerita, berborak mengimbau kenangan lama semasa kami tinggal di daerah yang sama membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi. Meronggeng ke hulu ke hilir dua kereta untuk menghiburkan hati. Kenduri kendara tanpa henti, makan minum hingga ke pagi. Mana anak masing-masing tak besar badannya? 

"Okey," jawab Enal puas hati.

Oleh kerana rombongan Ngah hendak ke Tangkak, maka aku dan keluarga Jude sahaja yang akan singgah ke bandar T6 di mana Enal bermastautin. Menurut Jude dia tahu daerah itu, maka aku hanya membontoti STREAMnya.


Di Yakin 3....

Terima kasih untuk keluarga Zainal Yahya dan isterinya Normadiah kerana sudi menerima kunjungan kami yang menjadikan rumahnya seakan rumah sendiri. Riuh rendah tidak terperi....dah bunyi macam di Pasar Tani..hehehe


Di Indah Jaya 2....

Kami kemudian ke Indah Jaya 2. Sepertimana yang telah dirancangkan....kami berBBQ bagi memeriahkan lagi malam raya. Anak cucu kelihatan sangat gembira kerana dapat bermain bunga api sementara jiran tetangga melepaskan satu persatu bunga api ke angkasa yang memuntahkan percikan api yang berbagai warna.


BBQ ~ farewell sebelum masing2 berangkat pulang.....

                                                                                                                                ~ bersambung ~



June 9, 2012

Kenduri kendara (ii)...

Morning peeps!

Kita sambung kisah kenduri kendara yang masih belum tamat itu tadi ye?

Selepas dari berjimba-jimba di rumah Dato' Sharifah Azizah, me and my children ke rumah tumpangan Anika Inn, bertempat di Jalan Haji Manan, Kluang. Rest House penuh pula pada musim cuti kali ini, maka Anika Inn ini menyelamatkan keadaan lagipun lokasinya yang berdekatan dengan rumah pengantin semalam.

"Ko tinggal kat Anika Inn?" tanya Sharifah Rohaya, kerabat Dato' Sharifah Azizah.

"Dekat aje dengan rumah Din ni," aku menjawab selamba.

"You should try Lontong Darat dekat warung depan tu, sedap ko!" beria dia tolong promote.

Semasa pulang ke Anika Inn malam itu sempat aku dan anak-anak memanjangkan leher mencari warung yang diperkatakan itu.

"Ha! Esok pagi kita try breakfast kat situ," ajak abang Long yang dilahirkan di Hospital Daerah Kluang dan menghabiskan zaman persekolahannya di Sekolah Tinggi Kluang. Setakat nak ronda-ronda bandar Kluang ni memang no hal...




Tu dia! Memang darat la...sebab lontong ni datang dengan lauk sampingan yang kering melainkan sambal kacang. Sebab itu barangkali dinamakan Lontong Darat.
Pada sesiapa yang hendak mencuba....warungnya di hadapan Anika Inn, Jalan Haji Manan, Kluang.....




Nampak? Kami bermalam di situlah...gara-gara musim cuti sekolah, habis hotel dan rumah tumpangan penuh dengan tetamu dari luar bandar ini. Nak lepak di rumah emak tu boleh aje....tapi mungkin bagi yang ada anak kecil dan anak-anak dara ni tak begitu sesuai kerana terpaksa tidur bergelimpangan di ruang tamu. Len kali kena pakat elok-elok dan booking awal tempat penginapan.




Pastinya sedap kerana cucuku Hana siap mengesip tulang. Lauknya boleh dipilih dari pelbagai seperti paru, daging dan ayam. Sukahati kalianlah asalkan sudah makan tu bayar.

Selepas itu kami pun berangkat kembali ke rumah emak untuk menyambung kerja masak-memasak....




Anak cucu sangat bahagia bila berjumpa begini....




Terjalin kembali kemesraan diantara yang besar dan yang kecil. Yang baru hendak mengenali erti majlis kenduri kendara dan nampak mereka saling mengenali ikatan tali persaudaraan walaupun baru pertama kali bersua muka. Maklumlah....bebanan tugas untuk mencapai ke taraf hidup di bandar ini memerlukan satu pengorbanan yang besar. Haruslah ibu dan bapa itu sama membanting tulang empat kerat untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan yang lelainnya. Jika tidak....sudah tentu kita ketinggalan di belakang.

Emak bahagia kerana anak cucunya semua terdiri dari lulusan yang berijazah. Ada engineer...lawyer...doktor ....lecturer dan juga cikgu-cikgu sekolah. Oleh yang demikian, emak kena faham bahawa tugasan mereka mengkehendaki mereka-mereka ini tinggal di bandar-bandar besar.

Manakala anak cucunya yang memilih untuk menjadi cikgu juga tidak dapat tinggal berdekatan. Ada yang sejauh di Kundasang, Sabah.


Nadia Halid ~ di Kundasang.........


Turut hadir memeriahkan majlis.....




Terubat sudah rindu Atok dengan kehadiran anak cucu yang jauh dan yang dekat itu. Moga dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan untuk menunggu kepulangan cucu dan cicit yang berada di negara Kanggaru pula. Insya-Allah.
Rezeki, jodoh dan ajal maut ditentukan oleh Allah. Kita sebagai hambanya hanya mampu merancang, kan?
Seronok rupanya bila bergotong royong memasak ini....semuanya cuba mahu menunjukkan bakat dan kerajinan. Apa yang penting? KERJASAMA!

Untuk anak cucunya yang tidak dapat pulang kerana majlis yang sama sedang berlangsung di Pasir Mas, Kelantan.........


Family Uteh di Pasir Mas........

....semoga dapat kita berjumpa di Hariraya Aidilfitri nanti, Insya-Allah.

Junie Octovian ~ Tawaran kebahagian dari Allah terbuka untuk semua hambaNYA tanpa diskriminasi. Pilihan di tangan manusia itu sendiri..........




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...