Showing posts with label family.... Show all posts
Showing posts with label family.... Show all posts

October 10, 2011

Jargon Tesco...

Hi peeps.........


N3 ni nak share bahasa yang diguna pakai oleh Adik dan Kakak, semenjak dua menjak mereka
berjinak-jinak dengan Tesco depan rumah tu.

Peta menunjukkan kedudukan Tesco Setia Alam

Adik yang sedang menunggu untuk dipanggil menghadiri peperiksaan MUETnya telah bekerja
sambilan di Tesco. Begitu juga Kakak yang sedang menghadiri Kelas Bahasa Korea hanya dua
kali seminggu itu juga bekerja di tempat yang sama cuma berlainan department.

Adik bahagian cashier....manakala Kakak bahagian 'softline' atau apparel.

Satu hari, waktu balik makan tengahari.................

"Ma...akak tak balik makan ke?" tanya si Adik.

"Sibuk agaknya...hari ni ada adjustment," ujarku memberitahu apa yang si Kakak beritahu pagi tadi.

Di hari yang lain pula...........

"Budak Siput (bukan nama sebenar) tu boleh je bukak kaunter...tapi dia malas. Dia lebih suka
kerja kutip alien. Tu sebab lambat sikit tutup kaunter malam ni." Adu si Adik yang pulang lewat
semasa kerja shift petang.

"Kakak OT petang ni? Ramai orang ke?" tanya ku pada si Adik.

"Ada stocktake." Adik menjawab memberitahu sambil terus menapak mendaki tangga ke biliknya.

Hari ini...sebaik balik makan tengahari.......

"Ala..." Adik melemparkan beg dan kunci kereta ke sofa. "Esok Adik ada BFE...patut esok off-day...
habis bila yang nak off nya?" dia bertanya atau mengadu, dua-dua pun aku tak tahu.

Junie Octovian:  Sukahati koranglah anak-anak...asalkan bahagia. Tak secara langsung...aku dapat
                         belajar juga....menambah ilmu di dada....walaupun tak seberapa.

August 28, 2011

TGCR....

Salam Ramadhan al-Mubarak to all..........


Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi menjelang lebaran....aku masih belum masuk mode nak mengemas....
biskut raya pun macam malas aje nak buat memandangkan aku hanya tinggal bertiga kali ini. Perkara 
begini memang telah dijangkakan....namun perasaan malas itu dengan sendirinya datang bertamu.


Abang Long yang akan beraya ke Miri tahun ini merasa ralat barangkali nak meninggalkan ku dan 
adik-adiknya beraya sendirian....maka dia dan isterinya telah membuat tempahan untuk membawa 
ku dan adik-adiknya untuk berbuka bersama sebelum dia berangkat ke Miri.


Seawal jam 5.30 petang dia sudah sampai ke rumah untuk menjemput kami ke sana..............


TGCR...Tropicana Golf & Country Resort


Kena booking...buffet Ramadhan ni tak kira bangsa......

Dari Golfer's Terrace tu kita boleh nampak driving range....
Pelik juga mula tu tengok ada arah nak ke Taiping...
rupanya ada Kuey Teow yg pemes mcm di Taiping...
lain kali cakap biar terang...........
Dah macam kat  I-City pulak...
gambar ni dirakam semasa kami sudah mahu pulang....


Alhamdulillah........rezeki di bulan ramadhan. Perut yang dah hampir sebulan belajar bertahan lapar dari 
pagi sampai jejak ke Maghrib itu tidaklah begitu teruja nak diisi dengan segala juadah yang penuh 
mengelilingi Kelab itu. Cuma teruja untuk makan bersama dan sekali gus bersyukur ke hadrat Ilahi 
di atas pemberianNYA dengan makanan sini yang begitu mewah di tanah Malaysia ini. Amin.


Merakamkan rasa ribuan terima kasih kepada Firdaous Yousof dan Natrah Hamim untuk buffet 
Ramadhan 1432H di TGCR, Kota Damansara.






Junie Octovian: Life in abundance comes only through great love.

Mana dapat lesen daa.....

Salam 28 Ramadhan to all..............


Tinggal esok sahaja lagi kita berpuasa...insyaAllah.
Ni la...teringat anak sorang yang beraya di rantauan the first time...walaupun dah beristeri....belek 
belek folder...jumpa pulak gambar yang dirakamnya...


Angah ni memang rajin berjalan bawak kamera sejak dulu...tapi sekarang ni di telefon bimbit pun 
dah ada kamera...bertambah la mudahnya.......


Jom kita tengok apa yang dirakam si Angah.........


Ini bertempat di Carrefour, Batu Pahat, Johor.


Ini di Kluang Mall, Kluang, Johor.


Ini dekat KFC Setia Alam...
kami yg berada di situ memerhati jika yg keluar tu OKU...
sekali elok je mamat tu keluar buat muka sardin...cis!


Yg ini pula di Parit Raja, Batu Pahat...
mana la tak sesak jalan raya dibuatnya?


Bagaimana kalau kalian tiru gaya Angah pulak?........................


Hah! Begini cara parking yg betul...
kalau boleh kaler baju kena sedondon dgn kaler kereta...


Atau parking begini...


Atau untuk lebih mudah....
tumpang orang je...
aiseymen! salah tu tak pakai helmet.....


Beli basikal je la....
murah & jimat...
tak payah minyak dan tol segala bagai.


Bagaimana? Sudahkah kalian mendapat idea yang mana satu akan digunakan? Atau yang mana satukah 
lebih jimat? Kita renung-renungkan di pagi Ahad 28 Ramadhan 1432 Hijarah bersamaan 28 Ogos 2011.


Junie Octovian: Malang tidak berbau...hati-hati di jalanraya ketika memandu.



August 19, 2011

Me and my.....

Salam Ramadhan al-Mubarak.........


Okeh! N3 kali ni saja nak mengimbau kenangan lalu. Maklum la...dah nak raya ni memang akan 
terkenang-kenang dengan orang-orang tersayang kan? 


Ajal maut di tangan Tuhan...kalau dipanjangkan usia...insyaAllah...tahun depan berjumpa lagi.....
kalau tidak...gambar-gambar inilah sahaja yang tinggal untuk dijadikan kenangan.


Me & my mom...
Me & my two sisters...
Me & my elder son...
Me & my second son...
Me & Sharifah Hanim, her DIL and Kak Nor Rozlan...
Me & my friends...Habsah & Zaharah....
Me & other friend...Zainah Zain

Me & my DIL and cucuku Hana...
Me & my other DIL...
Me & my first besan...Puan Halimah Junaidi...
Me & my second besan...Puan Akishah Lazim....
Me & my elder bro....
Last but not least...
Me & my two daughters....


Pergh! Rindu dah ni...
Bagi sesapa yang terakam gambarnya di sini...kalau rasa tak suka boleh gi tau...nanti ai delete eh?
Yang gambar dan namanya tak masuk dalam N3 ni...mintak maaf bebanyak. Nanti di lain N3 ai akan
upload gambar dan cerita pasal korang pulak la...






Junie Octovian: If we perceive things not as a problems but rather as opportunities for learning...
                        we can experience a sense of joy. Wallahualam.





August 17, 2011

Colours of Ranggoli...

Salam Ramadhan to all........


Tetiba dapat idea nak buat N3 tentang tema baju raya pulak. Fikir punya fikir...bincang punya 
bincang...tak ada kata penamat.


Si Adik minat merah atau pink...kakak pulak minat sangat dengan purple....tak kira la pekat ke cair...
asal kaler pepel.  Kalau teringin nak belikan hadiah ke hapa...tak yah tanya...belikan aje apekebenda 
pun yang kaler pepel tu dia memang akan sangat sukanya.


Habis...aku ni macam mana? Mementang usia dah nak sampai penghujung tu tak pandai nak 
ber'kaler' juga ke? Nak jadi macam Hindustan tu...kalau tak ada suami nak kena pakai sari putih je?
Isy! Isy! Isy!


Teringat satu ketika bercerita dengan Lela...adik bongsuku.....


"Jemu dah cari kaler tema ni...biru sudah...merah sudah...hijau sudah." aku sedikit mengetuk
pelipis mencari idea. "...tak kan nak pakai hitam? Macam ada orang mati je....putih pulak kang 
orang ingat kita sedang berkabung." Kemudian aku pandang Lela. "Ikut suka korang la...tema ikut 
family memasing. Baru warna-warni..."


"Hah! Kalau nak warna-warni...kita beli kain sari buat baju kurung. Baru meriah!" kata si Lela.


Aku terus dapat idea dan boleh membayangkan betapa warna warninya kami semua bila dikumpulkan.
Tadaaaa................






Uteh, Liesa dan Adik

Eija, Pak Tam, Eira & Kakak

Kakak & Adik

Sebahagian yg telah dikumpulkan

dan sebahagian lagi.........

Mak ai!! Merahnya Mak Ngah!


Cantik kan? Tak sangka idea tu menjadi. Mula tu nak juga suruh yang lelakinya pakai Kurta ke...
tapi dah macam Deepavali pulak. so...yang lelakinya tetap berbaju Melayu...kalau nak sedondon 
dengan pasangannya pun lagi menarik supaya nanti orang kenallah dia punya yang mana gitu kan?


Rasa-rasanya...kalau suruh hubby aku pakai baju Melayu merah menyala dengan sampin kaler 
hijau...dia hendak tak? *tengah membayangkan kombinasi kaler yang dicadangkan itu*


Junie Octovian: I don't have the prettiest face or the best voice...but I do have the biggest heart
                        that cares the most.

August 16, 2011

Sedapnya tido...

Salam 16 Ramadhan to all.........


Tajuk N3 bagai nak rak bunyinya...Adoyai! Ngilu lubang telinga aku setiap pagi mendengar bunyi
renovation yang sedang berlangsung di rumah sebelah. Entah besar mana lagi dia nak buat...tak tau la.
Rasanya...kalau terlebih duit tu cari je la banglo di Setia Eco Park tu...dah tentu-tentu tak payah nak
direnovate segala bagai...

Dah la kita ni nak nyambut raya kan? Habis segala usaha aku membersihkan rumah sebelum puasa
hari tu menjadi sia-sia sahaja. Kini depan belakang rumah dah dipenuhi debu semula...kurang asam
betul!

Balik Pondok Indah? Pergh! Jauh tu...kalau setengah jam sampai dah lama aku pergi. Nak dibuat
macam mana ni? Sabo je la.........


Toby...peduli dia tidak

Siap beralih tempat & menonggeng-nonggeng lagi...

Kaka...kepenatan buat biskut raya

Hana...




Ala....
Sedapnya dia orang tido....nak jugak....

Junie Octovian: I like the dreams of the future better than the history of the past.

August 6, 2011

Hana as a kid model...

Salam Ramadhan to all........

Mohon maaf kepada para pengunjung blog kerana lama tak bersiaran. Al-maklum di bulan yang mulia
ini cepat aje nak cari bantal antara sebabnya nak kena bangun untuk masak sahur.

Kami dah biasa bersahur...walaupun dengan membuat puasa bayar atau puasa sunat. Entah kenapa
ada rasa bahagia bila dapat bersahur. Kalau seorang ada sebut nak berpuasa...maka kami satu rumah
pakat-pakat puasa sama. Tidak la orang yang seorang tadi terkulat-kulat melihat yang lelainnya makan...
atau yang lelain yang tidak berpuasa itu pula tidak la terasa bersalah makan di hadapan orang yang
berpuasa tadi...kan?

Baru beberapa hari melalui Ramadhan...anak-anak dah sibuk dengan persiapan menyambut raya.
Aku dah tak berapa nak kisah sebab tahun ini aku beraya bertiga beranak sahaja. Kakak dan Adik
hanya mengikutku ke mana hala tujuku semasa hariraya nanti...sejak dulu.

Kami tak begitu teruja nak balik kampung sebab kami boleh sahaja mewujudkan suasana kampung itu
di rumah ini. Cuma mungkin...kami tidak dapat membuat kunjungan dari rumah ke rumah adik beradik
dan saudara mara terdekat sahaja jika kami tidak balik ke Johor kerana kebanyakan mereka masih
menetap di sekitar Johor.

Cucuku Hana Sofya menyambut harirayanya yang kedua tahun ini. Oleh kerana dia merupakan cucu
sulong dari kedua belah pihak...maka dialah orang yang paling diingati ketika keluar membeli belah.
Apatah lagi bila dia kini sudah pandai berjalan dan pandai pula bergaya di hadapan kamera. Berikut...
gambar-gambar Hana dengan baju yang digayakannya.

The next 'Ana Rafali'?

Pantang pakai baju baru...dia dah cari pintu..

Annyeong Haseyo....

'Mommy! I'm going to celebrate Raya in Brisbane this year with
Pak Ngah & Mak Ngah. How do I look?'

Comel kan?
Memang pantang nampak kamera...cepat dia ber'posing'. Tapi tahun ini Hana akan menyambut raya
di Miri....sebab itu kami dah photo shoot dia dengan sebahagian baju rayanya.

Junie Octovian: Teringin nak main meriam buluh la...

June 26, 2011

Hana Is One In Korean...

Salam to all...........

Mak ai! dua N3 sekali hari ni? Ada aku kesah? kuang...kuang...kuang!
Sebenarnya aku ke'boring'an. Kalau ada si kecik tu sehari suntuk melayan kerenah dia
memang tak reti jemu.



Baby Hana

Diam tak diam dah setahun usia si Hana...dulu ingatkan pendiam orangnya...sekarang ni...
mencicih mulutnya macam murai tercabut ekor.



Pandai bergaya...
Suka bergambar..
Dah pandai berjalan..

Pandai pulak menari..
Dah pandai ke taman permainan..
dan....dah pandai memanjat!


Junie Octovian: Raya ni Hana dah boleh  berjalan kutip angpow!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...