Showing posts with label Life drama.... Show all posts
Showing posts with label Life drama.... Show all posts

September 15, 2011

Spy Junie....

Salam & Good Day to all..........


Kita masih bersiaran dengan kisah Spy Junie...ala-ala Spy Myeong Wol gitu...cer bukak channel
391 hari Isnin dan Selasa jam 8.00 malam waktu tempatan.

Ikuti kisah Spy Junie selanjutnya..........

Spy Junie yang baharu sahaja menandatangani misi itu dikehendaki ke suatu tempat untuk mengetahui 
misi apakah selanjutnya dan arahan yang harus dilakukan....


Mission:  Mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang menyerupai kanak-kanak
berbangsa Korea. Kanak-kanak itu diberitakan telah dilarikan ke Korea untuk dijadikan Model Kanak-kanak di sana. Oleh kerana kanak-kanak tersebut belum pandai bercakap...pihak sindiket pasti mereka
akan berjaya melepasi semua pintu keluar dari negara ini.

Spy Junie: " Woi!! Bawak pelan sikit boleh tak? Ingat ni litar Sepang ke? "
Micheal Schumacher: " Can U just keep your mouth shut?"
Platypus ol-ol: " Tape ini akan musnah dengan sendirinya. Dengar dengan teliti. Anda
dikehendaki mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan. Picit muncung platypus ini
utk melihat gambar kanak-kanak tersebut."
Dang Kondi...anak tunggal kepada pasangan OKB yg mempunyai empayar Oil & Gas terbesar di  Miri.
Pasangan itu telah menawarkan sejumlah wang yg besar kpd Syarikat Penyiasat Persendirian Rimau Kayu
utk membawa pulang anaknya dgn selamat.


Isy! Apa dia tak arahkan Ejen Kim dengan Boss Eunhyuk aje untuk misi ke Korea ni? Oleh kerana telah pernah didenda akibat menggunakan telefon bimbit untuk berhubung semasa dalam misi...Spy Junie 
meminta jasa baik dari kenalan lama Lt.Kol Zainuddin Abd Rashid untuk membantu dalam meneruskan misinya.


Lt. Kol ZAR: " I'm very happy to lend a hand."
Oleh kerana misi yang diterima merangkumi tanah besar Asia...maka Lt. Kol ZAR telah membuat perbincangan dengan begitu rapi......


Man 1: " Saya rasa kita boleh arah tentera kita cover ikut jalan darat je Tuan...
kalau ikut udara nanti bimbang dia orang syak pulak."
Man 2: "Betul tu Tuan..."
Lt. Kol ZAR: "Tapi saya hendak tentera kita berada di setiap pelabuhan dan Lapangan
Terbang juga...orang jahat ni memang banyak idea. Tengok hari tu di Seksyen 15 Shah Alam...
dekat Restoran Mamak pun dia orang boleh rompak...banyak betul idea dia orang." Katanya panjang
lebar sambil bercekak pinggang. "Kumpulkan tentera kita...saya nak beri penerangan
dengan jelas dan teliti. Saya mahu misi kita berjaya dan memberi nama
kepada pasukan tentera kita. Terutama di bawah pimpinan saya,"


Sepasukan tentera yg dikumpulkan utk misi mencari dan menyelamat yg akan
diketuai oleh Lt. Kol ZAR........


Yang ini kah? Bukan...yg ini dah beso...


...bagaimana pula yg ini? Bukan..setelah diteliti ternyata dia budak lelaki....


...adakah yg ini? Aiseymen...rambut lebih kurang la...tapi dia budak lelaki ....


Kalau yg ini? Dah ada rupa dah tu...tapi kenapa pakai songkok? Isy! sindiket sekarang ni
macam-macam cara dia nak menipu......


Yang ini pulak? Cemamai rambut budak tu dikerjakannya...konon tak nak kasi orang
kenal la tu kan? Tapi bukan la...yg ni matanya beso sangat....


How about this one? ...hurmmmmm...*sambil membandingkan gambar Dang Kondi dgn ibubapanya*
...not very sure yet la...dia orang cakap...budak tu nak dijadikan Kid Model....
tak kan gaya gini kalau model?


Dang Kondi bersama ibu dan bapanya....


Sah!! Ini la kanak-kanak pompuan yang dikatakan itu...
tengok! diarahnya budak sekecil itu bergaya macam orang beso?
Eee,,, mendera namanya tu......


Hah! Ni lagi....
Memang sah...inilah kanak-kanak yg dimaksudkan itu.
Tapi bagimana kita nak menyelamatkannya?


                                                                   ~ bersambung ~



September 13, 2011

Itu tidak adil...

Salam agents and spies 77....


Kisah sambungan selepas Spy Junie dihantar ke Strawberry Farm sebagai denda untuk bekerja 24/7..
manakala Ejen Salikin dikatakan selepas mendapat pujian daripada Pak Menteri Besar kerana rekaan
yang dihasilkan sangat memuaskan hati itu telah dianugerahkan pula dengan percutian bertaraf  'Lima
Bintang'.....

Saksikan........


Ak ala.....mana aci....dia dapat gi London la......
Tengok ar...siap gedik-gedik santai lagi....


...dapat tepukan gemuruh atas kejayaannya...kena iring dengan ramai pompuan tu....


Tengok tu! Dah bersiap nak ke concert kumpulan
'My Chemical Romance' lagi....

Ini tidak adil!!
Manakala Spy Junie masih mundar mandir di Strawberry Farm.........

Mandore: "Lambat betul lu kija (kerja) la nyonya...ini macam bila boleh siap?"
Spy Junie: "Wa satu olang...lain bulan pun belum tentu siap lorh...."
Mandore: "Lu tak tau ka...itu ejen Salikin sudah sign satu lagi mission? "
Spy Junie berpusing lipat maut...."dia mana mau pigi (pergi)?"
Mandore: "Itu mission bely sikelet (very secret)...wa mana tau?"

Ejen Salikin yg sedang menandatangani misi seterusnya.....
Apabila diberitahu akan pencapaian cemerlang Ejen Salikin...Spy Junie yang tadi dah ala-ala siput babi 
bekerja dengan pantas macam lipas kudung....

Yang akhirnya berjaya juga melepasi denda yg dikenakan
kerana menunjukan prestasi yg baik....
sedang menandatangan untuk misi seterusnya.....

Thank You Pek! Oops...Big Boss..........

September 12, 2011

Cuti pelepasan...

Salam agents and spies 77......


Arghhhhhhh!! Masing-masing melenting-lenting dan melompat-lompat kegirangan apabila Mr. Chilli
Anjal menelefon memberitahu dari KL sinun tentang cuti pelepasan yang diberikan sempena kejayaan
besar syarikat Penyiasat Persendirian itu.

Gila seronok.....
Boss Hugo...bercuti di Aussie
Madame Hood...ke Performing Arts Centre. Belajar berlakun kot...
persiapan untuk misi seterusnya.
Ejen Senior Rahman Abas....di majlis bersara...*sob sob*
Ejen Roy...mengadakan majlis doa selamat di kampungnya........
Ejen Anne juga mengadakan majlis doa selamat di kediamannya.........
Ejen Zara...kediamannya diserang kerana membawa telefon bimbit semasa perjumpaan aritu...
beliau sedang menanti skuad penyelamat untuk membawanya keluar daerah...
sian dia...
Ejen Zainah....beraya Hindu bersama sanak sedara.......
Ejen Habsah...menghabiskan masa di Fitness Club untuk latihan meninggikan diri selepas
mendapat teguran dari mulut ejen yg belum diinsuranskan itu.......
Ejen Kim.....bercuti di Pantai Cherating sebelum berangkat pulang ke Korea.....

Di mana pula Spy Junie? Orang dah enjoy sakan...tak nampak pun kelibatnya?


Spy Junie didapati bersalah kerana contact Ejen Zara sewaktu di perjumpaan aritu...
maka dia diperintah menghadap Boss Besar...
Boss Besar: "Ei Nyonya! Lu tak tau ka...company polisi tak boleh call & bawak enpon?"
Spy Junie: "Mana wa tau dia orang masih lagi bersidang Pek! Oops..(cepat-cepat tutup mulut)...
Boss!"
Boss Besar: "@#$%&*Lu tak boleh cuti...pigi cali itu Mr. Chilli...wa kasi misi balu punya.."
Spy Junie: "Kuang ajo...aku sumpah jadi batu kang!"
Boss Besar: "Pa hang katak?" pelat Utara la pulak.....
Spy Junie: "Ma hang kodok!"


Pastu Spy Junie dihantar ke Strawberry Farm untuk bekerja mengutip buah 24/7 sebagai denda 
mengutuk Boss Besar...(aku dengo dia cakap bapak aku katak...aku cakap la emak dia kodok...
tau pulak nak marah...dia kutuk kita tak apa...mementang dia Boss Besar)...gila jahat orang tua tu!




Help!! Mana aci oi....gila luas ladang ni....

Jejak Kasih...

Salam buat Geng 77..........


Selepas Majlis Penganugerahan...Spy Junie menelefon Ejen Zara untuk mengetahui akan Majlis
Perjumpaan G77 yang dihadirinya bersama ejen-ejen yang lain. Biasa la Ejen sorang ni gembeng
sikit...ala-ala Neng Yatimah...sebab tu Mr. Chilli Anjal tidak memberikan assignment untuknya
cover luar negara...

Saksikan........


Spy Junie: "Amacam majlis kita?"
Ejen Zara: "Best giler beb...kita orang dah macam dalam TV3 Jejak Kasih ni....mujur dia orang tak
cover majlis tu...kalau tak tentu kena panggil dengan Mr. Chilli Anjal ke KL nanti."
Spy Junie: "Ooo ye ke?...ko kem salam kat dia orang la."
Ejen Zara: "No hal...U take care."
Spy Junie: "I will. Thanks."


Ejen Zara: "Macam mana ko boleh kurus lak ni? Bukan marin masa kita sama-sama  dalam
Kursus PI tu badan ko berisi ke?"
Ejen Anne: "Ko ingat senang ke terima Misi Jelajah Sekolah tu? Bebudak perangai haru beb...jaga pulak
anak-anak Menteri, Datuk segala bagai tu? Sabo je aku..."


Ejen Habsah yg kesedihan kerana ditegur masih tak besar-besar...sedangkan dia ditugaskan untuk cover PPUM
...si Yati yg dulunya kenit je dah beso dari dia....
Nasib baik Ejen Roy yg bertugas menjaga Markas bahagian Southern ada untuk menyabarkannya.


Datuk Zack (Boss Southern Region): "Jom! Jom! Saya kenalkan awak dengan ejen-ejen yang lain...
nasib baik awak terselamat dari serangan tentera US dalam misi mencari Osama Ben Laden di Afghanistan tu."
Ejen Sarajul Haq: "Malu saya Datuk...pompuan semua ni..."


Ejen Zainah: "Datuk...saya dengar Spy Junie dalam senarai terima anugerah untuk misi ke Brisbane
aritu....saya bila lagi?" bercakap sambil muka maintain ayu semasa sesi bergambar untuk dirakam masuk
Majalah G77......


Ejen Zainah: "Mana ejen Salikin? Aku nak jumpa dia...nak tempah baju untuk Majlis Anugerah."
Ejen Zara: "Dia dengan Menteri Besar tadi...dia kena amik ukuran Menteri Besar dulu."


Sesi bergambar selepas berjamu sakan.....


Pssst! Dapat misi baru ke?

Majlis Penganugerahan....

Salam & morning to agents and spies '77........


Sempena kecekapan Misi di Brisbane yang hanya mengambil masa sehari sahaja untuk menjejak
dan mendapat kembali manuscript yang penting itu...maka Boss Hugo, Madame Hood, Ejen Kim
dan spy Junie telah dipanggil untuk menerima anugerah di atas kecekapan mereka.

Boss Hugo & Madame Hood disambut di Lapangan Terbang Sultan Ismail di JB oleh
Ejen Senior Rahman Abas untuk ke Majlis
Penganugerahan itu.

Boss Hugo & ejen Kim sedang memeriksa list nama-nama
mereka yang terlibat sama mendapat penganugerahan.

Boss Hugo: "Cer tengok...siapa lagi yg dapat anugerah kecekapan tu?"
Ejen Kim: "Panjang listnya...nama kita ber4 aje yg ada...yg lelain tu untuk misi lain..."
Boss Hugo: "Ei? Boss Eunhyuk dari Phuket tu tak dapat ke?"
Ejen Kim: "Mana ada...dia tu relax je...sempat membuta dalam kapal tu. Ingat..dia orang
tak ada pasang CCTV ke?"

Madame G-Da dari G-Dex telah menyampaikan anugerah khidmat cemerlang
kami pada hari tersebut.

Aku geram je tengok...ada ke dia yg dapat pengiktirafan tu lelebih...bukan aku ke
yang kulu kilir...kena manjat tebing segala bagai?
Tapi menurut Madam G-Da dalam ucapan pembukaannya tadi...."Atas kecekapan
Boss Hugo mencari dan memberi maklumat yang tepat...maka misi di Brisbane hanya memakan
masa sehari sahaja dan beliau (Boss Hugo) telah banyak menjimatkan masa/tenaga & wang
Syarikat PI Rimau Kayu."
Ek eleh! ayat jeles....

Sementara menunggu Ejen Kim........

........menerima anugerahnya kerana misi ke Phuket aritu
selamat............

Spy Junie bersama ejen Kim, Boss Hugo & Madame Hood........
apakah misi kami seterusnya?
Pasni nak jumpa ejen-ejen yg baru habis mengikuti Perjumpaan G77.....

TAHNIAH !!

September 11, 2011

Misi di Brisbane...

Salam & happy Sunday morning to all.........


Kita teruskan aje la misi kita ke Brisbane tu ye...ingat hari ni nak berjimba-jimba...tapi kang kalau
terlambat langkah...lambat dan terlepas pulak untuk menjejak manuscript yang dibawa lari itu........
penerbangan tengahmalam semalam...selamat mendarat di Coolangatta Airport, Goldcoast jam 7.00
pagi waktu Australia dan 5.00 pagi waktu tempatan kita...patut la aku masih terasa mengantuk lagi.
Eh? Aku tak solat Subuh ke? Kalau ikut waktu tempatan belum Subuh lagi ni...tapi kat sini dah jam 7.00
pagi dan dah terang benderang...jeng! jeng! jeng!

Pihak penyiasat dikatakan tidak mahu menghabiskan wang ringgit menghantar ejen-ejen dan spy mereka
menaiki penerbangan dengan MAS...maka aku naik penerbangan tambang murah aje...tu yang turun di 
Goldcoast...tapi tak apa...ejen kami yang bertempat di Brisbane dikatakan akan sedia menunggu 
kedatangan ku. 




Spy Junie disambut dan dibawa ke suatu tempat yang agak sunyi untuk membincangkan
akan plan dan strategi yang akan diambil......


Spy Junie bersama Madame Hood di pantai Caloundra....
Madame Hood: " Buat-buat senyum...supaya tiada orang akan mengesyaki kita."
Spy Junie dan Madame Hood senyum melebar ke telinga gaya pelancung...


Manuscript itu telah dibawa ke satu rumah di persisiran Sungai Brisbane dan agak payah untuk
menembusinya dengan laluan biasa.
Bentuk plan dilorek di pasir pantai kerana lepas itu kami dengan mudah boleh menghapuskannya.
Kami harus ke situ dengan menaiki City Cat...salah seorang akan memanjat tebing di sebelah
belakang manakala seorang lagi akan memerhati sekeliling....


Kami berlepas ke lokasi...
mak ai! belum sarapan lagi ni...gila ar...
Spy Junie: "Tak ada mamak 24 jam ke? Pekena teh tarik dengan roti canai dulu ke?"
Madame Hood: "What was that?"
Hurm...tak ada la tu....


Dari persisiran sungai...target dah kami temui..
Gila beso umah dia...tak kan nak ikut pintu depan kot?
Madame Hood: "We had to climb the hill behind from the other side."


Spy Junie & Madame Hood kena 'Osom'...salah sorang dari kami kena buat xtvt
rock climbing pepagi buta tu....
Tetiba Madame Hood bersuara: "It's ok...U go ahead...I'll wait down here."
Spy Junie: "Ai pulak? U kan lebih kurus? Tentu ringan je nak panjat."
Madame Hood: "I haven't shave my leg yet this morning.."
Hurm...alasan....tapi tak apa...
Spy Junie ni pun dah biasa dari kecik dulu selalu je manjat pokok jambu batu umah  Tok Esah...


Manuscript itu dikatakan disorok di meja dapur dengan memakai cover buku masak...
Tapi Spy Junie telah dapat menghidunya...
Itu dia....YES!! MISSION ACCOMPLISHED.


Boss Hugo, Madame Hood dan Spy Junie yang telah berjaya menjalankan misi sempat
merakamkan gambar kenangan di Wellington Point.....


...sebelum menaiki Legend of the Seas yang berlabuh menunggu di tengah laut...
bersama...........


Boss Eunhyuk yang menanti sampai tertidur-tidur........


Spy Junie bersama logo 'Rimau Kayu Private Investigation'....


Manuscript yang dicuri dan berjaya diselamatkan.......


~ The End ~


Junie Octovian: Akan muncul dengan drama yang lain pulak minggu hadapan......tata!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...