Showing posts with label Peringatan.... Show all posts
Showing posts with label Peringatan.... Show all posts

November 12, 2012

Sekadar Peringatan...

Assalamualaikum to all........

Sumber ini ku petik dari SINI. Tiba-tiba hari ini terasa nak update N3 dengan pelajaran ini pula. Suka ku kongsikan dengan pembaca sekalian untuk dijadikan peringatan. Semoga kita dapat menilai diri kita sendiri, adakah kita merupakan wanita-wanita yang disenaraikan di bawah ini? Nauzubillah.

6 JENIS PEREMPUAN YANG WAJIB DIJAUHI...

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Tetapi, jauhilah jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri, nescaya kamu akan bahagia:

1.  Al-Anaanah: Banyak keluh kesah. Diberi rumah tidak cukup, diberi motor tidak cukup, diberi kereta tidak cukup...tidak redha dengan penberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja tanpa menghiraukan perasaan suami. Tidak ada perasaan hormat pada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong, malah apa yang diberi pun tidak pernah merasa puas.

2. Al-Manaanah: Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan, maka akan diungkit segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tidak mengenang budi, tidak bertanggungjawab, tidak sayang dan macam-macam lagi walaupun suaminya sudah memberikan perlindungan padanya.

3. Al-Hunaanah: Ingin kepada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tidak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah: Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suami untuk melakukannya. Tidak kira masa, asyik menekan suaminya sahaja. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri dan ingin buat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dia sahaja.

5. Al-Hulaaqah: Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lali dengan ibadah-ibadah asas seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumahtangga dan berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah: Banyak bergosip. Tidak kira pagi petang, siang malam asyik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar di matanya. Di zaman sekarang ini bergosip bukan sahaja berbicara di depan suami, tetapi menerusi telefon juga. Melalui SMS, internet dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas, isteri itu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Oleh itu, kaum Hawa, berhati-hati dengan sikap anda. Seperti kata orang-orang tua, wajah yang buruk itu pemberian Allah, kita manusia tidak dapat mengubahnya. Namun perangai dan sikap yang buruk itu boleh diubah jika individu itu berusaha untuk ke arah kebaikan, In shaa Allah.



Junie Octovian: A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person ~ Mignon McLaughlin.



November 15, 2011

Good Luck 2 SPM Candidates...

Assalamualaikum and greetings to all.......


N3 hari ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil 
Pelajaran Malaysia. 






Sesiapa yang leka dan tidak bersedia akan mengalami masalah ketika menjawab soalan seperti 
pelajar di bawah ini.......




Nanti siapa yang susah? Oleh yang demikian....pastikan anda sudah bersedia berhadapan dengan 
segala soalan yang bakal dihadapi. Best of Luck!


Junie Octovian: Sail through with flying colors....may you anchor at a harbor of success. Allah bless!

October 17, 2011

Manic Monday.......

Morning peeps.........


Hari ni ku nak share dengan kalian satu gambar yang baik punya sempat dirakam lama dulu tapi baru 
nak update kerana telah terselit di dalam folder buat seketika.


"Kenderaan berat ikut kiri....kenderaan berat ikut kiri..." itu yang diajuk oleh Nabil Raja Lawak la... 
tapi memang betul ada papantanda yang mengarah agar mengambil lorong sebelah kiri. 
Cer tengok gambar ini.............


Ada aku kesah? ~ begitu barangkali kata pemandunya.


Kami dalam perjalanan pulang ke Setia Alam melalui lebuhraya NKVE bila gambar ini ku rakam....oops! 
Not me actually.....I am the one who's driving.. albeit the fast moving tanker...I made my daughter to 
capture this picture. Nampak? Masa dia melepasi kami...terasa bergegar bumi. Gila arr.....


Luckily I didn't follow suit tho' in my mind masa itu ku dah terbayang IF I were the Highway Patrol.... 
dengan lampu nit not nit not di atas bumbung kereta mengejar si penderhaka jalanraya. Entah dari mana 
dia belajar memandu agaknya. Terbayang aku dengan uniform polis peronda...segak dan bergaya..... Muahaha..........


Junie Octovian: Terbanyak sangat menonton CSI, Hawaii Five-O dan cerita yang sewaktu dengannya. 



October 16, 2011

The Truth....

Happy Sunday morning to all............


N3 pagi ini saja nak share dengan pengunjung blog sekalian dan juga sebagai simpanan di Blog Arkib 
ku untuk rujukan di kemudian hari sekiranya ada yang berminat untuk membaca.






N3 ini ku kopipes dari anak saudara ku yang disharenya dari seseorang. Ku rasa ianya menarik 
untuk dikongsikan.


Mengapakah Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis?
dari Ceciter Ilmu..............


Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam. Kemudian temukan 4 jari
lain dihujungnya (lihat gambar).

Permainan dimulai..............

1.. Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili orang tua kita. Manusia
     mengalami sakit dan kematian...oleh kerana demikian orang tua kita akan pergi meninggalkan kita
     suatu hari nanti.

2.. Tutup kembali ibu jari anda. Buka jari telunjuk pula. Jari telunjuk mewakili saudara kita (abang
     kakak dan adik). Mereka akan mewakili keluarga sendiri dan akan meninggalkan kita satu hari
     nanti.

3.. Tutup jari telunjuk dan buka pula jari kelingking. Jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat
     atau lambat anak-anak juga akan pergi meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga
     sendiri.

4.. Selanjutnya....tutup jari kelingking anda. Buka jari manis di mana anda menyarungkan cincin
     perkahwinan. Anda tentu merasa hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Ini kerana
     jari manis mewakili suami isteri. Selama hidup, abda dan pasangan anda akan terus melekat antara
     satu sama lain....sehidup dan semati.


Junie Octovian: Ajaibkan? 



July 12, 2011

Mana Ikannya?



Salam to all...........

Aku tetiba teringat nak pos N3 ni buat selingan....
Pada satu hari di Setia Alam...

'Akak! Jom ke Tesco...mama tak ada stok makanan la...takut hujung minggu nanti ada tamu,' aku
mengajak Kakak ke Tesco yang berdekatan. Walaupun boleh nampak dari pintu depan rumah tu
tapi kena berkereta juga. Kalau tak beli barang mungkin tak apa sebab balik lenggang kangkong.
Kalau terbeli barang? Hah! Siapa yang nak pikul? Kena hari Sabtu yang tak ada plastik?
Ambek engkau!


Mana ikannya?

Sampai di Tesco....seperti gambar di atas tu...itulah sahaja yang tinggal untuk kami.

Junie Octovian: Selamat kami tak ada tamu minggu itu dan selamat juga ada Pasar Malam
pada hari Sabtunya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...