(1)
"KAK! Ada
mamat tunggu kat luar. Dia cakap akak dah curi hati dia. Dia takmo balik kalau
akak tak ganti dengan hati akak." Lancar aje Ibrahim sampaikan pesanan.
"Mamat mana pulak
ni? Bila masa akak ada curi-curi hati pulak? Akak tak keluar ke mana-mana pun
hari ni."
"Akak cakap sendirilah dengan dia. Tu! Dia ada tunggu di luar
pagar." Ibrahim berlari masuk ke biliknya. Di dalam genggaman kecilnya ada
not sepuluh ringgit.
Sah!! Makan rasuah
ni. Kena report kat SPRM. Bahaya.
"Papa!"
Panggil Istikharah untuk menakutkan adiknya.
"Papa ada kat
luar dengan abang tu," jawab Ibrahim yang menjengulkan kepala dari
biliknya.
"Kawan papa la
kot? Apa Ayim cakap kawan akak pulak?"
"Papa baru
balik dari surau...dia ada kat gate dengan abang tu la kak."
Eh, siapa pulak?
Istikharah mengingat. Mana dia ada janji dengan sesiapa nak jumpa? Zahid kot?
Kawan dari kecik dulu yang keluarganya berpindah ke Taiping. Dia ada beritahu
di Facebook nak datang ziarah.
Istikharah lekas
melangkah ke depan. Dia menyarung selipar dan menapak mendekati kereta.
"Ara!"
Panggil Pak Mail. "Ajak Azam masuk... lama dah dia tunggu kamu di
luar."
Azam? Istikharah
renung pemuda yang berkca mata hitam. Lama dia mengingat. Matanya kemudian
membulat. Aiseymen!!
"Sorry-sorry
encik! Saya belum pulang sapu tangan tu ye?"
Adoyai malunya.
Jumaat lepas dia kena marah dengan superior dia, Encik Sulaiman kerana
mengarahkan pak guard menghalau lelaki itu dari masuk ke bilik Pengarah Urusan
Syarikat.
"Oi pakcik!
Kalau baru nak datang interview, tu! Tunggu kat depan sana. Ini bilik Tuan
pengarah."
Rupa-rupanya... Khairul
Azam Abdul Malek ni anak tuan punya syarikat. Mau si Ara ni tak meleleh
airmata? Berjurai-jurai. Malu kot? Kalau dibuang kerja? Lagi double malu.
"Will you
excuse us?" Kata jejaka itu serta merta apabila melihat Ara benar2
menangis.
"Sure
sir." Jawab Encik Sulaiman yang gendut perutnya.
Eleh!
Datang pulak jejaka
yang handsome... mau tak tercabar rasanya? Encik Azam anak taukeh syarikat
hulur sapu tangan buat pengelap si airmata.
Ara cepat jer sambar sebab pipi dah lencun. Habis make-up yang dipelajari
dari perkongsian tutorial di Facebook lunyai begitu sahaja.
(2)
"KAMU berdua dah kenal?" Tanya Encik Ismail .
"Dia datang di opis Jumaat lepas... Ara tak
kenal pun." Jawab Istikharah. "Duduklah dulu... saya ambilkan sapu
tangannya."
Encik Ismail kerut kening. Datang opis pinjamkan sapu tangan? Pelik ni.
"Emak kamu apa khabar?"
Eh? Ara berpaling
memandang ayahnya. Apahal tanya khabar isteri orang. Kenal ke?
"Alhamdulillah
sihat. Dia sibukkan diri dengan geng-geng sekolah dia dulu. Asyik keluar
cuti-cuti makan angin jer pakcik."
"Takpelah...
kalau tidak dia tentu dok termenung teringatkan ayah kamu."
"Betul tu...
kalau tak ke mana-mana... tiap pagi dia nak ke kubur."
"Dah lama
hidup bersama Zam... mana boleh senang-senang nak lupa."
Azam angguk.
"Kamu ni jumpa
Ara sebab ayah kamu suruh ke?"
"Ayah? Apa
kena mengena dengan ayah?"
"Oo... kamu
tak tau ceritalah ye?"
Azam geleng sambil
kerut muka.
"Masa arwah
masih ada... dia sibuk nak bermenantukan Ara. Tak sempat berceritalah
tu..."
"Apa salahnya,"
jawab Azam dengan muka tak malu. Lagipun neneknya sibuk suruh cari jodoh yang
pandai masak lauk-lauk kampung. Istikharah pandai ke?
Encik Ismail
berpaling lipat maut. "Sungguh ke?"
Azam angguk laju.
"Ayim pun suka
abang ni," sampuk Ibrahim sambil melintas ruang tamu. Baru 5 tahun
usianya. Kalau tidak... Istikharah jadi anak tunggal.
"Haa! Tu nak
ke mana pulak?" Tegur Encik Ismail melihat si keciknya menonong keluar
menyarung selipar.
"Ayim nak gi
kedai beli guli," sahutnya. "Abang nak jugak?"
Erk? Azam sentap.
Malu ditanya depan Encik Ismail.
Encik Ismail yang
terpandang wajah terkejut Azam rasa nak gelak guling-guling.
(3)
“MAMA!” panggil Ara minta bantuan.
"Alah... mama dengan papa dulu pun nenek yang aturkan... elok jer
sampai sekarang. Lainlah kalau Ara dah ada pilihan."
"Mana ada?"
"Dah tu? Mama
tengok elok aje dia tadi."
Encik Ismail bukan
main lagi seronok jumpa anak kawan lama... siap pelawa makan malam.
"Kesian dia Ara... ayah dia dah meninggal 5 tahun yang lalu. Tentu dia
rindu nak dok bersembang dengan ayahnya. Pergilah siapkan makan malam... boleh
ajak Azam sekali."
"Lauk kita
lauk kampung jer pa... dia makan ke?"
"Kamu makan
lauk batang keladi masak asam?" Tanya Encik Ismail.
"Eh, apa pulak
tak makan." Ucap Azam sengih pandang Ara. "Lain kali kena bawak nenek
saya sekalilah macam ni."
"Bawaklah...
apa salahnya kalau dia sudi."
Si Azam pun apa
lagi... macam si kadok naik junjunglah.
"Azam cakap
dengan papa... dia nak selamatkan Ara dari buaya darat di opis tu." Kata
Encik Ismail teringat perbualannya dengan Azam tadi.
Puan Maimon dan Ara
merenung wajah Encik Ismail dengan pernyataannya itu.
"Buaya darat
tu apa ma?" Sampuk Ibrahim yang tadi tekun menonton.
"Yang baham
orang atas daratlah," jawab Encik Ismail. "Biasanya buaya ada dalam
sungai, kan?"
Ibrahim angguk
laju.
"Haa... yang
atas darat ni lagi bahaya sebab dia suka orang perempuan jer."
"Kalau macam tu... Ayim
selamatlah, kan? Hahaha…” Dia ketawakan kakaknya.
Istikharah jeling.
"Eh, kemain dia... tak padan kecik. Nanti akak sunat, nak?"
"Akak
ni!" Marah Ibrahim. Dia makin rapat dan memeluk papanya.
(4)
"JOM
bawak mak ke pasar Sue," ajak Nek Jah.
"Mak nak cari apa? Pasar tu basah, serabut, ramai
orang. Mak tak rimas ke?"
Eh? Nek Jah pandang wajah anak menantunya, Suriati. "Kalau Malek
dah takde... emak ni kan masih ada... masih perlu makan minum semua?"
Keras nada Nek Jah. "Di rumah ni asyik-asyik kobis, cauliflower,
carrot..." leter Nek Jah sedikit mencungap menarik nafas.
"Itu jer yang dapat simpan lama, mak." Pujuk
Suriati.
"Tak nak sudahlah... mak ajak Azam jer."
"Sejak nak dapat cucu menantu ni, mak rajin betul ke
dapur."
"Yalah... terliur aku dengar cerita Azam. Di rumah
Ara tu selalu masak lauk-lauk kampung. Emak ni kan asal orang kampung?"
Ujar Nek Jah, cemburu dengan emak si Ara yang masih rajin memasak. "Dah
tua-tua ni tak lalu nak makan ikan, ayam tu. Tekak ni nak makan sayur-sayur
jer."
"Sue lagilah... masak ini teringat Abang Malek...
masak itu teringat Abang Malek. Sampai sekarang ni... dah 5 tahun... Sue dah
tak sudi tengok ikan patin masak tempoyak tu. Abang Malek dah bawak semangat Sue
sekali dengan dia agaknya. Malas dah nak ke dapur. Buat-buat kuih pun dah tak
rajin. Harap bibik jer la sekarang ni."
Nek Jah jeling. "Aku pun dulu mati laki jugak.
Takdelah sampai teruk macam tu. Tak nak masak dengan ikan patin... masak
tempoyak dengan pucuk ubi... biar pekat-pekat sikit. Hurmmm... tak pandang kiri
kanan tau?"
"Haa... marilah." Ajak Suriati mengalah.
"Tengahari ni Sue makan di luar dengan kawan-kawan. Mak tak payah nak
masak banyak-banyak."
"Aku
nak suruh Azam bawak Ara teman makan di rumah. Tak selera ngadap nasi
sorang-sorang." Leter Nek Jah. "Dulu tak nak beranak ramai-ramai...
nak harap Azam tu sorang jer. Masa kecik dulu bolehlah nak dipeluk-peluk
cium."
Suriati kerling ibu mentuanya yang masih gagah walau
sudah berusia 70 tahun. Bukan main laju dia memgheret troli ke kereta. Entah
apalah yang hendak diborongnya.
Bukan boleh terlepas orang tua ni!
(5)
TIT! Bunyi whatsapp masuk di telefon pintar Ara. Dia menyandarkan
badan dan membukanya.
Azam ~ nenek ajak
dtg lunch di rumah.
Ara ~ segan.
Azam ~ no xcuses...
ikut balik tgh hari nanti.
Ara ~ kejam.
Lama Ara tunggu...
si Azam tak balas. Kurang asam... suka2 buat rancangan... lepas tu nak suruh
kita ikut, bebelnya dalam hati.
Tengahari itu...
"Saya tunggu
di kereta," ucap Azam sambil mengetuk permukaan meja kerja Ara.
Ara kerling kiri
kanan. Ada sesiapa yang dah tahu cerita ke tentang kisah mereka yang sudah pun
bertunang?
Sebelum dia
menerima pinangan dulu, dia beri beberapa syarat...
"Saya tak nak
orang opis tau saya dah bertunang dengan Encik Azam."
"Kalau buaya
darat tu usik awak, macam mana?"
"Itu kecik
punya hal.... saya boleh tepis." Berlagak si Ara jawab. "Nombor
dua... saya masih nak terus bekerja walau dah kahwin nanti."
"Siapa nak
jaga anak?" Azam angkat kening bertanya. "Saya tak suka bibik jaga
anak saya."
Aik? Ara renung
Azam. "Kena hantar nurserylah kalau macam tu."
"Tak takut
sekarang ni banyak kes baby tersedak susu... kena dera semua tu?" Dia cuba
ingatkan Ara. "...dan saya tak nak susahkan nenek-nenek mereka."
"Maksudnya,
nak suruh saya jadi surirumah sepenuh masa la ni?"
Azam angkat bahu.
"Tak jadi
kahwinlah kalau gitu." Ugut Ara.
"Tak nak
sudah! Kahwinlah dengan buaya darat yang gendut tu," marah Azam, tidak
mahu kalah.
Akhirnya...
Istikharah kena buat istikharah. Mama dan papa dah suka sangat dengan kaki
bodek tu. Teringin makan di restoran berputar Menara KL pun dia layan? Ish ish
ish! Si kecik Ibrahim tu apatah lagi. Pantang nampak kelibat Abang Azam...
"Jom kita main
guli, bang?"
Amekau!!
Rajin dia melayan.
Keletak keletik bunyi guli berlaga di depan rumah yang sekangkang kera. Tapi
Azam sengaja buat-buat kalah... kang menangis si kecik tu... memang dia tak
akan dapat sokongan Ayim nak kahwin dengan Ara.
"Nenek nak
suruh awak rasa batang keladi masak asam dari air tangannya," bisik Azam
semasa mereka beriringan ke kereta.
"Seriously?"
Azam angguk.
Kalau macam ni...
nak kena keluarkan resipi lauk-lauk kampunglah. Kita tengok antara nenek Azam
dengan mama, siapa yang hebat masak.
(6)
"HIHIHI” Terdengar gelak Ara di dapur melayan Nek Jah.
"Dongeng jer tu... kan?"
"Eh, jangan
buat main. Esok kamu bersanding lentok macam orang patah leher, nak?" Kata
Nek Jah. Tadi dia melarang Ara makan leher ayam yang menjadi kesukaannya. "Banyak
bahagian isi yang boleh dimakan... leher pulak yang kamu berkenan."
"Sedap nek...
buat kesip-kesip gitu." Menjawab si anak dara.
Nek Jah angkat
senduk mahu meluku Ara. Cepat sahaja Ara mengelak.
"Bukan ke
orang dulu-dulu cakap kalau ketuk dengan senduk nanti melompat jadi beruk...
nek?"
"Tau pun kamu.
Mulut emak dulu-dulu memang masin... bahaya betul. Tapi budak-budak sekarang
kalau emak cakap satu... sepuluh dia jawab."
"Itu perangai
Ayim, adik kecik Ara. Kalau bertanya tu kenapa... mengapa... semua nak tahu.
Tak larat Ara layan."
"Dia suka
dengan Azam?" Nek Jah tanya berbisik. Tidak mahu empunya diri mendengar.
"Jadi kawan
dia nek. Mujur Azam rajin melayan."
"Itulah...
kamu esok beranak ramai-ramai. Bila besar sorang... ada tiga empat orang lagi.
Takde la bosan sangat tinggal di rumah."
"Mama Suriati
tak pandai bosan pun?"
"Bosanlah tu!
Tu sebab dia keluar dengan kawan-kawan."
"Nenek tak
bosan?"
"Nak bosan
buat apalah Ara. Nenek ni kubur dah panggil mari... rumah dah halau pergi.
Buatlah apa yang patut-patut untuk bekalan nanti." Jawab Nek Jah.
"Duduk sana mengantuk... duduk hadap TV pun mengantuk. Kadang-kadang tu TV
yang tengok nenek."
"Assalamualaikummm!!"
Berlagu Puan Suriati memberi salam.
"Eh, cepatnya
balik... kami baru habis makan," ujar Nek Jah yang terasa ada kelainan
pada wajah menantunya.
"Baliklah mak.
Sana pun sibuk nak ke Restoran Rebung... nak makan lauk-lauk kampung jugak.
Baik Sue balik makan di rumah jer." Adu si menantu.
"Nasib baik
mak tak makan bagi habis tadi, " usik Nek Jah. "Pergilah makan."
Puan Suriati
meletakkan beg tangannya di atas kaunter dan terus menyingsing lengan baju
untuk mencuci tangan.
Lapau nau aje
gayanya.
Azam yang baru
turun dari solat zohornya terkejut melihat mama sedang menyuap makan.
"Eh?"
Nek Jah letak
telunjuk di mulut yang dimuncungkan.
"Kami nak gerak ke opis
dululah." Dia pandang Nek Jah dan Puan Suriati minta izin.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Hanya suara Nek Jah yang kedengaran. Suara Puan Suriati di rengkung tenggelam
dek kelaparan.
(7)
"AKAK, Abang Azam mana? Dah lama
dia tak datang sini."
"Ayim nak apa
cari dia?"
"Nak ajak main gulilah."
"Eleh! Setakat
guli tu... akak pun pandai main." Ujar Ara yang pernah menyaksikan Azam
melayan adiknya bermain guli pada satu hujung minggu.
"Akak pompuan. Mana ada orang
pompuan main guli." Marah Ibrahim. "Akak kena tolong mama masak,
kan?" Tambahnya lagi. "Abang Azam tu dia pandai picing... hehehe… tapi
selalu jer kalah dengan Ayim."
Ara pandang wajah
adiknya yang menunggu di sofa sambil-sambil menonton Discovery Channel...
Nature's Most Amazing Events.
"Ayim nak ajak
Abang Azam pergi zoo la, " katanya tiba-tiba.
"Mana Azam?
Dah lama tak datang sini," tegur Encik Ismail pula yang masuk memikul beg
golfnya. "Papa nak ajak pergi main golf la." Ujarnya sambil menggilap
kayu-kayu golfnya.
Ara tidak menjawab.
Dia hanya memandang hairan dengan ahli keluarganya yang sibuk mencari Azam
sedangkan dia yang tercongok di dalam rumah itu... pada hari minggu yang
berbahagia tu seperti tidak dipedulikan sahaja.
"Ara, telefon
Azam." Suruh Puan Maimon yang menjengul dari dapur.
Ara berpaling 180
darjah. "Ada apa?"
"Beritahu
dia... mama ada masak sup ayam kampung. Hari tu dia ada sebut teringin nak
makan."
O...oh!! Semua cari
Azam ni kenapa? Seminggu lepas dia bergaduh dengan Azam. Asyik nak ajak makan
tengahari di rumahnya aje.
"Jomlah!
Kesian nenek menunggu. Hari ni dia buat botok-botok... nak beri awak
rasa."
"Tak
bolehlah... hari-hari pergi makan di rumah awak... segan tau? Saya dah janji
nak keluar makan dengan Encik Sulaiman hari ni."
Azam renung wajah
Istikharah dengan pernyataannya itu. Jari telunjuk dituding ke batang hidung
wanita itu sambil mengetap gigi... geram!
Ara perasan, Puan
Suriati tidak berapa gemar dengan kehadirannya hari-hari ke rumah itu. Tapi
mana boleh dia cakap begitu pada Azam? Sejak dari hari itu... Azam tidak lagi
mahu bercakap dengannya.
"Ara!"
Panggil Puan Maimon.
Ara terkejut dari
melamun. "Ya mama?"
"Call Azam...
ajak lunch kat sini."
(8)
MANAKALA di rumah Azam...
"Mak!! Jom
makan," ajak Suriati.
"Kamu makanlah dulu... mak belum selera lagi."
"Sue masak
chicken chop hari ni mak... sedap!" Dia tunjuk cap jempol.
Nek Jah cebik
bibir. "Kalau kamu masuk ke dapur... asyik-asyik ayam... balik-balik ayam.
Suruh bibik masak nasi untuk mak. Aku nak goreng ikan masin terubuk dari
Kuching yang mak ngah beri tu."
Azam!" Jerit
Suriati lagi. "Jomlah makan." Aduhai!! Puan Suriati rasa nak ketuk
kepala sorang-sorang. Susahlah kalau selera tak sama ni.
"Azam nak
tengok rancangan ni dulu," sahut Azam di depan TV menonton Discovery
Channel. Nature's Most Amazing Events.
"Korang tak
lapar ke? Kalau tahu tadi... baik keluar makan-makan dengan geng. Kat rumah ni
orang semua dah macam ayam berak kapurlah." Marah Suriati bertimpa.
Dua kepala
berpaling ke ruang makan memandang Puan Suriati menghadap chicken chop
sendirian. Mereka kemudian serentak beralih memandang kaca TV.
"Zam,"
panggil Nek Jah perlahan. "Kamu dengan Ara gaduh ke?"
Sejak Isnin lepas, Ara tidak lagi
datang menemannya makan tengahari. Rindu pula mahu mendengar gelak tawa dan
usikan Istikharah. Mujur Nek Jah bukan yang jenis melatah macam PS Mansor.
Azam berpaling
lipat maut. Hebat betul neneknya. Macam sharp shooter. "Mana nenek
tau?"
"Eleh! Nenek
ni dah berkilo makan garam Zam... sekilas ikan di air... nenek kenal mana
jantan mana betina."
Pergh!! Gaya Hj
Bakhil dalam filem P. Ramlee Nujum Pak Belalang, Nek Jah menjawab.
"Azam dah ajak
nek... dia cakap dia segan. Geli betul Azam dengar. Kelmarin tu elok jer
terkekeh-kekeh ketawa dengan nenek... segan mendanya."
Sebagai orang
tua... Nek Jah faham... Ara segan dengan Suriati yang langsung tak menegur dia.
Muka menantunya itu masam kelat macam buah asam kundang. Entah apa yang tidak
berkenan di hatinya, tak tahu la.
Trit trit!!
Telefon pintar Azam
menari di atas meja kopi. Nombor yang tertera itu dari nombor telefon rumah
Istikharah. Dia berkira-kira mahu mengangkat. Wajah Nek Jah dikerling. Nek Jah
angkat kening bertanya tanpa suara.
"Hello...
assalamualaikum. Sekarang? Okey... abang datang sekarang."
Klik.
"Nenek nak
ikut Azam?" Dia bertanya berbisik.
"Ke
mana?"
"Rumah
Ara." Azam mematikan TV.
"Jap! Nenek
tukar baju." Nek Jah cepat bangun.
Puan Suriati angkat
wajah dari pinggan chicken chop. "Hah! Nak ke mana pulak tu?"
"Nenek ajak
pergi pasar tani." Azam jual nama Nek Jah untuk menyelamatkan diri.
(9)
"ARA kenapa dah lama tak datang
makan tengahari dengan nenek?"
Mereka di bilik Ara
usai solat zohor. Ara senyum kelat. Tidak tahu hendak dijawab bagaimana.
"Ara takut dengan Mama Suriati?"
"Takdelah nek.
Ara..."
"Dia memang
macam tu... kurang peramah orangnya. Tambah-tambah lepas kehilangan
suami." Nek Jah cuba terangkan keadaan.
"Takpe nek...
Ara faham... Ara orang luar yang tiba-tiba dapat perhatian dari nenek dan
Azam... tentu dia tidak berapa senang dan rasa cemburu hati."
Nek Jah ramas
perlahan tangan Ara. "Datang aje macam biasa... cuba ambil hati dia. Nenek
tau... Ara boleh jadi menantu yang baik untuk dia."
"Ara akan cuba
nek."
"Haa... macam
tu la. Kesian nenek... dah seminggu ni tak lalu makan bila Azam call cakap dia
sibuk... tak dapat bawak Ara balik makan tengahari dengan nenek."
"Azam cakap
macam tu?"
"Ha'ah... tapi
nenek tau dia bohong sebab dia asyik termenung aje. Balik kerja masuk bilik tak
keluar-keluar. Cerita Tamil pun dia tonton. Padahal bukan dia tengok TV
pun."
Ara pecah ketawa.
Geli hati bila dengar Azam tengok cerita Tamil. Apa hal?
"Datanglah ye?
Nenek kesian kat dia... dahlah takde ayah... emak pulak susah nak ketawa."
Ara angguk.
"InsyaAllah nek."
Tiba-tiba pintu
bilik dikuak. Terjengul kepala kecik Ibrahim di muka pintu. "Nek
Jah!" Dia panggil. "Ayim dengan Abang Azam nak pergi zoo. Nenek nak
ikut tak?"
"Pergi zoo
cari apa?" Sahut Nek Jah.
"Tengok
binatanglah."
"Tak
payahlah... nenek dah puas tengok binatang. Suruh Abang Azam hantar nenek balik
dulu. Karang Mama Suriati tertunggu-tunggu nenek pulak. Tadi masa nak keluar,
Azam cakap nak bawak nenek pergi pasar tani."
"Nenek
tipu?"
Ek eh! Mulut takde
insurans budak ni...
"Ayim!"
Tegur Ara.
Nek Jah pegang bahu
Ara sambil geleng kepala. "Tak tipulah... memang nak pergi. Tapi orang
yang berniaga tu semua dah bungkus... dah tengahari." Jawab Nek Jah. "Pastu...Abang
Azam terus ajak Nek Jah datang sini."
(10)
"KAMU tinggalkan mama bawak
nenek pergi rumah perempuan tu?"
"Mama,
perempuan yang mama maksudkan tu Istikharah, tunang Azam."
"Baru tunang
aje... dah tak ingat rumah. Mama masak pun dah tak nak makan. Baguslah
perempuan macam tu." Puan Suriati yang menyimpan marahnya dari tengahari
tadi terus mengasak Azam.
Nek Jah hanya
mendengar. Belum masa dia mahu tazkirahkan menantunya itu. Biarlah dia dengan
anaknya dulu. Lepas tu kita bagi dia kaw-kaw punya.
"Mama... kalau
mama tak puas hati, mama cakap. Apa yang mama tak berkenan dengan Istikharah
tu?"
Puan Suriati cekak
pinggang. "Belum kahwin lagi dia dah boleh control semua orang dalam rumah
ni. Dia dah rancang nak jadi mem besar ke? Mama ni nanti Azam nak lempar ke
mana?"
"Astaghafirullahal'azim!"
Sebut Nek Jah. "Bawak mengucap Sue... kamu dah kenapa?" Tegur Nek
Jah. Jauh menyimpang tuduhan menantunya itu. Istikharah yang dikenali baru dua
bulan ini, bukan begitu perangainya. Dia dari keluarga yang baik pekerti dan
penyayang pula. "Itulah... berkawan ke hulu ke hilir... ini dapatnya? Dulu
kamu bukan begini orangnya, kan?"
"Emak pun
samalah." Puan Suriati hilang keimanan. "Tiba-tiba pulak nak makan
lauk kampung. Selama ni apa yang dimasak dalam rumah ni, mak makan aje. Tak
banyak songeh pun?" Herdiknya terlupa pangkat ibu mertua. "Ini tentu
Azam dah bersekongkol dengan nenek nak hantar mama ke rumah orang tua-tua."
Fikirnya begitu... apatah lagi dengan ketiadaan Malek, dia bukan sesiapa di
dalam rumah itu.
"Ya Allah
ma... tak baik buruk sangka tau? Nenek takde kena mengena pun. Dia cuma mahukan
teman untuk berbual ma. Mama sekarang ini lebihkan kawan. Mama biarkan nenek
tinggal di rumah sorang-sorang."
"Itu bibik
Yani ada... ajaklah berborak. Kenapa sampai nak pergi rumah orang?"
"Duduk
sini!" Sergah Nek Jah yang dah mula naik darah. Badan menantunya itu
ditolak ke sofa. Kurang ajar betul menantunya sekarang ini.
"Kamu tak suka
Azam kahwin dengan Ara takut dia jadi mem besar?" Soal Nek Jah. "Kamu
rasa kamu tu anak menteri ke dulu masa kahwin dengan Malek?"
Puan Suriati
pandang wajah Nek Jah pelik. "Apa kena mengena anak menteri ke
tidak?"
"Ayah kamu tu
kerja sembelih ayam aje di pasar. Kamu tipu kami cakap ayah kamu taukeh gerai
ayam tu, kan?" Nek Jah mula selongkar kisah lama. "Kamu tipu kami...
tapi mak tak ambil hati pun sebab mak tahu Malek sayang kamu. Kamu pun jadi mem
besar... ada aku kisah?"
"Mak jangan
sibuk nak buka hikayat pulak. Itu mak... tapi Sue tak suka dia nak
bermaharajalela dalam rumah ni."
"Ya
ampun!" Nek Jah garu kepala tak gatal. "Bermaharajalela macam mana
tu?"
"Tu... yang
terkekek-kekek ketawa... tak sedar di rumah orang. Macam perempuan miang aje.
Itu yang mak dan Azam suka?"
Azam dah tersandar
tidak tahu apa yang hendak dicakap lagi. Pelik pula perangai emaknya kali ini.
"Gasak kamu la
Sue." Tegur Nek Jah. "Sakit pening nanti... pergilah mintak tolong
dengan kawan-kawan kamu." Dia bangun menapak ke biliknya.
"Azam naik
dulu."
"Pergilah...
pergi! Kalau tak suka duduk sini pun boleh pergi!" Jerit Suriati.
---------------------------------------------------------------------------------bersambung--------------------------
No comments:
Post a Comment