February 7, 2011

The Circle of Life...


     Dah lama tak menjenguk blog. Hari ni terpanggil nak berkongsi sedikit cerita tentang hidup. Tajuk diperolehi dari mainan cucuku Hana. Basikal rona hijau pucuk pisang yang berpusing tanpa tujuan dan tak akan pernah tiba ke destinasi.
     Setiap langkah yang ku buat..ku mohon petunjuk dari Allah swt. Kalau tergelincir dari landasan..aku anggap DIA sedang menduga dan ada hikmah yang nak disampaikan disebaliknya. Itu kepercayaan aku la... namun hidup harus diteruskan...
     Idea untuk menulis ni pun bermusim la pulak...bila datang tu siap melimpah ruah..sampai tak ingat masak makan semua. Bila dia tak datang memang nahi..ilek..tak ada langsung. Bila nak start balik...terpaksa la membaca dari mula sebab nak mengingat nama dan watak-watak yang dihasilkan tadi. Bila dah mula menulis tu pulak...kita sama termasuk dalam cerita itu untuk menjiwai watak-watak tersebut.
     Sejak munculnya Diintai Rindu....kawan-kawan yang mengenali telah menjejak kasih yang terpadam since when? 1977? Lama tu.... baru-baru ni kami buat sesi bertemu semula setelah sekian lama. Yang muncul pun cuma yang tinggal di daerah berdekatan. Bimbang tak kenal lagi...maklum la memasing dah masuk usia Jubli Emas la kot? Namun bila dah berjumpa terlupa pulak...terasa macam masih umur 17 tahun. Tak hengat dunia. Gila lama...memasing anak dah besar panjang dan dah bercucu.
     Lepas ni mungkin kami akan mengadakan perjumpaan dengan yang lelain. Habsah dapat trace Salikin Sidik yang punya butik di SACC Mall tu. InsyaAllah kalau dia buat 'Fashion Show' di sana, dia bakal menjemput kami. Kebetulan dia juga ada kerja dengan Karangkraf kerana sedang mengeluarkan buku/majalah fesyen di situ.  Seronoknya kan? Seronok kerana hasil tulisan ku akhirnya berjaya dibukukan....seronok kerana dengan buku itu aku berjaya menjejak teman-teman lama. Alhamdulillah.
     Pengalaman berada sama di meja penulis untuk sesi bertandatangan dan bertemu peminat pertama kalinya..sangat menguja. Siapa sangka aku akan duduk di situ menandatangani lepas satu, satu buku yang dibeli oleh peminat pembaca novel? Terima kasih kepada mereka yang sudi mencuba hasil tulisan ku yang pertama. InsyaAllah yang kedua akan muncul, mungkin dalam tahun ini...
     Tajuk  ~ The Circle of Life ~ tadi tu bermaksud diriku yang macam balik ke sekolah dengan kerja menulis dan menulis. Cuma di sini tidak terhad akan subjectnya. Suka aku la nak tulis pasal apa...
     Tentang aku yang kembali solo...tapi dengan melalui cara hidup yang berlainan kerana faktor usia dan keadaan sekeliling. Sebenarnya banyak lagi yang nak ku kongsikan...
     InsyaAllah...jika dipanjangkan umur, akan bertemu lagi dengan cerita yang lebih menarik. Anggap la kalian yang singgah di blog ku ini seperti berada di dalam perpustakaan kerana dipenuhi dengan buku dan tak semeriah blog kalian semua siap dengan lagu background lagi. Tapi itu la AKU yang bernama Junie Octovian. Dari zahirnya aku memang suka ketawa, bercerita tanpa akhirnya...namun jauh di sudut hati...aku suka kedamaian dan ketenangan.
     Sehingga berjumpa lagi...salam!

January 13, 2011

13 Januari 2011

     Kita langkah sebentar untuk memberi laluan kepada tarikh 13 hb Januari ini. Kisah Latifah akan aku sambung kemudian. Hari ini merupakan hari ulangtahun arwah suamiku yang ke 57 tahun.
     Kami semua memang tidak pernah melupakan dia, cuma hidup ini harus diteruskan. Masing-masing punya urusan selagi masih bernyawa. Yang pergi tu dah tentu pergi...
     Suamiku meninggalkan dua buah keluarga...aku dengan empat orang anak dan isteri keduanya mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 11 tahun.
     Telah hampir 5 tahun sejak 13 hb Ogos 2006 dia pergi kerana serangan jantung. Dia menghembuskan nafas terakhir pada hari petang minggu itu ketika bersama keluarga barunya di kediaman mereka di Ladang Bukit Hijau, Kuala Ketil, Kedah.
     Atas kerjasama dari rakan sekerja dari seluruh pelusuk bumi Malaysia ini, jenazahnya selamat diuruskan dan dibawa pulang ke 111 Pondok Indah, Jalan Anggerik, Kampung Chokro, Simpang Renggam, Johor dan selamat dikebumikan sebelum waktu Asar pada tarikh 14 hb Januari 2006.
     Terima kasih kepada sahabat handai dan rakan taulan yang sama mengendalikan jenazah beliau pada hari tersebut. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...