May 2, 2014

Anugerah AGBK 2013

Greetings to all...

Pertama kali dalam sejarah... Grup Buku Karangkraf telah mengiktirafkan penulis-penulis yang bernaung di bawahnya untuk pencalonan anugerah.

Berbagai kategori di sediakan. Alhamdulillah... Cik Junie yang baru menceburkan diri di lapangan penulisan ini juga sama terlibat dan dicalonkan.

Walaupun bagi sesetengah pihak... pencalonan ini tidaklah sehebat mana. Namun, bagi Cik Junie yang baru menceburkan diri ini merasa sangat berbesar hati.

CINTA SAMBAL BELACAN telah meletakkan Cik Junie di dalam kategori Buku Pilihan BP kerana Cik Junie bernaung di bawah kumpulan Buku Prima. CINTA SAMBAL BELACAN juga telah dicalonkan untuk kategori Cover Fiksyen BP. Jazakallahu khaira...

Cik Junie ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca budiman yang telah memilih CINTA SAMBAL BELACAN untuk ke TOP 5 dan seterusnya. Jika ada rezeki... alhamdulillah... ini semua ketentuan Allah kerana rezeki itu milikNYA.





Setelah puas bertungkus lumus... pihak penganjur telah mengecilkan pemilihan kepada TOP 5 dan di bawah adalah berita yang disiarkan pada 16hb April 2014...




TAHNIAH kepada novelis-novelis yang terpilih memasuki TOP 5. Persaingan memang sengit. Jumlah undi yang diperolehi dekat-dekat. Ahli jawatan kuasa terpaksa mengira berulang-ulang kali. Penyertaan amat menggalakkan. Berguni-guni borang pencalonan kami terima dan mengambil masa 3 hari untuk menyelesaikannya. Bagi mereka yang terpilih syabas dan yang tak terpilih, cuba lagi tahun depan. Pencalonan untuk TOP 5, bermula hari ini di AKHBAR SINAR HARIAN, apalagi undilah calon kesukaan anda. Di bawah ini adalah calon-calon yang terpilih dalam kategori yang dipertandingkan:-
BUKU PILIHAN BP;-
1. CINTA SAMBAL BELACAN
2. PENGANTIN EKSPRES
3. CHOCOLATE MOUSSE & CHEESE CAKE
4. SUAMIKU ENCIK SOTONG
5. I LOVE YOU CIKGU
PENULIS HARAPAN BP:-
1. A. DARWISY
2. SAIDEE NOR AZAM
3.ROSE ELIZA
4. EINA AFRINA
5. AZALEA ESHAL
PENULIS PILIHAN BP:-
1. DYZA AINUN
2. INDAH HAIRANI
3. RAMLAH RASHID
4. KAMSIAH ABU
5. ZAIFUZAMAN AHMAD
COVER FIKSYEN BP:
1. CINTA SAMBAL BELACAN
2. SUAMIKU ENCIK SOTONG
3. CINTA KEDUA
4. L LOVE YOU CIKGU
5. SEINDAH TAKDIR CINTA


Semoga pengundian seterusnya juga berjalan lancar.  Jangan lupa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL yang masih berlangsung di PWTC sehingga 4 Mei 2014 ini.





Seperti mana yang telah diuar-uarkan sebelum ini... Cik Junie akan berada di sana pada hari Sabtu 3 hb Mei 2014. Jika inginkan novel yang bertandatangan penulisnya... kalian dijemput hadir pada tarikh tersebut. Pihak Karangkraf ada menyediakan potongan harga yang berpatutan untuk belian pada sepanjang pesta berlangsung.

Jumpa anda di sana!!!!


Junie Octovian: In every NO from someone... is a YES to someone better... wallahualam!




March 3, 2014

Throwback...

Greetings to all.... *&gt;:D< big hug

Bersempena terbitnya novel ketiga yang berjudul EH, BIAR BETUL? pada April nanti....





Cik Junie sangat berbesar hati ingin membawa kalian untuk mengingati dua buah novel yang telah pernah dihasilkan sebelum ini.





Diintai Rindu  *:x lovestruck   dan Cinta Sambal Belacan....*^O^||3 eat





Kita dahului dengan rasa bersyukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah memberikan Cik Junie peluang menempa kejayaan di lewat usia. Sekurang-kurangnya merasa juga... kan? Kita sebagai hambaNYA tidak tahu apa yang telah direncanakan untuk kita.

Cik Junie yang pada awal pembabitan, menulis hanya untuk memenuhi masa lapang sahaja dan akhirnya terjebak juga apabila novel kedua CINTA SAMBAL BELACAN diterima ramai dan telah dilamar oleh pihak produksi untuk diadaptasi ke drama TV. Alhamdulillah....

Cik Junie gelak-gelak dengan anak menantu bila diberi peluang untuk memberikan cadangan pelakon manakah yang berupaya memegang watak yang Cik Junie create itu. Hehehe *:D big grin

Siapa agaknya diantara artis-artis tanahair kita yang sesuai untuk memegang watak utama di dalam Cinta Sambal Belacan itu? Kita tunggu ye?

Untuk makluman kalian pengunjung blog ini... Cik Junie bawakan sinopsis untuk novel ketiga EH, BIAR BETUL?   *#:-S whew!







Di bawah ini... sedikit petikan dari dalam isi kandungan novel tersebut...  *?@_@? studying






Bagaimana? Adakah anda teruja untuk mengetahui kisah yang dipaparkan di dalamnya? Sama-sama kita nantikan April nanti ye?

Mulai esok... Cik Junie akan siarkan kisah RAHSIA SEMALAM. Kisah ini telah lama disimpan... namun pihak editor tidak berminat dengan genre sebegini yang mungkin tidak dapat membantu dari segi pemasaran barangkali... memandangkan remaja dan pembaca peminat novel sekarang lebih gemarkan kisah yang santai dan sedikit komedi.  *:-$ don't tell anyone shh!

Cik Junie pula masih mahu mencuba genre bercorak ala-ala CSI ini. Kita lihat nanti... jika ada bahagian-bahagian yang perlu diolah menjadi komedi atau ada yang harus dibuang sahaja dan digarap ke arah yang lebih baik lagi. Akan Cik Junie usahakan untuk memenuhi selera editor... insya-ALLAH.


Junie Octovian: Life was like a box of chocolate... you never know what you gonna get   *&[] gift





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...