January 13, 2011

13 Januari 2011

     Kita langkah sebentar untuk memberi laluan kepada tarikh 13 hb Januari ini. Kisah Latifah akan aku sambung kemudian. Hari ini merupakan hari ulangtahun arwah suamiku yang ke 57 tahun.
     Kami semua memang tidak pernah melupakan dia, cuma hidup ini harus diteruskan. Masing-masing punya urusan selagi masih bernyawa. Yang pergi tu dah tentu pergi...
     Suamiku meninggalkan dua buah keluarga...aku dengan empat orang anak dan isteri keduanya mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 11 tahun.
     Telah hampir 5 tahun sejak 13 hb Ogos 2006 dia pergi kerana serangan jantung. Dia menghembuskan nafas terakhir pada hari petang minggu itu ketika bersama keluarga barunya di kediaman mereka di Ladang Bukit Hijau, Kuala Ketil, Kedah.
     Atas kerjasama dari rakan sekerja dari seluruh pelusuk bumi Malaysia ini, jenazahnya selamat diuruskan dan dibawa pulang ke 111 Pondok Indah, Jalan Anggerik, Kampung Chokro, Simpang Renggam, Johor dan selamat dikebumikan sebelum waktu Asar pada tarikh 14 hb Januari 2006.
     Terima kasih kepada sahabat handai dan rakan taulan yang sama mengendalikan jenazah beliau pada hari tersebut. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...