November 24, 2011

2 the fashion show....

Hi peeps!


Hari ni ku bawa kalian ke minggu fesyen di Zebra Square. Aku mendapat jemputan dari seorang 
teman sama sekolah yang menceburkan diri dalam bidang pereka fesyen dan kini telah dikenali 
ramai dan telah juga menghasilkan dua buah buku fesyen Busana Melayu.


The invitation card........


...the event...


Salikin's model...


Salikin Sidek with the mayor's wife...


....the designers....


...hottest model of all...


...a pic to remember...


...and thanks 4 the souvenir...


Junie Octovian: Thanks to Salikin Sidek for the invitation. Wish you all the best in your future 
                        undertakings.



November 22, 2011

Kluang Day 2...

Hana...otw ke rumah the grannys sebelah bapa....

Greetings to all...
Semalam selepas dari majlis persandingan antara Syafiq dan Shahrina...kami masih bermalam di Rest
House kerana bercadang untuk menziarah saudara-mara dengan masa yang masih ada berbaki sebelum
kami berangkat pulang. Namun...cuaca memang sangat cemburu dengan kami menjadikan rancangan
tidak berjalan lancar seperti yang dikehendaki.

...baru sedar Rest House tu berwarna pink....

Semasa sibuk hendak meninggalkan Kluang Rest House pagi Isnin itu...kami baru perasan bangunan
tersebut berwarna pink. Gelak guling-guling kami jadinya.........

...di rumah Tok Ucu...

Ribuan terima kasih kepada Tok Ucu yang menerima kunjungan Hana Sofya...walaupun dia tidak
mahu dengan sesiapa yang baru dikenali.......

Tata! Nanti kita jumpa lagi ye?

Kluang Rest House.......

....masa utk check-out.....

We'll be back!

Kalau diikutkan memang tak cukup masa yang diperuntukkan itu. Tak habis lagi bersembang....
tak habis lagi meronda satu Kluang. Itu belum lagi pergi ke shopping centres...tapi alhamdulillah...
dapat menghadirkan diri ke majlis persandingan anak bongsu Uda tu. Macam Family Day aje sebab 
dapat jumpa semua keluarga dan sanak saudara. Masa raya hari tu pun tak macam ni punya meriahnya.

Junie Octovian: Kalau ada sumur di ladang
                        Boleh kita menumpang mandi
                        Kalau ada umur yang panjang
                        InsyaAllah dapat berjumpa lagi..........


November 21, 2011

2 the wedding....

Hi peeps....


Lama ku tak bersiaran...nak sangat wordless wednesday dan akhirnya sepanjang minggu itu aku 
terus wordless. Ku dalam sesi JJCM dan cuti-cuti Malaysia dan kebetulan di tempat ku menginap 
ini ada wifi maka dapatlah diposkan entry ini...........


Attending wedding Syafiq & Ina....


...emak pengantin lelaki/ my sister...


...me & my mom...


....my 2 doters, DIL& Liesa....

...the kazens ~ Niena, Eira & Eija...

...my SIL Kak Long & doter Nani...

...my sis Jude & hubby Azemi...

...sharing the happy moment 2gether...

...Hana & mommy...

Ah! Lambatnya pengantin nak sampai.......

Finally.............


Junie Octovian: Mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai...semoga kekal
                        sehingga ke hujung nyawa.


                       

November 15, 2011

Good Luck 2 SPM Candidates...

Assalamualaikum and greetings to all.......


N3 hari ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil 
Pelajaran Malaysia. 






Sesiapa yang leka dan tidak bersedia akan mengalami masalah ketika menjawab soalan seperti 
pelajar di bawah ini.......




Nanti siapa yang susah? Oleh yang demikian....pastikan anda sudah bersedia berhadapan dengan 
segala soalan yang bakal dihadapi. Best of Luck!


Junie Octovian: Sail through with flying colors....may you anchor at a harbor of success. Allah bless!

November 13, 2011

Bahasa menunjukkan siapa dia....



Morning and greetings to all........

Terasa nak share bahasa orang Ganu hari ni. Sumber diperolehi dari DIL yang mengatakan ini adalah 
loghat kelas tinggi. Aku pernah bercampur dengan orang-orang dari Terengganu semasa bertugas 
di LKIM dulu....setakat biasa-biasa tu aku masih faham. Tapi bahasa di atas ini membuatkan aku 
terpaksa mengulang dekat lima ke enam kali.....masih belum dapat menangkap maksudnya.

Okey...bawah ni aku salin la apa yang aku mengerti.........

1.  Eee banyaknya nyamuk, (berberang2) ?
2.  Akak, tolong rebus telur 3 butir...
3.  Bro, tolong beli air, (belan2)? pergi kedai...
4.  Bang, nak rokok sebatang...
5.  Tengah goreng ikan, (menepus = menopause?) pulak ikan ni...
6.  Sory, saya tak (sengeleng?) lalu kat sini...
7.  Kenapa la tak (royat?) awal2. kalau x, boleh saya tolong...
8.  Cantik pokok bunga ni, kalau boleh , nak satu...
9.  Abang, nak beli coklat seringgit, buat (samah-samah?)...
10.Lamanya tak (gerak sampah, daun2 berkuban anyar?)...

Junie Octovian: Jom...siapa yang pandai tu tolong translate sikit. Separuh nyawa aku gelak bila membaca 
                        baris ke 5....ikan pun menopause ke? Wakakaka..........



                                          

November 12, 2011

Di Sebalik Nama Abang Kus.......

Salam & Greetings to all.........


N3 pagi ni membawa anda kalian mengimbau kisah yang sudah bertahun lamanya. Diungkit kembali
kenangan ini kerana terpandang kucingku Didi membawa pulang seekor cencorot. Aku cepat-cepat
menutup pintu sliding. Didi terberhenti di depan memandang ku pelik. Barangkali dia nak menunjuk
padaku akan kepandaiannya menangkap tikus...tapi aku pula tidak memberi dia masuk ke rumah.

Aku memerhati dari dalam. Cencorot yang digonggong itu diletakkan ke bawah...namun si cencorot
cepat pula mahu melarikan diri. Nampak Didi sedikit marah dan cepat menerkam. Kemudian datang
pula adik beradiknya Sandy dan Sojin sama join berebut cencorot yang sekor itu.

Cencorot yg dibawa pulang oleh si Didi dgn bangganya.........

Teringat kisah anak kedua ku dengan tikus lamaaaaa dulu.............

Kisah ini berlaku semasa kami tinggal di South Devon Estate di Merlimau Melaka yang kemudiannya
ditukar nama kepada Ladang Selatan Baru yang bertempat di Jalan Besar Merlimau/Jasin dan akhirnya
kediaman tempat aku membesarkan anak kedua ini telah pun dirobohkan.

Adik/Angah/Fairouz dilahirkan di Hospital Daerah Kluang tapi telah dibawa balik ke kediaman kami 
apabila aku telah habis berpantang. Dia membesar dengan abang sulongnya yang pendiam dan hanya 
gemar membaca dan melukis. Manakala beliau ini pula ibarat ulat nangka, kata emak. Tak tahu diam langsung. Pot pat pot pet mulutnya berkicau bertanya itu dan ini dan kekadang tu sama sibuk di dapur 
mahu membantu ku yang sedang memasak.

Tapi satu hari...aku risau bila tidak melihatnya keluar masuk ke dapur. Suaranya juga tak kedengaran
seperti biasa. Kalau tak sibuk bercakap dia akan terjerit terlolong menyanyi lagu entah apa sahaja yang
melintas di mindanya.

Maka...ketika sedang memasak itu aku melangkah perlahan mengintai di ruang tamu yang TVnya dibuka
perlahan oleh si Abang yang sedang meniarap sambil melukis.

"Adik mana?" tanyaku perlahan sambil mencuit bahu si Abang.

Dia berpaling sambil mata melilau mencari adiknya kalau-kalau ada di sofa. Mataku sama mengikut
pandangan mata si Abang. Abang yang memang tak kuasa nak ambil tahu cuma angkat bahu.

Tak ada. Kat mana pulak budak sorang ni? Dia orang memang belum pandai membuka pintu besar
depan yang ku selak di bahagian atas. Tidur di bilik ke? Hatiku berkata sendiri dan terus menapak
ke bilik mencari.

Tak ada juga. Ai? Ke mana perginya?
"Abang duduk situ aje...mama nak cari Adik ni." Bimbang betul dengan anak sorang ni...dia pulak
rajin nak membantu si tukang kebun dan suka dengan kerja-kerja menyangkul. Mungkin tak dapat
keluar ikut pintu depan dia keluar ikut pintu dapur dan aku yang sibuk memasak tadi mungkin
sudah terlepas pandang.

"Saroja!" Aku memanggil si Tukang Kebun perempuan berbangsa India.

Saroja yang sedang terbongkok-bongkok mengaut daun kering di bawah pokok buah mentega itu
menoleh.

"Nampak anak saya yang kecik tak?" aku menanya dengan tangan masih memegang senduk kerana
tadi aku sedang menumis untuk masak asam pedas.

Saroja berdiri dan berpaling sambil menggelengkan kepala. Anak baru dua ketul pun tak boleh nak
jaga, mungkin begitu hatinya berkata. Sebab Saroja dah punya anak empat ketika itu, untuk tambah
pendapatan suaminya yang bekerja sebagai mandor di ladang itu, dia sama bekerja. Mujur dapat
jadi Tukang Kebun dengan aku yang tak banyak songeh. Asalkan engkau buat kerja engkau sudah.

Aku memusing keliling rumah mencari juga kecewa. "Ke mana pulak budak ni...kang papanya balik
banyak pulak soalan yang aku nak kena jawab." Aku membebel sendiri. Akhirnya aku menapak
kembali masuk ke rumah.

Rupanya dia di tepi pintu yang menala ke ruang makan...sedang meniarap menghadap ke arah lubang
kecil di penjuru almari. Alhamdulillah...aku menggosok dada. Tapi apa yang dipandang si Adik ni...
tekun betul.

Maka aku merapatinya dan bertanya. "Buat apa tu?"

Dia melekapkan telunjuk ke muncung sambil menunjuk ke arah lubang kecil itu.

Aku yang kurang mengerti sama duduk memandang lubang kecil itu tapi masih belum mengetahui apa
apa.

"Tikus tu cakap dengan Adik." katanya perlahan.

Aku sama meniarap nak memahami cerita. Mak ai! Terkejut beruk aku dibuatnya. Memang ada
muncung tikus yang misainya bergerak-gerak di lubang itu seolah sedang berkata sesuatu. Sebab itu
anakku menyangkakan tikus itu sedang bercakap dengannya. Padahal aku rasa tikus itu nak keluar
tapi dek kerana dia menunggu di luar lubang tu, maka si tikus tadi terpaksa bertahan di situ.

"Dia cakap apa?" aku pura-pura bertanya ingin tahu jawapan yang akan diberikan olehnya.

"Emak dia tak ada...dia lapar...dia nak makan.." jawab si Adik seolah memahami kehendak si tikus.

Aku pun memberitahu. "Mama dengar dia cakap suruh tepi...dia nak keluar la dik...dia nak cari emak
dia."

Si Adik memandangku pelik. Dia dah meniarap lama di situ tapi tak faham apa yang cuba diberitahu oleh
tikus. Manakala aku yang baru sahaja datang sudah memahaminya. Lalu dia pun bangun dan bergerak
ke tepi memberikan laluan kepada sang tikus untuk beredar dari situ. Mungkin dia dah tersesat masuk
tapi tak sangka ada manusia yang berminat nak berborak dengannya pula. Adoyai!

Kisah si Adik aku ceritakan pada papanya yang pulang untuk makan tengahari. Suamiku yang wajahnya
serius 24/7 tu macam tak ada perasaan mendengar ceritaku. Atau mungkin dia tak kuasa nak melayan
sebab sedang asyik dengan asam pedas ikan parang. Ye la...ikan tu kan banyak tulangnya...kang sibuk
nak bercerita...sibuk nak gelak guling-guling...tercekik kang terguling betul...siapa yang susah?

Habis aku ni kalau tak bercakap berborak dengan dia...siapa lagi? Bukan ada jiran tetangga yang boleh
aku dok menebeng bersembang sampai petang. Si Abang pulak menurun 99 peratus perangai bapaknya.
Si Adik ni pulak tak terlayan akan perangainya yang macam dah terlebih cas bateri. Tapi ada la sesekali
aku bersembang dengan Saroja...sebab itu aku tahu cerita mengapa dia bekerja menjadi Tukang Kebun
di situ.

Petang itu suamiku pulang ke rumah dengan panggilan baru untuk si Adik. "Abang Kus!"

Si Abang dan si Adik yang ku minta membantu aku mendirikan tiang untuk pokok-pokok orkid
serentak berpaling.

Dia menghulurkan 2 biji durian yang diminta oleh si Adik semasa ke Pasar Tani hari minggu lepas
sedangkan ketika itu dia pergi berdua dengan si Adik hanya dengan menunggang motosikal.

"Ada ke dia mintak beli durian?" komplen suamiku semasa pulang dari Pasar Tani hari minggu lepas.
"....mana nak diletakkan? Dah dia duduk depan kakinya dalam bakul. Tak kan I nak letak kat
belakang pulak? Berduri la punggung I nak sampai ke rumah."

Selepas kes nak makan durian itu...suamiku sering pulang ke Segamat hujung minggu membawa 
Abang dan Adik melihat sendiri pokok-pokok durian di kebun Tok Besarnya. (Bapa mertuaku 
itu besar dan tinggi orangnya, maka Abang...selaku cucu sulong menggelarnya Tok Besar).

Wakakaka...aku gelak guling-guling bila mengenang kembali cerita suamiku itu. Walau dia serius
bercerita namun aku memang tak dapat nak menahan tawa membayangkan durian yang diikat
di belakang motosikal.

Junie Octovian: Sampai hari ini Abang Long dan Angah tak kecoh pun nak makan durian selepas
                        dibawa dan dihadapkan dengan durian yang pelbagai nama oleh Tok Besarnya.

November 8, 2011

Ku rasakan something....

As-salam & greetings to all........


Sudah beberapa hari tak bersiaran sejak kunjungan Eid ul-Adha. Sambutannya meriah sedikit sahaja 
dari sambutan Eid ul-Fitri ku tahun ini. Masa telah banyak merubah keadaan....merasakan pengalaman 
ketika membesar bersama emak dan ayah...ketika membesarkan anak-anak sendiri dan akhirnya aku 
bersendiri lagi ditemani Toby...selaku teman setia, Kaka, Ogy, Didi, Sojin dan Sandy.


Di pintu pagar rumahku yang menala ke jalan besar, aku merenung dada jalan yang sunyi dan sepi....
di kawasan tasik seberang jalan besar itu pun tak berorang. Bukankah hari ini orang ramai sudah 
memulakan tugas setelah bercuti beberapa hari sempena sambutan Eid ul-Adha?


Sojin yg suka mengurut....
Di dalam rumah pula...kucing-kucingku bergelimpangan untuk mencukupkan masa tidur mereka 
yang dikatakan mencecah hingga 
14 jam sehari...mak ai!! Si Sandy memang suka benar tidur di anak tangga ke 13 dengan kepalanya 
yang sedikit terjuih keluar. Didi pula kalau dicari sampai esok pun belum tentu jumpa sebab dia suka tidur di bawah meja kopi. Toby mahukan 
atas katil dengan kepalanya sedikit 
menumpang atas bantal manakala si Kaka di atas ambal yang bercorak belang harimau. Itu memang kes 
nak bunuh diri sebab dia dengan ambal itu sudah sama warna dan coraknya. Memang dah beberapa kali terpijak kalau si tuan rumah 
dalam urusan segera atau berjalannya mendongak ke siling atau matanya diletak di kepala lutut.



Toby.........


Yang lelain pula suka hati la....
asal ada tempat yang selesa 
untuk tidur. Selamat tak jadi 
kucing jalanan yang makannya 
harus mencuri sehingga ada yang dipotong kedua kaki hadapan. 
Mujur ada hamba 
Allah yang prihatin sanggup mengambil dan memeliharanya. Semoga Allah jua la yang akan membalas budi baik beliau. 


Aku yang seronok memasak itu 
dan ini telah terlambat menelefon emak. Jam di dinding dapur sudah 
menunjukkan pukul 11.30 malam ketika itu....tapi ku gagahi jua. Lambat....baru terdengar suara adikku Lela yang menyambut talian memberitahu emak sudah nyenyak tidurnya.





"Kenapa tak balik?" 


Itu memang soalan cepumas setiap kali kalau aku tak balik ada keraian dan kenduri kendara. Aku 
dengan jawapan dan alasan yang kukuh. Ada ke orang tak nak balik beraya? Melainkan kalau memang 
ada yang tak kena dengan hubungan kekeluargaan itu la kan? Aku dapat merasakan bagaimana 
perasaan menantuku Huda yang berkecamuk isi perutnya merindui suasana berhariraya bersama ibubapa 
dan adik beradiknya. Tahun ini dia sudah berkorban dua kali raya kerana penghijrahannya ke Brisbane 
mengikut suami yang sedang mengatur masa depan yang cemerlang.


Begitu juga dengan keadaan ku suatu ketika dulu ketika mengikut suami berhijrah ke merata negeri. 
Akan ku usahakan sedaya upaya untuk memenuhi keinginan berhariraya sebagaimana lazimnya. Kalau 
tak dapat daun kelapa untuk dianyam dijadikan ketupat...aku godak aje nasi dan ku himpit di dalam loyang besar dan ku timpa pula dengan lesung batu agar keesokan paginya ia menjadi kenyal seakan ketupat 
apabila dipotong. Kalau setakat masak rendang, sayur lodeh dan sambal kacang tu...insyaAllah...masih 
boleh didapati di mana-mana. Rajin dengan malas sahaja yang menjadi pokok utamanya.


Walaupun sambutan tak seberapa...namun aku mengemas sebagaimana biasa. Meja makan siap setting 
dari malam...pinggan makan, sudu garfu, cawan gelas semuanya tersedia....tapi daripada enam orang 
ku tolak satu dan ditolak satu lagi tahun ini menjadikan kami tinggal berempat sahaja. Sikitnya...hati ku 
berkata sendiri. Kalau rumah Lela ni masih boleh memenuhi meja makan untuk enam orang. 




Tapi siapalah kita untuk merubah qada dan qadar Allah. Sudah begitu kehendakNYA walau dirancang 
sebaik mana. 


Junie Octovian: We will never miss the well until the water runs dry.

November 6, 2011

Eid ul-Adha.........

Greetings to all........




'Idul Adha di sebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Ramai 
diantara umat Islam yang mampu, menyembelih korban untuk dibahagi-bahagikan 
kepada fakir miskin. Ramai juga diantara yang sudah mencukupi syarat, menunaikan ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi 
Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh umat Islam sehingga kini.








Gambar ihsan Pak Google.. TQ


Ibadah Haji pula adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan 
sekali seumur hidup. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:


"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang dengan 
berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang 
datang dari segenap penjuru yang jauh. Seupaya mereka menyaksikan berbagai 
munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang 
ditentukan kerana rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa 
binatang ternak. Maka makanlah daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir." (Quran, Surah Al-Haj: 27-28)


Suasana & pemandangan di Kota Mekah semasa musim Haji....

Junie Octovian: Semoga mereka pulang dengan Haji yang mabrur.



November 5, 2011

Diintai Rindu.......

Greetings to all........


Suka aku mengingatkan akan peristiwa setahun yang lalu pada tarikh ini 5 November 2010...
manuscript ku diterima oleh pihak Buku Prima dan dicetak dijadikan novel. Lama sudah ku 
simpan hajat untuk melihat nama ku tertera di muka buku sebagaimana penulis-penulis yang 
lelainnya. Alhamdulillah.......akhirnya impian menjadi kenyataan.


Sempena menyambut Ulangtahun Diintai Rindu...aku berbesar hati untuk menulis kisah dari 
novel itu ke laman blog ini untuk tatapan bersama teman-teman yang mengatakan mereka masih 
belum berjumpa dengan novel tersebut di kedai-kedai buku yang berdekatan dengan kediaman 
mereka...khasnya teman-teman di selatan tanahair. 


Ok guys....this is for you...........








DIINTAI RINDU


Bab 1

SUASANA  sayu menyelubungi balai berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), Sepang bila Ain Zuraidah memeluk erat Aidil Zaquan. Tersedu-sedan dia menangis untuk
melepaskan abangnya itu pergi. Cepat-cepat Tuan Haji Zainal menarik bahu anak perempuannya itu
dan memeluknya.

Datin Jamilah, Dato' Azmi Mansor dan Daniel Ariff yang turut sama berada di situ juga menitiskan air
mata mengenangkan nasib dua beradik yang baharu sahaja kehilangan ibu tercinta, Puan hajah Jasmin,
adik kepada Datin Jamilah kerana sakit buah pinggang.

"Along, jangan lupakan Adik," jerit Zuraidah ketika kelibat abangnya itu hampir hilang dari pandangan.

Tuan Haji Zainal tidak mampu bersuara, dia juga sebak dengan nasib yang menimpa dirinya tatkala dia
hampir bersara, isteri tersayang yang telah hidup selama 25 tahun dengannya itu pergi buat selama-
lamanya.

Aidil Zaquan yang sedang menuntut di tahun akhir pengajiannya dalam bidang architecture di sebuah
universiti di Perth, Australia itu dipanggil pulang untuk menghadiri majlis pengkebumian ibunya.

Tuan haji Zainal pula bercadang untuk pulang ke kampungnya di Simpang Renggam Johor, setelah
tamat tempoh perkhidmatannya nanti. Dia sudah mempunyai sebuah rumah di sana. Itu juga menjadi
salah satu sebab mengapa Zuraidah yang kini menuntut di sebuah universiti tempatan dalam bidang
perakaunan begitu hiba sekali kerana ditinggalkan pergi oleh abangnya pada petang itu. Pada siapa
dia akan mengadu? Dia yang selama ini menjadi anak manja keluarga Tuan Haji Zainal terpaksa
melalui hidupnya sendiri di usianya yang masih muda. Tiada lagi tempat untuk bermanja.

"Dah jangan sedih lagi, Mak long, Pak Long dan Daniel kan ada?" ujar Datin Jamilah memujuk anak
saudaranya itu sambil mereka berjalan menuju ke kereta.

"Biar Zu balik dengan kereta Danny, ma. Danny bawak dia jalan-jalan dulu." Daniel yang dari tadi
diam itu, cuba memberi perhatian.

Datin Jamilah mengangguk-angguk tanda setuju. Mungkin anak saudaranya itu akan reda sedikit kesedihannya bila dibawa berjalan-jalan. Zuraidah hanya mampu menurut bila Daniel menyambut
tangannya daripada Datin Jamilah. Dipimpin tangan sepupunya itu menuju ke kereta.

Daniel hanya tua lima bulan daripada Zuraidah itu tidak terus menyambung pelajarannya. Setelah
menamatkan tingkatan lima di sekolah teknik dulu, dia banyak menghadiri kursus-kursus untuk
membuka bengkelnya sendiri. Dato' Azmi hanya memberikan sokongan  dari segi wang ringgit
kepada anak lelaki bongsunya itu.

"Zu, kau kena tabah untuk meneruskan hidup ini. Semua itu sudah ditakdirkan. Kau pun nanti bila
dah kahwin akan tinggalkan kami jugak." Daniel sekadar memberi nasihat sebagai sepupu yang
prihatin.

Daniel memang rapat dengan Zuraidah kerana usia mereka sebaya. Mereka juga ke sekolah yang sama
sehingga tingkatan tiga. Mereka hanya terpisah bila Daniel memilih untuk meneruskan pelajarannya
ke sekolah teknik.

"Kau boleh cari aku bila-bila masa aje. Aku janji akan kadi abang kau sampai kau rasa kau tak
perlukan aku lagi," pesan Daniel sambil membukakan pintu kereta.

"Thanks Danny," ujar Zuraidah merenung sepupunya yang baik hati itu sebelum masuk ke dalam
kereta.

"Kita nak ke mana?" Daniel bertanya sebaik saja dia menghidupkan enjin kereta.

Zuraidah mengangkat bahu memandang Daniel.

"Ikut kau ajelah."

Mana nak dibawa orang berduka ni? Menonton? Tak sesuai. Bawak pergi jalan-jalan ajelah, getus
hati Daniel.


                                                                                                                           ~bersambung~


Kamsahamnida/Thank You.....

Hi peeps! 


Demam K-Pop yang melanda sekarang ini mengheret aku sama. Tapi tidaklah sampai macam
remaja-remaja tu...sekadar ingin tahu dan sibuk sama juga menonton drama-dramanya yang 
ditayangkan di channel 391 itu. Ha...drama menarik terkini yang ku tonton adalah.... "He..who 
can't marry dan The Poseidon".


N3 kali ini ku bawa kalian ke Gag Concert segmen Thank You. Aku terlayan Gag Concert ni 
satu malam ketika tekun menulis. TV yang terpasang bercakap sendirian...si Adik yang tadi beria 
nak menonton dah terbongkang di sofa. Elok sampai segmen ini...aku terasa seronok bunyinya lalu 
aku yang berada di ruang makan memanjangkan leher mengintai.


Aku kemudian beralih duduk ke depan...menonton sendirian. Senyum sendiri dan gelak guling-guling 
juga sendiri. Mungkin Toby di kerusi urut yang sudah sama nyenyak tidurnya macam si Adik, sesekali 
menjeling melihatku. "Dah nyanyuk agaknya orang tua ni..." ~ begitu barangkali yang diucap si Toby 
dalam hati.


Tapi...ada aku kesah?  


Semenjak itu...aku jadi penonton tetap rancangan Gag Concert ini. Jom layan............









Terlangsung kalian telah menonton sama...aku ambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan
TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada kaum keluarga, sahabat handai dan teman-teman FB
yang aku hormati kerana memperingati hari ulangtahun ku baru-baru ini.

Junie Octovian: Semoga kalian juga dilimpahi rahmat Allah dan diberkati sepanjang masa.


November 3, 2011

"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

Greetings to all........


Contest lagi? Korang pengunjung blog jangan termuntah hijau pulak ye bila masuk sini tengok aku 
semenjak dua menjak ni rajin pulak nak masuk contest segala bagai. 


Untuk pengetahuan pengunjung blog...bab menulis ni aku memang rajin. Contest pertama tu aku 
guna Bahasa Inggeris sebab nak menggilap skill Bahasa Inggeris yang sudah tentu bukan bahasa 
harian ku.


Tapi contest kali ini aku mencuba dalam Bahasa Melayu pula. Jom layan karangan ku mengenai 
tajuk yang telah diberikan oleh tuan punya blog.






eqbalzack.com Writing Contest (2)


"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

Hubungan bagaimanakah yang dimaksudkan dalam tajuk ini?
Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi ( harus nikah ) ternyata haram. Dalam
konteks pendidikan formal, menengah atau tinggi, pergaulan begini adalah lumrah kehidupan
yang harus dilalui.

Maka itu disiplin diri diperlukan bagi menggaris ruang dan membina perasaan hormat diantara guru dan
pelajar untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik demi mencapai matlamat utama
mereka.

TETAPI, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya hubungan itu berlandaskan hukum Islam. Mereka
yang terlibat pula harus pandai menjaga adab pergaulan, bersifat profesional dalam menjaga profession mereka yang dipandang mulia di mata masyarakat agar tidak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral
di samping menjaga martabat pendidik dengan anak didik.

Petikan dari Surah An-Nissa - Ayat 3


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi 
  jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu 
  berkahwin seorang sahaja."


Bermaksud Islam tidak melarang perkahwinan antara guru/pensyarah dengan pelajarnya atau majikan
dengan pekerjanya. Alangkah bagusnya jika hubungan itu diikat pula dengan tali perkahwinan yang
dapat mengeratkan silaturahim diantara dua keluarga dalam meramaikan umat Muhammad. Manakala perkahwinan itu sendiri merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki dan perempuan di mana Rasulullah SAW bersabda: 


"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia 
  dari golonganku."

Masalah ini ditekankan kepada masyarakat Melayu Islam khasnya memandangkan masyarakat kita
yang kaya dengan adab sopan dan tata susila yang sudah termaktub di dalam Rukun Negara kelima.
Selain menjaga nama sendiri, kita juga membawa sama nama keluarga dan nama negara di mata
bangsa asing dan masyarakat dari luar negara yang ternyata sama mengiktirafkan negara kita sebagai
sumber menggali ilmu.

Kesimpulannya, jika dikaji menurut hukum Islam memang tidak salah sama sekali tetapi ada
sesetengah manusia yang beranggapan tidak manis dipandang mata. Kepada yang terlibat,
tepuk dada...tanya selera dalam mencari keredhaan Allah SWT. 




299 words


Person tagged: aidanelle



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...