December 14, 2017

Bila Kompang Dipalu - Azam & Ara

(31)

"MAMA mintak maaf sangat-sangat dengan Azam. Mama terlalu mengikut kata hati... kata kawan-kawan..." Suriati pegang tangan anaknya di sofa pagi itu.
Azam sangat kecewa bila Ara yang ditunggu tidak muncul di balai ketibaan seperti yang dikatakan. Telefon pula dimatikan. Tiada langsung harapan Azam untuk menemui Ara seperti yang diimpikan.
"Sudahlah ma..." kata Azam. "Azam dah reda kalau dia bukan jodoh Azam."
"Tapi kamu tak ceria macam dulu. Jasad kamu aje yang berada di sini... fikiran kamu pula entah melayang ke mana."

"Tak mudah nak melupakan orang yang kita sayang ma..." jawab Azam. "...kalau berpisah mati, Azam boleh ziarah kuburnya."
"Mama tau mama berdosa terhadap kamu berdua. Mama janji... mama akan pujuk Ara agar terima Azam kembali."
Azam renung wajah Mama Suriati yang berlinangan airmatanya. "Mama tak payah buat apa-apa... Azam tak rasa Ara boleh percaya dengan kata-kata mama lagi. Entah-entah semalam tu dia nampak mama ada sama... itu sebab dia tak munculkan diri."
"Teruk sangat ke mama ni?"
"Mama rasa?"
Suriati menangis sayu sehingga terhinggut-hinggut bahunya. Sedih sungguh bila orang hilang kepercayaan pada kita. Apa yang harus dia lakukan sekarang, dia sendiri sudah tidak tahu mahu berbuat apa-apa.
"Nenek call pun dia tak angkat dah Zam," ujar Nek Jah kecewa. "Nenek rasa tak puas hatilah. Nenek nak pergi rumah dia... jumpa family dia... nak tanya khabar dia."
"Sue nak i..."
"Tak payah!" Ucap Nek Jah sambil mengembangkan tangan kanan. "Kamu tu akan mengeruhkan lagi keadaan. Biar aku beritahu segalanya." Tambah Nek Jah lagi. "Azam pun tak perlu... biar nenek jumpa dan terangkan padanya dulu."
Azam angguk.
"Tapi kamu kena bawak nenek ke sana. Hari ni minggu, si Yaakob cuti." Nek Jah baru teringat pemandu peribadinya bercuti hari itu.
"Sekarang nek?" Tanya Azam bila dia tengok neneknya sudah bersiap.
"Yalah... pagi-pagi ni orang belum sibuk nak ke mana-mana. Kang tengahari entah-entah dia dah nak balik ke Singapura."
"Baik nek."




(32)
               
“ABANG Azam!!”Jerit Ibrahim yang sedang bermain guli di depan rumah. 
            Azam tidak dapat mengelak bila dia memberhentikan kenderaan untuk menghantar neneknya menemui Ara… si kecik sudah tercongok berada di luar.
            “Dah lama abang tak datang… Ayim takde kawan nak ajak main guli,” rungutnya sambil terkeseng-keseng menunggu depan gate.
            “Turn jer la. Kesian nenek tengok si kecik tu. Dia bukan tahu apa-apa.” Bisik Nek Jah.
            Azam angguk sambil lempar senyum pada si kecik.
            “Mama!!” Jerit Ibrahim. “Abang Azam datang!” beritahunya sambil berlari masuk.
            Ara berpaling dari kuali gorengan cekodok manis yang sedang viral di Facebook. “Siapa datang?” Dia tanya mamanya.
            Puan Maimon yang sedang membancuh kopi, kerut kening. “Abang Azam?”
            Ara sangkut di dapur… tidak sempat hendak berlari naik menyorokkan diri.
            “Assalamualaikum!” Nek Jah beri salam sambil membuka kasut.
            “Waalaikumussalam,” jawab Puan Maimon menapak ke depan sambil membetulkan lengan baju yang disingsing sampai ke siku tadi. “Jemput masuk puan… silakan.”
            Di depan, Azam sudah melayan si kecik bermain guli. Ceria betul Ibrahim dapat berjumpa dengan abang Azamnya.
            “Maafkan makcik Mon, pagi-pagi dah datang terjah. Nak tanya khabar Ara. Katanya semalam ada balik. Tapi bila mak cik tunggu di airport tak muncul pulak. Telefon pulak dimatikan. Mak cik dan Azam bimbang betul.”
            “Oo… pasal tu ke?” Puan Maimon terasa bukan dia yang harus menjawab pertanyaan itu. Biarlah Istikharah sahaja yang berikan jawapannya. “Duduklah dulu… nanti saya panggilkan Ara.”
            Puan Maimon kembali ke dapur. “Ara pergilah cakap sendiri dengan nenek tu.”
            “Ara takut ma…”
            “Cakap yang benar… biar dia tahu. Mama ada… boleh backing Ara.”
            Ara tarik muncung. Bukan sikit-sikit punya takut. Mama mana tau.
            “Pergilah…” suruh Puan Maimon. “Kalau dia tak ikhlas… dia tak akan susah-susahkan diri untuk datang.” Sambung Puan Maimon. “Pagi-pagi hari pulak tu.”
            Ara angguk. Dia meninggalkan cekodok gorengan terakhir kepada mamanya. Ara melangkah perlahan ke depan.
            “Nek.” Dirapatinya Nek Jah seraya menghulur salam.
            Nek Jah peluk erat gadis itu sambil berbisik. “Kenapa nak takut dengan nenek? Nenek tak makan hasutan… nenek ada pendirian.”
            Ara sentap. Tak sangka Nek Jah mampu membaca fikiran. “Takutlah nek… bukan sebarang tuduhan tau? Kalau Ara dibawak ke balai tentu mama dan papa malu dengan jiran tetangga.” Lancar pula dia menjawab.
            “Dia dah menyesal dengan perbuatannya. Dia yang buat usul supaya Ara terima Azam semula. Dia tidak sanggup melihat anak tunggalnya menderita.”
            Eh, macam tak percaya aje? Menderita ke?
            “Tak nampak tu?” Nek Jah tunjuk ke arah Azam yang sedang melayan Ibrahim di luar. “Dah kurus keding… tinggal kulit dengan tulang aje.”
            Ara renung lelaki itu walau telinga mendengar apa yang diucap Nek Jah. Takdelah sampai tinggal kulit dengan tulang aje. Amboi nek… over! 
            Nek Jah tau Ara masih sayangkan Azam. “Macam mana?”
            “Ara beri senyum segaris. “Beri Ara masa nek?”
           


(33)
                                  
"WHAT’S on your mind?" Tanya Azam yang melihat si gadis diam sepanjang perjalanan. Dari pagi tadi nenek berkeras minta Azam menghantar Ara ke airport.
"Beri mereka peluang... biar mereka berbincang untuk memutuskan masa depan mereka." Nek Jah beritahu Puan Maimon.
Puan Maimon pun setuju ajelah. Kalau dah yang pangkat nenek tunjuk sporting, tak kan dia nak tunjuk kuno sangat pulak.
"Saya masih belum lupa wajah mama sewaktu menuduh saya di hospital dulu. Awak pun hampir percaya, kan?"
"Ara please? Itu mama saya, kan?"
"Saya taulah... tapi bila dia mengaku sendiri dia bencikan saya... hancur hati saya tau? Macam lagu Estranged featuring Fazura tu."
Azam macam nak tergelak. Siap bagi contoh lagu background pulak. "Dahlah tu..." pujuk Azam. "...mama dah sedar. Dia termakan hasutan kawan-kawan..."
"Teruknya kawan-kawan dia menuduh saya." Jawab Ara cepat dia mencantas kata-kata Azam.
"Biasalah tu... cemburu. Saya kan anak tunggal."
Ara berpaling memandang Azam. "Awak takde berkenan dengan anak-anak pompuan kawan mama awak tu?"
"Kenapa? Awak memang dah takde hati dengan saya? Nak suruh saya cari lain ke?"
Ara diam. Kita nak kenakan dia... dia kenakan kita balik, omel Ara dalam hati. Dia buat muka. Muncung dah macam itik serati... panjaaang boleh sangkut baju. Mata dah mula panas. Ni karang turun hujan lebat, macam mana?
"No worries la..." pujuk Azam lagi. Dia dah nampak wajah mendung kelabu di sebelah. Bimbang melarat jadi ribut petir karang banyak pula kerugian yang bakal ditanggung.
"I love you many-many ..." ucapnya. "...to the moon and back."
Ara pecah ketawa. Lawak tengok dia buat aksi tunjuk ke atas dan lekapkan ke dadanya.
"Saya pun ada lagu masa saya sedih hari tu. Saya ulang-ulang mainkan di handphone... masa bercuti di Maldives."
"Lagu apa?" Ara teruja ingin tahu. Kira jiwang jugalah mamat ni.
"Sekeping hati dibawa berlari..." Azam nyanyi lagu Suci Sekeping Hati dari Saujana. Sedih dan mendayu sekali. Sedap suaranya.
Ara terbuai dengan lirik lagu itu. Dia renung wajah Azam sehingga lelaki itu habis menyanyi. "Tapi... saya masih rasa takut dengan mama awaklah."
"Yeay!!" Azam bersorak girang. "Mau la tu, kan?"
"She scares me."
Dia dah okey... believe me." Jawab Azam. "Awak kena jumpa dia face to face untuk hilangkan trauma tu."
Ara ketuk pelipis.
"For me, pleeease?" Azam seringai gigi.
"I'll think about it."
"Ara!"
Kini... Ara pula seringai gigi.




(34)

"APA ceritanya?" Serentak Nek Jah dan Suriati bertanya.
Azam tengok jam di dinding... dah pukul 10 malam. "Tak tengok Duda Pujaan Dara ke?" Tanya Azam pelik. Selalu tu bukan main tekun menunggu... nak tengok lakunan gedik si Zahirah MacWilson tu.
"Hari Ahad takde la," jawab Nek Jah. "Lagipun kan dah last episod Khamis lepas?"
Nampak tak kat situ... Nek Jah pun layan. Siap tahu detail lagi. "Cepatlah Zam!" Sergah Nek Jah. "Tak kan dia tak cakap apa-apa."
"Dia cakap, I'll think about it."
"Pulak!" Nek Jah kecewa. "Apa yang nak think-think lagi ni?"
Azam angkat bahu. Tak kan dia nak cakap Istikharah takut dengan Mama Suriati, kan?
"Kamu ni tak pandai guna bahasa romantik ni." Nek Jah menembak rambang.
"Dah habis romantik nek, siap nyanyi-nyanyi lagu nasyid lagi."
"Lagu nasyid waktu dating apa kejadahnya," tegur Nek Jah. "Nyanyilah lagu Judika, Setengah Mati Merindu ke... Janam-janam ke..."
"Belum apa-apa pun dah jahanam nek," jawab Azam... frust gila.
"Dia masih tak boleh terima mama ke Zam?"
"Dah takde jodoh Azam dengan dia agaknya ma," kata Azam lirih. Puas dia pujuk tadi... Ara masih belum mahu memberikan jawapan. Dah nyanyi-nyanyi sehabis merdu pun tak jalan.
Suriati menyandarkan badannya. Minda menerawang mencari idea bagaimana mahu mengembalikan kepercayaan Ara kepadanya.
Kalau hantar bunga mohon maaf sehingga dia percaya, boleh ke? Yes! Dia petik jari dan terus bangun menapak ke tangga untuk naik ke biliknya.
Gelagatnya tadi diperhati Nek Jah. "Hah! Nak buat apa tu?" Sergah Nek Jah. Bimbang Suriati bertindak yang bukan-bukan.
"Nothing!" Jawabnya tanpa menoleh ke belakang.
Azam pandang neneknya. Nek Jah angkat bahu.


(35)
SURIATI yang baru mematikan enjin kereta terpandang pasangan dua sejoli baru keluar dari butiknya. Hari Sabtu itu, dia datang lepas zohor sebab butik tutup pukul 10 malam. Hari minggu off day.
Sungguh-sungguh dia merenung pasangan itu dari dalam keretanya yang diparkir jauh sedikit dari butiknya. "Bukan Ara ke perempuan tu?" Bertanya Suriati pada dirinya sendiri. "Yang lelaki tu siapa pulak?"
Wah! Terasa cemas sungguh perasaannya. Padahal dia dah kaw tim dengan florist berdekatan dengan pejabat tempat Ara bekerja di Marina Bay Sands di Singapura untuk membekalkan sejambak bunga setiap hari atas nama Istikharah Ismail.
"Biar betul? Tak jalan jugak ke permohonan maaf begitu?" Dia menggumam sendiri. "Dah ada pengganti la tu kot? Sebab tu dia tak heran."
Audi A5 Sportback itu berlalu. Suriati buka pintu kereta dan melangkah keluar. Cepat dia meluru masuk ke dalam butik. "Zila! Perempuan tu datang sini nak apa?"
"Tempah baju nikah bos. Sepasang... lelaki dan perempuan. Dia order kain lace dari Perancis ni..." Zila tunjuk pada buku contoh atas meja. "Nak penuh pulak tu... dengan tudung sekali. Ini designnya."
"Kenapa bos? Kita tak cukup bajet ke?"
Suriati geleng sambil kembangkan tangan kanan. "Takde apalah... rasa rugi pulak tak dapat jumpa sendiri."
Tapi ni ada kad dia kalau bos nak contact bertanya sendiri." Ucap Zila bimbang pula dimarahi. "Kak Shamsiah dah ambil ukuran dia tadi."
"Dia orang nak pakai bila?" Suriati tak terkata. Dia longlai. Punggungnya dihempas sahaja ke sofa.

"25 November... majlis buat di masjid Putrajaya." Beritahu Zila lagi. "Tentu bos dapat jemputan nanti untuk Sue's Boutique."
Suriati sambut kad nama yang dihulur Zila.


Shamsul Kamal Dato' Kamaruddin
Kamaruddin & Co.,
Accountants



Amekau!
Azam!!! Jeritnya dalam hati. Habislah... meranalah anak bujangnya sepanjang hayat akibat dari perbuatan sendiri. Ampunkan mama Azam!
Tidak sanggup dia hendak menghadap wajah kekecewaan anaknya nanti. Tentu rupa tengkorak hidup... tidak seperti Azam yang dahulu ceria dan gembira ketika baru mengenali Istikharah.
Nafasnya turun naik kencang sekali sambil kertap gigi, geram. Dia scroll nombor henset lelaki upahannya. Kali ini suruh dia pelangkung Datin Laili si mulut puaka tu pula. Dia punya pasallah ni



 ----------------------------------------------------- bersambung ----------------------------------------------------



December 12, 2017

Bila Kompang Dipalu - Azam & Ara

(31)

"KAMU ni dah kenapa?" Tanya Nek Jah. "Mundar mandir... aku nak nonton pun tak senang. Macam ayam hilang anak."
Suriati dilihat ke hulu ke hilir dengan henset di tangan. Macam sedang menunggu panggilan penting. Dari siapa?
Rancangan dia semua tak menjadi. Si lelaki upahan tidak menjawab panggilan. Ditinggalkan mesej, tidak dibalas. Dah kena tangkap agaknya. Suriati mulai lemas dan cemas.
"Mak, Azam mana?"
"Keluar kot?" Jawab Nek Jah. "Tadi nampak dia dah turun... pakai smart. Kenapa?"
"Sue ada benda nak cerita dengan mak." Bisik Suriati sambil toleh kiri kanan mencari line clear.
Azam yang baru mahu menapak mendaki tangga terhenti. Dia pasang telinga.
"Apa dia?" Sergah Nek Jah. Menantu dia ni bukan boleh percaya sangat. Ada jer idea yang bukan-bukan.
Suriati letak telunjuk di bibir. "Tadi siang... Sue nampak Ara datang butik dengan seorang lelaki. Kata Zila dia orang datang tempah baju nikah..."
"Haaa... nikah?" Jerit Nek Jah, terkejut.
"Mak..." tegur Suriati dengan jari telunjuk di mulut. "...25 November ni di masjid Putrajaya."
"Anak siapa?"
Suriati hulur kad nama yang diberi Zila siang tadi.
"Anak Dato' Kamaruddin?"
"Mak!! Macam mana dengan anak Sue?" Rengek Suriati.
"Dia dah tak sayang Azam ke?"
"Mak! Tolonglah anak Sue, mak... pleaseee!!"
Nek Jah sempat menjeling melihat wajah Suriati yang rupa orang meneran sembelit. "Esok mak tanya dengan Dato' Kamaruddin tu sendiri." Ucap Nek Jah. "Hisy! Ini tak boleh jadi... mana aci main caras-caras awek orang," marah Nek Jah.
Azam terdengar perbualan antara Mama Suriati dengan Nek Jah. Sentap gila kot? Rasa macam hati dah terlambak ke lantai. Pecah berderai. Hancur luluh rasanya. Dia mengundur dan terus ke pintu mencari udara. Mintak nyawa.... mintak nyawa!



(32)

PUAN Halijah angkat wajah. Cermin mata dilurutkan ke batang hidung. "Yes, Encik Azam... what can I do for you?"
"Siapa nama lelaki anak Dato' Kamaruddin tu?"
"Why? Does it matter to you?"
Azam terus membongkok... meletakan dua tapak tangan ke atas permukaan meja. Wajah Puan Halijah direnung. Tajam sekali seolah mahu membaca isi hati.
"Nek please?" Ucapnya lembut. Gaya macam nak makan orang. Hehehe... "I need to settle this once and for all." Aura Puan Halijah, nenek yang sangat menyayanginya itu tidak mampu dikasari.
"Apa yang Azam nak buat?"
"You don't have to know, nek.."
"Janji tak buat yang bukan-bukan baru nenek beritahu." Puan Halijah pun pandai ugut2-ugut juga. Wajah cucu itu dipandang minta dibuat perjanjian.
"Azam janji," katanya dengan tangan kanan diangkat gaya dalam kandang pesalah di mahkamah.
"Betul ni?"
"Nenek... kalau dia dah boleh bahagia tanpa Azam... I need to move on with my life. Please? Azam nak dengar dia confess yang dia memang dah tak sayang Azam. Itu aje."
"Shamsul Kamal."
"Thanks nek." Dia cium pipi Puan Halijah kiri dan kanan. "Azam mintak cuti hari ni to sort things out. Wish me luck!" Ujarnya sambil menapak ke pintu. "Babai nek."
Puan Halijah tidak sempat bertanya lanjut. Entah dari mana dia dapat cerita tentang anak Dato' Kamaruddin... musykil pula rasanya.
Puan Halijah tekan butang interkom. "Dayana... masuk kejap."
Sepuluh saat kemudian, "Ya Puan?"
"Buatkan appointment saya dengan Kamaruddin & Co., waktu lunch di Seri Pacific. Kalau dapat... terus suruh Pak Akob get ready."
"Baik Puan."
"Oh! Make sure temujanji tu dengan Dato' sendiri. Ini urusan peribadi. Tell him... urgent matters."



(33)

"PUAN Istikharah!"
Ara angkat wajah dari menyemak dokumen bila namanya dipanggil. Puan? Peliknya. Tak pernah pulak Suzy Kwan tu panggil dia puan.
"Your husband is waiting outside... Encik Khairul Azam wanted to see his wife." Ayat ni dia tekan lebih sikit. "This is the problem with long distance relationship." Dia bebel macam mak nenek.
Empat pasang mata di dalam Legal Department itu ambil perhatian. "Oh! She is married." Seolah mereka berpakat menjawab serentak.
Husband eh? Bila pulak dia dah pernah goncang tangan tok kadi menikah dengan aku? Ara juga bebel dalam hati. Bengang bila Suzy Kwan perli dia tadi sambil jeling2.
Sebaik turun ke aras bawah, dia sudah nampak figura Azam beberapa meter dari pintu ofisnya. Smart, dengan rambut yang bersisir rapi mengikut piawaian. Dua tangan disorokkan ke belakang. Adalah tu... nak buat surprise konon. Tapi memang surprise pun... dup dap dup dap jantung dibuatnya. Azam lempar senyum segaris elok terpandang Ara.
Ara tidak mampu mahu menyembunyikan keterujaannya melihat Azam sanggup datang ke Singapura pada hari bekerja, tanpa panggilan dan pesanan terlebih dahulu. "Hai sayang!" Tegurnya tanpa sedar.
Azam telan liur mendengarnya. Biar betul? Memang masih sayang ke? Dia baru jer datang nak pujuk-pujuk.
"What brought you here?"
"Here's for you!" Azam hulur sejambak bunga yang disorokkan di belakangnya tadi.
Ara tenung wajah lelaki itu. "Thanks."
"Can I have a hug?"
"Excuse me?"
"Just kidding." Azam tunjuk muka comel.
"Kenapa awak beritahu Suzy, awak suami saya?"
"Strategi. Agar awak senang dapat keluar."
"Last week, tiap-tiap hari Mama Suriati beri bunga, tulis 'I am sorry.' Hari ni dia suruh anak dia hantar bunga tu sendiri ke?"
"Mana ada? This is my effort tau? Sebab yesterday awak balik, tak inform saya."
"Oops! Sorry." Ara buat muncung. "Awak nampak saya ke?"
"Siapa Shamsul Kamal tu?"
"Anak Dato'Kamaruddin."
"Saya tau. Tapi apa hubungan dia dengan awak? Siap dah tempah baju nikah bagai?"
O... oh!



(34)

"KUS semangat!" Puan Halijah urut dada. "Nasib baik Cik Jah takde sakit jantung." Dia buat pengakuan. "Cucu sorang tu aje dah macam ni punya haru. Bayangkan... orang yang cucu dah berbelas-belas tu?"
"Terkejut saya tadi bila PA Cik Jah cakap ada urgent matters. Ingatkan kenapalah..." kata Dato' Kamaruddin.
"Bimbang dia buat kerja yang bukan-bukan Din... budak mudalah katakan."
"Tak dengar cerita pun Azam dah bertunang dengan Istikharah tu?"
"Among family members jer. Ara tak bagi heboh... takut kena bahan dengan kawan-kawan. Shamsul tu anak kamu yang nombor berapa?"
"Yang sulong Cik Jah. Ada lagi dua orang lelaki masih belajar."
"Rosni sihat? Tak pernah nampak dia sekarang ni... ada buat bisnes?"
"Dia sibuk menulis... nak jadi novelis macam Fauziah Ashaari yang ada Ombak Rindu... macam Siti Rosmizah yang ada Lafazkan Kalimah Cintamu." Bersemangat Dato' Kamaruddin bercerita tentang isterinya Datin Rosni yang semenjak dua menjak ini sudah berubah hobi.
Puan Halijah angguk-angguk macam burung belatuk. Dia kan pengikut setia drama-drama melayu adaptasi? Jangan kelentonglah...
"Nanti nak keluarkan filem sendiri katanya, macam Ramlee Awang Mursyid yang akan tayangkan Tumbiruo di pawagam 12 Oktober ni."
"Baguslah... jangan dok melepak dengan kawan-kawan ke sana ke sini. Takde manafaat langsung." Ujar Puan Halijah. "Suriati pun Cik Jah suruh bukak butik. Biar dia rasa payah cari duit sendiri."
"Kenapa tetiba Cik Jah ambil alih syarikat?"
"Family matters. Panjang ceritanya Din. Biar jer la Cik Jah pegang jawatan tu. Cik Jah dah buat wasiat nak dihibahkan pada siapa."
"Bijak Cik Jah. Jangan sampai kita dah tak ada... yang tinggal ni bergaduh berebut harta."
"Itulah... dia orang ni mana pernah tau yang susah-susah tu? Zaman mula-mula Pakcik Amin bersampan ke hulu ke hilir sungai mencari kayu bakau untuk dijual pada peraih. Ikut kerja di kilang buat arang tu. Duduk dalam relau yang macam sauna tu. Sampai dia berjaya bukak syarikatnya sendiri."
Dato' Kamaruddin angguk. Dia ingat sangat kisah tu... sebab dia berkawan dengan Malek anak Puan Halijah. Bila cuti sekolah dia kerja sambilan di kilang kayu arang tu untuk cari duit poket.
"Cik Jah jangan susah hati. Bakal isteri Shamsul tu kawan baik Ara. Ara yang recommend Sue's Boutique tu... butik bakal mentua, katanya."
"Suriati tu yang kelam kabut sangat."
"Yelah kan? Tambah-tambah pergi tempah baju nikah dengan Shamsul pulak?"
Berderai ketawa mereka mengingatkan salahfaham yang berlaku.
                  


(35)

NEK Jah tadi di biliknya menunggu sehingga sampai masuk waktu Isyak... sempat wirid2 dan mengaji sikit. Tapi di luar terasa sepi sekali. Tiada kedengaran suara sesiapa maupun bunyi suara dari peti TV.
"Yani!" Nek Jah tegur Bibik Yani yang sedang menyediakan mi soto untuk makan malam. "Azam dah balik?"
"Baru sebentar bu. Dia langsung ke atas."
"Nampak dia gembira ke bersedih?"
"Mukanya serius sekali bu."
Hisy! Itu yang Nek Jah terus naik ke atas, mencari cucunya di bilik. Nak tau juga apa cerita yang dibawa balik.
"Lailahailallah! Apa lagi yang tak kena ni?" Tegur Nek Jah yang melihat Azam termenung di berandah bilik.
Azam menoleh dengan muka yang ketat sambil mengelap rambut basahnya.
"Ara tu nek, dia mengaku Shamsul tu bakal suami kawan baik dia... tapi pergi ikut orang tu buat baju nikah kenapa?"
Kihkihkih! Ara tadi gelak guling-guling tengok muka cuak Azam. Tapi Azam tak boleh terima. Gaduhlah... apa lagi? Azam yang merajuk terus buat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Maka... kes diantara mereka berdua masih belum dapat diselesaikan.
"Alaaa... dia bawak pergi tunjuk butik mama kamu jer."
"Mana nenek tau?"
"Nenek jumpa sendiri dengan Dato' Kamaruddin tu... dia dah terangkan satu persatu."
"Betul?"
"Betul. Takde apa-apalah. Nenek dah terdengar-dengar bunyi kompang dipalu. Tapi kamu ni saja nak suruh nenek mati kempunan menunggu." Bebel Nak Jah. "Nenek tengok Kamaruddin tu bersandar senang hati. Bakal menantu di oversea lagi tengah buat PhD. Kamu aje yang gelabah tak tentu pasal.
Hidup ni jangan cemburu tak bertempat. Beri dia peluang dan ruang... dia pun nak bernafas jugak. Kamu nak kurung dia macam burung dalam sangkar tu? Silap-silap bila terlepas, dia tak rasa nak balik dah."
Azam diam. Ini bukan kes dia kongkong. Ini kes memang dia jinak-jinak merpati... bila didekat, nak tangkap lari.
"Dia tau mama hari-hari hantar bunga ucap kata maaf. Tapi dia buat donno aje nek."
"Tentulah... kamu berdua kan dah putus tunang?"
"Habis tu?"
"Jom kita hantar rombongan meminang. Kali ni kita bagi gempak punya. Bawak pasukan kompang terus. Tak perlu sorok-sorok."
"Ada ke rombongan meminang bawak pasukan kompang nek?"
"Siapa nak marah? Majlis kita, kan?"
"Nek," panggil Azam. "You know what?"
Nek Jah angkat kening bertanya.
"You are the greatest. I love you nek, many-many... to the moon and back!" Dia peluk Nek Jah erat.



(36)

"MAMA mintak maaf sangat-sangat dengan Azam. Mama terlalu mengikut kata hati... kata kawan-kawan..." Suriati pegang tangan anaknya di sofa pagi itu.
Azam sangat kecewa bila Ara yang ditunggu tidak muncul di balai ketibaan seperti yang dikatakan. Telefon pula dimatikan. Tiada langsung harapan Azam untuk menemui Ara seperti yang diimpikan.
"Sudahlah ma..." kata Azam. "Azam dah reda kalau dia bukan jodoh Azam."
"Tapi kamu tak ceria macam dulu. Jasad kamu aje yang berada di sini... fikiran kamu pula entah melayang ke mana."
"Tak mudah nak melupakan orang yang kita sayang ma..." jawab Azam. "...kalau berpisah mati, Azam boleh ziarah kuburnya."
"Mama tau mama berdosa terhadap kamu berdua. Mama janji... mama akan pujuk Ara agar terima Azam kembali."
Azam renung wajah Mama Suriati yang berlinangan airmatanya. "Mama tak payah buat apa-apa... Azam tak rasa Ara boleh percaya dengan kata-kata mama lagi. Entah-entah semalam tu dia nampak mama ada sama... itu sebab dia tak munculkan diri."
"Teruk sangat ke mama ni?"
"Mama rasa?"
Suriati menangis sayu sehingga terhinggut-hinggut bahunya. Sedih sungguh bila orang hilang kepercayaan pada kita. Apa yang harus dia lakukan sekarang, dia sendiri sudah tidak tahu mahu berbuat apa-apa.
"Nenek call pun dia tak angkat dah Zam," ujar Nek Jah kecewa. "Nenek rasa tak puas hatilah. Nenek nak pergi rumah dia... jumpa family dia... nak tanya khabar dia."
"Sue nak i..."
"Tak payah!" Ucap Nek Jah sambil mengembangkan tangan kanan. "Kamu tu akan mengeruhkan lagi keadaan. Biar aku beritahu segalanya." Tambah Nek Jah lagi. "Azam pun tak perlu... biar nenek jumpa dan terangkan padanya dulu."
Azam angguk.
"Tapi kamu kena bawak nenek ke sana. Hari ni minggu, si Yaakob cuti." Nek Jah baru teringat pemandu peribadinya bercuti hari itu.
"Sekarang nek?" Tanya Azam bila dia tengok neneknya sudah bersiap.
"Yalah... pagi-pagi ni orang belum sibuk nak kemana2. Kang tengahari entah-entah dia dah nak balik ke Singapura."
"Baik nek."



(37)

“ABANG Azam!!" Jerit Ibrahim yang sedang bermain guli di depan rumah.
Azam tidak dapat mengelak bila dia memberhentikan kenderaan untuk menghantar nenek menemui Ara... si kecik sudah tercongok berada di luar.
"Dah lama abang tak datang... Ayim takde kawan nak ajak main guli," rungutnya sambil terkeseng-keseng menunggu depan gate.
"Turun jer la. Kesian nenek tengok si kecik tu. Dia bukan tau apa-apa." Bisik Nek Jah.
Azam angguk sambil lempar senyum pada si kecik.
"Mama!!" Jerit Ibrahim. "Abang Azam datang!" Beritahunya sambil berlari masuk.
Ara berpaling dari kuali gorengan cekodok manis yang sedang viral di Facebook. "Siapa datang?" Dia tanya mamanya.
Puan Maimon yang sedang membancuh kopi kerut kening. "Abang Azam?"
Ara sangkut di dapur... tidak sempat hendak berlari naik menyorokkan diri.
"Assalamualaikum!" Nek Jah beri salam sambil membuka kasut.
"Waalaikumussalam," jawab Puan Maimon menapak ke depan sambil membetulkan lengan baju yang disingsing sampai ke siku tadi. "Jemput masuk puan... silakan."
Di depan, Azam sudah melayan si kecik bermain guli. Ceria betul Ibrahim dapat jumpa Abang Azamnya.
"Maafkan makcik Mon pagi-pagi dah datang terjah. Nak tanya khabar Ara. Katanya semalam balik.... tapi bila makcik tunggu di airport tak muncul pulak. Telefon pulak dimatikan. Makcik dan Azam bimbang betul."
"Oo... pasal tu ke?" Puan Maimon terasa bukan dia yang harus menjawab pertanyaan itu. Biarlah Istikharah sahaja yang berikan jawapannya. "Duduklah dulu... nanti saya panggilkan Ara."
Puan Maimon kembali ke dapur. "Ara pergilah cakap dengan nenek tu."
"Ara takut ma..."
"Cakap yang benar... biar dia tahu. Mama ada... boleh backing Ara."
Ara tarik muncung. Bukan sikit-sikit punya takut. Mama mana tau.
"Pergilah..." suruh Puan Maimon. Kalau dia tak ikhlas... dia tak susah-susahkan diri untuk datang." Sambung Puan Maimon. "Pagi-pagi hari pulak tu."
Ara angguk. Dia meninggalkan cekodok gorengan akhir kepada mamanya. Ara melangkah perlahan ke depan.
"Nek." Dirapatinya Nek Jah seraya menghulur salam.
Nek Jah peluk erat gadis itu sambil berbisik. "Kenapa nak takut dengan nenek? Nenek tak makan hasutan. Nenek ada pendirian."
Ara sentap. Tak sangka Nek Jah mampu membaca fikiran. "Takutlah nek... bukan sebarang tuduhan tau? Kalau Ara dibawak ke balai tentu mama dan papa malu dengan jiran tetangga." Lancar pula dia menjawab.
"Dia dah menyesal dengan perbuatannya. Dia yang buat usul supaya Ara terima Azam semula. Dia tak sanggup melihat anak tunggalnya itu menderita."
Ei? Macam tak caya jer? Menderita ke?
"Tak nampak tu?" Nek Jah tunjuk ke arah Azam yang sedang melayan Ibrahim di luar.
Ara sama mengalih pandang ke luar.
"Dah kurus keding... tinggal kulit dengan tulang aje."
Ara renung lelaki itu walau telinga mendengar apa yang diucap Nek Jah. Takdelah sampai tinggal kulit dengan tulang aje. Amboi nek... over!
Nek Jah tahu Ara masih sayangkan Azam. "Macam mana?"
Ara beri senyum segaris. "Beri Ara masa nek?"


(38)
                                  
"WHAT’S on your mind?" Tanya Azam yang melihat si gadis diam sepanjang perjalanan. Dari pagi tadi nenek berkeras minta Azam menghantar Ara ke airport.
"Beri mereka peluang... biar mereka berbincang untuk memutuskan masa depan mereka." Nek Jah beritahu Puan Maimon.
Puan Maimon pun setuju ajelah. Kalau dah yang pangkat nenek tunjuk sporting, tak kan dia nak tunjuk kuno sangat pulak.
"Saya masih belum lupa wajah mama sewaktu menuduh saya di hospital dulu. Awak pun hampir percaya, kan?"
"Ara please? Itu mama saya, kan?"
"Saya taulah... tapi bila dia mengaku sendiri dia bencikan saya... hancur hati saya tau? Macam lagu Estranged featuring Fazura tu."
Azam macam nak tergelak. Siap bagi contoh lagu background pulak. "Dahlah tu..." pujuk Azam. "...mama dah sedar. Dia termakan hasutan kawan-kawan..."
"Teruknya kawan-kawan dia menuduh saya." Jawab Ara cepat dia mencantas kata-kata Azam.
"Biasalah tu... cemburu. Saya kan anak tunggal."
Ara berpaling memandang Azam. "Awak takde berkenan dengan anak-anak pompuan kawan mama awak tu?"
"Kenapa? Awak memang dah takde hati dengan saya? Nak suruh saya cari lain ke?"
Ara diam. Kita nak kenakan dia... dia kenakan kita balik, omel Ara dalam hati. Dia buat muka. Muncung dah macam itik serati... panjaaang boleh sangkut baju. Mata dah mula panas. Ni karang turun hujan lebat, macam mana?
"No worries la..." pujuk Azam lagi. Dia dah nampak wajah mendung kelabu di sebelah. Bimbang melarat jadi ribut petir karang banyak pula kerugian yang bakal ditanggung.
"I love you many-many ..." ucapnya. "...to the moon and back."
Ara pecah ketawa. Lawak tengok dia buat aksi tunjuk ke atas dan lekapkan ke dadanya.
"Saya pun ada lagu masa saya sedih hari tu. Saya ulang-ulang mainkan di handphone... masa bercuti di Maldives."
"Lagu apa?" Ara teruja ingin tahu. Kira jiwang jugalah mamat ni.
"Sekeping hati dibawa berlari..." Azam nyanyi lagu Suci Sekeping Hati dari Saujana. Sedih dan mendayu sekali. Sedap suaranya.
Ara terbuai dengan lirik lagu itu. Dia renung wajah Azam sehingga lelaki itu habis menyanyi. "Tapi... saya masih rasa takut dengan mama awaklah."
"Yeay!!" Azam bersorak girang. "Mau la tu, kan?"
"She scares me."
Dia dah okey... believe me." Jawab Azam. "Awak kena jumpa dia face to face untuk hilangkan trauma tu."
Ara ketuk pelipis.
"For me, pleeease?" Azam seringai gigi.
"I'll think about it."
"Ara!"
Kini... Ara pula seringai gigi.



(39)

"APA ceritanya?" Serentak Nek Jah dan Suriati bertanya.
Azam tengok jam di dinding... dah pukul 10 malam. "Tak tengok Duda Pujaan Dara ke?" Tanya Azam pelik. Selalu tu bukan main tekun menunggu... nak tengok lakunan gedik si Zahirah MacWilson tu.
"Hari Ahad takde la," jawab Nek Jah. "Lagipun kan dah last episod Khamis lepas?"
Nampak tak kat situ... Nek Jah pun layan. Siap tahu detail lagi. "Cepatlah Zam!" Sergah Nek Jah. "Tak kan dia tak cakap apa-apa."
"Dia cakap, I'll think about it."
"Pulak!" Nek Jah kecewa. "Apa yang nak think-think lagi ni?"
Azam angkat bahu. Tak kan dia nak cakap Istikharah takut dengan Mama Suriati, kan?
"Kamu ni tak pandai guna bahasa romantik ni." Nek Jah menembak rambang.
"Dah habis romantik nek, siap nyanyi-nyanyi lagu nasyid lagi."
"Lagu nasyid waktu dating apa kejadahnya," tegur Nek Jah. "Nyanyilah lagu Judika, Setengah Mati Merindu ke... Janam-janam ke..."
"Belum apa-apa pun dah jahanam nek," jawab Azam... frust gila.
"Dia masih tak boleh terima mama ke Zam?"
"Dah takde jodoh Azam dengan dia agaknya ma," kata Azam lirih. Puas dia pujuk tadi... Ara masih belum mahu memberikan jawapan. Dah nyanyi-nyanyi sehabis merdu pun tak jalan.
Suriati menyandarkan badannya. Minda menerawang mencari idea bagaimana mahu mengembalikan kepercayaan Ara kepadanya.
Kalau hantar bunga mohon maaf sehingga dia percaya, boleh ke? Yes! Dia petik jari dan terus bangun menapak ke tangga untuk naik ke biliknya.
Gelagatnya tadi diperhati Nek Jah. "Hah! Nak buat apa tu?" Sergah Nek Jah. Bimbang Suriati bertindak yang bukan-bukan.
"Nothing!" Jawabnya tanpa menoleh ke belakang.
Azam pandang neneknya. Nek Jah angkat bahu.



(40)

"MAMA!" Panggil Ibrahim tengahari itu yang baru pulang dari Genius Aulad.
"Ada apa?" Soal Puan Maimon yang sedang menggaul serunding di dalam kuali. Si Ara call tadi minta dibuatkan kuih cucur badak. Banyak-banyak kuih boleh dia terfikirkan cucur badak... pelik, kan?
"Tolong call Abang Azam suruh datang sini. Ayim nak ajak main guli."
Puan Maimon geleng kepala. "Abang Azam tu bukan abang Ayim. Tak boleh call suka2 hati jer. Dia orang besar... banyak kerja."
"Esok kan tak kerja?"
"Mana Ayim tau?"
"Esok Ayim tak sekolahlah ma... kan cuti dua hari?"
"Kalau macam tu... esok ajelah kita call."
"Janji?" Ibrahim hulur jari kelengkeng.
Puan Maimon angguk. Dia cangkuk dengan jari kelengkengnya.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam!" Puan Maimon sama menjerit. "Haa... pergi tengok siapa yang datang."
Berlari si kecik tu ke depan. "Yeay yeay! Abang Azam datang! Mama!! Nek Jah datang!" Nyaring suara Ibrahim memanggil mamanya di dapur.
Puan Maimon mematikan api dapur... dia ke depan menyambut tetamu. "Ya puan, sila masuk," ajaknya sambil membukakan mangga di pintu pagar.
Azam mengekor dari belakang dengan plastik berisi buah-buahan.
"Ada apa ni puan?"
"Makcik datang ni nak renew relationship." Ucap Nek Jah.
"Nek," tegur Azam yang terpandang wajah kerut Puan Maimon.
"Eh, ingat lesen, roadtax aje kena renew?" Jawab Nek Jah lancar. "Dulu tu kita sama kita jer... itu sebab tak diberkati. Nak sorok-sorok buat apa? Dah tentu mereka suka sama suka, kan?"
Puan Maimon senyum. Segan dengan Puan Halijah Halim, Pengarah Urusan Syarikat Bumi Raya Enterprise ini. Tak kisah langsung datang ke rumah orang kebanyakan macam dia.
"Macam ni Mon..." Nek Jah buka mukadimah elok dia melabuhkan duduk. Si Azam di luar terpaksa melayan Ibrahim bermain guli.
"Hari Ahad ni... kita buat majlis pertunangan official, untuk Azam dan Ara..."
"Puan..."
Nek Jah kembangkan tapak tangan kanan. "Semua makcik tanggung," ucapnya. "Ara boleh pilih baju dari butik Mama Suriati. Khemah dan makan-makan, makcik dah tempah dengan Indah Catering. Mon dan Mail cuma jemput jiran-jiran jer."
Puan Maimon ternganga. Terkejut kot dia tak perlu keluar belanja. "Itu aje?"
Nek Jah angguk. "Kali ni baru budak-budak berdua tu tak boleh buat perangai. Pening kepala makcik ni Mon."
Puan Maimon angguk faham.
"Kita berjamu dengan nasi putih dan lauk-lauk kampung jer. Air... sirap bandung soda. Pergh! Ngam choi tu musim-musim panas macam ni."

Puan Maimon angguk senang hati sambil teguk liur sendiri. 


-------------------------------------- bersambung ---------------------------------------------------



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...