August 29, 2011

Special Edition....

Salam 29 Ramadhan bersamaan 29 Ogos to all.........


This N3 specially dedicated to Kakak in conjunction with her birthday today........
                                                       
                                                       HAPPY BIRTHDAY KAKAK!


kakak on the left when she was 7.........


Kakak & Adik yg dah besar....now...kakak is on the right........


Kakak yg dah graduated........


Bersama Abg Long & Angah yg sama meraikan.......


Bersama Kak Nat & Hana..........


Bersama Kak Huda...........


Bersama Liesa............


Tengah pilih kerjaya....sama ada nak masuk askar...


Atau jadi 'helang lebuhraya'...nanti dpt merasa pakai Evo 10


Apa-apa pun...enjoy the cake....


And have a blast birthday............


Junie Octovian: Mengucapkan selamat panjang umur...semoga dimurahkan rezeki...tercapai segala                                impian dan menjadi anak yang solehah.


August 28, 2011

TGCR....

Salam Ramadhan al-Mubarak to all..........


Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi menjelang lebaran....aku masih belum masuk mode nak mengemas....
biskut raya pun macam malas aje nak buat memandangkan aku hanya tinggal bertiga kali ini. Perkara 
begini memang telah dijangkakan....namun perasaan malas itu dengan sendirinya datang bertamu.


Abang Long yang akan beraya ke Miri tahun ini merasa ralat barangkali nak meninggalkan ku dan 
adik-adiknya beraya sendirian....maka dia dan isterinya telah membuat tempahan untuk membawa 
ku dan adik-adiknya untuk berbuka bersama sebelum dia berangkat ke Miri.


Seawal jam 5.30 petang dia sudah sampai ke rumah untuk menjemput kami ke sana..............


TGCR...Tropicana Golf & Country Resort


Kena booking...buffet Ramadhan ni tak kira bangsa......

Dari Golfer's Terrace tu kita boleh nampak driving range....
Pelik juga mula tu tengok ada arah nak ke Taiping...
rupanya ada Kuey Teow yg pemes mcm di Taiping...
lain kali cakap biar terang...........
Dah macam kat  I-City pulak...
gambar ni dirakam semasa kami sudah mahu pulang....


Alhamdulillah........rezeki di bulan ramadhan. Perut yang dah hampir sebulan belajar bertahan lapar dari 
pagi sampai jejak ke Maghrib itu tidaklah begitu teruja nak diisi dengan segala juadah yang penuh 
mengelilingi Kelab itu. Cuma teruja untuk makan bersama dan sekali gus bersyukur ke hadrat Ilahi 
di atas pemberianNYA dengan makanan sini yang begitu mewah di tanah Malaysia ini. Amin.


Merakamkan rasa ribuan terima kasih kepada Firdaous Yousof dan Natrah Hamim untuk buffet 
Ramadhan 1432H di TGCR, Kota Damansara.






Junie Octovian: Life in abundance comes only through great love.

Mana dapat lesen daa.....

Salam 28 Ramadhan to all..............


Tinggal esok sahaja lagi kita berpuasa...insyaAllah.
Ni la...teringat anak sorang yang beraya di rantauan the first time...walaupun dah beristeri....belek 
belek folder...jumpa pulak gambar yang dirakamnya...


Angah ni memang rajin berjalan bawak kamera sejak dulu...tapi sekarang ni di telefon bimbit pun 
dah ada kamera...bertambah la mudahnya.......


Jom kita tengok apa yang dirakam si Angah.........


Ini bertempat di Carrefour, Batu Pahat, Johor.


Ini di Kluang Mall, Kluang, Johor.


Ini dekat KFC Setia Alam...
kami yg berada di situ memerhati jika yg keluar tu OKU...
sekali elok je mamat tu keluar buat muka sardin...cis!


Yg ini pula di Parit Raja, Batu Pahat...
mana la tak sesak jalan raya dibuatnya?


Bagaimana kalau kalian tiru gaya Angah pulak?........................


Hah! Begini cara parking yg betul...
kalau boleh kaler baju kena sedondon dgn kaler kereta...


Atau parking begini...


Atau untuk lebih mudah....
tumpang orang je...
aiseymen! salah tu tak pakai helmet.....


Beli basikal je la....
murah & jimat...
tak payah minyak dan tol segala bagai.


Bagaimana? Sudahkah kalian mendapat idea yang mana satu akan digunakan? Atau yang mana satukah 
lebih jimat? Kita renung-renungkan di pagi Ahad 28 Ramadhan 1432 Hijarah bersamaan 28 Ogos 2011.


Junie Octovian: Malang tidak berbau...hati-hati di jalanraya ketika memandu.



August 27, 2011

Di bumi Kenyalang...

Salam Ramadhan al-Mubarak to all..........


Sejak sering berseorangan ini...aku ke galeri seniku (cewah!) memutar ingatan dengan setiap paparan 
gambar yang kini hanya tinggal kenangan. Ketika sibuk-sibuk membesarkan empat orang anak yang 
akhirnya menjadi orang bukan kutu tepi jalan (alhamdulillah).


Sebagaimana yang pernah aku ceritakan...kami ni ibarat orang Nomad yang sering berpindah randah...
entah berapa sekolah setiap seorang daripada mereka ini terpaksa hadiri...namun tiada siapa yang 
membantah....malah mengikut perintah...(siap rhyming pantun 2 kerat tu........)


Ada hikmah di sebaliknya yang ku nampak hingga kini....mereka kurang berkawan dan lebih fokus 
pada pelajaran. Teman mereka hanya di sekolah...dan sepupu sepapat sahaja jika pulang ke kampung 
waktu Hariraya dan kenduri-kendara. 


Antara tempat-tempat yang pernah menjadi persinggahan kami adalah di Kuching, Sarawak. Wah! 
Bestnya....kami tinggal betul-betul di tengah bandar Kuching....berdekatan dengan Sekolah Rendah dan 
Menengah Green Road....Wisma Saberkas....Satok yang terkenal dengan ikan masin terubuknya itu dan Sarawak Plaza. 


Aku terjumpa dengan gambar rumah lama kami....................




Tinggal kenangan.........


Jiran kami kaum Cina...depan belakang kiri dan kanan.....kaum Melayu Sarawak kebanyakannya 
tinggal di sebelah Petrajaya...(mind you ~ bukan Putrajaya tau).


Tiada masalah dengan jiran tetangga...makan minum dan sebagainya kerana kami 1 Malaysia......
masing-masing memahami akan budaya dan adat resam yang dibawa dan diikuti. Amin!


Junie Octovian: Become a possibilitarian...no matter how dark things seem to be....for they are 
                         always there.........Wallahualam.

August 26, 2011

Relax. Unwind. Enjoy...

Salam Ramadhan al-Mubarak to all...........

Idea tajuk di atas tu ku perolehi semasa berada di Coolangatta Airport, Goldcoast Julai lepas.
Sikit punya relax brader mat saleh tu...terbongkang kat atas lantai sambil tunggu flight entah nak
ke mana. Dia tu pun mesti datang dari ceruk belah mana Australia tu sampai terpaksa buat derk je membongkang kat tengah-tengah alam. Aku yang datang dari Malaysia ni pun boleh bertolak dari
rumah anak aje masa nak mengejar flight balik pagi tu.

Oh ya...ni nak cerita pasal ruang sekangkang kera belah tingkat atas dulu yang aku sediakan untuk
tempat relax & unwind tu tak berapa nak laku sebab penghuni rumah yang tak berapa kerat ni yang
kekadang ada rumah dan banyak kadang yang tak lekat kat rumah. Konon tadi sapa yang nak menonton
movie tu bolehlah duduk belah atas...tak yah nak sibuk-sibuk kat bawah yang TV tu dah dipasang
dengan Astro kan?

Akibat bahagian yang telah terabai itu, maka aku ubah jadi opis kecilku...tempat aku berFb, berblog
dan tempat aku memerah otak menulis...muahaha (payah juga publisher tu nak keluarkan novel ku
setiap tahun walau manuscript dah dihantar kepada mereka...patut la Siti Rosmizah tu publish novelnya
sendiri.)

Well...di sini, walaupun setiap hari aku sendirian (dengan bertemankan Toby), aku ditemankan
dengan gambar keluarga yang ku gantung memenuhi dinding (dah rupa galeri seni) seolah mereka
sentiasa di sisi menemani ku.

Saksikan the new transformation.........

Inilah ruang sekangkang kera tu....
Rak buku yg mcm nak semput mengubah tempatnya dan sekali gus
menyusun semula buku2 tersebut....


Diletakkan sofa...kot seronok sgt membaca tu...boleh
melengkar sekali....
Meja kerja....serabut ar....semua nak diletak berdekatan...
'within easy reach' la konon....
Galeri seni...wakakaka
sebahagian yg dapat dipaparkan...
selebihnya gambar lama2 tika muda remaja.....


Gambar sedikit 'blur' ar...tak tau ni...cameranya yang mengantuk atau mak cik tuan rumah tu yg tak
pandai nak menggunakannya...
Tapi ok la...puashati juga mengubah ruang yang terabai ini untuk dijadikan ruang ala-ala pejabat
kecil. Sebelum ini PC tu ditempatkan di bilik tingkat bawah....yang menjadi masalah apabila ada
tamu...tak kan kita nak keluar masuk kalau ada orang dalam bilik tu kan?
Jadi...ruang ini tidak menganggu sesiapa...korang nak berFB sampai pagi pun...tak siapa yang marah.


Junie Octovian: Live every act fully...as if it were your last.

August 25, 2011

Demand betul la...

Salam Ramadhan al-Mubarak.......


Satu hari tu masa aku bukak FB...ada mesej dari akak...padahal kami tinggal sebumbung...

Ma! birthday nanti akak nak kek Angry Birds ni buleh?
Ha! nanti mama tempah dengan Cake Boss...


Mak ai! Jauh lagi birthdaynya...dia dah bagi signal awal-awal.
Pastu baru-baru ni dia gi buat permintaan dengan Abang Long dia melalui FB....




Abang, Firdaous Yousof ! hadiah besday nak Super Junior 5th album version A and version B, buleh ? xD
23 hours ago · View post



Mana aci kan? Suka hati orang la nak bagi apa pun....isy!
Nanti nak pi tanya dia kejap........

Kak! Kalau KFC je buleh?


Isy! Melajuk la pulak.........


Macam-macam je anak-anak ni kan? Tapi walaubagaimana pun...sejak sekian lama kami
sekeluarga memang akan cuba memperingati dan meraikan hari lahir ini walau hanya ala-kadar
sahaja....walau hanya di rumah...akan diusahakan masak yang agak spesel gitu...paling tidak pun
pulut kuning.

Tahun ini hari lahir kakak jatuh pada tanggal 29 Ogos bersamaan 29 Ramadhan...sambut
raya terus Kak!

Junie Octovian: What you are is God's gift to you....what you make of yourself is your gift to
                         God.

August 23, 2011

Laungan Azan....

Salam Ramadhan al-Mubarak to all........

Kali ni aku terpanggil pulak nak buat N3 tentang kisah ni yang sebenarnya telah lama diperkatakan. 
Namun...ianya timbul balik setelah membaca N3 dari blog Santai Bersama Ben Ashaari beberapa 
hari yang lepas....tentang seorang yang bernama Alex Chang yang mempertikaikan tentang laungan 
azan ketika dia sedang menjamu seleranya di sebuah restoran makanan segera Mac Donalds.
..klik sini...pastu patah balik sini tau?


LAUNGAN AZAN SATU DUNIA...

Laungan Azan Tidak Pernah Putus...

Subhanallah! Maha Suci Allah. Dialah yang Tuhan yang Maha Esa, yang Maha Penentu bagi semua kejadian di sekelian alam. Setiap hari, kita umat Islam di Malaysia dan serata tempat di dunia ini akan mendengar laungan azan berkumandang pada setiap kali masuknya waktu solat lima waktu.
Namun, tahukah kita bahawa di sebalik laungan muazzin di setiap corong pembesar suara di surau, musolla dan masjid itu mempunyai signifikan yang tiada tolok bandingnya?
Melalui kajian yang dijalankan oleh beberapa pemikir dan cendekiawan Islam di Indonesia, sesungguhnya laungan azan yang bermula sejak di zaman Rasulullah S.A.W itu tidak pernah terputus mengelilingi bumi, selama 24 jam sehari mengikut putaran bumi sehingga kiamat. Sedarkah anda tentang hakikat ini?
Mari kita selami kebenaran dan keunikan perjalanan fenomena yang membuktikan keagungan Islam zaman berzaman ini bersama. Sediakan peta dunia di hadapan anda untuk memulakan “perjalanan” azan mengelilingi dunia.
Pertamanya, sila rujuk kepada peta dunia dan cari kedudukan Indonesia. Di situ, kita akan dapati bahawa kedudukan Indonesia terletak di bahagian timur bumi. Gugusan kepulauan di Indonesia adalah terdiri dari kepulauan Jawa, Sumatera, Kalimantan (termasuk Sabah dan Sarawak) dan Sulawesi.
Apabila fajar tiba di bahagian timur Sulawesi, sekitar jam 5.30 waktu tempatan, azan Subuh akan dilaungkan ribuan muazzin di situ. Proses ini berlanjutan dari satu tempat ke satu tempat sehingga tiba di bahagian barat Indonesia.
Setelah satu setengah jam azan sambung menyambung oleh muazzin-muazzin di Sulawesi selesai, laungan azan ini akan di sambung pula di Jakarta, kemudian di Sumatera, dan sebelum proses laungan azan itu berakhir di Indonesia, ianya akan disambut pula oleh muaazin di Malaysia.
Kemudian, laungan azan dari negara kita akan disambung pula di Myanmar, dan jarak masanya ialah sekitar satu jam setelah Jakarta memulakan azan tadi. Kemudian, azan tersebut akan berlanjutan ke Dhaka, ibu negara Bangladesh.
Setelah perjalanan azan tersebut melalui Bangladesh, ianya akan berlanjutan pula ke bahagian barat India. Dari Calcutta hinggalah ke Bombay dan seluruh India akan turut bergema dengan seruan untuk umat Islam sujud kepada Allah.
Perjalanan azan diteruskan lagi ke Sialkot, Pakistan. Daerah Srinagar di India mempunyai waktu azan yang sama dengan Sialkot yang terletak di bahagian utara Pakistan. Perbezaan waktu antara Sialkot, Quetta dan Karachi adalah 40 minit dan dalam tempoh tersebut azan subuh akan kedengaran pula di seluruh Pakistan.
Sebelum azan tersebut selesai dialunkan muazzin di Pakistan, azan tersebut akan mula di sambung di Afganistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad juga adalah satu jam.
Kemudian, azan turun akan bersambung pula di Hijaaz Al-Muqaddas, di mana terletak dua kota suci umat Islam, Makkah Al-Mukarrahmah dan Madinah Al-Munawwarah, tempat asal lahirnya laungan azan. Kemudian azan tersebut akan meneruskan perjalanannya ke Yemen, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan seterusnya ke Iraq. Perbezaan waktu antara Baghdad dan Mesir juga adalah satu jam.
Seterusnya, perjalanan azan akan diteruskan ke Syria, Mesir, Somalia, dan Sudan. Perbezaan waktu antara barat dan timur Turki pula adalah satu setengah jam. Manakala Mesir dan Tripoli, ibu negara Libya, memiliki perbezaan waktu selama satu jam. Dan sepanjang tempoh perjalanan itu, azan yang dimulakan di Indonesia tadi belum lagi putus-putus perjalanannya. Sentiasa berkumandang mengelilingi dunia.
Dari benua Asia, azan meneruskan perjalanannya menyeberang ke benua Afrika.
Kini, kedudukan seruan azan sedang berkumandang di seluruh Afrika. Sejarah azan yang dimulakan oleh Bilal bin Rabah yang membawa seruan tauhid dan syahadah yang bermula dari Indonesia tadi, hingga akhirnya tiba di Asia Barat, Afrika dan lautan Atlantik memakan masa selama sembilan setengah jam.
Sebelum azan subuh tiba di lautan Atlantik, azan zohor telah bermula di bahagian timur Indonesia. Dan sebelum azan zohor tersebut tiba di Dakha, azan asar pula mula berkumandang dialun muazzin di sana.
Setelah azan asar dilaungkan di Jakarta, di dalam tempoh satu setengah jam, azan maghrib pula tiba waktunya di Sulawesi. Dan begitulah kitarannya kembali bermula, di saat muazzin di Indonesia melaungkan azan subuh, muazzin di Afrika turut melaungkan azan isyak di sana.
Jika kita renungkan fenomena kitaran perjalanan azan yang mengelilingi dunia tanpa putus-putus ini secara keseluruhan, dan akal yang dikurniakan Allah ini bakal dapat menyimpulkan sebuah fakta yang sangat menakjubkan kita, iaitu tidak ada sedetik pun waktu di dunia ini tanpa suara azan dari muazin di muka bumi.
Malah, pada ketika penulis sedang menulis artikel ini pun, penulis yakin bahawa muazzin-muazzin di seluruh dunia sedang sambut menyambut, melaungkan seruan kepada umat Islam untuk berkunjung ke rumah Allah S.W.T tanpa henti.
Kitaran azan itu akan terus berkumandang di muka bumi dan langit ini selama-lamanya, insyaAllah tidak akan berhenti selagi Israfil tidak melaungkan laungan sangkakala menandakan kiamat sudah tiba.
Dengan keajaiban signifikan yang kita perolehi melalui perjalanan azan mengelilingi dunia ini, sama-samalah kita menginsafi betapa pentingnya solat lima waktu kepada setiap umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita sama-sama sujud kepadaNya pencipta sekelian alam yang serba menakjubkan.
Seruan yang menyeru seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan solat pastinya akan bersahutan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, empat minggu sebulan, 12 bulan setahun, sehinggalah “hari yang dijanjikan” itu tiba. Wallahua’alam.


Artikel di atas dipetik (kopipes) dari MyNewshub oleh Zamzukhairi Noordin ~ TQ for sharing.


Makanya suka diingatkan kepada semua bangsa di Malaysia ini jangan kita cuba mengungkit isu 
tentang keagamaan kerana ianya amat sensitif sekali.
Bukankah laungan azan ini telah berkumandang berkurun lamanya? Mengapakah datuk nenek sipolan 
itu dulu boleh menerima seadanya? 
Manusia sebegini elok dihantar sahaja ke Somalia sana baru dia sedar tinggi rendahnya langit itu.




Junie Octovian: Cakap siang pandang-pandang....cakap malam dengar-dengar ~ pepatah Melayu.

August 20, 2011

Setia City Mall...

Salam 20 Ramadhan to all..........


Caya la...tinggal 10 hari saja lagi...
Tapi N3 hari ni nak promote Bandar Baru Setia Alam yang kebanyakan orang masih belum tahu akan kewujudannya.


Sekarang ini ada sebuah kawasan yang khas sedang dalam pembinaan terus menerus mengejar dateline 
dia barangkali tapi menjelang raya ni...masih belum sempat siap ar....sowie again.


Jap nak tanya..."tolong promote ni dapat diskaun ke?"


Ceh! Member buat derk aje....


papan tanda yg mengujakan....
Sebahagian yg dah siap dicat....
Apa yg ada di dalam..........
Tak payah nak ke Sunway atau ke Midvalley dah.....
Tak payah ke Subang Parade....
Abg Long mesti suka ni............
Kegemaran Natrah....
Kakak & Adik masuk sini....
Kalau nak cari mama...kat sini....
Isy...apekebenda ni? Ala-ala kat Dubai je...


Ni la dia tempat beli belah yang terbesar yang bakal akan siap tak tau...tahun depan kot? Moga 
dipanjangkan usia agar dapat aku melihat bagaimana keadaan rupanya itu. Alhamdulillah juga kerana 
tak sangka dekat depan pintu je...pakai kain batik dengan baju Kedah tu pun boleh sampai...


Untuk pengunjung blog...silalah ke Setia Alam City Mall....


Junie Octovian: Jauh perjalanan.....luas pemandangan.



August 19, 2011

Me and my.....

Salam Ramadhan al-Mubarak.........


Okeh! N3 kali ni saja nak mengimbau kenangan lalu. Maklum la...dah nak raya ni memang akan 
terkenang-kenang dengan orang-orang tersayang kan? 


Ajal maut di tangan Tuhan...kalau dipanjangkan usia...insyaAllah...tahun depan berjumpa lagi.....
kalau tidak...gambar-gambar inilah sahaja yang tinggal untuk dijadikan kenangan.


Me & my mom...
Me & my two sisters...
Me & my elder son...
Me & my second son...
Me & Sharifah Hanim, her DIL and Kak Nor Rozlan...
Me & my friends...Habsah & Zaharah....
Me & other friend...Zainah Zain

Me & my DIL and cucuku Hana...
Me & my other DIL...
Me & my first besan...Puan Halimah Junaidi...
Me & my second besan...Puan Akishah Lazim....
Me & my elder bro....
Last but not least...
Me & my two daughters....


Pergh! Rindu dah ni...
Bagi sesapa yang terakam gambarnya di sini...kalau rasa tak suka boleh gi tau...nanti ai delete eh?
Yang gambar dan namanya tak masuk dalam N3 ni...mintak maaf bebanyak. Nanti di lain N3 ai akan
upload gambar dan cerita pasal korang pulak la...






Junie Octovian: If we perceive things not as a problems but rather as opportunities for learning...
                        we can experience a sense of joy. Wallahualam.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...