June 9, 2012

Kenduri kendara (ii)...

Morning peeps!

Kita sambung kisah kenduri kendara yang masih belum tamat itu tadi ye?

Selepas dari berjimba-jimba di rumah Dato' Sharifah Azizah, me and my children ke rumah tumpangan Anika Inn, bertempat di Jalan Haji Manan, Kluang. Rest House penuh pula pada musim cuti kali ini, maka Anika Inn ini menyelamatkan keadaan lagipun lokasinya yang berdekatan dengan rumah pengantin semalam.

"Ko tinggal kat Anika Inn?" tanya Sharifah Rohaya, kerabat Dato' Sharifah Azizah.

"Dekat aje dengan rumah Din ni," aku menjawab selamba.

"You should try Lontong Darat dekat warung depan tu, sedap ko!" beria dia tolong promote.

Semasa pulang ke Anika Inn malam itu sempat aku dan anak-anak memanjangkan leher mencari warung yang diperkatakan itu.

"Ha! Esok pagi kita try breakfast kat situ," ajak abang Long yang dilahirkan di Hospital Daerah Kluang dan menghabiskan zaman persekolahannya di Sekolah Tinggi Kluang. Setakat nak ronda-ronda bandar Kluang ni memang no hal...




Tu dia! Memang darat la...sebab lontong ni datang dengan lauk sampingan yang kering melainkan sambal kacang. Sebab itu barangkali dinamakan Lontong Darat.
Pada sesiapa yang hendak mencuba....warungnya di hadapan Anika Inn, Jalan Haji Manan, Kluang.....




Nampak? Kami bermalam di situlah...gara-gara musim cuti sekolah, habis hotel dan rumah tumpangan penuh dengan tetamu dari luar bandar ini. Nak lepak di rumah emak tu boleh aje....tapi mungkin bagi yang ada anak kecil dan anak-anak dara ni tak begitu sesuai kerana terpaksa tidur bergelimpangan di ruang tamu. Len kali kena pakat elok-elok dan booking awal tempat penginapan.




Pastinya sedap kerana cucuku Hana siap mengesip tulang. Lauknya boleh dipilih dari pelbagai seperti paru, daging dan ayam. Sukahati kalianlah asalkan sudah makan tu bayar.

Selepas itu kami pun berangkat kembali ke rumah emak untuk menyambung kerja masak-memasak....




Anak cucu sangat bahagia bila berjumpa begini....




Terjalin kembali kemesraan diantara yang besar dan yang kecil. Yang baru hendak mengenali erti majlis kenduri kendara dan nampak mereka saling mengenali ikatan tali persaudaraan walaupun baru pertama kali bersua muka. Maklumlah....bebanan tugas untuk mencapai ke taraf hidup di bandar ini memerlukan satu pengorbanan yang besar. Haruslah ibu dan bapa itu sama membanting tulang empat kerat untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan yang lelainnya. Jika tidak....sudah tentu kita ketinggalan di belakang.

Emak bahagia kerana anak cucunya semua terdiri dari lulusan yang berijazah. Ada engineer...lawyer...doktor ....lecturer dan juga cikgu-cikgu sekolah. Oleh yang demikian, emak kena faham bahawa tugasan mereka mengkehendaki mereka-mereka ini tinggal di bandar-bandar besar.

Manakala anak cucunya yang memilih untuk menjadi cikgu juga tidak dapat tinggal berdekatan. Ada yang sejauh di Kundasang, Sabah.


Nadia Halid ~ di Kundasang.........


Turut hadir memeriahkan majlis.....




Terubat sudah rindu Atok dengan kehadiran anak cucu yang jauh dan yang dekat itu. Moga dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan untuk menunggu kepulangan cucu dan cicit yang berada di negara Kanggaru pula. Insya-Allah.
Rezeki, jodoh dan ajal maut ditentukan oleh Allah. Kita sebagai hambanya hanya mampu merancang, kan?
Seronok rupanya bila bergotong royong memasak ini....semuanya cuba mahu menunjukkan bakat dan kerajinan. Apa yang penting? KERJASAMA!

Untuk anak cucunya yang tidak dapat pulang kerana majlis yang sama sedang berlangsung di Pasir Mas, Kelantan.........


Family Uteh di Pasir Mas........

....semoga dapat kita berjumpa di Hariraya Aidilfitri nanti, Insya-Allah.

Junie Octovian ~ Tawaran kebahagian dari Allah terbuka untuk semua hambaNYA tanpa diskriminasi. Pilihan di tangan manusia itu sendiri..........




June 6, 2012

Kenduri kendara...

Hi peeps!

Ku bawa kalian ke persiapan kenduri kendara yang berlangsung di kampung halaman terchenta baru-baru ini, manalah tahu...kot anda kenal salah seorang dari peserta di dalam majlis ini?




Gambar di atas, adalah pertemuan dengan teman-teman lama yang sama menghadirkan diri di majlis perkahwinan anak Salahuddin Sarajul Haq di Taman Seri Menanti, Kluang.




Bertemu dengan teman lama yang lain-lain juga seperti the ever famous Shebby Singh dan Dato' Sharifah Azizah.

Kesian cucu yang mengikut, sabar menunggu Tok Mummynya berjumpa teman lama. Dah salam-salam nak balik, dipanggil untuk bergambar pula...




Sabar je la Hana ye?


wajah-wajah yg menunggu.....

Kami kemudian dijemput ke rumah Dato' malam itu untuk berjamu durian. Memang happy sangat dapat berjumpa mereka semua hingga terlupa di rumah emak banyak kerja yang menanti untuk kenduri esok hari...hehehe

Junie Octovian ~ Terima kasih daun keladi, di lain waktu berjumpa lagi. InsyaAllah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...