February 20, 2014

Eh, Biar Betul?

Greetings to all...

Cadangnya nak isi jurnal semasa mnghilangkan diri semenjak bulan Julai 2013 yang lalu. Namun, hati terasa bagai diketuk-ketuk minta dikongsikan dengan berita terkini.  *:D big grin

Alhamdulillah... Cik Junie telahpun menerima kedatangan baby baru yang bertajuk EH, BIAR BETUL?

Jika anda yang menjadi pengujung blog Cik Junie ini tentu pernah terbaca dengan kisah Sentuhan Kasih, kan? Kisah itu telah digarap untuk dijadikan dalam bentuk novel tapi masih mengekalkan nama watak-watak yang terlibat seperti Nur Najwa, Tan Sri Azizan, Mak Zah dan Pak Din.

Tajuk Sentuhan Kasih itu juga ditukar kerana kisahnya yang telah diolah menjadi kepada kisah Cinta Komedi yang ternyata amat digemari ramai. Jika anda masih ingat, novel Cinta Sambal Belacan yang lahir pada Februari 2013 yang lalu... ianya masih terus mendapat sambutan.

Tidak tersangka ia menjadi pilihan MPH yang telah menyenaraikan ia sebagai BEST OF 2013 *:x lovestruck






dan yang terkini....




Semoga baby baru ini dapat memikat hati pembaca peminat novel dalam genre cinta komedi. Kepada yang obses dengan kisah cintan-cintun yang romantik... rasanya EH, BIAR BETUL? ini tidak memenuhi syaratnya.

Di sini... Cik Junie cuba membawa pembaca tertanya-tanya siapakah lelaki pilihan Nur Najwa. Jika anda yang suka membaca secara melangkah-langkah bab... tentu tidak dapat meneka siapakah lelaki itu. Ceritanya agak berlainan sedikit tidak seperti biasa... pembaca akan terus dapat mengagak siapakah hero dan heroin di dalam cerita itu.

EH, BIAR BETUL? membawa kisah Nur Najwa Sallehuddin, yang bekerja di Mega Bina Holdings sebuah syarikat hartanah. Beliau mendapat title janda berhias apabila suami yang baru dinikahi itu meninggal serta merta di tempat kejadian akibat pelanggaran dalam perjalanan pulang ke rumah usai majlis akad nikah mereka.

Maka majlis sanding yang sepatutnya berjalan pada sebelah petangnya telah menjadi majlis tahlil pula.
Semenjak dari hari itu... Mak Zah jadi sangat susah hati dengan sikap anak perempuan tunggalnya yang payah menemui jodoh.

Kisah bagaimana hendak dimengertikan kepada manusia sejagat bahawa jodoh itu adalah rahsia Allah. Kisah tentang sebijak mana kita merancang... namun Allah jua yang menentukan. Sesungguhnya... penentuan dari yang maha esa itu semestinya yang terbaik kerana DIA menentukan dengan rasa cintaNYA terhadap hamba-hambaNYA.

Kisah ini berlatar belakangkan di sebuah taman perumahan... tentang aktiviti para penduduk dan kisah kejiranan yang majoritinya orang Melayu.

Cik Junie terpanggil untuk menceritakan tentang sifat dan sikap penduduknya yang masih mengekalkan kumpulan rewang dan gotong royong di dalam sesuatu majlis keramaian. Tentang slot Keluarga Sakinah yang ditubuhkan dan dikendalikan untuk membawa ibu-ibu ke arah membentuk dan mengharapkan sebuah keluarga yang dibina itu mendapat ketenangan (sakinah), cinta dan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (wa rahmah) sesama pasangnnya. 

Walaupun di sebalik itu cakap-cakap belakang dan gosip masih terus sahaja menjadi makanan rohani yang paling sedap untuk dijadikan tajuk utama setiap kali perjumpaan. 

Maka dengan besar hatinya... ingin Cik Junie uar-uarkan bahawa Cik Junie akan berada di PBAKL yang bertempat di PWTC... di dewan Tun Ismail pada 3hb Mei ini bermula dari jam 10 pagi untuk sesi bertemu peminat pembaca novel.





Harapan Cik Junie, kelainan yang dibawa ini akan menjadi.  *;) winking



Junie Octovian: See the invisible... believe the incredible and achieve the impossible *:"> blushing




February 4, 2014

I went MIA...

Greetings to all...

First and foremost Cik Junie nak ucap Selamat Tahun Baru 2014 kepada kalian yang sudi menjengok ke blog yang telah bersawang akibat dari pemiliknya yang 'missing in action'... hehehe

Maaf sangat-sangat kerana sudah lama meninggalkan blog ini. Mahu sahaja ditutup, tetapi rasa macam ada cerita yang mahu dikongsikan bersama pengunjung atau mungkin boleh disimpan buat kenangan sahaja. Memang sebenarnya Cik Junie banyak tanggungjawab yang harus didahului... maklumlah anak-anak Cik Junie cuma punya emak sahaja. Kasihan sungguh bila bapa mereka pergi sewaktu masing-masing masih lagi bersekolah.

Apabila Cik Junie diperlukan di dalam urusan mereka, maka urusan yang tidak berapa penting itu harus diketepikan dahulu
.

Selepas dari N3 terakhir tahun lalu, Cik Junie telah berlepas ke Australia... lama juga Cik Junie berada di sana dan bermacam pengalaman yang telah di lalui semasa tinggal di negara orang. Anggaplah Cik Junie bagaikan mati hidup kembali... hehehe... boleh gitu?

Untuk permulaan... Cik Junie kongsikan gambar-gambar sekitar Cik Junie berada di tanah besar Australia dan pertama kali menemankan anak dan cucu beraya di sana. Jom!!





Gambar ini dirakam sewaktu Cik Junie nak ke Kangaroo Point. Dari rumah tu jauhlah juga... tapi dek kerana cuacanya yang tidak panas itu, Cik Junie dengan si Kakak berjalan kaki sahaja ke sana *:-)/\:-) high five




Sampai sudah!!

Kalau balik di Malaysia ni memang payah nak keluar rumah beriadah. Untuk mengelak panas matahari yang terik, harus keluar awal pagi... kalau tidak pun lewat petang. Namun, kebelakangan ini... keadaan di Malaysia telah membantutkan Cik Junie dari keluar beriadah sendirian. Banyak jenayah-jenayah yang berlaku yang tidak pernah kita sangkakan. Maka adalah lebih baik dielak sebelum terkena. Kita beriadah dalam rumah aje, pakai threadmill ke... main skipping ke atau lebih senang ikut senaman di TV, kan? *>:) devil *:(( crying




Kita berehat seketika di tepi sungai Brisbane untuk menikmati bekalan coklat yang dibawa  *^O^||3 eat

~bersambung




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...