First and foremost Cik Junie nak ucap Selamat Tahun Baru 2014 kepada kalian yang sudi menjengok ke blog yang telah bersawang akibat dari pemiliknya yang 'missing in action'... hehehe
Maaf sangat-sangat kerana sudah lama meninggalkan blog ini. Mahu sahaja ditutup, tetapi rasa macam ada cerita yang mahu dikongsikan bersama pengunjung atau mungkin boleh disimpan buat kenangan sahaja. Memang sebenarnya Cik Junie banyak tanggungjawab yang harus didahului... maklumlah anak-anak Cik Junie cuma punya emak sahaja. Kasihan sungguh bila bapa mereka pergi sewaktu masing-masing masih lagi bersekolah.
Apabila Cik Junie diperlukan di dalam urusan mereka, maka urusan yang tidak berapa penting itu harus diketepikan dahulu
.
Selepas dari N3 terakhir tahun lalu, Cik Junie telah berlepas ke Australia... lama juga Cik Junie berada di sana dan bermacam pengalaman yang telah di lalui semasa tinggal di negara orang. Anggaplah Cik Junie bagaikan mati hidup kembali... hehehe... boleh gitu?
Untuk permulaan... Cik Junie kongsikan gambar-gambar sekitar Cik Junie berada di tanah besar Australia dan pertama kali menemankan anak dan cucu beraya di sana. Jom!!
Gambar ini dirakam sewaktu Cik Junie nak ke Kangaroo Point. Dari rumah tu jauhlah juga... tapi dek kerana cuacanya yang tidak panas itu, Cik Junie dengan si Kakak berjalan kaki sahaja ke sana
Sampai sudah!!
Kalau balik di Malaysia ni memang payah nak keluar rumah beriadah. Untuk mengelak panas matahari yang terik, harus keluar awal pagi... kalau tidak pun lewat petang. Namun, kebelakangan ini... keadaan di Malaysia telah membantutkan Cik Junie dari keluar beriadah sendirian. Banyak jenayah-jenayah yang berlaku yang tidak pernah kita sangkakan. Maka adalah lebih baik dielak sebelum terkena. Kita beriadah dalam rumah aje, pakai threadmill ke... main skipping ke atau lebih senang ikut senaman di TV, kan?
Kita berehat seketika di tepi sungai Brisbane untuk menikmati bekalan coklat yang dibawa
~bersambung
No comments:
Post a Comment