Lama sungguh blog ini dibiarkan sendirian, usang dan bersawang. Ini kerana ku fokuskan kepada blog yang satu lagi.
Aih!! Berapa banyak daaa............
Blog ini ku utamakan untuk cerita-cerita dogeng, kisah benar, cerpen dan novel sebenarnya, Jadi kalau untuk masukkan N3 masak, terasa macam serabut dan tidak sesuai dengan latar belakangnya yang gelap gelita itu.
Oleh yang demikian, ku buka blog satu lagi yang ku namakan 'Practice Makes Perfect' khas sebagai album masakan dengan resipi yang bermula dari cara mudah dan senang pula untuk dicuba oleh anak-anak.
Hari ini tiba-tiba aku teringatkan cerita Bawang Putih, Bawang Merah yang baru-baru ini ada ditayangkan di kaca TV.
Teringat DIL yang baru pulang dari bershopping di Bandung memberitahu di sana dengan tidak sengajanya dia sudah dijamu dengan ikan Kaloi yang digoreng garing. Sudah beberapa hari kemudian baru dia tahu ikan yang dimakan itu rupanya ikan Kaloi. Isk...isk...isk.....
Bwang Putih & Bawang Merah... |
"Sedap ke ikan Kaloi tu?" tanya si Adik yang sama menonton.
"Sedap la...bukan dia tau pun itu emak dia?"
"Isk...isk...isk...kesian emak dia dah kena makan...kuang ajo la emak tiri dia tu..." dah macam cerita Indon pula. Kalau drama dari Indonesia yang ditayangkan di Malaysia ni, memang garang betul yang jadi emak tiri tu. Sakit aje hati tengok muka si pelakun tu.
Ikan Kaloi.... |
"Dah macam tu pengarah dia suruh..." abang Ngah aku selalu mententeramkan keadaan bila kami sama menonton dan menceceh macam-macam. Mengingatkan kami bahawa itu cuma drama sahaja. Tapi kami adik beradik memang macam sudah sama berada di dalam set pengambaran mereka. Mungkin kalau kami sama di situ sudah lama pelakun itu kami 'cepuk'. Isy!
InsyaAllah kami akan bertemu lagi di rumah emak yang ku namakan Kolam Rindu kerana di sanalah nanti tempat kami melepaskan rindu bila bertemu. Menggunakan sebaik mungkin masa yang ada....memasak segala juadah yang teringin dimakan bersama-sama. Memang tak kering kuku si Lela bila kami semua balik ke sana.
Emak dah jadi Mem Besar duduk menyandar melihat gelagat anak-anak yang semuanya sudah jadi emak bapak orang.
Kalau buat kenduri kahwin, tak payah jemput orang luar, kami sahaja sudah penuh satu khemah. Kahkahkah.....giler ramai! Kesian Ayah...tak sempat hendak melihat perkembangan keluarganya. Perjumpaan kali ini juga untuk mengingati pemergian Ayah yang ke 20 tahun. Innalillahiwainna ilaihirajiun....semoga Ayah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin!
Junie Octovian: 'No matter how many times the teeth bite the tongue, they still stay together in
one mouth. That's the spirit of FORGIVENESS'.
No comments:
Post a Comment