Lama tak bersiaran kerana talian internet di rumah yang agak lembab dan menyebabkan si pemakainya tidak tahan sabar menunggu dalam cuaca yang panas sehingga mencecah suhu 35 darjah Celcius. Kipas yang terpasang dengan kelajuan maximum juga tidak dapat menahan rasa panas yang seakan menggigit kulit. Untuk menjimatkan penggunaan letrik di rumah, kita boleh juga menumpang sejuk di shopping kompleks. Kalau tidak di Tesco, boleh meronda ke Setia City Mall yang baru sahaja dibuka pada 17 Mei yang lalu.
Atau kita buat aktiviti di luar rumah mengelak dari terasa seakan tinggal di dalam oven sahaja gamaknya.
Jom!
Melalui USJ Heights untuk ke Seri Hijauan.
Kidnap budak kecik ni untuk dibawa ke Setia Alam...........
Kalau orang dewasa yang menggunakan taman permainan ini agak peliklah...maka dengan adanya si kecik ni, tidak secara langsung kita dapat tumpang sekaki.
Betapa gembiranya dia, kan?
Masa untuk pulang kerana si kecik dah kepenatan...............
Sambil-sambil itu kita lalu di Setia City Mall....tengok apa yang ada untuk dikongsi bersama........
Okey...ini aktiviti yang dilakukan semenjak musim panas...nanti dah hujan tak dapat pulak nak ke taman permainan tu. Untuk sesiapa yang ingin bershopping di tempat yang baru dengan suasana yang baru...
marilah ke SETIA CITY MALL yang terletak di Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam.
Tolong-tolong promote ni...kotlah dapat diskaun jika membeli belah nanti...hehehe
Till then....tata!
No comments:
Post a Comment