April 29, 2013

Ironman...


Greetings to all...

Hehehe *:) happy beria-ia aku mengarahkan anak-anak bersiap dari malam kerana bercadang untuk bertolak ke PWTC pada jam 10 pagi walaupun jadual tugasanku bermula pada jam 2.00 petang.

Si Adik dah bersiap dengan bag-packnya. Kakak pula sibuk me 'roger' teman-teman untuk sama jumpa di sana. Aku pula bercadang pakai yang santai-santai sahaja kerana cuaca yang panas. Di dalam dewan yang berhawa dingin itu pun belum tentu dapat menampung orang yang begitu ramai apatah lagi pada hari Ahad. *:)] on the phone

Seperti biasa, usai solat subuh, aku memang tidak lagi dapat untuk sambung bergolek-golek di atas katil kerana tugasan yang sudah menunggu. Sambil-sambil aku buka FB untuk mengetahui apa yang berlaku di sekitar Pesta Buku yang sudah pun bermula sejak 26hb April itu. Berikut adalah informasi dari Pengurus Besar Penerbitan Karangkraf...


AsSalam kepada semua karyawan:
Ada beberapa perkara yang merisaukan kami tentang kehadiran pengunjung ke PBAKL tahun ini. Antaranya:
- Saya dimaklumkan caj letak kereta di Hentian Putra bukan lagi RM3 per entry. Sekarang harganya ikut jam. Parking di PWTC terhad.
- The Mall telah ditutup sementara untuk ubahsuai.
- Ruang kereta dah tak ada
- Kedai makan dah tak ada


Alamak! Aku tepuk dahi. Macam mana ni? Di mana pula anak yang dua orang yang akan menemankan aku itu hendak makan? Kena bawak bekallah gamaknya ni. Mindaku sudah memutar apa yang patut dimasak *[]--- cook untuk dijadikan bekal kami di sana nanti.

Untuk menyelamatkan keadaan, panggilan dari Buku Prima memberitahu CSB kehabisan stok. Jadi aku tidaklah perlu berada di sana.

"Kalau akak nak datang tak ada hal, tapi buku memang tak ada," kata pemanggil.

Aku percaya kerana kata si kawan kakak yang berwhatsapp dengannya semalam, CSB kehabisan stok. Dia yang sudah menunggu lama juga belum lagi dapat memperolehinya.

"Tak jadi pergi ke?" tanya si Adik yang baru turun dari biliknya itu.

"Buku tak ada stoklah," ujarku dengan mencebikkan bibir.

Kecewa weh! *=(( broken heart    Cadang nak join penulis-penulis lain yang tidak pernah dikenali sebelum ini. Mula tu rasa nak pergi terjah aje... tapi bila fikir balik nak buat apa aku bersusah payah merempuh kesesakan segala bagai kalau CSB tak ada stoknya di situ? Macam tahun sebelum ini juga, elok aku sampai untuk sesi 'signing' tu, aku diberitahu Diintai Rindu kehabisan stok.

"Tak jadi ma?" tanya si Kakak pula dari tengah mata tangga.

Aku geleng kepala. Kesian pula tengok wajahnya yang sama kecewa.

"Tak payahlah... cuaca pun panas sangat. Baik rehat aje di rumah... karang lepas zohor kita ke City Mall, boleh tengok Ironman."


Ironman di skrin besar GSC....


"Yes!!"

Mereka sama setuju. Bukan Ironman buatan Tesco tau?


Ironman buatan TESCO  Kepong


Ironman buatan TESCO Setia Alam... hehehe hodohnya...


Junie Octovian: I believe Allah has a bigger plan for me than I had for myself *~^o^~ cheer





April 22, 2013

Summer in Setia Alam...

Hi peeps!

Ada nampak tajuk N3 ku hari ini? Muahaha *=)) rolling on the floor tak hagak-hagak, kan? Tapi memang sebenarnya itu terjadi... sudah beberapa tahun kebelakangan ini aku perhatikan di sekitar bulan Mac hingga Julai nanti, panasnya memang membahang.

Bil letrik dan bil air juga meningkat. Aku yang tidak pernah membayar bil air, tiba-tiba bulan ini bil air di rumahku berjumlah RM1.20

"Hoi! Siapa yang rajin berkubang ni?" jeritku dari tingkat bawah.

Kutlah ada yang nak jadi badak berendam musim-musim panas ni, kan. Kalau cakap siang-siang boleh ke Seri Hijauan, rumah abang mereka yang punya kolam renang tu.


bersama Hana di Seri Hijauan...berkubang melepaskan geram

Selepas masing-masing tadi meninggalkan rumah dengan tujuan mencari rezeki dan menimba ilmu #harapnya begitulah# maka aku akan terus duduk menekur menghadap lap-top bekalan dari anak sulongku #terima kasih abang#. Dah dibekalkan berkali-kali... siap satu buku, ada sahaja musibah yang terjadi hehehe *:D big grin

Namun, kerja-kerja penulisan tidak dapat diteruskan akibat cuaca. Mata rasa kuyu-kuyu mamai pula bila menghadap skrin komputer riba. Ku kerling jam di dinding, baru menunjukkan jam 10 pagi... tetapi rasanya dah macam 10 malam pula.

"Tak cukup oksigen ni," aku berkata sendiri sambil bangun dan melakukan sedikit senaman tonggang tonggeng sendirian di dalam rumah tanpa mengenakan baju sukan. Kain batik pun boleh aje... lagipun bukan ada orang yang memerhatikan. *:-$ don't tell anyone shh!

Sekejap kemudian aku duduk balik menyambung kerja-kerja penulisan. Kini otak tepu pula... padahal malam tadi sebelum mata terpejam, ada beberapa point yang ku dapat untuk dimasukkan. Aiseymen!!! *#-o d'oh!

Akhirnya aku keluar menghirup udara segar. Walau panas, terasa nyaman pula kerana hembusan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pokok bunga kertas yang ku tanam lama dulu rajin pula mengeluarkan bunganya di musim panas begini. Siap terjelir-jelir keluar dari pagar rumah. Entah apa motifnya. Namun kelihatan cantik sungguh!




Mujur tak ku buang aje dulu kerana tidak pernah berbunga. Mungkin pokok ini gemarkan cahaya matahari yang terik. Isy... mengada-ngada sungguh!!
*:(fight) fight

Minggu hadapan aku terlibat dengan pesta buku yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra. Sesiapa yang berkesempatan itu, jemputlah datang... kami penulis dari Karangkraf bakal berada di Dewan  Tun Dr Ismail bermula dari 26 April  hingga 5 Mei 2013.

Di bawah ini ku sertakan jadualnya dan aku akan berada di sana pada 28hb April 2013... *&lt:-P party




Sehingga waktu itu, aku berharap dan berdoa agar diberi kesihatan untuk meneruskan usaha dan kerjaya.

Junie Octovian: Stop wishing, start doing...hehehe *:)] on the phone



April 2, 2013

Kunjungan dari si peminat novel...

Hi peeps!

Sungguh aku terharu dengan keinginan adik-adik yang bernama Rosni Musa, Imaniah Fajaya Othman dan Sha Mslvoe untuk berkunjung ke rumah pada tanggal 30 hb Mac 2013 yang lalu. *B-) cool

Aku memang mengalu-alukan kedatangan mereka untuk mengeratkan silaturahim itu TETAPI...*siap ada tetapi lagi tu!* *:P tongue aku segan bila mereka sampai nanti dan dapati rumahku tidak seperti yang dibayangkan oleh mereka. Yalah...tentu mereka sangkakan rumah macam JK Rowling ke, kan? Maklumlah rumah penulis!!  *:-/ confused

Alhamdulillah...*&gt;:D< big hug  mereka sampai sepertimana yang dijanjikan. Kebetulan memang waktu makan tengahari, maka mereka itu ku jemput untuk ke meja makan.

Seronok berbual dengan mereka yang ku anggap memang benar-benar Hantu Novel kerana mereka bukan sahaja membeli setiap keluaran terbaharu novel, malah terus mencari penulisnya untuk minta ditandatangan. Serius! aku kagum dengan usaha mereka itu.


Sebelah kiri Rosni Musa dan yang kanan, Imaniah Fajaya Othman...

...dengan menu yang kuhidangkan....

...bersama Sha Mslvoe....


...bersama novel2 teman yg lain utk ditandatangani...hehehe

Hebatkan mereka ini semua? Selepas sesi berborak dan menandatangan, mereka bergerak pula ke rumah penulis Kamsiah Abu yang sama di bawah satu bumbung Buku Prima denganku. Namun penulis Kamsiah Abu ini telah banyak menghasilkan novel berbanding aku yang baru saja baru berjinak-jinak.

Harapanku semoga usaha mereka bertiga ini diberkati dan memperoleh banyak pahala dalam menjalinkan silaturahim dan tidak secara langsung melariskan jualan novel kami. Terima kasih. *:x lovestruck


Junie Octovian: Allah menyukai orang yang berusaha meenjaga hubungan. Ada syurga yang menanti setiap kebaikan...walaupun kecil...*:-B nerd







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...