April 29, 2013

Ironman...


Greetings to all...

Hehehe *:) happy beria-ia aku mengarahkan anak-anak bersiap dari malam kerana bercadang untuk bertolak ke PWTC pada jam 10 pagi walaupun jadual tugasanku bermula pada jam 2.00 petang.

Si Adik dah bersiap dengan bag-packnya. Kakak pula sibuk me 'roger' teman-teman untuk sama jumpa di sana. Aku pula bercadang pakai yang santai-santai sahaja kerana cuaca yang panas. Di dalam dewan yang berhawa dingin itu pun belum tentu dapat menampung orang yang begitu ramai apatah lagi pada hari Ahad. *:)] on the phone

Seperti biasa, usai solat subuh, aku memang tidak lagi dapat untuk sambung bergolek-golek di atas katil kerana tugasan yang sudah menunggu. Sambil-sambil aku buka FB untuk mengetahui apa yang berlaku di sekitar Pesta Buku yang sudah pun bermula sejak 26hb April itu. Berikut adalah informasi dari Pengurus Besar Penerbitan Karangkraf...


AsSalam kepada semua karyawan:
Ada beberapa perkara yang merisaukan kami tentang kehadiran pengunjung ke PBAKL tahun ini. Antaranya:
- Saya dimaklumkan caj letak kereta di Hentian Putra bukan lagi RM3 per entry. Sekarang harganya ikut jam. Parking di PWTC terhad.
- The Mall telah ditutup sementara untuk ubahsuai.
- Ruang kereta dah tak ada
- Kedai makan dah tak ada


Alamak! Aku tepuk dahi. Macam mana ni? Di mana pula anak yang dua orang yang akan menemankan aku itu hendak makan? Kena bawak bekallah gamaknya ni. Mindaku sudah memutar apa yang patut dimasak *[]--- cook untuk dijadikan bekal kami di sana nanti.

Untuk menyelamatkan keadaan, panggilan dari Buku Prima memberitahu CSB kehabisan stok. Jadi aku tidaklah perlu berada di sana.

"Kalau akak nak datang tak ada hal, tapi buku memang tak ada," kata pemanggil.

Aku percaya kerana kata si kawan kakak yang berwhatsapp dengannya semalam, CSB kehabisan stok. Dia yang sudah menunggu lama juga belum lagi dapat memperolehinya.

"Tak jadi pergi ke?" tanya si Adik yang baru turun dari biliknya itu.

"Buku tak ada stoklah," ujarku dengan mencebikkan bibir.

Kecewa weh! *=(( broken heart    Cadang nak join penulis-penulis lain yang tidak pernah dikenali sebelum ini. Mula tu rasa nak pergi terjah aje... tapi bila fikir balik nak buat apa aku bersusah payah merempuh kesesakan segala bagai kalau CSB tak ada stoknya di situ? Macam tahun sebelum ini juga, elok aku sampai untuk sesi 'signing' tu, aku diberitahu Diintai Rindu kehabisan stok.

"Tak jadi ma?" tanya si Kakak pula dari tengah mata tangga.

Aku geleng kepala. Kesian pula tengok wajahnya yang sama kecewa.

"Tak payahlah... cuaca pun panas sangat. Baik rehat aje di rumah... karang lepas zohor kita ke City Mall, boleh tengok Ironman."


Ironman di skrin besar GSC....


"Yes!!"

Mereka sama setuju. Bukan Ironman buatan Tesco tau?


Ironman buatan TESCO  Kepong


Ironman buatan TESCO Setia Alam... hehehe hodohnya...


Junie Octovian: I believe Allah has a bigger plan for me than I had for myself *~^o^~ cheer





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...