Hi peeps!
Ada nampak tajuk N3 ku hari ini? Muahaha tak hagak-hagak, kan? Tapi memang sebenarnya itu terjadi... sudah beberapa tahun kebelakangan ini aku perhatikan di sekitar bulan Mac hingga Julai nanti, panasnya memang membahang.
Bil letrik dan bil air juga meningkat. Aku yang tidak pernah membayar bil air, tiba-tiba bulan ini bil air di rumahku berjumlah RM1.20
"Hoi! Siapa yang rajin berkubang ni?" jeritku dari tingkat bawah.
Kutlah ada yang nak jadi badak berendam musim-musim panas ni, kan. Kalau cakap siang-siang boleh ke Seri Hijauan, rumah abang mereka yang punya kolam renang tu.
Selepas masing-masing tadi meninggalkan rumah dengan tujuan mencari rezeki dan menimba ilmu #harapnya begitulah# maka aku akan terus duduk menekur menghadap lap-top bekalan dari anak sulongku #terima kasih abang#. Dah dibekalkan berkali-kali... siap satu buku, ada sahaja musibah yang terjadi hehehe
Namun, kerja-kerja penulisan tidak dapat diteruskan akibat cuaca. Mata rasa kuyu-kuyu mamai pula bila menghadap skrin komputer riba. Ku kerling jam di dinding, baru menunjukkan jam 10 pagi... tetapi rasanya dah macam 10 malam pula.
"Tak cukup oksigen ni," aku berkata sendiri sambil bangun dan melakukan sedikit senaman tonggang tonggeng sendirian di dalam rumah tanpa mengenakan baju sukan. Kain batik pun boleh aje... lagipun bukan ada orang yang memerhatikan.
Sekejap kemudian aku duduk balik menyambung kerja-kerja penulisan. Kini otak tepu pula... padahal malam tadi sebelum mata terpejam, ada beberapa point yang ku dapat untuk dimasukkan. Aiseymen!!!
Akhirnya aku keluar menghirup udara segar. Walau panas, terasa nyaman pula kerana hembusan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pokok bunga kertas yang ku tanam lama dulu rajin pula mengeluarkan bunganya di musim panas begini. Siap terjelir-jelir keluar dari pagar rumah. Entah apa motifnya. Namun kelihatan cantik sungguh!
Mujur tak ku buang aje dulu kerana tidak pernah berbunga. Mungkin pokok ini gemarkan cahaya matahari yang terik. Isy... mengada-ngada sungguh!!
Minggu hadapan aku terlibat dengan pesta buku yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra. Sesiapa yang berkesempatan itu, jemputlah datang... kami penulis dari Karangkraf bakal berada di Dewan Tun Dr Ismail bermula dari 26 April hingga 5 Mei 2013.
Di bawah ini ku sertakan jadualnya dan aku akan berada di sana pada 28hb April 2013...
Sehingga waktu itu, aku berharap dan berdoa agar diberi kesihatan untuk meneruskan usaha dan kerjaya.
Junie Octovian: Stop wishing, start doing...hehehe

bersama Hana di Seri Hijauan...berkubang melepaskan geram |

No comments:
Post a Comment