Tiba-tiba sahaja aku terpanggil untuk mengisi N3 pagi ini dengan tajuk seperti di atas. Kenapa?
Sebab...sejak kebelakangan ini, setiap kali buka Fb aje...meleret-leret dia orang pos pasal politik. Yang ini cakap parti ni bagus...yang itu cakap parti itu pulak bagus
Itu tak kisah jugalah... lepas tu boleh siap kutuk mengutuk sampai meninggalkan komen yang panjang berjela. Hadoi!
Jadilah manusia yang waras sikit... yang bertanding tu dah tentu dia bertanding. Awak yang sibuk nak bertekak sampai bermusuh tu, kenapa?
Hilang rasa seronok hendak mengundi kali ini. Dulu pun ada juga perang bendera...tetapi mungkin tak ada Fb lagi, maka tidaklah sakit hati sangat dengan kutukan yang dilemparkan kepada mereka yang bertanding itu.
Aku tak kira...siapa sahaja yang berwibawa dan bakal mendatangkan faedah dan kemajuan kepada Malaysia amnya dan rakyat khususnya, aku terima. Aku tidak mahu negara sampai huru hara dan kucar kacir sehingga rakyatnya menderita di tanah tumpah darah sendiri. Aku kesian emak dan ayah aku yang sama sibuk berjuang untuk memerdekakan negara suatu ketika dulu untuk kepentingan keturunannya nanti habis begitu sahaja.
Pada pendapat aku, memang sudah sesuai dengan pemerintah yang ada sekarang mengikut kepada rakyatnya yang berbilang kaum. Hendak terus ditukar agak sukar juga. Mungkin segelintir pengundi memikirkan keadaan yang bakal berlaku setelah itu. Kita sepatutnya mensyukuri akan nikmat yang telah diberikan kepada kita sekarang ini.
Kita tidak mahu Malaysia dijajah oleh bangsa lain setelah begitu bersusah payah nenek moyang kita memperjuangkan hak bangsa dan memperolehi kemerdekaan untuk anak cucunya.
Aku rasa...pelapis muda ini tidak mengkaji sejarah yang berlaku sebelum hadirnya mereka ke dunia ini sebab itu mereka dengan senang hati menuduh dan memfitnah sesuka hati.
Aku lebih suka jika mereka hanya berkreatif begini...
atau pilih yang ini....
Wakakaka |
Aku gelak guling-guling semasa mereka pos di FB gambar-gambar calon yang bertanding. Gila engkau!
Namun aku hanya ambil keputusan mendiamkan diri dari sama sibuk menunjukkan kepandaian diri tepat dengan ajaran dari hadis Rasulullah yang berbunyi begini....
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Jangan sampai 'Gajah sama gajah berjuang, pelanduk yang mati di tengah-tengah.'
Sebelum sampai tarikh mengundi, aku sempat menjengah Pesta Buku yang masih lagi berlangsung di PWTC untuk melihat perkembangan yang berlaku dan hasil jualan buku setelah di ulang cetak untuk ketiga kalinya. Alhamdulillah
sempat aku menyelit di tengah-tengah penulis Buku Prima |
Pada 3hb Mei itu, aku ditemukan dengan Mohd Sharif Apen, teman lama sekolah yang kini memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah di Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Dia memang akan berada di Pesta Buku itu setiap tahun, tetapi baru kali ini dapat bersua muka.
Pada 4hb Mei, aku menghadiri majlis walimah anak seorang teman sama sekolah yang diadakan di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya Bangsar. Teman-teman sudah pun memberitahu lebih awal mahu memiliki CSB kerana mereka belum berkesempatan mencarinya di daerah mereka.
Tak pasal-pasal aku buka booth sendiri untuk sesi menandatangan Cinta Sambal Belacan di situ. Hehehe
terima kasih Zainah Zain, tuan punya majlis pada hari itu.
maaf kerana quality gambar kurang memuaskan |
Memang sangat gumbira dapat bertemu dengan teman lama. Meriah sungguh bila masing-masing hendak berkongsi cerita... sehingga tidak sempat telinga hendak menangkap untuk dibawa ke minda. Apatah lagi dengan keadaan huru hara kerana ada sebahagian dari kami yang menelefon memberitahu masih dikatakan di dalam perjalanan menuju ke lokasi majlis pada hari itu. Adoi!! Manalah cikgu kami dulu tak pening kepala dibuatnya?
Walau bagaimanapun...aku bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan mereka semua pada hari itu. In syaa Allah, akan cuba ku bukukan cerita dan kisah kami semasa sama-sama di sekolah dahulu.
Pada 5hb Mei, 2013...bermulalah Hari Mengundi bagi rakyat Malaysia untuk menentukan pemimpin mereka bertempoh 5 tahun akan datang. Aku yang pusat mengundinya bertempat di Sekolah Rendah kebangsaan Bukit Kemuning (1) itu, bergerak selepas Zohor. Sangkaku tentulah di waktu itu sudah kurang pengundi dan aku tidak perlu bersusah payah mencari tempat parkir apatah lagi berbaris menunggu giliran.
Tetapi...sangkaanku meleset kerana pada waktu tersebut pengundi masih terlalu ramai. Namun, demi menjalankan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia dengan rasa bangga di hati kerana berpeluang mengundi sebagaimana mereka yang lelainnya, aku redah juga.
Aku Anak Malaysia... |
No comments:
Post a Comment