Maaf...aku masih dengan kerja-kerja mempromosi Cinta Sambal Belacan. Selepas di Pesta Buku Antarabangsa yang bertempat di Putra World Trade Center bulan April/May lepas, aku ke Pesta Buku Selangor yang bertempat di Shah Alam Convention Center pula.
Amboi hai! diam tak diam sudah sampai hujung bulan Mei rupanya...
Jadual penulis.... |
Peluang itu memberikan aku kesempatan untuk berkenalan dan mengeratkan silaturahim bersama teman penulis yang lainnya. Selama ini mereka yang diletakkan jadualnya bersamaku itu hanya dikenali di laman sosial sahaja. Pada tarikh 26hb Mei 2013, aku mengembleng tenaga bersama Puteri Andalas, penulis yang sudah lama berkecimpung di dalam industri penulisan ini serta Raiza Khairina, penulis yang pertama kali muncul dengan karya sulungnya Di Penjara Rindu. Ternyata mereka ini semua memang ramah-ramah orangnya.
Cik Junie bersama Puteri Andalas dan Raiza Khairina... |
Tambah teruja bila minggu itu MPH Online menghantar mesej menerusi email...Cinta Sambal Belacan berada di tempat kedua dalam carta
Tiada kata yang mampu diucapkan selain terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka-mereka yang sudah mendapatkan Cinta Sambal Belacan, sekaligus melariskan jualannya. Alhamdulillah
di carta MPH... |
Cinta Sambal Belacan di carta Buku Prima...
di tempat kedua... |
Cinta Sambal Belacan di carta Grup Buku Karangkraf pula...
masih berada di dalam carta Top 10...alhamdulillah |
Begitulah sedikit sebanyak perjalanan hidup seorang penulis. Gembiranya hati bila karya kita itu diterima ramai. Larisnya jualan novel tersebut telah menaikkan semangat untuk menghasilkan karya yang lebih baik lagi. Begitu juga harapan editor kami di Buku Prima yang sama turut berbangga dengan novel keluaran mereka yang laris di pasaran.
Dari penelitian dan pemantauan yang dilakukan, ternyata cover novel itu juga tidak secara langsung menarik minat pembaca novel selain tajuk yang diberikan. Maka itu, in syaa Allah untuk karya seterusnya, aku akan cuba mendapatkan tajuk yang bersesuaian / bertepatan dengan ceritanya di samping kerjasama dari pihak grafik untuk cover yang menarik.
Sayonara May and welcome June...
Junie Octovian: Two things define you...your patience when you have nothing...and...your attitude when you have everything...wallahualam
No comments:
Post a Comment