Bersempena terbitnya novel ketiga yang berjudul EH, BIAR BETUL? pada April nanti....
Cik Junie sangat berbesar hati ingin membawa kalian untuk mengingati dua buah novel yang telah pernah dihasilkan sebelum ini.
Diintai Rindu dan Cinta Sambal Belacan....
Kita dahului dengan rasa bersyukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah memberikan Cik Junie peluang menempa kejayaan di lewat usia. Sekurang-kurangnya merasa juga... kan? Kita sebagai hambaNYA tidak tahu apa yang telah direncanakan untuk kita.
Cik Junie yang pada awal pembabitan, menulis hanya untuk memenuhi masa lapang sahaja dan akhirnya terjebak juga apabila novel kedua CINTA SAMBAL BELACAN diterima ramai dan telah dilamar oleh pihak produksi untuk diadaptasi ke drama TV. Alhamdulillah....
Cik Junie gelak-gelak dengan anak menantu bila diberi peluang untuk memberikan cadangan pelakon manakah yang berupaya memegang watak yang Cik Junie create itu. Hehehe
Siapa agaknya diantara artis-artis tanahair kita yang sesuai untuk memegang watak utama di dalam Cinta Sambal Belacan itu? Kita tunggu ye?
Untuk makluman kalian pengunjung blog ini... Cik Junie bawakan sinopsis untuk novel ketiga EH, BIAR BETUL?
Di bawah ini... sedikit petikan dari dalam isi kandungan novel tersebut...
Bagaimana? Adakah anda teruja untuk mengetahui kisah yang dipaparkan di dalamnya? Sama-sama kita nantikan April nanti ye?
Mulai esok... Cik Junie akan siarkan kisah RAHSIA SEMALAM. Kisah ini telah lama disimpan... namun pihak editor tidak berminat dengan genre sebegini yang mungkin tidak dapat membantu dari segi pemasaran barangkali... memandangkan remaja dan pembaca peminat novel sekarang lebih gemarkan kisah yang santai dan sedikit komedi.
Cik Junie pula masih mahu mencuba genre bercorak ala-ala CSI ini. Kita lihat nanti... jika ada bahagian-bahagian yang perlu diolah menjadi komedi atau ada yang harus dibuang sahaja dan digarap ke arah yang lebih baik lagi. Akan Cik Junie usahakan untuk memenuhi selera editor... insya-ALLAH.
Junie Octovian: Life was like a box of chocolate... you never know what you gonna get
No comments:
Post a Comment