May 2, 2014

Anugerah AGBK 2013

Greetings to all...

Pertama kali dalam sejarah... Grup Buku Karangkraf telah mengiktirafkan penulis-penulis yang bernaung di bawahnya untuk pencalonan anugerah.

Berbagai kategori di sediakan. Alhamdulillah... Cik Junie yang baru menceburkan diri di lapangan penulisan ini juga sama terlibat dan dicalonkan.

Walaupun bagi sesetengah pihak... pencalonan ini tidaklah sehebat mana. Namun, bagi Cik Junie yang baru menceburkan diri ini merasa sangat berbesar hati.

CINTA SAMBAL BELACAN telah meletakkan Cik Junie di dalam kategori Buku Pilihan BP kerana Cik Junie bernaung di bawah kumpulan Buku Prima. CINTA SAMBAL BELACAN juga telah dicalonkan untuk kategori Cover Fiksyen BP. Jazakallahu khaira...

Cik Junie ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca budiman yang telah memilih CINTA SAMBAL BELACAN untuk ke TOP 5 dan seterusnya. Jika ada rezeki... alhamdulillah... ini semua ketentuan Allah kerana rezeki itu milikNYA.





Setelah puas bertungkus lumus... pihak penganjur telah mengecilkan pemilihan kepada TOP 5 dan di bawah adalah berita yang disiarkan pada 16hb April 2014...




TAHNIAH kepada novelis-novelis yang terpilih memasuki TOP 5. Persaingan memang sengit. Jumlah undi yang diperolehi dekat-dekat. Ahli jawatan kuasa terpaksa mengira berulang-ulang kali. Penyertaan amat menggalakkan. Berguni-guni borang pencalonan kami terima dan mengambil masa 3 hari untuk menyelesaikannya. Bagi mereka yang terpilih syabas dan yang tak terpilih, cuba lagi tahun depan. Pencalonan untuk TOP 5, bermula hari ini di AKHBAR SINAR HARIAN, apalagi undilah calon kesukaan anda. Di bawah ini adalah calon-calon yang terpilih dalam kategori yang dipertandingkan:-
BUKU PILIHAN BP;-
1. CINTA SAMBAL BELACAN
2. PENGANTIN EKSPRES
3. CHOCOLATE MOUSSE & CHEESE CAKE
4. SUAMIKU ENCIK SOTONG
5. I LOVE YOU CIKGU
PENULIS HARAPAN BP:-
1. A. DARWISY
2. SAIDEE NOR AZAM
3.ROSE ELIZA
4. EINA AFRINA
5. AZALEA ESHAL
PENULIS PILIHAN BP:-
1. DYZA AINUN
2. INDAH HAIRANI
3. RAMLAH RASHID
4. KAMSIAH ABU
5. ZAIFUZAMAN AHMAD
COVER FIKSYEN BP:
1. CINTA SAMBAL BELACAN
2. SUAMIKU ENCIK SOTONG
3. CINTA KEDUA
4. L LOVE YOU CIKGU
5. SEINDAH TAKDIR CINTA


Semoga pengundian seterusnya juga berjalan lancar.  Jangan lupa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL yang masih berlangsung di PWTC sehingga 4 Mei 2014 ini.





Seperti mana yang telah diuar-uarkan sebelum ini... Cik Junie akan berada di sana pada hari Sabtu 3 hb Mei 2014. Jika inginkan novel yang bertandatangan penulisnya... kalian dijemput hadir pada tarikh tersebut. Pihak Karangkraf ada menyediakan potongan harga yang berpatutan untuk belian pada sepanjang pesta berlangsung.

Jumpa anda di sana!!!!


Junie Octovian: In every NO from someone... is a YES to someone better... wallahualam!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...