October 10, 2011

Jargon Tesco...

Hi peeps.........


N3 ni nak share bahasa yang diguna pakai oleh Adik dan Kakak, semenjak dua menjak mereka
berjinak-jinak dengan Tesco depan rumah tu.

Peta menunjukkan kedudukan Tesco Setia Alam

Adik yang sedang menunggu untuk dipanggil menghadiri peperiksaan MUETnya telah bekerja
sambilan di Tesco. Begitu juga Kakak yang sedang menghadiri Kelas Bahasa Korea hanya dua
kali seminggu itu juga bekerja di tempat yang sama cuma berlainan department.

Adik bahagian cashier....manakala Kakak bahagian 'softline' atau apparel.

Satu hari, waktu balik makan tengahari.................

"Ma...akak tak balik makan ke?" tanya si Adik.

"Sibuk agaknya...hari ni ada adjustment," ujarku memberitahu apa yang si Kakak beritahu pagi tadi.

Di hari yang lain pula...........

"Budak Siput (bukan nama sebenar) tu boleh je bukak kaunter...tapi dia malas. Dia lebih suka
kerja kutip alien. Tu sebab lambat sikit tutup kaunter malam ni." Adu si Adik yang pulang lewat
semasa kerja shift petang.

"Kakak OT petang ni? Ramai orang ke?" tanya ku pada si Adik.

"Ada stocktake." Adik menjawab memberitahu sambil terus menapak mendaki tangga ke biliknya.

Hari ini...sebaik balik makan tengahari.......

"Ala..." Adik melemparkan beg dan kunci kereta ke sofa. "Esok Adik ada BFE...patut esok off-day...
habis bila yang nak off nya?" dia bertanya atau mengadu, dua-dua pun aku tak tahu.

Junie Octovian:  Sukahati koranglah anak-anak...asalkan bahagia. Tak secara langsung...aku dapat
                         belajar juga....menambah ilmu di dada....walaupun tak seberapa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...