January 29, 2013

Karnival Karangkraf...

Greetings to all.......

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menganugerahkanku dengan sedikit kelebihan. Walau aku tidak diberi kebenaran untuk berjaya di usia muda dahulu, namun aku percaya jika sudah ketentuan dariNYA, di hujung usia juga diberi merasai nikmat kejayaan itu. Aamiin!  *#:-S whew!

Semenjak menceburkan diri di dalam bidang penulisan ini, aku akan dijemput ke setiap pesta buku yang diadakan. Merasalah aku duduk menunggu penggemar-penggemar buku hasil karyaku itu yang datang dari jauh dan dekat merempuh kesesakan lalu lintas demi untuk bertemu dengan sang penulis (maaf...aku segan benar hendak menggelar diriku novelis kerana baru menghasilkan dua buah novel sahaja setakat ini) minta novel yang dibeli itu ditandatangani. Cewah! Gaya retis gitu nyah...*:D big grin

Aku sangat menghargai sokongan dari pembaca-pembaca peminat novel ini kerana tanpa mereka yang sudi membaca hasil tulisanku itu....siapalah aku, kan?  *:-)/\:-) high five

Karnival Karangkraf akan datang lagi bermula dari 1 - 3 Februari, 2013. Tahun ini aku dipanggil sama turun padang dan jadual telah pun pihak Buku Prima keluarkan untuk mereka yang terlibat........


Hehehe...
 
Semoga dengan kehadiran teman-teman dapat memeriahkan lagi Karnival tahun ini. Harapanku agar dengan sambutan yang diberikan kepada CINTA SAMBAL BELACAN nanti, semangat aku semakin membara untuk menghasilkan karya yang lebih baik untuk pembaca budiman.

Ada juga di kalangan masyarakat Melayu kita yang tidak begitu menggemari hasil karya novelis tempatan. Karya kami sering digelar sebagai karya picisan seperti yang tersiar di Mingguan Malaysia pada hari Ahad 27hb Januari 2013 yang lalu.

Tetapi kami tidak akan mudah melatah hanya kerana hinaan yang dilemparkan kepada kami, malah kami akan terus menulis dan menulis selagi masih ada segelintir anak-anak berbangsa Melayu yang sudi membacanya. Terasa sedih jugalah...kalau dah bangsa sendiri yang tidak berapa kerat ini mahu menghina bangsanya sendiri. Sedangkan kami tidak setanding dengan penulis/novelis berbangsa Inggeris yang karya mereka dapat menembusi setiap ceruk dan rantau di dalam dunia ini.

Namun, begitulah resam manusia. Kalau semua berhati mulia, sudah tentu tidak ada timbangan dosa dan pahala dan tidak juga disediakan syurga dan neraka. Wallahualam.

Dari itu, tepuk dada tanyalah selera...di manakah anda berada? Jika rasa tak sudi, jangan pula mempersenda usaha orang lain. Kami terima kritikan yang membina...tetapi kalau dikeji dan dihina, memang sudah dianggap keterlaluan sungguh. Bagaimana jika karya orang tersayang anda dihentam sebegitu rupa?

Sukacita saya ingatkan...cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. *L-) loser


Junie Octovian: "Never belittle a good deed...it can be your ticket to Paradise or Hell."
                        
                        "Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji ALLAH SWT itu benar." (Q.S Al-Mukmin: 55)"



January 13, 2013

Happy Birthday to dear YOU...

Greetings to all........

Hari ini tanggal 13 Januari 2013 bersamaan hari ulangtahun suamiku. Bila ku kenang kembali, entah macam mana aku boleh menikahi lelaki itu yang berbeza langsung perangainya denganku. Dia serius sepanjang waktu manakala aku banyak berkata-kata yang tidak ku pasti dia itu suka mendengarnya atau berbulu lubang telinga.



Bersama rumah yg dia tinggalkan...

Bila aku sedari dia tidak minat untuk berbual tanpa tajuk yang tertentu, maka aku catatkan di dalam diari segala pengalaman harianku. Setiap hari selepas tugasan harian, aku akan menekur di meja tulis di bilikku menzahirkan apa yang terkandung di benakku. Mungkin di situlah bermulanya bakat aku sebagai seorang penulis tetapi masih samar-samar lagi perjalanannya.


Melawat kebun miliknya seluas mata memandang...
Ketika itu masih belum ada Facebook, jadi kepada siapa harus aku bercerita? Sanak saudara dan adik beradik pula memang jauh-jauh tinggalnya. Anak-anak pula masih kecil kesemuanya. Dia pula walau pulang untuk makan tengahari, tetapi dia menggunakan waktu itu untuk benar-benar berehat. Dia yang diarak ke hulu ke hilir oleh supirnya pun pandai mengadu penat. Lama kelamaan, aku dan anak-anak sudah mengerti jadual yang terpahat. Namun, setiap sambutan harijadi anak-anaknya dia tetap ingat.

Telah hampir 7 tahun dia pergi meninggalkan aku dan anak-anaknya. Dia dijemput Ilahi di awal usia sewaktu anak-anak masih memerlukan belaian kasih sayangnya dan aku sendiri memerlukan bantuannya di dalam mendidik 4 orang anak yang sedang di alam persekolahan semuanya.


Tempat dia bersemadi...

Namun, perancangan Allah itu tiada siapa yang mampu membantah. Di dalam hati sering ku ingatkan akan kata-kata bahawa 'ada hikmah' di sebalik kejadian itu. Aku pujuk hatiku untuk meneruskan hidup membesarkan anak-anak hingga ke arah yang mereka mampu tuju.

Kini, ku cuba putar kembali pengalaman hidupku bersamanya. Jika saat aku menempa nama sebagai novelis ini dia masih lagi ada, bagaimanakah ceritanya? Atau mampukah aku melahirkan novel jika aku masih lagi menguruskan makan pakai dia yang agak cerewet orangnya itu? Wallahualam, hanya DIA yang Maha Berkuasa itu sahaja yang tahu apa yang dirancangkan untuk aku.

Di dalam keadaan terpaksa rela, aku gagahi hidup. Mujur dia itu adalah seseorang, jadi dia meninggalkan kami dengan segala kelengkapan dan bekalan. Kami yang ditinggalkan itulah pula kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan mengurus kehidupan yang kami mahukan.

Alhamdulillah...sehingga kini, dia itu tidak pernah kami lupakan. Setahun yang berlalu itu terasa singkat benar waktunya. Terasa baru semalam dia meninggalkan pesan yang bermacam-macam. Terasa baru petang semalam dia melambai pergi untuk pulang ke Sungai Petani tempat dia bertugas di akhir hayatnya.

Pemergiannya itu memberi aku ruang untuk meneruskan hasil tulisanku. Tiada lagi bebanan tanggungjawab melayan makan minumnya. Tiada lagi dia yang wajib aku pinta kebenaran untuk ke sana ke mari, seolah aku dibebaskan dari dibelengu olehnya...seolah aku dimerdekakan setelah dijajah begitu lama. Baru aku sedari hidayah yang telah Allah berikan selama ini. Baru aku sedari mengapa aku diberikan suami yang tidak begitu suka berperi...supaya aku tidak terasa sangat akan kehilangannya kerana telah terbiasa bersendiri walau ketika ada dia. Namun, rindu itu sesekali ada juga datang bertamu...hanya Allah sahaja yang tahu.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat beliau.




Junie Octovian: "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." ~ al-Baqarah ayat ke 216









January 12, 2013

Cinta Sambal Belacan...

Greetings to all........

Aku gelak tergolek semasa menerima e-mail dari editor yang telah menerima manuskripku. Aku letak tajuk Patah Sayap, Terbang Jua yang bermakna karyaku itu bercorak serius. Namun, pihak editor BUKU PRIMA lebih arif dan mereka menukarnya ke tajuk yang tersebut di atas. Menurut mereka tajuk yang lebih CATCHY mampu menarik minat pembeli. *:)) laughing

Aku tepuk dahi...sudah tentulah mereka memikirkan soal jualan dan keuntungan. Apalah!*#-o d'oh!

Semasa aku hebahkan nama yang mereka pilih itu di kalangan kaum kerabat, mereka sama gelak guling-guling. Apabila sudah terpilih, aku diarah untuk mengisi bab demi bab ke ruangan 'ilham' di Grup Buku Karangkraf untuk dijadikan bahan ujikaji. Untuk melihat berapa ramai yang minat untuk membaca hail karyaku itu. *=)) rolling on the floor

Anak-anak membantah pada asalnya kerana menurut mereka, jika sudah dipamerkan untuk bacaan umum, siapa yang mahu membelinya nanti? Jadi, aku atur strategi...mengupload sekurang-kurangnya satu atau dua bab seminggu sementara novelnya diterbitkan untuk dipasarkan.

Muahaha...

GUMBIRAnya hati bukan kepalang, seakan ada bunga-bunga yang berterbangan bila ku buka PC petang semalam 11 Januari 2013, cover untuk CINTA SAMBAL BELACAN itu sudah pun siap dan aku bakal mempromosikannya tanggal 1hb Februari 2013 di Karnival Karangkraf nanti. Telah aku sediakan cenderahati buat yang berminat untuk membeli naskhah karya terbaru ku ini dengan kerjasama hasil keras tangan kraftangan anak saudaraku Liesa Azemi.

ALHAMDULILLAH...*:-)/\:-) high five


kelahiran keduaku...


Aku menempa kejayaan di lewat usia. Jadi aku terlalu bangga dengan pencapaianku ini. Semasa kelahiran sulongku DIINTAI RINDU, emak ada untuk sama-sama meraikannya. Di kelahiran kedua ini pula, emak telah pergi buat selama-lamanya. Namun, novel kedua ini terhasil penutupnya dari kisah pengalamanku menjaga emak di bilik bernombor 17...di WAD BUNGA RAYA yang aku abadikan di dalam karya kedua ini. Sayang emak..muahs!! *:-* kiss

Banyak feedback yang aku terima dari teman-teman. Antaranya....


Oi kwn ku, tema cinta je.

Salam Kak Jun. Saya berbesar hati nak tolong promotekan Novel terbaru kak Jun.
Macamana saya nak order dengan Kak Jun?
Saya nak buat dlm bentuk giveaway. Macam novel liyana zahim dulu.

3) Mzz Nad ~  I need to get at least 3 signed copies, Mak Andak. 1 utk kakak, 2 utk library sekolah. Eh, kena tambah 1 lagi... So, 4 signed copies 

4) Nora Hash ~  Jun reserve aku satu yg ada sig na tu re nya ok...bila nak bace aku tahu janji ada.

5) Anne Kay ~  tahniah eya. sila simpan satu eh. kita nak awak initial tau. hehehehe insyaallah kita datang amek di karnival nanti - C.O.D.

Seronok giler...

Terima kasih ya teman-teman dan sanak saudara yang sangat menyokong kerjaya terbaruku ini...
Semoga akan ada lagi dan lagi. In shaa Allah. *:-h wave

Junie Octovian: Terima kasih ya Allah di atas pemberianMU!


January 1, 2013

Salam Tahun Baru 2013!

Greetings to all...........

Sebagai pembuka tirai tahun 2013, bersama ini ku sisipkan luahan hati buat orang-orang yang ku sayang...

Disember datang dan pergi...
Ku perhatikan 2013 melambai 2012 pergi...
Ketika detik mengakhiri bertepatan jam 12 tengah malam tadi.





Sana sini ku lihat percikan bunga api...
Meriah dan cantik sekali.








PAGI INI...

Kedengaran suara-suara burung menyanyi...
Menyambut salam sang mentari...
Kelihatan senyumnya hambar sekali...
Akibat jerebu yang menguasai.

Perilaku siapakah itu?
Mengapa begitu betah mereka mencemari alam ciptaan Yang Maha Esa?
Tidak teringatkah mereka akan anak dan cucu...
Yang bakal mewarisi dunia?




Jauh di sanubari ku pujuk hati ini...
Hidup itu lawannya mati...
Tiada siapa dapat mengengkari...
Sudah tertulis sejak azali.

Alhamdulillah...aku masih di sini...
Meniti hari-hari yang berbaki...
Entah bila pula dijemput Ilahi.




Yang pergi meninggalkan kenangan...
Yang tinggal diulit perasaan..
Pahit manis harus ditelan...
Bersama airmata yang berlinangan.

Kelmarin, telah ku tinggalkan...
Sayup jauh di belakang...
Segala pesanan tersemat di lipatan...
Bakal kegunaan di masa hadapan.

Ku catatkan rindu nan membara...
Kepada mereka-mereka yang telah tiada...
Al-Fatihah ku kirimkan setiap masa...
Hanya itu sahaja yang dapat kau terima.

Buat saudara-saudara kandungku...
Ku kirimkan rindu di angin lalu...
Semoga kalian dan keluarga berbahagia selalu...
Ada rezeki kita bertemu.

Junie Octovian: Salam sayang buat semua!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...