January 29, 2013

Karnival Karangkraf...

Greetings to all.......

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menganugerahkanku dengan sedikit kelebihan. Walau aku tidak diberi kebenaran untuk berjaya di usia muda dahulu, namun aku percaya jika sudah ketentuan dariNYA, di hujung usia juga diberi merasai nikmat kejayaan itu. Aamiin!  *#:-S whew!

Semenjak menceburkan diri di dalam bidang penulisan ini, aku akan dijemput ke setiap pesta buku yang diadakan. Merasalah aku duduk menunggu penggemar-penggemar buku hasil karyaku itu yang datang dari jauh dan dekat merempuh kesesakan lalu lintas demi untuk bertemu dengan sang penulis (maaf...aku segan benar hendak menggelar diriku novelis kerana baru menghasilkan dua buah novel sahaja setakat ini) minta novel yang dibeli itu ditandatangani. Cewah! Gaya retis gitu nyah...*:D big grin

Aku sangat menghargai sokongan dari pembaca-pembaca peminat novel ini kerana tanpa mereka yang sudi membaca hasil tulisanku itu....siapalah aku, kan?  *:-)/\:-) high five

Karnival Karangkraf akan datang lagi bermula dari 1 - 3 Februari, 2013. Tahun ini aku dipanggil sama turun padang dan jadual telah pun pihak Buku Prima keluarkan untuk mereka yang terlibat........


Hehehe...
 
Semoga dengan kehadiran teman-teman dapat memeriahkan lagi Karnival tahun ini. Harapanku agar dengan sambutan yang diberikan kepada CINTA SAMBAL BELACAN nanti, semangat aku semakin membara untuk menghasilkan karya yang lebih baik untuk pembaca budiman.

Ada juga di kalangan masyarakat Melayu kita yang tidak begitu menggemari hasil karya novelis tempatan. Karya kami sering digelar sebagai karya picisan seperti yang tersiar di Mingguan Malaysia pada hari Ahad 27hb Januari 2013 yang lalu.

Tetapi kami tidak akan mudah melatah hanya kerana hinaan yang dilemparkan kepada kami, malah kami akan terus menulis dan menulis selagi masih ada segelintir anak-anak berbangsa Melayu yang sudi membacanya. Terasa sedih jugalah...kalau dah bangsa sendiri yang tidak berapa kerat ini mahu menghina bangsanya sendiri. Sedangkan kami tidak setanding dengan penulis/novelis berbangsa Inggeris yang karya mereka dapat menembusi setiap ceruk dan rantau di dalam dunia ini.

Namun, begitulah resam manusia. Kalau semua berhati mulia, sudah tentu tidak ada timbangan dosa dan pahala dan tidak juga disediakan syurga dan neraka. Wallahualam.

Dari itu, tepuk dada tanyalah selera...di manakah anda berada? Jika rasa tak sudi, jangan pula mempersenda usaha orang lain. Kami terima kritikan yang membina...tetapi kalau dikeji dan dihina, memang sudah dianggap keterlaluan sungguh. Bagaimana jika karya orang tersayang anda dihentam sebegitu rupa?

Sukacita saya ingatkan...cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. *L-) loser


Junie Octovian: "Never belittle a good deed...it can be your ticket to Paradise or Hell."
                        
                        "Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji ALLAH SWT itu benar." (Q.S Al-Mukmin: 55)"



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...