Aku gelak tergolek semasa menerima e-mail dari editor yang telah menerima manuskripku. Aku letak tajuk Patah Sayap, Terbang Jua yang bermakna karyaku itu bercorak serius. Namun, pihak editor BUKU PRIMA lebih arif dan mereka menukarnya ke tajuk yang tersebut di atas. Menurut mereka tajuk yang lebih CATCHY mampu menarik minat pembeli.
Aku tepuk dahi...sudah tentulah mereka memikirkan soal jualan dan keuntungan. Apalah!
Semasa aku hebahkan nama yang mereka pilih itu di kalangan kaum kerabat, mereka sama gelak guling-guling. Apabila sudah terpilih, aku diarah untuk mengisi bab demi bab ke ruangan 'ilham' di Grup Buku Karangkraf untuk dijadikan bahan ujikaji. Untuk melihat berapa ramai yang minat untuk membaca hail karyaku itu.
Anak-anak membantah pada asalnya kerana menurut mereka, jika sudah dipamerkan untuk bacaan umum, siapa yang mahu membelinya nanti? Jadi, aku atur strategi...mengupload sekurang-kurangnya satu atau dua bab seminggu sementara novelnya diterbitkan untuk dipasarkan.
Muahaha...
GUMBIRAnya hati bukan kepalang, seakan ada bunga-bunga yang berterbangan bila ku buka PC petang semalam 11 Januari 2013, cover untuk CINTA SAMBAL BELACAN itu sudah pun siap dan aku bakal mempromosikannya tanggal 1hb Februari 2013 di Karnival Karangkraf nanti. Telah aku sediakan cenderahati buat yang berminat untuk membeli naskhah karya terbaru ku ini dengan kerjasama hasil
ALHAMDULILLAH...
kelahiran keduaku... |
Aku menempa kejayaan di lewat usia. Jadi aku terlalu bangga dengan pencapaianku ini. Semasa kelahiran sulongku DIINTAI RINDU, emak ada untuk sama-sama meraikannya. Di kelahiran kedua ini pula, emak telah pergi buat selama-lamanya. Namun, novel kedua ini terhasil penutupnya dari kisah pengalamanku menjaga emak di bilik bernombor 17...di WAD BUNGA RAYA yang aku abadikan di dalam karya kedua ini. Sayang emak..muahs!!
Banyak feedback yang aku terima dari teman-teman. Antaranya....
1) Shahid Bakarposted toJunaidah Omar
Oi kwn ku, tema cinta je.
2) Eqbal Zack
Salam Kak Jun. Saya berbesar hati nak tolong promotekan Novel terbaru kak Jun.
Macamana saya nak order dengan Kak Jun?
Saya nak buat dlm bentuk giveaway. Macam novel liyana zahim dulu.
3) Mzz Nad ~ I need to get at least 3 signed copies, Mak Andak. 1 utk kakak, 2 utk library sekolah. Eh, kena tambah 1 lagi... So, 4 signed copies
4) Nora Hash ~ Jun reserve aku satu yg ada sig na tu re nya ok...bila nak bace aku tahu janji ada.
5) Anne Kay ~ tahniah eya. sila simpan satu eh. kita nak awak initial tau. hehehehe insyaallah kita datang amek di karnival nanti - C.O.D.
Seronok giler...
Terima kasih ya teman-teman dan sanak saudara yang sangat menyokong kerjaya terbaruku ini...
Semoga akan ada lagi dan lagi. In shaa Allah.
Junie Octovian: Terima kasih ya Allah di atas pemberianMU!
Cite dlm novel nie real ke atau reka2 je..? Harap2 real sbb nk tau gak sape tgku azri tu... hehe :)
ReplyDeleteMaaf... saya terlepas pandang dengan komen dari Haziq Haikal ini. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Cik Junie. Untuk pengetahuan saudara... ini hanya kisah rekaan semata-mata, Tunggu drama adaptasinya nanti di TV3... kita tengok siapakah artis yang terpilih untuk melakunkan watak Tengku Azri itu ye?
Delete