March 28, 2013

OKB...

Greetings to all....

Cuaca panas  *:::^^::: hotsejak 2/3 hari ini menyebabkan aku hilang fokus untuk menulis. Mata mamai-mamai aje memandang skrin laptop. Apatah lagi hendak mengupdate blog...hisy!!  *I-) sleepy

Semenjak dua menjak kelahiran CINTA SAMBAL BELACAN ni, aku asyik sahaja mengupdate blog dengan kemajuan yang berlaku kepada novel tersebut. Memang tidak terduga, novel itu mendapat sambutan. Ala...kira oklah tu jika dikira pembacanya yang di dalam lingkungan anak Melayu Malaysia ni, kan?

Mana boleh nak berdiri setanding dengan buku atau novel omputih...memang jauh bagai bumi dengan langitlah jawabnya. 

"Habis tu kalau Rahsia Semalam, apa tajuk yang catchy untuknya?" aku tanya adik yang baru pulang dari kelas tengahari itu.

Dia melabuhkan punggung ke hujung sofa sambil meletakkan beg dan failnya ke tepi. "Rahsialah sangat..." jawab adik ringkas.

Aku petik jari. "Bagus juga idea tu." *&gt;:D< big hug

Adik pandang aku yang terus segar biji mata. Aku bangun menyambung penulisan yang tergantung masih belum ditemui jalan penamat cerita.

Di sini, aku kongsikan satu cerita...akan ku garap dan ku olah menjadi novel jika aku masih punya masa, in syaa Allah *;;) batting eyelashes


ALIF, si MAT JENIN
Bab 1

SUDAH beberapa kali Alif bertawaf ke kawasan taman perumahan itu dengan motorsikal kapcainya. Dia hairan ada sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah itu seperti menganggu pemandangannya. Ego dan angkuh betul tuan empunya rumah itu yang telah mendirikan rumah sebesar itu di tengah-tengah perumahan yang lelainnya, bisik hati Alif.

            
Dia ke situ dengan harapan dapat mencari sebuah rumah dengan hasil wang menang loteri. Anak-anak dan isterinya belum diberitahu dan diajak berbincang mengenainya. Memang sudah lama dia berangan-angan mempunyai rumah sendiri. Tetapi dengan wang gajinya yang kecil itu dia masih tidak mampu memiliki sebuah pun. Dia pula tidak berminat untuk bergaul dengan kumpulan pemuda Umno di kawasan tempat tinggalnya sekarang. Jika tidak sudah tentu dia dapat memiliki paling tidak pun sebuah rumah kos rendah seperti kawan-kawannya yang menjadi ahli pertubuhan itu.
            Isterinya yang mengambil upah menjahit baju kurung dan mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran, membebel setiap hari mengingatkan suaminya yang berperangai seperti Mat Jenin. Alif suka mengangankan sesuatu tetapi tidak mahu berusaha.
            Alif yang bekerja mengikut lori sampah itu atau nama glamour kerjayanya 'Health Engineer', telah terjumpa dengan sekeping tiket loteri dan menyimpannya tanpa pengetahuan teman-teman sekerja yang lain. Entah macam mana tiket itu telah mendapat tempat pertama. Dia terkedu juga tetapi mendiamkan diri bimbang tuan punya tiket sebenar itu datang mencarinya pula.
            Tiba-tiba........
         “Encik cari siapa?” bertanya seorang mak cik yang sedang menjemur karpet di pintu pagar rumah yang sengaja dibuka lapang mengikut besar dan panjang karpet yang dijemurnya itu.
           Diberak kucing barangkali, hati Alif mengagak kerana kucing Parsi kesayangan anak bongsunya memang suka berak di karpet tempat dia melepak menonton TV. Sudahlah karpet itu bercorak, mana nak perasan kalau si Gebu itu sama melambakkan isi perutnya di situ? Mungkin itu adalah balasan kerana mendapat kucing percuma. Entah siapa yang empunya, Alif memang tidak kuasa hendak bertanya. Apatah lagi kucing itu sudah menjadi kucing kesayangan anak-anaknya.
            “Nak tumpang tanya, boleh?” tanya Alif ramah.
            Mak cik entah siapa namanya itu mengangguk.
          “Rumah besar yang di tengah-tengah taman ni siapa yang punya? Dah lama saya lihat macam terbiar kosong aje?”
            “Nak beli ke?” 
            Bertanya mak cik itu kurang percaya dengan penampilan tuan yang bertanya. Ada duit ke dia ni?
         “Dia orang nak jual ke?” tanya Alif lagi. Sudah tentu terpampang papan tanda yang bertulis ‘FOR SALE’ masih hendak bertanya lagi?
            “Dengar cerita dia orang nak jual murah aje.”
            Alif sudah tersenyum dalam hati, dia yakin dia mampu membelinya dengan wang terpijak yang diperolehi. 
             “Berapa murahnya?”
       Mak cik itu tadi sedikit menjungkitkan bibir memandang Alif dari atas ke bawah. Naik motorsikal cabuk, ada hati nak beli banglo. 
              “Tiga ratus aje,” jawabnya selamba.
           “Tiga ratus?” tanya Alif macam nak terjojol biji matanya. Murahnya? Kenapa dia orang tak berebut? Bodoh betul!
            “Tiga ratus ribu...luasnya 100 kaki kali 80 kaki. Nampak tu!” Mak cik menunjuk ke arah tembok batu yang serupa Penjara Pudu.
            “Kenapa?”
            “Itu yang orang tak nak...rupa Penjara Pudu,” sahut mak cik. “...tak nampak jiran-jiran.”
        “Masuk ajelah dari pintu depan kalau nak datang,” ujar Alif langsung tidak menaruh buruk sangka. "...kenapa nak kena panjat tembok?"
            “Suka hati kamulah...” jawab mak cik yang sama kepanasan berjemur melayan. “....berani ke?”
            “Saya sekeluarga....anak tiga,” beritahu Alif jujur. “Nak jumpa siapa?”
            “Kalau betul berkenan, nanti akak telefon orangnya,” kata mak cik itu tersengih. Untung dia juga kalau dapat cari pembelinya. Dua puluh persen! Hati kecilnya berkata.
            “Okey...saya setuju,” jawab Alif seronok. Sudah lama dia menginginkan sebuah banglo. Kini angan-angannya bakal menjadi kenyataan.
            “Tinggalkan nombor telefon, nanti bila nak buat temujanji dengan tuannya, akak call kamu.”
            “Okey kak...” 
            Aliff menarik pen mata bulat di poket atas kemeja Tnya. Dia kemudian meraba-raba mencari sesuatu untuk menulis nama dan nombor hendsetnya. Kotak rokok yang berisi sebatang lagi itu dikoyakkan. Rokok yang sebatang itu diselit di celah telinga. 
            “Nah kak! Ni nama dan nombor henset saya,” ujarnya.
            “Alif Azim bin Asmawi,” mak cik membaca nama yang tertulis di kotak rokok.
            “Ya kak...nama penuh saya tu,” katanya bangga kerana mak cik itu dapat membaca tulisannya.
            “Pandai bapak awak beri nama...” ujar mak cik pula.
            “Sedapkan kak?” Soal Alif memuji.
           “Bermula dengan Alif dan berakhir dengan Azim....betullah tu,” jawab mak cik dengan senyum kambingnya.
            “Saya balik dulu kak, jangan lupa call saya tau?” pesan Alif yang senyumnya sudah melebar ke telinga.
            Mak cik angkat tangan membalas lambaian Alif bila motorsikal kapcai itu meninggalkan jalan depan rumahnya.
            Dia kemudian masuk ke rumah dan membuka suis kipas siling dengan kelajuan maksimum. Tak pasal-pasal dia sama berjemur macam karpetnya dek melayan si Alif tadi. Namun dia senyum bangga kerana menurut Alif dia memang berhajat untuk membeli rumah itu. Jadi, tidak secara langsung dia bakal menerima habuan sebanyak dua puluh persen dari harga jualan kerana berjaya membantu mencari pembelinya.
            Kipas yang berputar laju itu tidak dapat menampung bahang kepanasan yang dibawa dari luar tadi. Mak cik menarik majalah Saji dari atas meja kopi dan mengipas kulit wajah putihnya itu yang sudah seperti udang kena bakar. 
            “Dua puluh persen!” 
          Mak cik mengira dalam hati berapakah jumlah yang akan diperolehi? Dia senyum sendiri. Lepas ini dia akan mampu memasang alat pendingin udara di ruang tamu dan bilik tidurnya dengan wang komisyen yang diperolehi. Siapa sangka nasibnya baik hari ini kerana kebetulan dia keluar menjemur karpet yang tertumpah air tadi? Mengapa tidak Asiah dan Bibah jiran di kiri dan kanan rumahnya?
       Mak cik mendekati telefon rumahnya yang diletakkan di meja sudut. Laci meja itu ditarik mencari buku telefon yang menyimpan nombor tuan punya rumah yang dihajati oleh Alif tadi. Apabila nombornya dijumpai, dia menekan nombor itu satu-satu. Dia sekejap menunggu jika panggilannya tadi bersambung.
            “Oppa Gangnam Style!”
            Mak cik membawa telefon jauh sekaki dari lubang telinga. Terkejut dia dengan lagu ring tone nombor yang dipanggil.
            “Hello...who’s on the line...can I help you?” suara di sebelah sana talian menjawab.
            Donat ke? Tanya mak cik dalam hati. “Hello...assalamualaikum,” mak cik menjawab memberi salam.
            “Waalaikumsalam,” jawab si Donat di sebelah sana talian.
            “Ni Cik Pe’ah lah...”
            “Cik Pe’ah?” tanya Donat kelam.
            “Ala...yang tinggal di jalan belakang rumah besar, yang nak dijual tu?” Mak cik Pe’ah mengingatkan.
            “Ya mak cik...kenapa ye?”
            “Ada buyer dah...baru ni dia jumpa dengan mak cik, dia nak tengok rumah tu, bila dia boleh datang tengok?”
           “Oo...ye ke? Nanti saya tanyakan nenek saya....bila dah confirm saya call mak cik balik, boleh?”
            “Of course,” jawab Mak Cik Pe’ah gembira. Bercakap harus dengan perasaan yakin diri. Setakat of course, thank you very much itu semua memang sudah biasa digunakannya.
            Bas sekolah yang berhenti di hadapan rumahnya itu mengejutkan mak cik Pe’ah. Anak-anaknya sudah balik dari sekolah, dia masih berangan di sofa. Mujur nasi sudah dimasak, cuma ikan dan sayur yang perlu digoreng sahaja. Dapur dua tungku itu dapat membantunya menyiapkan kerja yang tertunda.
            
 `bersambung`           
            


March 15, 2013

My most appreciation...

Greetings to all...

N3 hari ini masih berkisar dengan CINTA SAMBAL BELACAN yang berada di tempat pertama di senarai jualan Buku Prima....*;) winking



Top 10 Novel Buku Prima dari 04/03/2013 sehingga 10/03/2013

1) Cinta Sambal Belacan - Junie Octovian
2) Aduhai, Mat Skema! - Levis Delisya
3) Pengantin Ekspress - Pitteriah Abdullah
4) Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
5) Dia Hero Hatiku - Eina Afrina
6) I Love You Cikgu - Imanisa Riana
7) Cucur Bawang & Kopi 'O' - Hasrudi Jawawi
8) Hingga Ke Akhirnya - Siti Nur Dhuha
9) My Love Playgirl - Siti Nur Dhuha
10) Bisik-bisik Gelora - Fauziah Ashari

Tahniah kepada semua :)
Dan jangan lupa untuk layari http://www.bukuprima.com.my/ untuk mengetahui buku-buku keluaran terbaru dan yang sudah berada dipasaran!
 — 


Hehehe *:x lovestruck  senyum sampai telinga sepanjang hari bila dapat berita terkini. Alhamdulillah!

Si Adik yang mendapat BB1M pula sibuk mengajak ke MPH berdekatan, mana lagi kalau bukan di Setia City Mall? Masuk sahaja di entrancenya sudah terpandang dengan senarai novel terlaris minggu itu, maka si kakak cepat mengambil kesempatan merakamkan gambar senarai yang terpampang itu. Hehehe *O:-) angel aku tersenyum girang, dah rasa ringan je nak terbang.


Tersenarai diantara yang tersenarai  *:) happy


Aku menyandar lega. Okeylah tu...kalau dalam kelas agaknya aku ni dapat nombor 8...gitulah lebih kurang. Kemudian aku teringat semasa di dalam darjah satu berpuluh tahun dahulu, aku kegembiraan bila balik dari sekolah cepat aje memberitahu emak bahawa aku mendapat tempat ke 11 di dalam kelas. Emak tak kelihatan gembira langsung.

"Tak bagus ye mak?" aku tanya bila lihat wajah kecewa emak. First time kot? Masa tu mana sibuk ada Tadika bagai?

"Lain kali tak nak ada dua nombor satu tu," emak terangkan pada aku. "...orang nak yang nombor satu aje," tambah emak lagi.

Masa tu aku masih sengal lagi kot? Ada ke nak nombor satu? Dalam hatiku berkata...sikit aje tu!
Semenjak dari itu aku terus berusaha dan berusaha untuk berebut kedudukan di dalam kelas. Jika penggal satu aku mendapat tempat kedua, penggal kedua pula aku berjaya merebut tempat pertama dan begitulah seterusnya sehingga tamat sekolah rendah. While the rest is history... *:) happy

Seorang adik blogger yang terkenal SMSku untuk mengadakan GA di blognya dengan hadiah 5 buah novel CINTA SAMBAL BELACAN. Wah! Baiknya hati dia nak tolong promote novelku...TQ EQBALZACK!


Next Giveaway (minggu hadapan) daripada Novelis Junie Octovian iaitu 5 buah novel "CINTA SAMBAL BELACAN" & 10 pieces GENUINE SEAGLASS WIRE-CRAFT (WITH SILVER COATED-ARTISTIC WIRE) daripada http://ismiqbal.blogspot.com/.
cc. Junaidah Omar & Ixbarr Abdullah


Kepada sesiapa yang mahu menyertai GA dari blog Eqbalzack, jangan lupa sering menjenguk ke blog beliau bermula pada minggu hadapan. Minggu ni beliau hendak pergi bercuti setelah kepenatan memerah otak di persidangan di Bangkok yang disertainya.

Terima kasih kepada kalian yang telah sama melariskan jualan CINTA SAMBAL BELACAN. Semoga anda terhibur dengan kisah yang ku hidangkan. *B-) cool

Junie Octovian: Perfection can only be found in one man. His name was Muhammad (pbuh) and his life was the Quran.




March 11, 2013

Family Gathering...

Greetings to all...

Ada 2 events yang bakal berlangsung pada tanggal 9 hb Mac,2013 tercatit di wall-E wallku. Aku tidak memberikan apa-apa balasan sebagai keputusannya kerana harus memilih yang mana satu. Ikut wajibnya, patut ke rumah along sepupuku di Bukit Indah, Ampang. Tetapi untuk ke situ aku tidak berapa mahir jalannya, harus meminta pertolongan anak sulongku Firdaous pula. Itupun jika dia tidak ada apa-apa rencana hujung minggu bersama keluarga kecilnya itu. Kemungkinan juga dia telah mengaturcara bersama keluarga mentuanya, siapa tahu?

Tetapi, jika menurut kepada jemputan, dia juga menerima jemputan yang sama seperti aku. Jadi sehingga pagi sabtu 9hb itu, aku masih berkira-kira ke manakah harus ku tuju. Jika tiada siapa yang hendak membawaku ke Ampang, pasti aku akan ke Senawang jemputan yang lagi satu. Kalau ke situ, aku memang sudah tahu benar arahnya.

Semasa aku tinggal di Kota Kemuning dulu, hendak ke rumah Along agak mudah sedikit mengambil jalan dari KESAS. Dari Setia Alam ini pula, memang aku belum mahir lagi.

Aku hantar WhatsApp pada Firdaous jika dia memilih untuk ke rumah mak longnya di Ampang, aku minta untuk menumpang.

< Pg. Dah siap cuci keter nak park sebelah Ferrari > macam tu dia balas. *:-B nerd

Aku sudah memasuki bandar KL semasa Ngah call bertanya tentang majlis yang diadakan itu.

"Betul Ngah...hari nilah. Along cakap majlis dari jam 11 pagi sampai 3 petang," aku beritahu Ngah. Gembira pula rasanya kerana abangku yang seorang ini memang rajin ke majlis yang diundang oleh saudara mara. Maklumlah...masing-masing sudah tidak punya emak lagi yang dahulunya menjadi pengerat silaturahimnya.

"SMSkan alamatnya," jawab Ngah pula.

"Iwan tak pergi ke?" aku tanya Ngah balik kerana biasanya dia akan datang dengan Iwan anak lelakinya yang sudah masak dengan area KL ni. Kalau Ngah yang nak drive datang sendiri, harus kena guna GPS.

"Iwan tak dapat datang, dia demam," adu Ngah. Kasihan pula abangku itu. Mampukah dia memandu masuk ke KL dari Nilai? Makanya jalan hendak ke rumah Along tu, sesak semedang. *:( sad

Memang adik sepupuku itu murah rezekinya. Suaminya yang baru-baru ini menerima pangkat Dato' minat dengan kereta-kereta mewah. Berbaris di depan rumahnya menempatkan pelbagai jenis kereta. Dah rupa kereta mainan pula.

Sampai di sana, keluarga kami yang dulu pernah sama timbul sama tenggelam itu berpelukan diantara satu sama lain. Sayu betul hati mengimbau kenangan lalu...betapa ikatan kami sangat rapat ketika itu. Kini, anak masing-masing sudah menemui halatuju. Tidak secara langsung, aku tumpang bangga dengan kejayaan anak-anak saudaraku itu.

Aku call Ngah kerana tidak nampak lagi bayangnya di situ sedangkan aku sudah beberapa kali mengulang makan. Menu yang tersedia bersama dengan kuih-muihnya sangat memikat selera apatah lagi waktu hujan. Sambal belacan dan ulam kacang botol itu memang menyelerakan sekali.

Pelbagai kek dan roti yang dibuat oleh Kak Lang, adik Along yang sejak berumahtangga sudah menetap di Beseri Perlis. Mak ai! Apa tak terus masuk ke Siam? Lupa pula nak tanya jika Kak Lang sekarang ini sudah mampu berbicara dalam loghat Siam. Sawadikap! Chan Rak Ter...

"Ngah sesat dah ni...berhenti di Shell Ulu Kelang," katanya.*#-o d'oh!

Aku tepuk dahi. Aiseymen...aku sendiri tidak pandai hendak memberi arah kepadanya untuk menuju ke rumah Along. Maka aku serahkan henset kepada tuan rumah Dato' Haji Mahzan. Dari jasa baik beliau, anaknya Aiman dan seorang sepupuku Abdul Razak diarah mendapatkan Ngah dengan motorsikal sahaja bagi memudahkan menunjuk jalan.

Alhamdulillah! Akhirnya Ngah, Shasha dan Haikal sampai dipandu oleh Aiman. Cayalah Aiman!

Selain bergosip tentang beberapa hal...kami di situ sama mempersoalkan tentang kisah Sabah yang dicerobohi.  *:-$ don't tell anyone shh! Kisah itu memang sedang menjadi topik hangat di sana sini sekarang ini. Kecewa sungguh dengan apa yang sedang berlaku itu kerana aku ada keluarga yang menetap di sana. Semoga mereka semua itu dilindungi Allah SWT hendaknya. Aamiin!


...aku dan sepupu2 anak mak ucu...

Tiba-tiba famous pula jadinya keturunan Sulu. Cuma yang aku ingat, zaman P.Ramlee dulu, allahyarham ada mengambil seorang pelakun yang bernama Dayang Sulu untuk membintangi filem Laksamana Do Re Mi. Waktu itu juga aku terfikir, kenapa aku tidak interview emak semasa hayatnya untuk bercerita tentang sejarah hidup dan tentang keturunan kami untuk ku catatkan sebagai simpanan pengetahuan anak cucu? Rugi betul! *:-/ confused 

Cuma yang aku ingat emak pernah bercerita, dia membawa adik bongsunya itu sama keluar untuk mencari suasana baru dan kehidupan yang baru. Emak tidak mahu dibelengu dengan kehidupan di kampung. Kebetulan adik bongsunya itu tidak berapa digemari oleh nenekku yang bersifat pilih kasih pula. Maka adiknya itu dipelihara seakan anak sendiri. 

Jadi, abang sulongku dan Ngah membesar bersama-sama adik emak yang mereka panggil ucu yang dianggap macam kakak mereka. Setelah mendapat 2 orang anak lelaki, emak mendapat 4 orang anak perempuan kemudiannya. Manakala adik emak tadi melahirkan 4 orang anak-anak perempuan dan 3 orang lelaki pula. Sebab itulah kami berlapan orang perempuan itu sangat rapat hubungannya, apatah lagi adik emak itu tinggal tidak jauh dari emak.

Kami membesar bersama-sama, makan minum tidur baring sehinggalah masing-masing membesar dan memilih jalan sendiri. Kini kami jarang berjumpa lagi kerana sudah hidup berkeluarga dan bertaburan di serata negeri. Kesempatan untuk bertemu itu diambil bila anak mak ucu yang sulong mengadakan majlis kenduri arwah dan kesyukuran di rumahnya di Bukit Indah Ampang. *=D&gt; applause


...gambar dari koleksi Belle Princess Hassan Shah...

Terima kasih Belle dan Nur 'Atiqah. Gambar ini ku kongsikan di sini untuk diabadikan suasana perjumpaan yang meriah itu. Semoga ada lagi masa dan ketika untuk kita berkumpul bersama. In sya Allah...


Junie Octovian: "Kalau rindukan seseorang, baca Al-Fatihah sambil tangan di dada dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga di merasai rindu kita padanya." ~ Ustaz Don Daniyal.





March 8, 2013

Di Aswara...

Greetings to all...

Hari ni nak update tentang pengalaman ke Superpitch 2013 yang berlangsung di Aswara, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

"Kalau tau tadi bawak Hana, boleh melawat Tugu Peringatan sekali," kata abang long yang mennghantar aku pagi itu.

Aku toleh Tugu Peringatan itu sehingga berpusing kepala 180 darjah. Teringat waktu akhir aku bersama teman-teman sekolah membuat lawatan ke situ jauh dari selatan tanahair. Sekarang ini setelah tinggal agak dekat, tidak terfikir pula hendak menjejakkan kaki ke situ bersama anak-anak. Serius...tak ada dalam list langsung. Apa daa.... *~X( at wits' end


Puan Sri Diah ~ pengurus bahagian penerbitan di Karangkraf

Salah satu syarikat penerbitan yang berada di situ...

Kepunyaan Radhi Khalid....


Penulis2 dari BUKU PRIMA bersama Editor Tuan Hj. Mohd Ali....


Pitching dengan pihak stesen TV RTM 1 & 2...

Ini memang pengalaman namanya, kalau tidak kita tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir penerbitan drama TV, kan?

Banyak sungguh pengalaman yang ku perolehi kebelakangan ini. Boleh disimpan sebagai point untuk cerita kemudian nanti, in shaa Allah, kalau dipanjangkan usia.

Sekarang ini sudah menjadi trend, setesen TV mengambil cerita dari novel untuk diadaptasi ke drama dan di sinilah bermulanya proses tersebut. Setelah kisah Adam & Hawa, Setia Hujung Nyawa dan terkini Cinta Kau dan Aku yang bersiaran di TV 1 pada hari Khamis dan Jumaat bermula pada jam 10.00 malam, kita tunggu novel tulisan siapakah yang bakal terpilih seterusnya.  *:-$ don't tell anyone shh!

Bangga betul Editor kami dan Puan Sri Diah selaku Pengurus Besar Penerbitan di Karangkraf kerana ramai sudah karya novelis di bawah naungan Karangkraf menjadi pilihan pihak produser untuk dijadikan drama adaptasi.  *;) winking


Junie Octovian: Sedang membaca CHAN RAK TER...karya Sara Aisha dari Karya Seni..*:-SS nail biting



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...