Cuaca panas sejak 2/3 hari ini menyebabkan aku hilang fokus untuk menulis. Mata mamai-mamai aje memandang skrin laptop. Apatah lagi hendak mengupdate blog...hisy!!
Semenjak dua menjak kelahiran CINTA SAMBAL BELACAN ni, aku asyik sahaja mengupdate blog dengan kemajuan yang berlaku kepada novel tersebut. Memang tidak terduga, novel itu mendapat sambutan. Ala...kira oklah tu jika dikira pembacanya yang di dalam lingkungan anak Melayu Malaysia ni, kan?
Mana boleh nak berdiri setanding dengan buku atau novel omputih...memang jauh bagai bumi dengan langitlah jawabnya.
"Habis tu kalau Rahsia Semalam, apa tajuk yang catchy untuknya?" aku tanya adik yang baru pulang dari kelas tengahari itu.
Dia melabuhkan punggung ke hujung sofa sambil meletakkan beg dan failnya ke tepi. "Rahsialah sangat..." jawab adik ringkas.
Aku petik jari. "Bagus juga idea tu."
Adik pandang aku yang terus segar biji mata. Aku bangun menyambung penulisan yang tergantung masih belum ditemui jalan penamat cerita.
Di sini, aku kongsikan satu cerita...akan ku garap dan ku olah menjadi novel jika aku masih punya masa, in syaa Allah
ALIF, si MAT JENIN
Bab 1
SUDAH beberapa kali Alif bertawaf ke
kawasan taman perumahan itu dengan motorsikal kapcainya. Dia hairan ada sebuah
rumah yang terletak di tengah-tengah itu seperti menganggu pemandangannya. Ego
dan angkuh betul tuan empunya rumah itu yang telah mendirikan rumah sebesar itu
di tengah-tengah perumahan yang lelainnya, bisik hati Alif.
Dia ke situ dengan harapan dapat mencari sebuah rumah dengan hasil wang menang loteri. Anak-anak dan isterinya belum diberitahu dan diajak berbincang mengenainya. Memang sudah lama dia berangan-angan mempunyai rumah sendiri. Tetapi dengan wang gajinya yang kecil itu dia masih tidak mampu memiliki sebuah pun. Dia pula tidak berminat untuk bergaul dengan kumpulan pemuda Umno di kawasan tempat tinggalnya sekarang. Jika tidak sudah tentu dia dapat memiliki paling tidak pun sebuah rumah kos rendah seperti kawan-kawannya yang menjadi ahli pertubuhan itu.
Isterinya
yang mengambil upah menjahit baju kurung dan mengajar kanak-kanak mengaji
Al-Quran, membebel setiap hari mengingatkan suaminya yang berperangai seperti
Mat Jenin. Alif suka mengangankan sesuatu tetapi tidak mahu berusaha.
Alif
yang bekerja mengikut lori sampah itu atau nama glamour kerjayanya 'Health Engineer', telah terjumpa dengan sekeping tiket
loteri dan menyimpannya tanpa pengetahuan teman-teman sekerja yang lain. Entah
macam mana tiket itu telah mendapat tempat pertama. Dia terkedu juga tetapi
mendiamkan diri bimbang tuan punya tiket sebenar itu datang mencarinya pula.
Tiba-tiba........
“Encik
cari siapa?” bertanya seorang mak cik yang sedang menjemur karpet di pintu
pagar rumah yang sengaja dibuka lapang mengikut besar dan panjang karpet yang
dijemurnya itu.
Diberak
kucing barangkali, hati Alif mengagak kerana kucing Parsi kesayangan anak
bongsunya memang suka berak di karpet tempat dia melepak menonton TV. Sudahlah
karpet itu bercorak, mana nak perasan kalau si Gebu itu sama melambakkan isi
perutnya di situ? Mungkin itu adalah balasan kerana mendapat kucing percuma. Entah siapa yang empunya, Alif memang tidak kuasa hendak bertanya. Apatah lagi kucing itu sudah menjadi kucing kesayangan anak-anaknya.
“Nak
tumpang tanya, boleh?” tanya Alif ramah.
Mak
cik entah siapa namanya itu mengangguk.
“Rumah
besar yang di tengah-tengah taman ni siapa yang punya? Dah lama saya lihat
macam terbiar kosong aje?”
“Nak
beli ke?”
Bertanya mak cik itu kurang percaya dengan penampilan tuan yang bertanya. Ada duit ke dia ni?
Bertanya mak cik itu kurang percaya dengan penampilan tuan yang bertanya. Ada duit ke dia ni?
“Dia
orang nak jual ke?” tanya Alif lagi. Sudah tentu terpampang papan tanda yang
bertulis ‘FOR SALE’ masih hendak bertanya lagi?
“Dengar
cerita dia orang nak jual murah aje.”
Alif
sudah tersenyum dalam hati, dia yakin dia mampu membelinya dengan wang terpijak
yang diperolehi.
“Berapa murahnya?”
“Berapa murahnya?”
Mak
cik itu tadi sedikit menjungkitkan bibir memandang Alif dari atas ke bawah.
Naik motorsikal cabuk, ada hati nak beli banglo.
“Tiga ratus aje,” jawabnya selamba.
“Tiga ratus aje,” jawabnya selamba.
“Tiga
ratus?” tanya Alif macam nak terjojol biji matanya. Murahnya? Kenapa dia orang
tak berebut? Bodoh betul!
“Tiga
ratus ribu...luasnya 100 kaki kali 80 kaki. Nampak tu!” Mak cik menunjuk ke
arah tembok batu yang serupa Penjara Pudu.
“Kenapa?”
“Itu
yang orang tak nak...rupa Penjara Pudu,” sahut mak cik. “...tak nampak
jiran-jiran.”
“Masuk
ajelah dari pintu depan kalau nak datang,” ujar Alif langsung tidak menaruh
buruk sangka. "...kenapa nak kena panjat tembok?"
“Suka
hati kamulah...” jawab mak cik yang sama kepanasan berjemur melayan.
“....berani ke?”
“Saya
sekeluarga....anak tiga,” beritahu Alif jujur. “Nak jumpa siapa?”
“Kalau
betul berkenan, nanti akak telefon orangnya,” kata mak cik itu tersengih.
Untung dia juga kalau dapat cari pembelinya. Dua puluh persen! Hati kecilnya berkata.
“Okey...saya
setuju,” jawab Alif seronok. Sudah lama dia menginginkan sebuah banglo. Kini
angan-angannya bakal menjadi kenyataan.
“Tinggalkan
nombor telefon, nanti bila nak buat temujanji dengan tuannya, akak call kamu.”
“Okey
kak...” Aliff menarik pen mata bulat di poket atas kemeja Tnya. Dia kemudian meraba-raba mencari sesuatu untuk menulis nama dan nombor hendsetnya. Kotak rokok yang berisi sebatang lagi itu dikoyakkan. Rokok yang sebatang itu diselit di celah telinga.
“Nah kak! Ni nama dan nombor henset saya,” ujarnya.
“Alif
Azim bin Asmawi,” mak cik membaca nama yang tertulis di kotak rokok.
“Ya
kak...nama penuh saya tu,” katanya bangga kerana mak cik itu dapat membaca
tulisannya.
“Pandai
bapak awak beri nama...” ujar mak cik pula.
“Sedapkan
kak?” Soal Alif memuji.
“Bermula
dengan Alif dan berakhir dengan Azim....betullah tu,” jawab mak cik dengan
senyum kambingnya.
“Saya
balik dulu kak, jangan lupa call saya tau?” pesan Alif yang senyumnya sudah
melebar ke telinga.
Mak
cik angkat tangan membalas lambaian Alif bila motorsikal kapcai itu
meninggalkan jalan depan rumahnya.
Dia
kemudian masuk ke rumah dan membuka suis kipas siling dengan kelajuan maksimum.
Tak pasal-pasal dia sama berjemur macam karpetnya dek melayan si Alif tadi.
Namun dia senyum bangga kerana menurut Alif dia memang berhajat untuk membeli
rumah itu. Jadi, tidak secara langsung dia bakal menerima habuan sebanyak dua
puluh persen dari harga jualan kerana berjaya membantu mencari pembelinya.
Kipas
yang berputar laju itu tidak dapat menampung bahang kepanasan yang dibawa dari
luar tadi. Mak cik menarik majalah Saji dari atas meja kopi dan mengipas kulit
wajah putihnya itu yang sudah seperti udang kena bakar.
“Dua puluh persen!”
Mak
cik mengira dalam hati berapakah jumlah yang akan diperolehi? Dia senyum
sendiri. Lepas ini dia akan mampu memasang alat pendingin udara di ruang tamu
dan bilik tidurnya dengan wang komisyen yang diperolehi. Siapa sangka nasibnya
baik hari ini kerana kebetulan dia keluar menjemur karpet yang tertumpah air
tadi? Mengapa tidak Asiah dan Bibah jiran di kiri dan kanan rumahnya?
“Oppa
Gangnam Style!”
Mak
cik membawa telefon jauh sekaki dari lubang telinga. Terkejut dia dengan lagu
ring tone nombor yang dipanggil.
“Hello...who’s
on the line...can I help you?” suara di sebelah sana talian menjawab.
Donat
ke? Tanya mak cik dalam hati. “Hello...assalamualaikum,” mak cik menjawab
memberi salam.
“Waalaikumsalam,”
jawab si Donat di sebelah sana talian.
“Ni
Cik Pe’ah lah...”
“Cik
Pe’ah?” tanya Donat kelam.
“Ala...yang
tinggal di jalan belakang rumah besar, yang nak dijual tu?” Mak cik Pe’ah
mengingatkan.
“Ya
mak cik...kenapa ye?”
“Ada
buyer dah...baru ni dia jumpa dengan mak cik, dia nak tengok rumah tu, bila dia
boleh datang tengok?”
“Oo...ye
ke? Nanti saya tanyakan nenek saya....bila dah confirm saya call mak cik balik,
boleh?”
“Of
course,” jawab Mak Cik Pe’ah gembira. Bercakap harus dengan perasaan yakin
diri. Setakat of course, thank you very much itu semua memang sudah biasa
digunakannya.
Bas
sekolah yang berhenti di hadapan rumahnya itu mengejutkan mak cik Pe’ah.
Anak-anaknya sudah balik dari sekolah, dia masih berangan di sofa. Mujur nasi
sudah dimasak, cuma ikan dan sayur yang perlu digoreng sahaja. Dapur dua tungku
itu dapat membantunya menyiapkan kerja yang tertunda.
`bersambung`
No comments:
Post a Comment