March 11, 2013

Family Gathering...

Greetings to all...

Ada 2 events yang bakal berlangsung pada tanggal 9 hb Mac,2013 tercatit di wall-E wallku. Aku tidak memberikan apa-apa balasan sebagai keputusannya kerana harus memilih yang mana satu. Ikut wajibnya, patut ke rumah along sepupuku di Bukit Indah, Ampang. Tetapi untuk ke situ aku tidak berapa mahir jalannya, harus meminta pertolongan anak sulongku Firdaous pula. Itupun jika dia tidak ada apa-apa rencana hujung minggu bersama keluarga kecilnya itu. Kemungkinan juga dia telah mengaturcara bersama keluarga mentuanya, siapa tahu?

Tetapi, jika menurut kepada jemputan, dia juga menerima jemputan yang sama seperti aku. Jadi sehingga pagi sabtu 9hb itu, aku masih berkira-kira ke manakah harus ku tuju. Jika tiada siapa yang hendak membawaku ke Ampang, pasti aku akan ke Senawang jemputan yang lagi satu. Kalau ke situ, aku memang sudah tahu benar arahnya.

Semasa aku tinggal di Kota Kemuning dulu, hendak ke rumah Along agak mudah sedikit mengambil jalan dari KESAS. Dari Setia Alam ini pula, memang aku belum mahir lagi.

Aku hantar WhatsApp pada Firdaous jika dia memilih untuk ke rumah mak longnya di Ampang, aku minta untuk menumpang.

< Pg. Dah siap cuci keter nak park sebelah Ferrari > macam tu dia balas. *:-B nerd

Aku sudah memasuki bandar KL semasa Ngah call bertanya tentang majlis yang diadakan itu.

"Betul Ngah...hari nilah. Along cakap majlis dari jam 11 pagi sampai 3 petang," aku beritahu Ngah. Gembira pula rasanya kerana abangku yang seorang ini memang rajin ke majlis yang diundang oleh saudara mara. Maklumlah...masing-masing sudah tidak punya emak lagi yang dahulunya menjadi pengerat silaturahimnya.

"SMSkan alamatnya," jawab Ngah pula.

"Iwan tak pergi ke?" aku tanya Ngah balik kerana biasanya dia akan datang dengan Iwan anak lelakinya yang sudah masak dengan area KL ni. Kalau Ngah yang nak drive datang sendiri, harus kena guna GPS.

"Iwan tak dapat datang, dia demam," adu Ngah. Kasihan pula abangku itu. Mampukah dia memandu masuk ke KL dari Nilai? Makanya jalan hendak ke rumah Along tu, sesak semedang. *:( sad

Memang adik sepupuku itu murah rezekinya. Suaminya yang baru-baru ini menerima pangkat Dato' minat dengan kereta-kereta mewah. Berbaris di depan rumahnya menempatkan pelbagai jenis kereta. Dah rupa kereta mainan pula.

Sampai di sana, keluarga kami yang dulu pernah sama timbul sama tenggelam itu berpelukan diantara satu sama lain. Sayu betul hati mengimbau kenangan lalu...betapa ikatan kami sangat rapat ketika itu. Kini, anak masing-masing sudah menemui halatuju. Tidak secara langsung, aku tumpang bangga dengan kejayaan anak-anak saudaraku itu.

Aku call Ngah kerana tidak nampak lagi bayangnya di situ sedangkan aku sudah beberapa kali mengulang makan. Menu yang tersedia bersama dengan kuih-muihnya sangat memikat selera apatah lagi waktu hujan. Sambal belacan dan ulam kacang botol itu memang menyelerakan sekali.

Pelbagai kek dan roti yang dibuat oleh Kak Lang, adik Along yang sejak berumahtangga sudah menetap di Beseri Perlis. Mak ai! Apa tak terus masuk ke Siam? Lupa pula nak tanya jika Kak Lang sekarang ini sudah mampu berbicara dalam loghat Siam. Sawadikap! Chan Rak Ter...

"Ngah sesat dah ni...berhenti di Shell Ulu Kelang," katanya.*#-o d'oh!

Aku tepuk dahi. Aiseymen...aku sendiri tidak pandai hendak memberi arah kepadanya untuk menuju ke rumah Along. Maka aku serahkan henset kepada tuan rumah Dato' Haji Mahzan. Dari jasa baik beliau, anaknya Aiman dan seorang sepupuku Abdul Razak diarah mendapatkan Ngah dengan motorsikal sahaja bagi memudahkan menunjuk jalan.

Alhamdulillah! Akhirnya Ngah, Shasha dan Haikal sampai dipandu oleh Aiman. Cayalah Aiman!

Selain bergosip tentang beberapa hal...kami di situ sama mempersoalkan tentang kisah Sabah yang dicerobohi.  *:-$ don't tell anyone shh! Kisah itu memang sedang menjadi topik hangat di sana sini sekarang ini. Kecewa sungguh dengan apa yang sedang berlaku itu kerana aku ada keluarga yang menetap di sana. Semoga mereka semua itu dilindungi Allah SWT hendaknya. Aamiin!


...aku dan sepupu2 anak mak ucu...

Tiba-tiba famous pula jadinya keturunan Sulu. Cuma yang aku ingat, zaman P.Ramlee dulu, allahyarham ada mengambil seorang pelakun yang bernama Dayang Sulu untuk membintangi filem Laksamana Do Re Mi. Waktu itu juga aku terfikir, kenapa aku tidak interview emak semasa hayatnya untuk bercerita tentang sejarah hidup dan tentang keturunan kami untuk ku catatkan sebagai simpanan pengetahuan anak cucu? Rugi betul! *:-/ confused 

Cuma yang aku ingat emak pernah bercerita, dia membawa adik bongsunya itu sama keluar untuk mencari suasana baru dan kehidupan yang baru. Emak tidak mahu dibelengu dengan kehidupan di kampung. Kebetulan adik bongsunya itu tidak berapa digemari oleh nenekku yang bersifat pilih kasih pula. Maka adiknya itu dipelihara seakan anak sendiri. 

Jadi, abang sulongku dan Ngah membesar bersama-sama adik emak yang mereka panggil ucu yang dianggap macam kakak mereka. Setelah mendapat 2 orang anak lelaki, emak mendapat 4 orang anak perempuan kemudiannya. Manakala adik emak tadi melahirkan 4 orang anak-anak perempuan dan 3 orang lelaki pula. Sebab itulah kami berlapan orang perempuan itu sangat rapat hubungannya, apatah lagi adik emak itu tinggal tidak jauh dari emak.

Kami membesar bersama-sama, makan minum tidur baring sehinggalah masing-masing membesar dan memilih jalan sendiri. Kini kami jarang berjumpa lagi kerana sudah hidup berkeluarga dan bertaburan di serata negeri. Kesempatan untuk bertemu itu diambil bila anak mak ucu yang sulong mengadakan majlis kenduri arwah dan kesyukuran di rumahnya di Bukit Indah Ampang. *=D&gt; applause


...gambar dari koleksi Belle Princess Hassan Shah...

Terima kasih Belle dan Nur 'Atiqah. Gambar ini ku kongsikan di sini untuk diabadikan suasana perjumpaan yang meriah itu. Semoga ada lagi masa dan ketika untuk kita berkumpul bersama. In sya Allah...


Junie Octovian: "Kalau rindukan seseorang, baca Al-Fatihah sambil tangan di dada dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga di merasai rindu kita padanya." ~ Ustaz Don Daniyal.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...