NATASYA di premis Cool Blog kepunyaan Aleeya, temannya.
Dia dipanggil untuk membantu kerana pada hari minggu itu ramai benar orang yang
datang berkunjung ke supermarket.
Tidak menang tangan si Aleeya dibuatnya. Kebetulan pembantunya demam pula pada
hari itu, maka Natasya menjadi mangsa untuk dijadikan pembantunya. Natasya pun
memang sudah pandai membuatnya kerana sesekali dia ke premis itu, dia akan
sibuk membantu Aleeya.
“Saya
nak lime blog,” kata suara yang
memakai spek hitam.
Natasya
mengerling lelaki itu sambil tangannya ligat membuat kerja. Rasa macam pernah
jumpa, tapi di mana ye? Setelah siap, dia menghulurkan kepada lelaki itu, “Dua
ringgit sembilan puluh sen.”
Lelaki
itu mengambil lime blognya sambil
menonggengkan bekas. “Eh? Mana bubblenya?”
“Tadi
encik tak cakap pun nak letak bubble?”
“Tapi
saya nak yang ada bubble.”
“Lain
kali kalau cakap biar terang,” ujar Natasya mengajuk Tan Sri P. Ramlee dalam
filem Ali Baba Bujang Lapok.
Lelaki
berspek hitam itu melayangkan senyum tidak bersalah. Terpaksa Natasya membuat
yang baru… nak buat macam mana? Kalau berniaga ni… customers always right!
“Here!!”
hulur Natasya sedikit garang. “Three
ringgit fifty cents.”
Lelaki
itu menghulurkan wang kertas Rm5. Natasya pula memulangkan baki Rm1.50
kepadanya.
“Thanks,” ucap lelaki itu.
“Yeah! Suck your balls,” balasnya.
Aleeya
yang mendengar cepat melibas lengan Natasya dengan kain pengelap. “Mind your language,” tegurnya.
Natasya
hanya melemparkan senyum sambil mengerling lelaki itu pergi. Di tangan lelaki
itu ada beberapa beg kertas dari premis berjenama yang menjual pakaian lelaki. Bukan
main lagi, hatinya berkata… shopping baju rayalah tu.
Ayat
yang diucap oleh Natasya tadi rasa menyucuk ke jantung hati Benjamin Kareem.
Perempuan ni… bahasa tak agak-agak ye? Getusnya dalam hati. Ayat makan dalam
tu… ganas betul! Tetapi hatinya macam sudah tersuka dengan perempuan yang
mulutnya macam murai tercabut ekor itu. Esok datang lagi, kita kacau perempuan
ni, getus Benjamin Kareem.
PUAN Nabila menghantar whatsApp
kepada Natasya tengahari itu.
Emak
masak escargot untuk Dato’… tentu dia
suka.
Natasya
kerut dahi membaca whatsApp dari
emaknya. Semenjak ayah belikan telefon pintar ni, bukan main lagi. WhatsApp, Line dan Instagram semua emak dah install.
Tapi… Escargot?
Emak
tahu ke escargot tu apa? Balas
Natasya.
Emak
dapat idea dari channel AFC tadi… Daniel Bouloud ajar masak escargot. Katanya itu makanan kegemaran orang Perancis. Tentu Datin
Layla sama suka dengan masakan mak.
Natasya
tepuk dahi. Hadoi!! Masakan emak pergi kutip siput tu, kut? Dia yang curiga
cepat membalas whatsApp.
Bagi
gambar escargot tu?
Lima
minit kemudian, Puan Nabila sudah menghantar gambar lauk yang dimaksudkan berserta
dengan mesejnya sekali.
Tapi
emak dah fusionkan, Hehehe
Natasya
melepaskan nafas lega.
Eleh!!
Ingatkan siput Cadbury yang di
pangkal-pangkal rumpun pandan di tepi rumahnya… hisy! Dia merenung gambar
kiriman emaknya itu sambil ketawa di dalam hati. Wah! Emak pun dah pandai
belajar food photography… siap
berhias bagai gaya orang yang empunya blog masakan pula. Ini mesti emak selalu skodeng
blog Mat Gebu – Dapur Tanpa Sempadan. Hehehe…
***********************************************************************************
“OOPS! Tolong tepi sikit,” ujar
Benjamin Kareem sambil sedikit membongkok dengan tangan kanan yang dijulurkan
ke depan. Seriau betul dia bila bertembung lagi dengan perempuan yang memakai
kasut tumit tinggi itu. Dia mengerling sedikit ke kaki perempuan itu… dan pada
hari ini, stilettonya berwarna merah
pula.
Natasya
yang melihat kelakuan lelaki itu seakan mahu gelak tergolek dibuatnya. Bimbang
diinjak lagi kasutnya, kut? Kus semangat! Natasya mengurut dada. Mujur dia
tidak disergah oleh lelaki itu kerana insiden yang berlaku hampir sebulan yang
lalu.
“Lelaki
tu ada urusan apa dengan Rimau Kayu ni?” soal Natasya.
Niena
si penyambut tetamu hanya angkat bahu. Dia sibuk mengasingkan surat-surat yang
baru sampai tengahari itu bila Natasya datang untuk bertanyakan tentang kad
raya dari teman lelakinya yang masih berada di luar negeri kerana melanjutkan
pelajaran.
“Di
Eindhoven tu ada jual kad raya ke?” tanya Natasya semasa mereka berskype usai bersahur pagi tadi.
“Memanglah
tak ada,” jawab Luqman Hakim di sebelah sana benua. “Tapi I take the inisiative to make one for my dearest, tau?”
“Yalah
tu!”
“Infact… awal Ramadan lagi I dah pos. You checklah nanti.”
“You
pakai alamat mana?”
“Your office.”
Sebab
itulah, tengahari itu Natasya cepat ke kaunter penyambut tetamu bertanyakan kad
raya dari Eindhoven itu. Dia begitu teruja ingin melihat kad yang dikirim oleh
Luqman Hakim.
“Cik
Natasya!!” jerit Niena sambil menghulurkan kad yang dinanti itu. “Taa daa!!”
Natasya
cepat memanjangkan tangan dengan senyum yang sudah melebar ke telinga. Namun
apabila dia berpusing, sikunya menghentak dada seseorang di sebelah.
“Aww!!”
suara itu sekali lagi menjerit kesakitan.
Erk?!
Natasya berpaling. Mamat ni lagi, hatinya berkata. Lelaki itu
terbongkok-bongkok menahan kesakitan. “Encik okey ke?” tanya Natasya yang
mendekati lelaki itu.
“Tolong
tepi sikit, boleh tak?” kata lelaki itu tanpa mengangkat wajahnya. Senak dada
kut? Lagi-lagi di bulan puasa ni. Elak dipijak kaki, kena hentak dengan siku
pula. Hisy!
***********************************************************************************
“AWAK!” panggil Benjamin Kareem
elok dia sampai di premis Cool Blog
di dalam Supermarket itu. Puas dia
tertinjau-tinjau mencari kelibat si Mulut Laser tu tetapi tidak kelihatan.
Sebab itu dia datang mendekati untuk bertanya. Bukan dia minat sangat pun
dengan Cool Blog tu, tapi sengaja
hendak mengacau perempuan yang tidak diketahui siapa namanya itu.
Dia
nampak comel dengan cap yang dipakai
terbalik dan bercermin mata gaya old
school. Relaks aje dia kerja di premis itu. Kalau sesetengah perempuan yang
punya body dan rupa paras yang menawan, sudah tentu mereka apply jadi model
atau artis.
“Yes! Your order, sir?” tanya Aleeya
yang tadi dipanggil macam gaya nak berebut ke mana entah.
“Err..
mana budak perempuan yang lagi sorang tu?”
“Siapa?”
soal Aleeya. “Kami memang berdua aje di sini encik.”
“Ada…
yang pakai cap dan cermin mata tu.”
Aleeya
segera teringatkan Natasya yang dipanggil untuk membantunya diwaktu kecemasan.
“Dia sambilan aje encik. Kenapa?” tanya Aleeya ingin tahu.
Benjamin
Kareem menggaru-garu dagunya. Alamak! Mana nak cari ni? Masakan dia nak mintak
alamat dan nombor telefonnya? Boleh ke?
“Tak
apalah… terima kasih,” ucapnya sambil berlalu pergi. Kecewa juga di dalam hati
bila perempuan yang diminati tak dapat ditemui. Tapi tak apa… Supermarket ini
pun bukan jauh sangat dari rumahnya. Tiap-tiap hari pun dia boleh datang
singgah buat spot-check untuk melihat
jika Minah Laser itu ada datang membantu di premis Cool Blog itu.
Eh?
Dia ke tu? Ucap Benjamin Kareem dalam hati bila kelibat Minah Laser itu seakan
baru keluar dari gate rumahnya. Gadis itu dilihat mengenakan topi keledar dan
terus menghidupkan enjin skuter dan menderu pergi.
Tanpa
membuang masa, Benjamin Kareem cepat menekan remote pintu pagar. Pagar itu
kemudian terbuka lebih lebar untuk meloloskan Fairladynya masuk. Enjin
dimatikan dan dia segera masuk ke dalam rumah mencari mummynya.
“Mummy! Siapa perempuan yang datang
dengan skuter tu?”
Datin
Layla meletakkan mangkuk tingkat yang berisi itu di atas meja makan di ruang
tamu. “Dia hantar lauk daddy,”
katanya, perlahan. “It seems that he doesn’t like my cooking anymore,” ucapnya,
lirih.
Benjamin
Kareem memeluk Datin Layla dari belakang. “No
mummy…” pujuk Benjamin Kareem. “He
only misses his mom’s cooking during Ramadan.”
“Mummy tried… tapi Malay cooking is a bit
hard, you know?”
Benjamin
Kareem angguk. Kemudian dia teringat dengan Minah Laser yang datang ke rumahnya
tadi. “Is that girl cook for him?”
tanya Benjamin Kareem. Yalah… kalau perempuan muda macam si Minah Laser tu
boleh masak sambal tumis udang macam tu punya sedap… memang boleh ambil jadi
calon isteri, kan?
“I think so,” jawab Datin Layla, masih
dalam nada kecewa. Mau tak sedih? Perempuan muda tu? Kalau sampai hujung
Ramadan ni… harus suaminya terus ambil jadi isteri kedua, siapa tahu?
~ bersambung
No comments:
Post a Comment