November 30, 2017

Bila Kompang Dipalu - Azlan & Jannah

            "MAK Tonnn!" Jerit Jannah berlagu 5 harakat.  
Azlan yang sedang melengkar di sofa panjang menunggu waktu untuk makan tengahari, pada hari minggu yang berbahagia itu memasang telinga.
"Lan, tengokkan siapa yang panggil emak di depan tu?" Suruh Mak Ton yang sedang menumbuk cili untuk sambal tempoyak.
Azlan bangun. Langsir tingkap diselak untuk melihat suara siapakah tadi.
"Mak!! Ada orang pompuan," jeritnya memberitahu.
"Tolonglah buka pintu tu... tanya dia nak apa?"
Azlan ke muka pintu. Daun pintu diselak lebar. "Kalau jual-jual barang... mak saya tak nak beli." Spontan dia berkata.
"Inilah! Mak saya suruh bagi lauk ni," ucap Jannah sambil menunjukkan mangkuk berisi pucuk ubi masak lemak tempoyak.
Kembang kempis hidung Azlan menghidu bau durian. Hmm... lazatnya! Dia meneguk liur. Kemudian dia tersedar diri kerana perempuan itu belum pernah dikenali.
"Eh, awak ni siapa?"
"Jiran pun tak kenal?"
Jiran? Bila pulak dia berjiran dengan orang melayu? Setahunya... kiri dan kanan semua orang cina. Tapi Mrs Chan dan Mrs Lee tak pernah pulak beri lauk selama ini.


"MASUK Jannah," ajak Mak Ton yang sudah tercegat di muka pintu.
"Mak suruh hantar lauk jer Mak Ton," balas Jannah pula.
"Ya... tapi masuklah dulu,” ajak Mak Ton menarik lengan Jannah sambil sebelah tangan lagi menutup daun pintu. “Mak Ton pun ada lauk nak beri ni."
Azlan yang jadi pemerhati hanya terkebil2. Ada potluck ke apa ni... hatinya berkata.
Jannah terus ke dapur mengikut langkah Mak Ton.
"Ni, Mak Ton ada masak asam pedas ikan sembilang. Hari tu emak kamu cakap ayah kamu teringin... tapi emak kamu pulak tak makan ikan sembilang."
Ek eh? Apa hal emak sibuk2 masakkan untuk suami orang ni? Azlan rasa tak sedap hati. Dia juga mengekor ke dapur.
"Cepatlah mak... Lan dah lapar ni," ucapnya menarik perhatian.
"Meh la Jannah tolong Mak Ton," ujar Jannah pula. Dia menyingsing lengan dan ke singki mencuci tangan.
"Makan kat sini la Jannah. Selera sikit makan ramai2," ajak Mak Ton.
Azlan rasa dia dah tumbuh tanduk. Geram pulak bila dah bagi hint masih tak reti bahasa.
Jannah meletakkan mangkuk yang dibawa tadi ke tengah meja makan. Pergh! Meraung bau masak lemak tempoyak yang melintas lalu menusuk ke rongga hidungnya. Dia segera menarik kerusi dan melabuhkan duduk.
"Nasi mana nasi!"
Mak Ton menjeling. "Kamu dah kenapa? Perangai macam budak-budak."


"MUMMY Jannah ni doktor... ada klinik sendiri," cerita Mak Ton kepada anaknya Azlan.
Azlan yang sedang melayan daun ulam raja yang dicolek dengan sambal tempoyak angguk. Dia memang tak tau cerita sebab hanya balik hujung-hujung minggu sahaja. Waktu keluarga Jannah masuk berpindah ke rumah sebelah... Azlan tiada di rumah.          
"Azlan ni doktor juga Jannah... tapi doktor haiwan."
Jannah angguk laju. "Macam tu... bolehlah tengokkan kucing Jannah. Sejak pindah sini... dia takmo makan. Mulut berair macam kena racun."
Azlan angkat wajah dari pinggan nasi. Dia merenung Jannah.
"Betul doc... Jannah rasa ada orang tak suka kucing la dalam taman ni."
"Boleh," jawab Mak Ton. "Kang petang bawak ke mari biar Abang Lan tolong tengokkan."
Ek eh emak ni... dia pulak yang pandai-pandai atur appointment. Azlan kerling emaknya di kerusi hujung yang sedang mengesip tulang ikan.


"INI bukan diracun..." kata Azlan. "...dia sakit gigi ni. Ada beberapa batang gigi yang harus dicabut."
"Kucing pun pandai sakit gigi?" Tanya Jannah. 
"Ingat orang aje ke?"
"Kucing-kucing Jannah di kampung dulu tak sibuk sakit gigi pun?"
Azlan jeling. "Ini kucing parsi... duduk dalam rumah aje... makan berhidang. Kalau kucing kampung pandai urus diri."
"Oo..." panjang muncung Jannah mengiyakan. "...kena bawak pergi klinik gigi ke?"
Azlan jeling lagi. Aduhai pompuan ni! "Bawak ke klinik haiwanlah..."
"Doktor Azlan punya klinik kat mana?"
"Seksyen 20."
"Seksyen 20 tu kat mana?"
"Makk!!" Jerit Azlan. Tak larat dah dia melayan mulut Cik Joyah. Hujung minggu nak berehat-rehat pun tak senang.
"Ala... bawaklah kejap Lan... bukan jauh sangat," sahut Mak Ton pula.
Dia kesian dengan Jannah yang tinggal sendirian kerana ibu dan ayahnya sibuk bekerja. Jannah ditinggalkan dengan bibik dan beberapa ekor kucing parsi yang gebu-gebu di rumah sebagai teman penghibur.
Tapi kucing-kucing itu tidak dapat melayan Jannah bercakap. Maka... Mak Ton la yang jadi bahan. Apatah lagi Mak Ton pandai menunjukkan sayang.
"Hah! Cepatlah pergi bersiap," arah Azlan bunyi tak ikhlas aje. "Mak kena ikut sekali."
Eh?


"TOBY!" Panggil Jannah petang Sabtu itu. "Toby!" Panggilnya lagi. "Ke mana pulak si Toby ni... dah pandai merayau la tu." Bebelnya pula.
Azlan di luar sedang mencuci kereta memasang telinga. Harap-haraplah dia tak mencari sampai ke sini.
"Lan, sambil-sambil tu tolong siram sekali pokok-pokok emak yang dalam pasu?" suruh Mak Ton. 
"Okie dokie!" Azlan menjawab. Sebelum menutup kepala paip, Azlan memancitkan air ke arah pasu-pasu emaknya.
"Meow!!" Jerit Toby yang kebasahan sambil melompat lari tak cukup tanah pulang ke rumah.
Azlan sama melompat terkejut.
"Laaa... apasal basah lencun ni?"
Terdengar suara Jannah bertanyakan Toby yang tersiram dek air tadi.
"Jahat betul jiran-jiran di taman ni. Tak suka kucing pun tak payahlah nak siram-siram dengan air." Rungut Jannah.
Azlan cepat menutup kepala paip dan masuk ke dalam. Mana si Azlan tau Toby ada tidur di dalam pasu yang berisi rimbunan serai emaknya?
"Kamu dah kenapa?" Soal Mak Ton yang melihat anaknya pucat lesi bagai ternampak hantu.
"Dah nak Maghrib," jawabnya terus menonong memanjat tangga.
Mak Ton garu kepala yang tidak gatal. Jam di dinding belum pun menjenguk ke angka 5 petang... cerita Hindustan Bajrangi Bhaijaan pun tak habis lagi. Maghrib amendanya?


AZLAN menoleh untuk kali kedua ke arah sangkar kucing yang baru dilepasinya. Kucing di dalam sangkar itu mengiau.
"Toby?"
"Haah..." jawab Dr Zahir... rakan kongsinya. "...mana kau tahu nama kucing tu?"
Azlan mendekati sangkar. Pintunya dibuka dan dia menarik Toby keluar. "Toby pernah jadi jiran aku... lama dulu," ucap Azlan sambil membelai Toby yang sudah nampak tua dan kurus.
"Cik Puan dia cakap Toby ni tak mahu makan sejak ditinggalkan di kampung. Dia suruh kau yang jaga sebab dia cakap Toby kenal kau."
"Mana Cik Puan dia?"

"Petang... lepas kerja karang dia datang."
Azlan senyum lebar.
"Ni!" Dr Zahir hulur tupperware berisi brownies kedut. "Dia cakap kau yang order."
Erk? Azlan kerut kening. Ada ke? Namun dia sambut huluran tupperware itu dan terus menapak ke bilik pejabat.
"Tak nak share dengan aku ke?"
Azlan buat tak peduli. Hati sudah tidak sabar mahu melihat isi di dalam. Pintu ditutup rapat dan dikunci.
Dr Zahir yang memandang terasa pelik.
Azlan melabuhkan duduk. Toby diletak di pangkuan. Tutup tupperware dibuka. Terdapat post-it-note pada penutup tupperware sebelah dalam. 
                                         'Missing Jannah Fateha? 
                                        Now... I am back for good!' https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/fcf/1.5/16/1f48b.png


"ZAHIR! Cik Puan Toby ni ada beri nombor telefon?"
Azlan yang bertapa di bilik pejabat tadi tidak puas hati. Jannah langsung tidak tinggalkan nombor telefon dia untuk dihubungi.
Dr Zahir yang sedang merawat seekor maine coon itu berpaling. "Engkau contact dia macam mana masa order brownies kedut tu?" 
Brownies Kedut 
Azlan diam. Malu pula ditanya begitu. Mana dia ada order? Padahal dia memang tidak tahu menahu pun bila masanya Jannah menjejakkan kaki pulang ke tanahair.
Kalau tanya emak, dia tau tak? Kalau Jannah pulang dan tinggal semula di rumah sebelah tu... emak tentu tahu cerita.
Haila! Azlan garu kepala yang tak gatal. Dia pun dah lama tak balik bermalam di rumah emaknya sebab sibuk mengganti Dr Zahir yang cuti berkahwin. Main telefon-telefon jer. Emak kirim beli itu ini... dia belikan, hantar dan balik semula ke klinik. Tak sempat nak intai-intai rumah sebelah. Sedar-sedar emak beritahu orang sebelah tu dah keluar negara sambung Masters.
"Aku take 5 eh? Nak jengah emak aku kejap. Malam kang aku overtime."
"Alright!" Sahut Dr Zahir sambil tunjuk cap jempol. Matanya melirik ke arah Toby di dalam dukungan Azlan.
"Kau nak bawak Toby kemana tu? Kang Cik Puan dia datang macam mana?"
"Kejap jer... Toby rindu emak aku!" Jawab Azlan.
Erk? Dr Zahir kerut kening. Dia faham bahasa kucing? Itulah... obses sangat... sampai tak kahwin-kahwin.
Tupperware berisi brownies kedut itu Azlan kepit di celah ketiak di dalam kot putih yang dipakai. Tidak mahu dilihat oleh Dr Zahir. Karang banyak tanya doktor sorang tu. Apatah lagi dia suka membahan orang... mau sampai tujuh keturunan. Hisy!! Bahaya...


"MAK kenal kucing ni?" Tanya Azlan.
Mak Ton geleng. "Rupa macam Toby... kucing orang sebelah dulu."
"Ini memang Toby la mak."
"Eh, kurusnya?" Mak Ton belai Toby sambil menggosok-gosok kepalanya. "Dah tua kot?"
"Kata Jannah dia tak suka tinggal di kampung. Dia hantar ke klinik waktu Lan takde. Azlan hulur tupperware berisi brownies kedut.
Mak Ton membukanya. "Jannah?"
Azlan angguk. "Dia tak balik tinggal di rumah sebelah ke mak?"
Mak Ton geleng.
"Habis tu macam mana dia tau Lan suka kuih ni?"
"Dia ada call dua minggu lepas. Lama kami berbual. Dia cakap dia dah nak balik."
"Tu aje?"
Mak Ton kerut-kerut muka mengingat. "Oo... emak ada mintak resipi brownies kedut ni. Emak cakap Lan sukakannya."
Azlan lempar senyum.
"Tak payah nak senyum-senyum sangatlah.... Jannah dah balik tu... biar dia yang buatkan."
Eh?
Terdengar deruan kereta yang berhenti di hadapan. Azlan memanjangkan leher menjengah. Nampak macam Jannah sedang memunggah barang. Dia langsung tak menoleh kiri dan kanan. Dia tak nak datang sini tegur emak ke?
"Siapa?" Tanya Mak Ton yang melihat Azlan tekun memandang keluar.
Azlan angkat bahu. "Ada orang ushar-ushar rumah sebelah kot?"
"Dah sebulan lebih rumah ni kosong. Tak panas punggung orang yang tinggal di rumah sebelah ni. Silih berganti."
"Emak ada nombor Jannah? Lan nak contact tanya pasal Toby. Dia tak tinggalkan nombor telefon pun."
"Nombor yang dia call hari tu dari luar negeri. Nombor Malaysia ni nombor lama."
"Hurmmm... takpelah. Lan kena balik klinik mak. Malam ni overtime... hujung minggu Lan balik kalau tak banyak kes."
"Baju kotor tak bawak balik? Nanti siapa yang nak cuci?"
"Takpe mak... Lan hantar dobi jer nanti."
"Kalau dah kahwin... senang sikit hati mak."
Erk?



"ADA Cik Puan Toby ni datang cari kucingnya?" Tanya Azlan yang kelam kabut elok dia menolak pintu klinik.
"Yang cari tadi lelaki doc."
"Lelaki?"
Suraya pembantu di klinik itu angguk.
"Dia cakap apa?"
"Dia cari Toby... lepas tu dia cakap nak jumpa Dr Azlan. Itu aje."
"Dia ada tinggalkan nombor contact?" 
"Takde doc... tapi... dia cakap dia akan datang lagi. Ada hal yang mahu dibincangkan."
Hal apa pulak? Azlan memikir sendiri. Pasal dia dengan Jannah? Dia mana ada buat apa2 dengan Jannah sebelum ni? Dating pun tak pernah.
Azlan meletakkan Toby ke dalam sangkarnya. Dia mundar mandir mengingat cerita yang pernah berlaku antara dia dan Jannah. Siapa pulak lelaki itu? Suami Jannah ke? "Zahir!" Azlan dah habis fikir. "...yang hantar Toby pagi tadi tu lelaki ke perempuan?"
"Lelaki... dia hantar awal pagi masa nak ke opis. Dia cakap itu kucing Jannah. Jannah titipkan ke sini suruh kau jaga sebab Toby tak seronok tinggal di kampung."
"Habis tu... tupperware berisi brownies kedut tu?"
"Dia cakap kau yang order," jawab Dr Zahir yang sudah bersedia untuk pulang. Tamat shiftnya pada hari itu.
Azlan terkebil-kebil memahami cerita. Kenapa Jannah tak datang sendiri jumpa dia? Jannah kan terlebih ramah? Sebab dia dah kahwin ke?
Sian lahai!
"Doc! Ni tadi lelaki tu ada tinggalkan barang. Dia cakap Dr Azlan tau." Suraya sandarkan bungkusan di tepi meja.
Erk? Azlan tambah pening... dia garu kepala tak gatal.
"Saya balik dulu doc."
Azlan angguk.
Kring! Kring! Telefon klinik berbunyi. Azlan mendekati dan mengangkat gagang. "Hello!"
"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Dr Azlan?"
"Speaking."
"Saya Dr Jonah Imran... abang Jannah Fateha."
https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f8d/1.5/16/1f914.pnghttps://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f8d/1.5/16/1f914.pnghttps://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f8d/1.5/16/1f914.png

"DAH tengok barang yang saya hantar semalam?" Tanya Dr Jonah sambil menghulur salam.
Dr Azlan geleng. "Belum lagi. Petang nanti bawak balik... bukak di rumah." Memang dia belum mahu melihat isi kandungan barang itu.
Mereka berjanji temu untuk makan tengahari di Concorde Hotel. Sengaja Dr Jonah pilih di situ untuk mendapatkan privacy.
"Itu hadiah dari Jannah. Puas siang malam dia berjaga nak menyiapkan."
Macam cerita Sang Rimau pula. Apakah? Dr Azlan mula keluh kesah kerana tidak mengetahui isi di dalam bungkusan itu.
"Dia kirim salam...” Dr Jonah terdiam. Mengambil nafas dan kekuatan untuk menyampaikan berita yang diamanahkan.
"...peluk cium untuk Mak Ton. Mohon maaf dan halalkan segala yang termakan dan terminum... dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..."
Dr Azlan dah rasa libang libu perasaannya. Ada apa ni?
"Dia serahkan Toby bawah peliharaan awak untuk awak mengingati dia..."
"Jannah dah balik, kan? Kenapa dia tak nak jaga sendiri?"
Dr Jonah kembangkan 5 jari tangan kanan. "Wait a second... saya belum habis cerita lagi."
Kalau nak kahwin atau dah kahwin pun... bela jer la sendiri... apa masalahnya? Dr Azlan cuba bersabar untuk memahami cerita.
"...mudah-mudahan awak dapat menerima berita ini dengan tabah."
Dr Azlan mengunyah perlahan. Dia seolah sedang mengira kunyahan untuk sampai kali ke44 sebelum ditelan.
"Jannah dah tak ada..." 
Ting!
Sudu yang dipegang terlepas menimpa goblet yang berisi air kosong.
Krek!
Serta merta goblet itu terbalik dan pecah. Airnya melimpah memenuhi meja makan. Mereka berpandangan diantara satu dengan yang lain. Apa yang berlaku tidak dihiraukan.
"What do you mean?"
"She's gone... for good!"
"She died?"
Dr Jonah angguk. "...of leukemia."
"Don't kid me doc. Then... siapa yang buat brownies tu untuk I?"
"My wife... and of cos dari resipi yang Jannah tinggalkan."
"That post-it-note?"
"Totally from Jannah. Dia tulis semasa baru sampai ke tanahair..." ucap Dr Jonah separuh sebak.
"I thought I saw her yesterday di rumah sebelah tu..."
"That was my wife using Jannah's car. Kami akan tinggal di sana starting from next month."
"Are you trying to mocking me or what?"
Dr Jonah geleng. "Takde siapa yang suka mempermainkan berita tentang kematian. She's my only sister... and she told me, 'kalau Jannah boleh pulih seperti dulu... Jannah pilih Dr Azlan sebagai suami Jannah hingga ke Jannah.' Allah knows best Azlan."
Dr Azlan tidak tertahan sayu hatinya. Dia angkat kaki dan menapak pergi meninggalkan Dr Jonah sendirian. "Azlan!"
Dr Azlan sudah tidak menoleh lagi. Hatinya dipagut sayu. Harapannya musnah...
"I know you love her too." Bisik Dr Jonah.


MAK Ton duduk merenung gambar Azlan yg dijahit cross stitch oleh Jannah. Gambar sebesar 3 × 3 kaki itu siap berbingkai, digantung di ruang makan.
Terdengar sayup bacaan surah Yassin dialunkan oleh Azlan di biliknya. Mak Ton lap airmata dengan hujung lengan baju. Manis gadis itu, dia teringatkan Jannah. Peramah orangnya. Dialah yang meriuhkan rumah Mak Ton saban hari ketika bersendirian tanpa Azlan. Ada sahaja kuih muih yang dibawa untuk minum petang bersama. Kebetulan... brownies kedut itulah yang menjadi kesukaan Azlan. 
"Jannah tak kerja?" Mak Ton yang musykil bertanya pada suatu petang.
Jannah yang datang dengan kerja tangannya itu menggeleng. Tekun dia menghadap sulaman cross stitchnya itu.
"Sekolah lagi?"
Jannah angkat wajah. "Jannah nak sambung buat Master, Mak Ton. Jannah nak mengajarlah." Dia senyum.
"Jannah ambil jurusan apa?"
"Law." Jawabnya. "Tapi jadi lawyer ni, Kak Adawiyah cakap, waktu kerja tak menentu."
"Kak Adawiyah?"
"Sepupu Jannah. Suaminya pun doktor."
'Suaminya pun doktor.' Jannah kantoi. Mak Ton tertangkap ayat itu dan mengerti maksud yang tersirat. Namun... Mak Ton senyum dalam hati. Sayup-sayup terdengar alunan lagu, https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f78/1.5/16/1f3b6.png
Kompang dipalu...pengantin baru...https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f78/1.5/16/1f3b6.png
"Buat apa mak?"
Mak Ton terkejut dari lamunan. Astaghafirullahal'azim! Mak Ton usap dada.
Toby di dukungan diserahkan kepada emaknya. Amboi!! Kemain lemak Toby ye?
"Pandai dia buat, kan Lan?" Mak Ton tidak menjawab soalan... malah bertanya.
Azlan yang keluar dari dapur dengan satu kole berasap nipis itu hanya lempar senyum kelat. Kerusi ditarik... dia melabuhkan duduk. Mata merenung gambar wajahnya dari sulaman cross stitch Jannah.
"Kenapa dia beria menyulam gambar kamu?"
Azlan hanya cebik bibir dan angkat bahu.
Mak Ton merenung wajah si anak. Kura-kura dalam perahulah tu!
Azlan membawa kole ke bibir untuk mengelak dari menjawab sebarang soalan. Mahu sahaja dia naik ke bilik... tetapi kasihan melihat emaknya yang kesunyian. Sebelum ini emak ceria aje... dah biasa ditinggalkan sendirian. Setelah mendengar khabar tentang Jannah, emak hilang kata-kata dan hilang keceriaan di wajahnya. Gambar yang tergantung di dinding itu ditatap untuk menghilangkan kerinduan. Rupanya Jannah buat Master, sebagai pengorbanannya untuk menjadi isteri Azlan. Tapi hajatnya tak kesampaian.
"Tak sempat emak hendak bermenantukan dia," ucap Mak Ton tanpa sengaja.
"Lan naik dulu mak... ada kerja sikit," ucap Azlan yang sudah mula sebak. Kalau dilayan mau dia juga meraung di situ.
Di depan emaknya? Oh tidak!
Biarlah rasa sayang dan cintanya terhadap Jannah itu, dia seorang sahaja yang tahu.
Biar dia juga bawa rasa itu sehingga akhir hayatnya.
Semoga roh Jannah Fateha ditempatkan bersama para solihin. Aamiin. Mak Ton memanjat doa.
                                                     
                                

TAMAT

November 28, 2017

Bila Kompang Dipalu - Hafiz & Ana




"ASTAGHAFIRULLAHAL’AZIM!!" Hajah Asmah usap dada.
Haji Yusof yang sedang menonton Berita Perdana berpaling memandang. "Ada apa?"
"Suhana ni dah mintak nak kahwin Bang Aji. Kerja pun tak lagi."
"Dengan siapa?"
"Hafizuddin anak Pak Hussin Satay, ayah."
"Kenapa terburu-buru sangat? Kamu dah terlanjur ke?"
"Apa?" Hajah Asmah naik hantu. Cepat sahaja dia mahu menerkam anaknya.
"Mana ada?" Suhana mengundur. "Dia nak kena sambung belajar luar negeri... tu yang dia ajak menikah aje. Tak payah buat majlis besar-besaran. Duit belanja tu boleh buat tambang Ana untuk ke sana."
"Hamboi!!" Hajah Asmah dah singsing lengan bajunya. "Kalau tengah hangat bercinta ni... semua tak apa. Yang rugi emak dengan ayah yang membela selama ni... dapat apa?"
"Semah!" Tegur Haji Yusof.
"Abang Aji tengoklah... kerja pun tak lagi dia dah sibuk nak kahwin. Lepas tu ikut suami ke luar negeri... senangkan orang. Emak sendiri tinggal buntang... makan hati. Huhuhu..." Hajah Asmah menapak masuk ke bilik. Pintu dihempas, geram.
"Emak!" Panggil Suhana. Dia mengekor ke pintu. "Ana mintak kebenaran emak, kan? Kalau emak tak setuju, tak apa."
"Biarkanlah dia Ana... terkejut agaknya. Esok, eloklah tu." Pujuk Haji Yusof.
"Maafkan Ana ayah... Ana cuma sampaikan hajat Hafiz."
"Kalau dia betul berhajat... suruh dia datang sendiri jumpa kami."
Suhana pandang wajah ayahnya.
Haji Yusof angguk.
"Terima kasih ayah."


"ASSALAMUALAIKUM!"
"Waalaikumussalam," jawab Haji Yusof yang sedang mengasah parang di pangkin bawah pokok mata kucing. "Hafiz?"
Hafiz angguk. Dia mendekati Haji Yusof dengan plastik berisi satay. Bapak jual satay la katakan. Tangan dihulur untuk berjabat. Dia meletakkan bungkusan di atas pangkin. "Abah kirim salam."
Matanya mengerling ke arah parang yang berkilat diasah. Pergh! Ini kalau salah cakap... sekali libas jer putus halkum dan urat marih. Hafiz teguk liur.
"Kenapa tak ajak dia sekali?"
"Abah tu waktu gini dah keluar meniaga, Pak Usop. Dia suruh saya risik jer dulu... kalau dapat green light, baru abah dan emak datang meminang."
"Nak risik apanya lagi... dah memang korang suka sama suka, kan?"
"Bimbang juga... sebab Ana cakap Mak Semah tak setuju dengan cadangan saya."
"Anak bongsu dia Pis... perempuan sorang pulak tu. Teringin juga dia nak buat majlis."
Hafiz angguk. "Kalau macam tu... kami tunang jer la dulu. Habis belajar nanti baru bincang pasal kahwin."
"Sanggup ke?"
"InsyaAllah."
"Mak Semah memang tak setuju," sampuk Hajah Asmah dari belakang.
Hafiz tersentak. Dia urut dada. Kus semangat!
"Puas kami bela nak besarkan dia... tetiba senang-senang nak ikut orang."
"Kalau tak setuju takpe la Mak Semah... Hafiz beri cadangan aje."
"Mak Semah nak juga ada majlis... walau tak besar-besaran. Sekurang-kurangnya anak bongsu Mak Semah berharga di mata orang. Tak lah sampai orang menyangka yang bukan-bukan."
"Saya faham Mak Semah. Buat masa ni saya memang takde simpanan yang banyak untuk memenuhi keinginan Mak Semah. InsyaAllah... lepas tamat belajar, saya susul lagi." Ucap Hafiz lembut. "Nah! Ini kiriman dari abah." Hafiz menghulur bungkusan.
"Satay?" Tanya Hajah Asmah.
Hafiz angguk.
"Ana!!" Panggil Hajah Asmah.
Suhana keluar dengan menatang dulang berisi cawan-cawan dan teko kopi. Dia meletakannya di atas pangkin. Wajah Hafiz langsung tidak dipandang.
"Ni satay... isi dalam bekas." Arah Hajah Asmah.
"Ana," panggil Hafiz.
Suhana terhenti menapak.
"Ana tunggu sampai Hafiz balik eh?"
Tanpa berpaling... Suhana angguk. Insya-Allah, di dalam hatinya berkata.


HAJAH Asmah memerhati Suhana yang menyapu dedaun kering yang gugur di halaman. Rasa macam tak berhenti dia bekerja sepanjang hari.
Berbual memang jarang-jarang... cuma bertanya itu dan ini bila perlu sahaja. Hajah Asmah jadi susah hati. "Ana! Dah la tu... nanti emak buat."
"Takpelah... lagi sikit jer mak."
"Kamu tak reti-reti penat ke? Karang kalau sakit... emak juga yang susah."
"Ana siapkan kerja dulu... pastu Ana rehatlah."
Suhana tak mampu nak tinggal diam. Wajah Hafiz asyik berlegar-legar di ingatan. Padahal dia sendiri yang buat keputusan untuk tidak meneruskan majlis pertunangan...
"Biar jer la macam ni."
"Kenapa?"
"Ana tak nak mengharap. Biar Tuhan yang tentukan."
"Ana dah tak sayang Hafiz?"
"Bukan macam tu... "
"Habis tu?"
"Emak Ana itulah sorang dunia akhirat. Suami boleh ditukar ganti..."
"Maksud Ana?"
"Hafiz fokuslah dengan pelajaran Hafiz tu dulu. Kesian abah dan emak Hafiz yang meletak harapan tinggi pada Hafiz." Ucap Suhana.
Macam emak dia juga... ingin mengecap hasil yang disemai. Mana tak merajuk orang tua tu.
"Jodoh tu kan rahsia Allah? Kalau Dia dah tentukan Ana akan jadi isteri Hafiz... kita akan disatukan juga akhirnya."
"Yakin dengan keputusan Ana ni?" Hafiz bertanya.
Suhana angguk. "Kalau Hafiz rasa ada terjumpa calon baru... beritahu Ana. Jangan buat Ana tertunggu-tunggu."
"Nanti Hafiz call..."
"Tak payah. Sampai masa nanti... Hafiz baliklah cari Ana."
Hafiz renung wajah Suhana. Dia langsung tidak memahami kehendak gadis itu. "Kenang daku dalam doamu?"
Suhana mengangkat wajah. "Always," jawabnya.
"Intan Suhana!!" Jerit Hajah Asmah bila anak bongsunya itu tiba-tiba terjelepuk ke tanah.


"KENAPA dengan anak saya Tuan Doktor?" Tanya Hajah Asmah dengan juraian airmata.
"Bagaimana boleh jadi macam tu?" Dr Zafril yang merawat bertanya balik. Biasalah tu... bila pesakit tidak dapat berkata-kata... doktor perlu mengumpul maklumat dari orang terdekat untuk membantu dalam rawatan. Apatah lagi pesakitnya itu sedang koma.
"Dalam sebulan ni dia tak rehat... asyik buat kerja aje. Tidur lambat... bangunnya cepat. Cakap pun kurang. Tadi tu dia tengah menyapu... tiba-tiba tumbang jer..."
"Mak Aji tau apa puncanya?" Tanya Dr Zafril. "Dia stress di tempat kerja ke... atau ada masalah peribadi seperti baru putus cinta atau putus tunang?"
Hajah Asmah pandang wajah suaminya. Haji Yusof angguk perlahan.
"Ada masalah peribadi doktor." Jawab Haji Yusof yang kini memahami masalah sebenar kejadian itu.
Doktor Zafril angguk. Dia sudah bersedia untuk mendengar.
"Teman lelakinya ditawarkan menyambung pengajian di Sydney. Mereka sepatutnya bertunang, tetapi anak saya pula menolak. Dia mahu lelaki itu fokus pada pelajaran... dan berjanji untuk menunggu kepulangannya. Semenjak dari hari itu, dia tidak banyak bercakap."
Dr Zafril angguk faham. "Kalau boleh dapatkan teman lelakinya untuk datang, lebih bagus. Sementara itu, buat masa ini, dia akan terus diberikan bantuan oksigen."
"Boleh ke dia pulih doktor?"
"InsyaAllah... berdoalah. Pak Aji dan Mak Aji boleh duduk bercakap dengan dia. Dia dengar tu walau tidak memberikan respon."
"Berapa lama dia akan terus macam tu doktor?"
"Nanti kita tengok imbasan MRI macam mana. Jika otaknya masih lagi berfungsi dan menunjukkan ada aktiviti... bermakna beliau masih ada harapan untuk sembuh."
Serta merta Hajah Asmah meraung. "Ana.... jangan tinggalkan mak Ana! Huhuhu..."


"KENAPA dengan adik mak?" Tanya Suhaimi yang baru sampai setelah dikhabarkan tentang adiknya.
"Koma..." Haji Yusof tolong jawab.
Isterinya seolah tersampuk bisu sejak kejadian itu. Airmatanya terus merembes bak empangan pecah dilanda bah.
"...petang kelmarin tengah menyapu tiba-tiba rebah."
"Doktor dah check sakit apa?"
Haji Yusof angguk. "Tak sakit apa pun. Doktor syak dia stress."
Suhaimi kerut kening. Peliknya. Stress kenapa? Sebab tak dapat kerja? Suhaimi kerling emaknya yang tak henti menangis. Dia sudah dapat mengagak adiknya stress sebab sering dileter oleh emak. Itu sebab emak rasa bersalah.
Suhaimi mendekati emaknya. Bahu wanita itu dipeluk sayang. "Emak, emak kena reda ye? Ini ujian Allah. Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya."
"Emak yang salah, Long. Emak pentingkan diri sendiri," ucap Hajah Asmah dalam sedu sedan.
"Emak dah buat apa kat adik?" Tanya Suhaimi lembut. "Belum ada rezeki dia nak dapat kerja, mak. Emak tak boleh leterkan dia selalu... boleh mendatangkan stress." Suhaimi cuba memahamkan kepada emaknya.
"Stress tu boleh menyebabkan punca darah tinggi. Bila darah tinggi... kemungkinan salur darah di kepalanya pecah. Itu yang dia koma."
Hajah Asmah terus terhinggut-hinggut menangis. Memang Intan Suhana selalu kena leter. Belajar tinggi-tinggi masih belum dapat kerja. Dah tu sibuk nak kahwin. Macam mana nak simpan duit kalau takde kerja? Dapat jauh di KL... Hajah Asmah pula tak suka.
Sengaja nak tinggal jauh-jauh dari emak, tuduhnya. Senang hendak berjimba dan berfoya-foya. Itulah punca Intan Suhana tidak tinggal diam di rumah itu untuk menutup mulut emaknya.
"Along kan dah ada kirim duit bulan-bulan untuk belanja." Tambah Suhaimi. "Dian tu pun sampai dah anak dua masih belum dapat-dapat kerja." Suhaimi merujuk kepada isterinya.
"Sekarang ni susah nak dapat kerja, mak. Orang-orang lama pencen sampai usia 60. Terpaksalah yang muda-muda ni duduk menganggur. Di kampung ni mana ada kerja yang sesuai dengan kelulusan dia. Emak pulak tak lepaskan adik kerja di KL, kan?"
Hajah Asmah dah lembik lutut. Haji Yusof yang mendengar penerangan dari si along menitiskan airmata. Macam tiada harapan untuk Intan Suhana sembuh aje gayanya.
Kalau boleh diputar masa, mahu sahaja dia tampal mulut isterinya dengan plaster setiap kali dia membebelkan Intan Suhana. Tidak sangka... bebelan itu boleh mendatangkan kecelakaan.
"Adik tu mana pandai menjawab, mak. Dia main pendam jer. Itu lagi bahaya dari yang pandai melawan." Ujar Suhaimi.
Hajah Asmah angguk laju. Memang betul. Dia pernah terasa seolah bercakap dengan tiang gol.
"Dahlah..." kata Haji Yusof. "...mari kita bacakan Yasin di sisinya."


DIAM tak diam setahun sudah berlalu. Mengelitik rasa di hati Hafiz mahu menghubungi Suhana. Bila diingatkan bahawa mereka sudah berjanji untuk saling mempercayai... dipadamkan hasrat di hati.
Tapi semenjak kebelakangan ini... hatinya terasa libang libu. Seolah ada sesuatu yang sedang atau ingin berlaku. Semalam... tiba-tiba sahaja gelas yang dipegang terlepas dari tangan. Apalah yang dibuat Suhana di sana tu. Sudah bekerjakah... sudah ada teman lelaki barukah... semua bermain di fikirannya.
Tak kot... sebab Mak Semah tu garang. Tapi kalau yang datang meminang tu orang yang berharta dan berpangkat, macam mana?
"Assalamualaikum mak." Hafiz yang tidak betah berteka teki itu menelefon emaknya.
"Waalaikumussalam... Hafiz sihat?"
"Alhamdulillah. Mak tinggal sorang-sorang ye?"
"Haziq ada ni... baru balik sekolah. Abah dah pergi meniaga."
"Hafiz nak baliklah cuti musim panas nanti."
"Baguslah," spontan jawab Puan Rokiah di sebelah sana talian.
Hafiz dapat menangkap seolah ada yang tidak kena dengan jawapan Puan Rokiah. "Kenapa mak?"
Lambat-lambat baru Puan Rokiah menjawab. "Ana..." Berita yang diterima dari Hajah Asmah tidak dapat hendak disembunyikan. Getaran suaranya sahaja sudah membimbangkan.
"Nak beritahu Hafiz?" Tanyanya di hospital semalam semasa datang melawat.
"Kalau Ana boleh bercakap... tentu dia tak nak Hafiz tau. Tapi doktor beritahu, mungkin Hafiz aje yang boleh selamatkan dia... kembalikan dia ke dunia nyata." Jawab Haji Yusof.
Hajah Asmah sudah bengkak mata. Makan tak lalu... tidur pun tak lena. Berita kematian itu seolah sudah kedengaran di cuping telinga. Dia tidak sudah-sudah menyalahkan dirinya kerana menghalang Hafiz dari menikahi Ana. Dia sedar dia terlalu mementingkan diri sendiri.
"Baik beritahu Hafiz," kata Pak Hussin. "Kalau apa-apa terjadi... tentu Hafiz salahkan kita bila pulang nanti."
"Boleh ke?" Tanya Haji Yusof.
"Ini soal hidup dan mati Ji. Apa nak berkira sangat?"
"Kenapa dengan Ana mak?"
"Ana..."
"Kak Ana sakit nak mati, bang!" Jerit Haziq, menyampuk.
Klik!
Tuuut! "Hafiz… hello!”


"ANA," panggil Hafiz perlahan di cuping telinga. "Assalamualaikum Ana... ni Hafiz." Suaranya terpaksa dibuat-buat gembira sedangkan kelopak mata sudah mula berkaca-kaca.
Lepas mendapat khabar dari adiknya Haziq, Hafiz terus ke airport dan membeli tiket untuk pulang. Elok dia menjejakkan kaki di Tanah Malaysia... dia disambut oleh Suhaimi.
"Kalau Ana sakit biasa-biasa jer tentu dia tak benarkan kami beritahu Hafiz. Tapi Ana sejak jatuh di laman hari tu terus koma. So... kami pakat-pakat untuk beritahu Hafiz jugak... atas nasihat doktor."
"Tak tau puncanya?" Tanya Hafiz.
"Kata doktor mungkin stress yang menyebabkan darah tinggi."
"Teruknya stress?"
"Dia kan pendiam. Masalah semua simpan sendiri." Kata Suhaimi semasa dalam perjalanan dari airport tadi.
"Bukak mata Ana... Hafiz nak bawak Ana ikut Hafiz." Tapak tangan kirinya sudah mengelap air mata yang bercucuran. "Ana cakap kalau Hafiz balik suruh cari Ana..." dia berhenti menahan sebak. "...bukak mata... nak tengok cincin tak?" Sempat dia membelikan sebentuk cincin di duty free shop sementara menunggu penerbangan pulang di Sydney International Airport tadi.
Hafiz ditinggalkan di bilik itu untuk dia berbicara dengan Ana. Mudah-mudahan roh Intan Suhana yang telah pergi jauh itu mahu kembali.
Sejam kemudian, Suhaimi masuk. Dia meletakan tangan di bahu Hafiz. "Any progress?"
Hafiz geleng.
"Try harder. It's been two weeks. Dia dah mengembara jauh."
"Takpelah... Along bawak emak ayah balik berehat. Hafiz tunggu Ana."
"Are you sure?"
Hafiz angguk lagi.
"Should anything happen... gimme a call."
"Sure do."
Ana masih belum menunjukan sebarang reaksi walaupun Hafiz puas bercerita mengingatkan tentang kisah cinta mereka. Hafiz kemudian bangun mencari tempat untuk berwuduk. Dia mahu melakukan solat sunat... mohon bantuan dari Yang Maha Esa.


"MORNING Ana," ucap Hafiz pada hari kedua dia menunggu Ana di hospital. "Jom kita jalan-jalan di luar... cuaca baik hari ni." Kata Hafiz seolah Ana sihat seperti dulu. "Ana, cepat bukak mata... Hafiz nak tunjuk sesuatu. Tentu Ana suka."
Tiba-tiba...
Jari jemari Ana bergerak-gerak... kelopak matanya juga bergerak-gerak. Hafiz rasa nak melompat keseronokan. "Ana, bangun... dah siang ni. Kita nak keluar cari baju pengantin untuk Ana."
Tangan Ana seperti terangkat-angkat... kelopak matanya juga bergerak-gerak dengan laju seolah Ana sedang berlari untuk mendapatkan Hafiz.
"Cepat Ana!" Panggilnya terus. Gembira bukan kepalang melihat si gadis telah kembali dari pengembaraannya.
Hafiz keluar... dia menekan nombor henset Suhaimi untuk memberitahu progress terkini.
"Biar betul? Okey-okey... Along on the way bawak emak dan ayah. Dr Zafril baru call tadi nak jumpa."
Haji Yusof dan Hajah Asmah menarik senyum. Gembiranya rasa di hati bila dikhabarkan tentang Ana yang sudah mula memberikan respon. Mudah-mudahan sahaja Ana terus sedar dari lenanya yang panjang.
"Kita nikahkan mereka nanti Bang Aji. Saya dah tak kisah kalau dia nak ikut Hafiz asalkan dia gembira."
Haji Yusof berpaling ke belakang memandang isterinya. Menyesal barangkali dengan tindakannya menghalang mereka dahulu.
"Cepat sikit Long... tak sabar mak nak tengok Ana bukak mata. Lama benar dah tak dengar suaranya."
Hajah Asmah menyesal tak sudah. Sepanjang malam dia berdoa minta penyudah yang baik-baik untuk Ana. Semasa sihatnya... anak itu asyik dileteri sepanjang masa.
Betul kata pepatah Melayu... bila jauh bau bunga...
Betul juga kata Suhaimi... bukan salah Ana. Dia dah berusaha mencari kerja... sebaliknya Hajah Asmah yang memilih. Mahu tempat kerja yang dekat-dekat. Anak perempuan yang seorang itu dikongkong bukan main ketat.
Sampai di hospital nanti... Hajah Asmah sudah nekad mau peluk Ana erat-erat. Dia mau ucap sayang pada anak itu berkali-kali sebelum anak itu dilepaskan pergi untuk mengikut suami.
"Dr Zafril call tadi nak apa?" Tanya Haji Yusof.
"Dia nak tunjuk imbasan MRI yang dibuat ke atas Ana hari tu."
"Ayah harap keputusannya dapat mengembirakan kita semua."
"Insya-Allah ayah... Along pun harap macam tu."


"AYAH dengan mak pergilah tengok Ana dulu... Along jumpa Dr Zafril."
Haji Yusof memimpin isterinya ke bilik ICU. Pintu diketuk. Hafiz yang membuka kelihatan lebar senyumnya.
"Ana dah gerak-gerakkan tangan dan matanya Pak Usop." Ucap Hafiz yang teruja. "Mari tengok." Pasangan itu diajak mendekati katil.
"Ana... ayah dan emak Ana datang. Cepat bukak mata. Mereka dah beri persetujuan untuk Hafiz menikah dengan Ana. Nanti Ana dah boleh ikut Hafiz ke Sydney."
Ana menunjukan pergerakannya sekali lagi. Kelopak matanya bergerak-gerak tetapi tidak pula terbuka. Tangannya juga terangkat-angkat. Dari semalam mesin pengimbas nadi tidak tentu arah bunyinya... seolah memberitahu Ana tak jumpa jalan pulang.
Hajah Asmah tidak tertahan. Dia mendekati Ana dan memeluk erat tubuh itu. Pipi Ana dikucup kiri dan kanan. Dia kemudian melabuhkan duduk. Tangan Ana yang bergerak-gerak itu digenggam.
"Ana..." panggilnya. "...mak mintak maaf banyak-banyak. Mak sayangkan Ana..." Hajah Asmah terasa tangannya digenggam. Respon dari Ana membuatkan Hajah Asmah menangis mendudu. "Mak sayang Ana...huhuhu..." ratapnya hiba. Tangan itu diangkat dan dikucup sayang. "Mak sayang nak lepaskan Ana pada Hafiz. Entah bila mak boleh dapat jumpa Ana lagi."
Masing-masing berpandangan diantara satu sama lain bila ternampak ada air yang mengalir dari tubir mata Ana.
"Anak perempuan ni syurganya pada suami Ana... kalau tiada kebenaran dari suami, macam mana Ana nak balik jenguk mak dan ayah?"
Ana yang sudah lama meninggalkan jasadnya memandang wajah-wajah kesayangan dari jauh. Payah baginya untuk membuat pilihan. Mengikut Hafiz bermakna harus berjauhan dari emak yang telah menjasadkan Intan Suhana. Manakala lelaki yang bernama Hafiz itu pula telah memberikan kebahagiaan di dalam hidup seorang Intan Suhana dengan mimpi-mimpi yang indah.
"Ana!" Panggil Hajah Asmah. "Hafiz balik untuk Ana... bukaklah mata sayang."
"Ana!" Panggil Hafiz pula. "Hafiz janji Ana boleh balik jumpa emak dan ayah jika Ana rindukan mereka."
Yelah... Hafiz tu bukan zalim sangat sampai tak beri jumpa terus bila dah kahwin nanti. Cuma agak-agaklah sendiri... tambang dari Sydney ke Malaysia ni... bukan macam KL nak balik Johor.
"Intan Suhana binti Yusof." Tiba-tiba Haji Yusof memanggil nama penuh anak bongsunya. "Bangun sekarang! Ayah nak nikahkan kamu dengan Hafiz."
Tiiiiiit !!
Graf di mesin pengimbas nadi tiada lagi zig zagnya. Dia turun menjadi garis mendatar dengan bunyi yang nyaring.
Tiga kepala memandang ke arah mesin itu.
"Ana!!" Jerit Hafiz cepat menekan butang kecemasan di hujung katil.


"HOW is she?" Tanya Suhaimi elok dia melabuhkan duduk. Dia dipanggil oleh Dr Zafril untuk menerangkan tentang keputusan imbasan MRI yang dilakukan.
Dr Zafril merenung seketika wajah Suhaimi. "I wonder why a girl at her age being so stressed out." Ujar Dr Zafril sambil geleng kepala. "Dari imbasan ini..." dia tunjukkan filem X-ray yang digantung. "...mujur..." Dr Zafril tekan ayat itu. "...tiada kebocoran dan pendarahan yang berlaku samada di kiri dan kanan bahagian otak."
"Maksud doktor?"
"Dia terus koma sebab terjadinya radang pada lapisan selaput otak. Insya-Allah jika tiada lagi tekanan... dia boleh pulih sepenuhnya."
"Jika berlaku kebocoran atau pendarahan tu, macam mana doc?"
"Jika kebocoran dan pendarahan berlaku di sebelah kiri atau kanan bahagian otak... biasanya pesakit akan lumpuh..." Terang Dr Zafril. "...dan mereka perlu menjalani pembedahan."
"Apa tanda-tandanya bila terjadi demikian doc?"
"Merasa sakit kepala... penglihatannya mulai kabur dan mungkin dia kurang berkata-kata kerana saraf otak sudah tidak synchronize dengan saraf-saraf lain."
"Sekarang ini bagaimana dengan adik saya?"
"Jangan bagi dia stress ajelah. Banyakkan berehat... jangan fikir yang bukan-bukan." Dr Zafril cakap sebiji-sebiji untuk mudah difahami. "Ajak dia berbual dan bercerita. Jangan biarkan dia memendam rasa."
Suhaimi angguk faham.
"You know what STRESS means?"
Suhaimi terkebil-kebil mahu menjawab.
"It means SOMEONE
                TRYING to
                REPAIR
                EVERY
                SITUATION
                SOLO."
"Dr Zafril!! Your patient in ICU!" Terdengar panggilan emergency di bilik menempatkan Intan Suhana.
"Ana!" Suhaimi memandang wajah Dr Zafril.
Dia serentak bangun. Kaki dipaksa melangkah walau seakan tidak jejak ke tanah. Suhaimi yakin benar dengan penerangan Dr Zafril melalui imbasan MRI yang ditunjukkan tadi. Insya-Allah adiknya akan sedar kembali. Tetapi... siapa kita untuk menolak kemungkinan?


"HAFIZ nak buat Solat Hajat." Kata Hafiz yang tadi berlari ke surau hospital... elok doktor mengarah kaum keluarga semua keluar.
Bercucuran airmata Hajah Asmah melihat kesungguhan lelaki itu mahu memiliki anaknya. Dia akan meredakan Intan Suhana mengikut lelaki itu dengan penuh ikhlas seandainya Allah bermurah hati mengembalikan semula anak bongsunya ke dunia ini. Sesungguhnya dia percaya lelaki penyayang seperti Hafiz mampu menjaga Intan Suhana dengan baik.
Sementara itu... Dr Zafril dan misi-misi pembantunya bertungkus lumus cuba menyelamatkan Intan Suhana. Alat defibrillator terpaksa digunakan di waktu kecemasan untuk menyalurkan renjatan eletrik ke jantung... agar ritmanya kembali normal.
Ya, Dr Zafril akan cuba membantu sedaya upaya. Kasihan... Ana masih muda lagi untuk pergi begitu sahaja. Lagipun... sebagai seorang pengamal perubatan... dia harus yakin dengan keputusan imbasan MRI yang dilakukan.
Lesat lesut Haji Yusof menangis, usai solat sunatnya. Sedih bukan kepalang ketika menyaksikan saat kematian di depan mata. Suhaimi di sebelah... sudah tidak mampu bersuara. Tidak pernah dia melihat ayahnya menangis begitu. Apa yang dia boleh buat... selain berdoa dan menerima sahaja ketentuanNya.
Hafiz masih belum mahu mengangkat kepala dari sujud akhirnya. Bersungguh-sungguh dia bermohon agar Ana dikembalikan kepadanya. Dia berjanji akan menyayangi Ana sepenuh hati.
Terasa lama sungguh masa berlalu. Apa khabar agaknya Ana yang sedang diberikan bantuan pernafasan itu?
Trrrrrr!!
Telefon pintar Suhaimi bergegar di dalam saku seluarnya. Perlahan... dia menarik keluar. Haji Yusof di sebelah berpaling. Dia juga teruja ingin tahu berita selanjutnya.
"Hello doc!"


SETAHUN kemudian…
"Kalau ada Ana... ringan sikit kerja-kerja di rumah ni." Rungut Hajah Asmah. "Ni semua saya nak kena buat bang."
Haji Yusof jeling. "Saya dah cakap, tak payah susah-susah. Tak nak buat sudah... ada saya kisah?"
"Menyapu mengemop tu memang saya tak kuasa dah. Ini yang hari-hari nak ke dapur memasak... dah malas tau?"
"Habis tu... saya nak beli lauk di warung Tijah janda tu tak beri."
"Haa!!" Hajah Asmah kembangkan tangan kanannya. "Tak payah!! Mula-mula tu beli lauk... lama-lama beli Tijahnya sekali."
"Adoi!" Haji Yusof tepuk dahi. "Makin tua makin kuat cemburunya."
"Yelah... dulu muda sama-sama susah senang. Dah tua nak tinggalkan cari lain pulak?"
"Niat saya tu nak senangkan awak."
"Senang yang macam mana?"
"Senanglah... tinggal makan jer. Awak ingat saya tak pandai sayang macam Hafiz?"
"Oo... lain kali cakap biar terang," jawab Hajah Asmah malu.
"Siapa datang tu?" Tanya Haji Yusof memanjangkan leher melihat kereta yang masuk ke laman rumah.
"Teksi airport tu bang..." kata Hajah Asmah. "...Hafiz balik kot?"
Mereka berdua bangun menuju ke pintu.
"Makkk!!!" Jerit Ana, meluru mendapatkan emaknya elok keluar dari perut kereta.
Mereka berpelukan... bertangisan dan beratapan. Rindu yang bukan kepalang. Hajah Asmah sudah pandai menunjuk sayang. Mujur sahaja Allah beri dia peluang.
Haji Yusof urut dada. Ingat kenapalah tadi. Dia angkat kening pada Hafiz, bertanya tanpa suara.
Hafiz pun main panjang-panjang muncung mengarah kepada pasangan emak dan anak yang sedang berdakapan. Erat dan ketat.
"Ana rindu mak."
"Mak lagi banyak rindu kat Ana. Ana sihat, nak?"
"Alhamdulillah." Ana berpaling mencari Hafiz. "Hafiz banyak bantu Ana, mak. Dia yang ajak balik... dia bimbang bila tengok Ana dah renung-renung gambar mak."
"Telefon jer la. Balik ni banyak belanjanya."
"Mujur ada penerbangan tambang murah mak," sampuk Hafiz dari belakang.
"Kalau telefon dengar suara jer. Ana nak tengok... nak jumpa mak."
Hajah Asmah tarik Ana dalam dakapan. Dia sambung menangis lagi.
"Dah-dahlah tu... perut saya dah lapar ni. Kang pergi makan kat warung Tijah janda, cemburu pulak." Ugut Haji Yusof.
Hajah Asmah jeling suaminya 90 darjah. "Jom Ana... kita masak nasi tomato. Emak ada beli beras Basmathi Faiza."
                                                                                

                                                                           TAMAT



                                                                

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...