Azlan yang sedang melengkar di sofa panjang menunggu
waktu untuk makan tengahari, pada hari minggu yang berbahagia itu memasang
telinga.
"Lan, tengokkan siapa yang panggil emak di depan
tu?" Suruh Mak Ton yang sedang menumbuk cili untuk sambal tempoyak.
Azlan bangun. Langsir tingkap diselak untuk melihat suara
siapakah tadi.
"Mak!! Ada orang pompuan," jeritnya
memberitahu.
"Tolonglah buka pintu tu... tanya dia nak apa?"
Azlan ke muka pintu. Daun pintu diselak lebar.
"Kalau jual-jual barang... mak saya tak nak beli." Spontan dia berkata.
"Inilah! Mak saya suruh bagi lauk ni," ucap
Jannah sambil menunjukkan mangkuk berisi pucuk ubi masak lemak tempoyak.
Kembang kempis hidung Azlan menghidu bau durian. Hmm...
lazatnya! Dia meneguk liur. Kemudian dia tersedar diri kerana perempuan itu
belum pernah dikenali.
"Eh, awak ni siapa?"
"Jiran pun tak kenal?"
Jiran? Bila pulak dia berjiran dengan orang melayu?
Setahunya... kiri dan kanan semua orang cina. Tapi Mrs Chan dan Mrs Lee tak
pernah pulak beri lauk selama ini.
"MASUK Jannah," ajak Mak Ton yang sudah
tercegat di muka pintu.
"Ya... tapi masuklah dulu,” ajak Mak Ton menarik
lengan Jannah sambil sebelah tangan lagi menutup daun pintu. “Mak Ton pun ada
lauk nak beri ni."
Azlan yang jadi pemerhati hanya terkebil2. Ada potluck ke
apa ni... hatinya berkata.
Jannah terus ke dapur mengikut langkah Mak Ton.
"Ni, Mak Ton ada masak asam pedas ikan sembilang.
Hari tu emak kamu cakap ayah kamu teringin... tapi emak kamu pulak tak makan
ikan sembilang."
Ek eh? Apa hal emak sibuk2 masakkan untuk suami orang ni?
Azlan rasa tak sedap hati. Dia juga mengekor ke dapur.
"Cepatlah mak... Lan dah lapar ni," ucapnya
menarik perhatian.
"Meh la Jannah tolong Mak Ton," ujar Jannah
pula. Dia menyingsing lengan dan ke singki mencuci tangan.
"Makan kat sini la Jannah. Selera sikit makan
ramai2," ajak Mak Ton.
Azlan rasa dia dah tumbuh tanduk. Geram pulak bila dah
bagi hint masih tak reti bahasa.
Jannah meletakkan mangkuk yang dibawa tadi ke tengah meja
makan. Pergh! Meraung bau masak lemak tempoyak yang melintas lalu menusuk ke rongga
hidungnya. Dia segera menarik kerusi dan melabuhkan duduk.
"Nasi mana nasi!"
Mak Ton menjeling. "Kamu dah kenapa? Perangai macam
budak-budak."
"MUMMY
Jannah ni doktor... ada klinik sendiri," cerita Mak Ton kepada anaknya
Azlan.
Azlan yang sedang melayan daun ulam raja yang dicolek
dengan sambal tempoyak angguk. Dia memang tak tau cerita sebab hanya balik
hujung-hujung minggu sahaja. Waktu keluarga Jannah masuk berpindah ke rumah
sebelah... Azlan tiada di rumah.
"Azlan ni doktor juga Jannah... tapi doktor
haiwan."
Jannah angguk laju. "Macam tu... bolehlah tengokkan
kucing Jannah. Sejak pindah sini... dia takmo makan. Mulut berair macam kena
racun."
Azlan angkat wajah dari pinggan nasi. Dia merenung
Jannah.
"Betul doc... Jannah rasa ada orang tak suka kucing
la dalam taman ni."
"Boleh," jawab Mak Ton. "Kang petang bawak
ke mari biar Abang Lan tolong tengokkan."
Ek eh emak ni... dia pulak yang pandai-pandai atur
appointment. Azlan kerling emaknya di kerusi hujung yang sedang mengesip tulang
ikan.
"INI bukan diracun..." kata Azlan. "...dia
sakit gigi ni. Ada beberapa batang gigi yang harus dicabut."
"Ingat orang aje ke?"
"Kucing-kucing Jannah di kampung dulu tak sibuk
sakit gigi pun?"
Azlan jeling. "Ini kucing parsi... duduk dalam rumah
aje... makan berhidang. Kalau kucing kampung pandai urus diri."
"Oo..." panjang muncung Jannah mengiyakan.
"...kena bawak pergi klinik gigi ke?"
Azlan jeling lagi. Aduhai pompuan ni! "Bawak ke
klinik haiwanlah..."
"Doktor Azlan punya klinik kat mana?"
"Seksyen 20."
"Seksyen 20 tu kat mana?"
"Makk!!" Jerit Azlan. Tak larat dah dia melayan
mulut Cik Joyah. Hujung minggu nak berehat-rehat pun tak senang.
"Ala... bawaklah kejap Lan... bukan jauh
sangat," sahut Mak Ton pula.
Dia kesian dengan Jannah yang tinggal sendirian kerana
ibu dan ayahnya sibuk bekerja. Jannah ditinggalkan dengan bibik dan beberapa
ekor kucing parsi yang gebu-gebu di rumah sebagai teman penghibur.
Tapi kucing-kucing itu tidak dapat melayan Jannah
bercakap. Maka... Mak Ton la yang jadi bahan. Apatah lagi Mak Ton pandai
menunjukkan sayang.
"Hah! Cepatlah pergi bersiap," arah Azlan bunyi
tak ikhlas aje. "Mak kena ikut sekali."
Eh?
"TOBY!" Panggil Jannah petang Sabtu itu.
"Toby!" Panggilnya lagi. "Ke mana pulak si Toby ni... dah pandai
merayau la tu." Bebelnya pula.
Azlan di luar sedang mencuci kereta memasang telinga.
Harap-haraplah dia tak mencari sampai ke sini.
"Okie dokie!" Azlan menjawab. Sebelum menutup
kepala paip, Azlan memancitkan air ke arah pasu-pasu emaknya.
"Meow!!" Jerit Toby yang kebasahan sambil
melompat lari tak cukup tanah pulang ke rumah.
Azlan sama melompat terkejut.
"Laaa... apasal basah lencun ni?"
Terdengar suara Jannah bertanyakan Toby yang tersiram dek
air tadi.
"Jahat betul jiran-jiran di taman ni. Tak suka kucing
pun tak payahlah nak siram-siram dengan air." Rungut Jannah.
Azlan cepat menutup kepala paip dan masuk ke dalam. Mana
si Azlan tau Toby ada tidur di dalam pasu yang berisi rimbunan serai emaknya?
"Kamu dah kenapa?" Soal Mak Ton yang melihat
anaknya pucat lesi bagai ternampak hantu.
"Dah nak Maghrib," jawabnya terus menonong
memanjat tangga.
Mak Ton garu kepala yang tidak gatal. Jam di dinding
belum pun menjenguk ke angka 5 petang... cerita Hindustan Bajrangi Bhaijaan pun
tak habis lagi. Maghrib amendanya?
AZLAN
menoleh untuk kali kedua ke arah sangkar kucing yang baru dilepasinya. Kucing
di dalam sangkar itu mengiau.
"Toby?"
"Haah..." jawab Dr Zahir... rakan kongsinya.
"...mana kau tahu nama kucing tu?"
Azlan mendekati sangkar. Pintunya dibuka dan dia menarik
Toby keluar. "Toby pernah jadi jiran aku... lama dulu," ucap Azlan
sambil membelai Toby yang sudah nampak tua dan kurus.
"Cik Puan dia cakap Toby ni tak mahu makan sejak
ditinggalkan di kampung. Dia suruh kau yang jaga sebab dia cakap Toby kenal
kau."
"Petang... lepas kerja karang dia datang."
Azlan senyum lebar.
"Ni!" Dr Zahir hulur tupperware berisi brownies
kedut. "Dia cakap kau yang order."
Erk? Azlan kerut kening. Ada ke? Namun dia sambut huluran
tupperware itu dan terus menapak ke bilik pejabat.
"Tak nak share dengan aku ke?"
Azlan buat tak peduli. Hati sudah tidak sabar mahu
melihat isi di dalam. Pintu ditutup rapat dan dikunci.
Dr Zahir yang memandang terasa pelik.
Azlan melabuhkan duduk. Toby diletak di pangkuan. Tutup
tupperware dibuka. Terdapat post-it-note pada penutup tupperware sebelah dalam.
'Missing Jannah Fateha?
Now... I am back for good!'
'Missing Jannah Fateha?
Now... I am back for good!'
"ZAHIR! Cik Puan Toby ni ada beri nombor
telefon?"
Azlan yang bertapa di bilik pejabat tadi tidak puas hati.
Jannah langsung tidak tinggalkan nombor telefon dia untuk dihubungi.
Dr Zahir yang sedang merawat seekor maine coon itu
berpaling. "Engkau contact dia macam mana masa order brownies kedut
tu?"
Brownies Kedut |
Azlan diam. Malu pula ditanya begitu. Mana dia ada order?
Padahal dia memang tidak tahu menahu pun bila masanya Jannah menjejakkan kaki
pulang ke tanahair.
Kalau tanya emak, dia tau tak? Kalau Jannah pulang dan tinggal
semula di rumah sebelah tu... emak tentu tahu cerita.
Haila! Azlan garu kepala yang tak gatal. Dia pun dah lama
tak balik bermalam di rumah emaknya sebab sibuk mengganti Dr Zahir yang cuti
berkahwin. Main telefon-telefon jer. Emak kirim beli itu ini... dia belikan,
hantar dan balik semula ke klinik. Tak sempat nak intai-intai rumah sebelah.
Sedar-sedar emak beritahu orang sebelah tu dah keluar negara sambung Masters.
"Aku take 5 eh? Nak jengah emak aku kejap. Malam
kang aku overtime."
"Alright!" Sahut Dr Zahir sambil tunjuk cap
jempol. Matanya melirik ke arah Toby di dalam dukungan Azlan.
"Kau nak bawak Toby kemana tu? Kang Cik Puan dia
datang macam mana?"
"Kejap jer... Toby rindu emak aku!" Jawab
Azlan.
Erk? Dr Zahir kerut kening. Dia faham bahasa kucing?
Itulah... obses sangat... sampai tak kahwin-kahwin.
Tupperware berisi brownies kedut itu Azlan kepit di celah
ketiak di dalam kot putih yang dipakai. Tidak mahu dilihat oleh Dr Zahir.
Karang banyak tanya doktor sorang tu. Apatah lagi dia suka membahan orang...
mau sampai tujuh keturunan. Hisy!! Bahaya...
"MAK kenal kucing ni?" Tanya Azlan.
Mak Ton geleng. "Rupa macam Toby... kucing orang
sebelah dulu."
"Ini memang Toby la mak."
"Eh, kurusnya?" Mak Ton belai Toby sambil
menggosok-gosok kepalanya. "Dah tua kot?"
"Kata Jannah dia tak suka tinggal di kampung. Dia hantar
ke klinik waktu Lan takde. Azlan hulur tupperware berisi brownies kedut.
Mak Ton membukanya. "Jannah?"
Azlan angguk. "Dia tak balik tinggal di rumah
sebelah ke mak?"
Mak Ton geleng.
"Habis tu macam mana dia tau Lan suka kuih ni?"
"Dia ada call dua minggu lepas. Lama kami berbual.
Dia cakap dia dah nak balik."
"Tu aje?"
Mak Ton kerut-kerut muka mengingat. "Oo... emak ada
mintak resipi brownies kedut ni. Emak cakap Lan sukakannya."
Azlan lempar senyum.
"Tak payah nak senyum-senyum sangatlah.... Jannah
dah balik tu... biar dia yang buatkan."
Eh?
Terdengar deruan kereta yang berhenti di hadapan. Azlan
memanjangkan leher menjengah. Nampak macam Jannah sedang memunggah barang. Dia
langsung tak menoleh kiri dan kanan. Dia tak nak datang sini tegur emak ke?
"Siapa?" Tanya Mak Ton yang melihat Azlan tekun
memandang keluar.
Azlan angkat bahu. "Ada orang ushar-ushar rumah
sebelah kot?"
"Dah sebulan lebih rumah ni kosong. Tak panas
punggung orang yang tinggal di rumah sebelah ni. Silih berganti."
"Emak ada nombor Jannah? Lan nak contact tanya pasal
Toby. Dia tak tinggalkan nombor telefon pun."
"Nombor yang dia call hari tu dari luar negeri.
Nombor Malaysia ni nombor lama."
"Hurmmm... takpelah. Lan kena balik klinik mak.
Malam ni overtime... hujung minggu Lan balik kalau tak banyak kes."
"Baju kotor tak bawak balik? Nanti siapa yang nak
cuci?"
"Takpe mak... Lan hantar dobi jer nanti."
"Kalau dah kahwin... senang sikit hati mak."
Erk?
"ADA Cik Puan Toby ni datang cari kucingnya?"
Tanya Azlan yang kelam kabut elok dia menolak pintu klinik.
"Yang cari tadi lelaki doc."
"Lelaki?"
Suraya pembantu di klinik itu angguk.
"Dia cakap apa?"
"Dia cari Toby... lepas tu dia cakap nak jumpa Dr
Azlan. Itu aje."
"Takde doc... tapi... dia cakap dia akan datang
lagi. Ada hal yang mahu dibincangkan."
Hal apa pulak? Azlan memikir sendiri. Pasal dia dengan
Jannah? Dia mana ada buat apa2 dengan Jannah sebelum ni? Dating pun tak pernah.
Azlan meletakkan Toby ke dalam sangkarnya. Dia mundar
mandir mengingat cerita yang pernah berlaku antara dia dan Jannah. Siapa pulak
lelaki itu? Suami Jannah ke? "Zahir!" Azlan dah habis fikir.
"...yang hantar Toby pagi tadi tu lelaki ke perempuan?"
"Lelaki... dia hantar awal pagi masa nak ke opis.
Dia cakap itu kucing Jannah. Jannah titipkan ke sini suruh kau jaga sebab Toby
tak seronok tinggal di kampung."
"Habis tu... tupperware berisi brownies kedut
tu?"
"Dia cakap kau yang order," jawab Dr Zahir yang
sudah bersedia untuk pulang. Tamat shiftnya pada hari itu.
Azlan terkebil-kebil memahami cerita. Kenapa Jannah tak
datang sendiri jumpa dia? Jannah kan terlebih ramah? Sebab dia dah kahwin ke?
Sian lahai!
"Doc! Ni tadi lelaki tu ada tinggalkan barang. Dia
cakap Dr Azlan tau." Suraya sandarkan bungkusan di tepi meja.
Erk? Azlan tambah pening... dia garu kepala tak gatal.
"Saya balik dulu doc."
Azlan angguk.
Kring! Kring! Telefon klinik berbunyi. Azlan mendekati
dan mengangkat gagang. "Hello!"
"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Dr
Azlan?"
"Speaking."
"Saya Dr Jonah Imran... abang Jannah Fateha."
"DAH tengok barang yang saya
hantar semalam?" Tanya Dr Jonah sambil menghulur salam.
Dr Azlan geleng.
"Belum lagi. Petang nanti bawak balik... bukak di rumah." Memang dia
belum mahu melihat isi kandungan barang itu.
Mereka berjanji temu untuk makan tengahari di Concorde
Hotel. Sengaja Dr Jonah pilih di situ untuk mendapatkan privacy.
"Itu hadiah dari Jannah. Puas siang malam dia
berjaga nak menyiapkan."
Macam cerita Sang Rimau pula. Apakah? Dr Azlan mula keluh
kesah kerana tidak mengetahui isi di dalam bungkusan itu.
"Dia kirim salam...” Dr Jonah terdiam. Mengambil
nafas dan kekuatan untuk menyampaikan berita yang diamanahkan.
"...peluk cium untuk Mak Ton. Mohon maaf dan
halalkan segala yang termakan dan terminum... dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki..."
Dr Azlan dah rasa libang libu perasaannya. Ada apa ni?
"Dia serahkan Toby bawah peliharaan awak untuk awak
mengingati dia..."
"Jannah dah balik, kan? Kenapa dia tak nak jaga
sendiri?"
Dr Jonah kembangkan 5 jari tangan kanan. "Wait a
second... saya belum habis cerita lagi."
Kalau nak kahwin atau dah kahwin pun... bela jer la
sendiri... apa masalahnya? Dr Azlan cuba bersabar untuk memahami cerita.
"...mudah-mudahan awak dapat menerima berita ini
dengan tabah."
Dr Azlan mengunyah perlahan. Dia seolah sedang mengira
kunyahan untuk sampai kali ke44 sebelum ditelan.
Ting!
Sudu yang dipegang terlepas menimpa goblet yang berisi
air kosong.
Krek!
Serta merta goblet itu terbalik dan pecah. Airnya
melimpah memenuhi meja makan. Mereka berpandangan diantara satu dengan yang
lain. Apa yang berlaku tidak dihiraukan.
"What do you mean?"
"She's gone... for good!"
"She died?"
Dr Jonah angguk. "...of leukemia."
"Don't kid me doc. Then... siapa yang buat brownies
tu untuk I?"
"My wife... and of cos dari resipi yang Jannah
tinggalkan."
"That post-it-note?"
"Totally from Jannah. Dia tulis semasa baru sampai
ke tanahair..." ucap Dr Jonah separuh sebak.
"I thought I saw her yesterday di rumah sebelah
tu..."
"That was my wife using Jannah's car. Kami akan
tinggal di sana starting from next month."
"Are you trying to mocking me or what?"
Dr Jonah geleng. "Takde siapa yang suka
mempermainkan berita tentang kematian. She's my only sister... and she told me,
'kalau Jannah boleh pulih seperti dulu... Jannah pilih Dr Azlan sebagai suami
Jannah hingga ke Jannah.' Allah knows best Azlan."
Dr Azlan tidak tertahan sayu hatinya. Dia angkat kaki dan
menapak pergi meninggalkan Dr Jonah sendirian. "Azlan!"
Dr Azlan sudah tidak menoleh lagi. Hatinya dipagut sayu.
Harapannya musnah...
"I know you love her too." Bisik Dr Jonah.
MAK Ton duduk merenung gambar Azlan yg dijahit cross
stitch oleh Jannah. Gambar sebesar 3 × 3 kaki itu siap berbingkai, digantung di
ruang makan.
Terdengar sayup bacaan surah Yassin dialunkan oleh Azlan
di biliknya. Mak Ton lap airmata dengan hujung lengan baju. Manis gadis itu,
dia teringatkan Jannah. Peramah orangnya. Dialah yang meriuhkan rumah Mak Ton saban
hari ketika bersendirian tanpa Azlan. Ada sahaja kuih muih yang dibawa untuk
minum petang bersama. Kebetulan... brownies kedut itulah yang menjadi kesukaan
Azlan.
"Jannah tak kerja?" Mak Ton yang musykil
bertanya pada suatu petang.
Jannah yang datang dengan kerja tangannya itu menggeleng.
Tekun dia menghadap sulaman cross stitchnya itu.
"Sekolah lagi?"
Jannah angkat wajah. "Jannah nak sambung buat
Master, Mak Ton. Jannah nak mengajarlah." Dia senyum.
"Jannah ambil jurusan apa?"
"Law." Jawabnya. "Tapi jadi lawyer ni, Kak
Adawiyah cakap, waktu kerja tak menentu."
"Kak Adawiyah?"
"Sepupu Jannah. Suaminya pun doktor."
'Suaminya pun
doktor.' Jannah kantoi. Mak Ton tertangkap ayat itu dan mengerti maksud yang
tersirat. Namun... Mak Ton senyum dalam hati. Sayup-sayup terdengar alunan
lagu,
Kompang dipalu...pengantin baru...
Kompang dipalu...pengantin baru...
"Buat apa mak?"
Mak Ton terkejut dari lamunan. Astaghafirullahal'azim!
Mak Ton usap dada.
Toby di dukungan diserahkan kepada emaknya. Amboi!!
Kemain lemak Toby ye?
"Pandai dia buat, kan Lan?" Mak Ton tidak
menjawab soalan... malah bertanya.
Azlan yang keluar dari dapur dengan satu kole berasap
nipis itu hanya lempar senyum kelat. Kerusi ditarik... dia melabuhkan duduk.
Mata merenung gambar wajahnya dari sulaman cross stitch Jannah.
"Kenapa dia beria menyulam gambar kamu?"
Azlan hanya cebik bibir dan angkat bahu.
Mak Ton merenung wajah si anak. Kura-kura dalam perahulah
tu!
Azlan membawa kole ke bibir untuk mengelak dari menjawab
sebarang soalan. Mahu sahaja dia naik ke bilik... tetapi kasihan melihat
emaknya yang kesunyian. Sebelum ini emak ceria aje... dah biasa ditinggalkan
sendirian. Setelah mendengar khabar tentang Jannah, emak hilang kata-kata dan
hilang keceriaan di wajahnya. Gambar yang tergantung di dinding itu ditatap
untuk menghilangkan kerinduan. Rupanya Jannah buat Master, sebagai
pengorbanannya untuk menjadi isteri Azlan. Tapi hajatnya tak kesampaian.
"Tak sempat emak hendak bermenantukan dia,"
ucap Mak Ton tanpa sengaja.
"Lan naik dulu mak... ada kerja sikit," ucap
Azlan yang sudah mula sebak. Kalau dilayan mau dia juga meraung di situ.
Di depan emaknya? Oh tidak!
Biarlah rasa sayang dan cintanya terhadap Jannah itu, dia
seorang sahaja yang tahu.
Biar dia juga bawa rasa itu sehingga akhir hayatnya.
Biar dia juga bawa rasa itu sehingga akhir hayatnya.
Semoga roh Jannah Fateha ditempatkan bersama para
solihin. Aamiin. Mak Ton memanjat doa.
TAMAT
No comments:
Post a Comment