Sudah beberapa hari tak bersiaran sejak kunjungan Eid ul-Adha. Sambutannya meriah sedikit sahaja
dari sambutan Eid ul-Fitri ku tahun ini. Masa telah banyak merubah keadaan....merasakan pengalaman
ketika membesar bersama emak dan ayah...ketika membesarkan anak-anak sendiri dan akhirnya aku
bersendiri lagi ditemani Toby...selaku teman setia, Kaka, Ogy, Didi, Sojin dan Sandy.
Di pintu pagar rumahku yang menala ke jalan besar, aku merenung dada jalan yang sunyi dan sepi....
di kawasan tasik seberang jalan besar itu pun tak berorang. Bukankah hari ini orang ramai sudah
memulakan tugas setelah bercuti beberapa hari sempena sambutan Eid ul-Adha?
Sojin yg suka mengurut.... |
yang dikatakan mencecah hingga
14 jam sehari...mak ai!! Si Sandy memang suka benar tidur di anak tangga ke 13 dengan kepalanya
yang sedikit terjuih keluar. Didi pula kalau dicari sampai esok pun belum tentu jumpa sebab dia suka tidur di bawah meja kopi. Toby mahukan
atas katil dengan kepalanya sedikit
menumpang atas bantal manakala si Kaka di atas ambal yang bercorak belang harimau. Itu memang kes
nak bunuh diri sebab dia dengan ambal itu sudah sama warna dan coraknya. Memang dah beberapa kali terpijak kalau si tuan rumah
dalam urusan segera atau berjalannya mendongak ke siling atau matanya diletak di kepala lutut.
Toby......... |
Yang lelain pula suka hati la....
asal ada tempat yang selesa
untuk tidur. Selamat tak jadi
kucing jalanan yang makannya
harus mencuri sehingga ada yang dipotong kedua kaki hadapan.
Mujur ada hamba
Allah yang prihatin sanggup mengambil dan memeliharanya. Semoga Allah jua la yang akan membalas budi baik beliau.
Aku yang seronok memasak itu
dan ini telah terlambat menelefon emak. Jam di dinding dapur sudah
menunjukkan pukul 11.30 malam ketika itu....tapi ku gagahi jua. Lambat....baru terdengar suara adikku Lela yang menyambut talian memberitahu emak sudah nyenyak tidurnya.
"Kenapa tak balik?"
Itu memang soalan cepumas setiap kali kalau aku tak balik ada keraian dan kenduri kendara. Aku
dengan jawapan dan alasan yang kukuh. Ada ke orang tak nak balik beraya? Melainkan kalau memang
ada yang tak kena dengan hubungan kekeluargaan itu la kan? Aku dapat merasakan bagaimana
perasaan menantuku Huda yang berkecamuk isi perutnya merindui suasana berhariraya bersama ibubapa
dan adik beradiknya. Tahun ini dia sudah berkorban dua kali raya kerana penghijrahannya ke Brisbane
mengikut suami yang sedang mengatur masa depan yang cemerlang.
Begitu juga dengan keadaan ku suatu ketika dulu ketika mengikut suami berhijrah ke merata negeri.
Akan ku usahakan sedaya upaya untuk memenuhi keinginan berhariraya sebagaimana lazimnya. Kalau
tak dapat daun kelapa untuk dianyam dijadikan ketupat...aku godak aje nasi dan ku himpit di dalam loyang besar dan ku timpa pula dengan lesung batu agar keesokan paginya ia menjadi kenyal seakan ketupat
apabila dipotong. Kalau setakat masak rendang, sayur lodeh dan sambal kacang tu...insyaAllah...masih
boleh didapati di mana-mana. Rajin dengan malas sahaja yang menjadi pokok utamanya.
Walaupun sambutan tak seberapa...namun aku mengemas sebagaimana biasa. Meja makan siap setting
dari malam...pinggan makan, sudu garfu, cawan gelas semuanya tersedia....tapi daripada enam orang
ku tolak satu dan ditolak satu lagi tahun ini menjadikan kami tinggal berempat sahaja. Sikitnya...hati ku
berkata sendiri. Kalau rumah Lela ni masih boleh memenuhi meja makan untuk enam orang.
Tapi siapalah kita untuk merubah qada dan qadar Allah. Sudah begitu kehendakNYA walau dirancang
sebaik mana.
Junie Octovian: We will never miss the well until the water runs dry.
No comments:
Post a Comment