June 19, 2013

Mom's first anni...

Greetings to all......

Diam tak diam...sudah satu tahun berlalu sejak emak kembali ke rahmatullah pada 19hb Jun 2012. Namun memorinya tetap segar dalam ingatan. Kami adik beradik berkumpul, bercakap dan bermanja dengan emak di katil bilik bernombor 17 di wad Bunga Raya 10A, Hospital Baru Kluang yang sekarang ini sudah bertukar namanya ke Enche Puan Besar Kalthom, kalau aku tak silap.

Seakan waktu itu jam diputar kembali ke zaman kami masih di bawah ketiak emak. Hanya emak dan kami berenam beradik berbual mengimbau zaman kami membesar bersamanya.

Emak pula bukan main minta diurut sana sini di bahagian anggota badannya yang ketika itu sudah mula merasa kebas. Kini...itu semua sudah tinggal kenangan. Yang pergi tetap akan pergi, begitu mudah mulut mengungkapkan...namun aku melalui hari demi hari dengan ingatan di manakan ku cari ganti.

"I heard you are a novelist," soal Sister Mary yang menjaga lantai 10 wad Bunga Raya pada pagi giliran aku menjaga emak. Mungkin emak yang ramah itu yang memberitahu.

Aku angguk dan melemparkan senyum separuh masak. Tak selera kut...ketika itu kami semua sedang berdukacita kerana kami tahu emak akan pergi jua walau dia galak bercerita, macam orang sihat aje gayanya. Sebab itu cucu-cucunya gembira ria dapat peluang berjumpa dan berkumpul dengan saudara mara kerana tidak menyangka perkembangan yang berlaku kepada emak di sebaliknya.

"Will you write about this incidents in your next novel?" tanya Sister Mary beria-ia mahu kisah itu dibukukan.

"I'll try," sahutku dengan senyum yang sudah masak tetapi layu. Entah apa yang hendak ku tuliskan tentang pengalamanku menjaga emak di situ, aku pun tidak tahu.

Yang aku ingat, bilik bernombor 17 itu diserbu setiap kali masuk waktu melawat dengan buah tangan yang boleh dijadikan kenduri. Namun, si pesakitnya hanya diberi susu sahaja menerusi tiub.

Mujurlah setiap perjumpaan dengannya ada dirakamkan untuk dirujuk sebagai kenangan jika rindu itu datang bertandang.

Selepas enam bulan, Cinta Sambal Belacan berjaya dibukukan dengan sedikit insiden di hospital itu ku rakamkan. Nama Sister Mary ku garap sama memenuhi halaman muka surat 453 dan 454. Aku belum sempat meluangkan masa untuk menemuinya, namun dengan kuasa Tuhan, Sister Mary telah menelefon adikku mengucapkan terima kasih kerana namanya terbabit sama di dalam Cinta Sambal Belacan, novel kedua yang ku dedikasikan untuk emak...walau emak tidak ada lagi untuk melihat kejayaanku kali ini. Aku tetap bangga kerana emak sempat meraikan novel pertamaku Diintai Rindu.

Tanpa ayah kami yatim, tanpa ayah dan emak, kami yatim piatu dan akhirnya masing-masing membawa diri. Di musim cuti dan perayaan...kami tidak lagi berat hendak pulang ke Kluang. Adik beradikku punya keluarga yang hendak diuruskan...punya keluarga mertua yang hendak diutamakan. Aku yang sudah lama hidup bersendirian, akan merayakannya mengikut keadaan.

Pada 2hb Jun yang lalu, aku kembali ke daerah itu untuk kenduri arwah. Al-Fatihah buat semua yang telah meninggalkan kami...hanya kenangan itu yang tinggal kekal dan abadi di dalam sanubari. Pada hari ini pula...19hb Jun 2013, genaplah setahun emak pergi menemui Ilahi, semoga rohnya dicucuri rahmat dan damai dia di sana. Aamiin! Kami yang tinggal ini akan terus merindui kalian yang pernah hadir dalam hidup kami.

Junie Octovian: Al-Fatihah...




May 31, 2013

PBS di SACC...

Greetings to all........

Maaf...aku masih dengan kerja-kerja mempromosi Cinta Sambal Belacan. Selepas di Pesta Buku Antarabangsa yang bertempat di Putra World Trade Center bulan April/May lepas, aku ke Pesta Buku Selangor yang bertempat di Shah Alam Convention Center pula.

Amboi hai! diam tak diam sudah sampai hujung bulan Mei rupanya...*:-O surprise



Jadual penulis....

Peluang itu memberikan aku kesempatan untuk berkenalan dan mengeratkan silaturahim bersama teman penulis yang lainnya. Selama ini mereka yang diletakkan jadualnya bersamaku itu hanya dikenali di laman sosial sahaja. Pada tarikh 26hb Mei 2013, aku mengembleng tenaga bersama Puteri Andalas, penulis yang sudah lama berkecimpung di dalam industri penulisan ini serta Raiza Khairina, penulis yang pertama kali muncul dengan karya sulungnya Di Penjara Rindu. Ternyata mereka ini semua memang ramah-ramah orangnya. *:D big grin


Cik Junie bersama Puteri Andalas dan Raiza Khairina...

Tambah teruja bila minggu itu MPH Online menghantar mesej menerusi email...Cinta Sambal Belacan berada di tempat kedua dalam carta *:) happy

Tiada kata yang mampu diucapkan selain terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka-mereka yang sudah mendapatkan Cinta Sambal Belacan, sekaligus melariskan jualannya. Alhamdulillah *:"> blushing



di carta MPH...


Cinta Sambal Belacan di carta Buku Prima...


di tempat kedua...


Cinta Sambal Belacan di carta Grup Buku Karangkraf pula...


masih berada di dalam carta Top 10...alhamdulillah *;) winking

Begitulah sedikit sebanyak perjalanan hidup seorang penulis. Gembiranya hati bila karya kita itu diterima ramai. Larisnya jualan novel tersebut telah menaikkan semangat untuk menghasilkan karya yang lebih baik lagi. Begitu juga harapan editor kami di Buku Prima yang sama turut berbangga dengan novel keluaran mereka yang laris di pasaran. *B-) cool

Dari penelitian dan pemantauan yang dilakukan, ternyata cover novel itu juga tidak secara langsung menarik minat pembaca novel selain tajuk yang diberikan. Maka itu, in syaa Allah untuk karya seterusnya, aku akan cuba mendapatkan tajuk yang bersesuaian / bertepatan dengan ceritanya di samping kerjasama dari pihak grafik untuk cover yang menarik. *8-} silly

Sayonara May and welcome June...



Junie Octovian: Two things define you...your patience when you have nothing...and...your attitude when you have everything...wallahualam *:-S worried





May 7, 2013

Gajah sama gajah berjuang...

Greetings to all.....

Tiba-tiba sahaja aku terpanggil untuk mengisi N3 pagi ini dengan tajuk seperti di atas. Kenapa? *~X( at wits' end
Sebab...sejak kebelakangan ini, setiap kali buka Fb aje...meleret-leret dia orang pos pasal politik. Yang ini cakap parti ni bagus...yang itu cakap parti itu pulak bagus  *:-B nerd

Itu tak kisah jugalah... *O:-) angel lepas tu boleh siap kutuk mengutuk sampai meninggalkan komen yang panjang berjela. Hadoi! *#-o d'oh!

Jadilah manusia yang waras sikit... yang bertanding tu dah tentu dia bertanding. Awak yang sibuk nak bertekak sampai bermusuh tu, kenapa? *X( angry

Hilang rasa seronok hendak mengundi kali ini. Dulu pun ada juga perang bendera...tetapi mungkin tak ada Fb lagi, maka tidaklah sakit hati sangat dengan kutukan yang dilemparkan kepada mereka yang bertanding itu.

Aku tak kira...siapa sahaja yang berwibawa dan bakal mendatangkan faedah dan kemajuan kepada Malaysia amnya dan rakyat khususnya, aku terima. Aku tidak mahu negara sampai huru hara dan kucar kacir sehingga rakyatnya menderita di tanah tumpah darah sendiri. Aku kesian emak dan ayah aku yang sama sibuk berjuang untuk memerdekakan negara suatu ketika dulu untuk kepentingan keturunannya nanti habis begitu sahaja. *:(( crying

Pada pendapat aku, memang sudah sesuai dengan pemerintah yang ada sekarang mengikut kepada rakyatnya yang berbilang kaum. Hendak terus ditukar agak sukar juga. Mungkin segelintir pengundi memikirkan keadaan yang bakal berlaku setelah itu. Kita sepatutnya mensyukuri akan nikmat yang telah diberikan kepada kita sekarang ini.

Kita tidak mahu Malaysia dijajah oleh bangsa lain setelah begitu bersusah payah nenek moyang kita memperjuangkan hak bangsa dan memperolehi kemerdekaan untuk anak cucunya.

Aku rasa...pelapis muda ini tidak mengkaji sejarah yang berlaku sebelum hadirnya mereka ke dunia ini sebab itu mereka dengan senang hati menuduh dan memfitnah sesuka hati.

Aku lebih suka jika mereka hanya berkreatif begini...




atau pilih yang ini....


Wakakaka *=)) rolling on the floor


Aku gelak guling-guling semasa mereka pos di FB gambar-gambar calon yang bertanding. Gila engkau!

Namun aku hanya ambil keputusan mendiamkan diri dari sama sibuk menunjukkan kepandaian diri tepat dengan ajaran dari hadis Rasulullah yang berbunyi begini....

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Jangan sampai 'Gajah sama gajah berjuang, pelanduk yang mati di tengah-tengah.' *:(( crying

Sebelum sampai tarikh mengundi, aku sempat menjengah Pesta Buku yang masih lagi berlangsung di PWTC untuk melihat perkembangan yang berlaku dan hasil jualan buku setelah di ulang cetak untuk ketiga kalinya. Alhamdulillah *:x lovestruck


sempat aku menyelit di tengah-tengah penulis Buku Prima  *;) winking

Pada 3hb Mei itu, aku ditemukan dengan Mohd Sharif Apen, teman lama sekolah yang kini memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah di Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Dia memang akan berada di Pesta Buku itu setiap tahun, tetapi baru kali ini dapat bersua muka. *:-c call me

Pada 4hb Mei, aku menghadiri majlis walimah anak seorang teman sama sekolah yang diadakan di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya Bangsar. Teman-teman sudah pun memberitahu lebih awal mahu memiliki CSB kerana mereka belum berkesempatan mencarinya di daerah mereka.

Tak pasal-pasal aku buka booth sendiri untuk sesi menandatangan Cinta Sambal Belacan di situ. Hehehe

*:D big grin terima kasih Zainah Zain, tuan punya majlis pada hari itu.


maaf kerana quality gambar kurang memuaskan *:( sad


Memang sangat gumbira dapat bertemu dengan teman lama. Meriah sungguh bila masing-masing hendak berkongsi cerita... sehingga tidak sempat telinga hendak menangkap untuk dibawa ke minda. Apatah lagi dengan keadaan huru hara kerana ada sebahagian dari kami yang menelefon memberitahu masih dikatakan di dalam perjalanan menuju ke lokasi majlis pada hari itu. Adoi!! Manalah cikgu kami dulu tak pening kepala dibuatnya? *#-o d'oh!

Walau bagaimanapun...aku bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan mereka semua pada hari itu. In syaa Allah, akan cuba ku bukukan cerita dan kisah kami semasa sama-sama di sekolah dahulu.

Pada 5hb Mei, 2013...bermulalah Hari Mengundi bagi rakyat Malaysia untuk menentukan pemimpin mereka bertempoh 5 tahun akan datang. Aku yang pusat mengundinya bertempat di Sekolah Rendah kebangsaan Bukit Kemuning  (1) itu,  bergerak selepas Zohor. Sangkaku tentulah di waktu itu sudah kurang pengundi dan aku tidak perlu bersusah payah mencari tempat parkir apatah lagi berbaris menunggu giliran.

Tetapi...sangkaanku meleset kerana pada waktu tersebut pengundi masih terlalu ramai. Namun, demi menjalankan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia dengan rasa bangga di hati kerana berpeluang mengundi sebagaimana mereka yang lelainnya, aku redah juga.


Aku Anak Malaysia... *~^o^~ cheer



Junie Octovian: As you breathe right now, another person takes his last. So, stop complaining and learn to live with what you have. 




May 2, 2013

CSB di media cetak...

Greetings to all...

First and foremost, ku rakamkan ribuan terima kasih kepada orang perseorangan iaitu Rohayu Hashim yang  begitu peka dengan CSB yang telah dimuatkan ke dalam majalah dan akhbar tempatan.

Beliau yang tinggal di Kemaman Terengganu, ku kenali menerusi grup Chef Dapor Sendiri di laman Facebook. Tentu beliau seorang yang ramah sekali orangnya walau kami belum pernah bersua muka. Terima kasih Ayu... ingin sekali mengenali Ayu secara live satu hari nanti, in syaa Allah. *:x lovestruck

Berikut, adalah gambar-gambar yang dikirimkan oleh Rohayu Hashim kepadaku...



Di Majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran April...


Di Harian Metro....

Aku pula sudah tidak lagi melanggan majalah dan akhbar kerana perkembangan semasa hanya akan dilihat dan dibaca menerusi internet sahaja untuk mengelak menyimpan akhbar yang membumbung tingginya. Lagipun di kawasan perumahan tempat tinggalku ini, tiada lori yang masuk untuk mengutip surat khabar lama.

Mujur aku ada Rohayu Hashim, kawan maya yang rajin memberikan informasi terkini... dapatlah aku tahu apa yang berlaku dengan CINTA SAMBAL BELACAN selama ia diterbitkan dan berada di pasaran. *:-c call me

Semoga hasil usahaku  *?@_@? studying ini diberkati dan diterima oleh pembaca dan peminat novel Melayu tanahair.

Kini CSB sudah dicetak sebanyak 3 kali dengan bantuan dan sokongan kalian. Terima kasih. *&gt;:D< big hug Semasa aku dijadualkan untuk berada di sesi bertemu peminat pada 28hb April yang lalu, CSB masih di dalam bilik percetakan. Maaf *^#(^ it wasn't me sekarang ini... kalian sudah boleh memperolehinya di sana dengan potongan harga yang diberikan sebanyak 20 persen.

Maka itu... kepada yang sudi, marilah kita beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang masih lagi berlangsung di PWTC sehingga 5 Mei 2013 nanti  *&lt:-P party


Informasi terkini dari dewan Tun Dr Ismail di PWTC...


Junie Octovian: Seorang yang hebat, mampu berterima kasih atas setiap anugerah Allah dengan bersyukur. 






April 29, 2013

Ironman...


Greetings to all...

Hehehe *:) happy beria-ia aku mengarahkan anak-anak bersiap dari malam kerana bercadang untuk bertolak ke PWTC pada jam 10 pagi walaupun jadual tugasanku bermula pada jam 2.00 petang.

Si Adik dah bersiap dengan bag-packnya. Kakak pula sibuk me 'roger' teman-teman untuk sama jumpa di sana. Aku pula bercadang pakai yang santai-santai sahaja kerana cuaca yang panas. Di dalam dewan yang berhawa dingin itu pun belum tentu dapat menampung orang yang begitu ramai apatah lagi pada hari Ahad. *:)] on the phone

Seperti biasa, usai solat subuh, aku memang tidak lagi dapat untuk sambung bergolek-golek di atas katil kerana tugasan yang sudah menunggu. Sambil-sambil aku buka FB untuk mengetahui apa yang berlaku di sekitar Pesta Buku yang sudah pun bermula sejak 26hb April itu. Berikut adalah informasi dari Pengurus Besar Penerbitan Karangkraf...


AsSalam kepada semua karyawan:
Ada beberapa perkara yang merisaukan kami tentang kehadiran pengunjung ke PBAKL tahun ini. Antaranya:
- Saya dimaklumkan caj letak kereta di Hentian Putra bukan lagi RM3 per entry. Sekarang harganya ikut jam. Parking di PWTC terhad.
- The Mall telah ditutup sementara untuk ubahsuai.
- Ruang kereta dah tak ada
- Kedai makan dah tak ada


Alamak! Aku tepuk dahi. Macam mana ni? Di mana pula anak yang dua orang yang akan menemankan aku itu hendak makan? Kena bawak bekallah gamaknya ni. Mindaku sudah memutar apa yang patut dimasak *[]--- cook untuk dijadikan bekal kami di sana nanti.

Untuk menyelamatkan keadaan, panggilan dari Buku Prima memberitahu CSB kehabisan stok. Jadi aku tidaklah perlu berada di sana.

"Kalau akak nak datang tak ada hal, tapi buku memang tak ada," kata pemanggil.

Aku percaya kerana kata si kawan kakak yang berwhatsapp dengannya semalam, CSB kehabisan stok. Dia yang sudah menunggu lama juga belum lagi dapat memperolehinya.

"Tak jadi pergi ke?" tanya si Adik yang baru turun dari biliknya itu.

"Buku tak ada stoklah," ujarku dengan mencebikkan bibir.

Kecewa weh! *=(( broken heart    Cadang nak join penulis-penulis lain yang tidak pernah dikenali sebelum ini. Mula tu rasa nak pergi terjah aje... tapi bila fikir balik nak buat apa aku bersusah payah merempuh kesesakan segala bagai kalau CSB tak ada stoknya di situ? Macam tahun sebelum ini juga, elok aku sampai untuk sesi 'signing' tu, aku diberitahu Diintai Rindu kehabisan stok.

"Tak jadi ma?" tanya si Kakak pula dari tengah mata tangga.

Aku geleng kepala. Kesian pula tengok wajahnya yang sama kecewa.

"Tak payahlah... cuaca pun panas sangat. Baik rehat aje di rumah... karang lepas zohor kita ke City Mall, boleh tengok Ironman."


Ironman di skrin besar GSC....


"Yes!!"

Mereka sama setuju. Bukan Ironman buatan Tesco tau?


Ironman buatan TESCO  Kepong


Ironman buatan TESCO Setia Alam... hehehe hodohnya...


Junie Octovian: I believe Allah has a bigger plan for me than I had for myself *~^o^~ cheer





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...