Berakhir sudah penglibatanku di Karnival Media Karangkraf yang berlangsung sejak 1hb sehingga 3hb semalam. Aamiin!
Hari pertama, aku ditempatkan di booth Giler Fantastic....
...bersama novelis Zulfati Hanis dengan karya beliau Kembali Padamu. Pertama kali aku bertemu dan beliau merupakan seorang yang mudah mesra. Tidak secara langsung, terjalinlah silaturahim antara kami sepanjang hari itu. Aamiin!
Namun, pada hari itu, aku diberitahu bahawa CINTA SAMBAL BELACAN masih di dalam printing room lagi dan bagi mereka yang bertanya mencari itu, aku hanya dapat tawarkan buku pertama sahaja. Ternyata, meraka memang mencari yang terbaru kerana mereka telah punyai buku yang pertama itu dan mengharap untuk menghayati karya keduaku.
Senang juga rasa hati, rupanya ada juga yang mengikuti perkembangan hasil karya Junie Octovian selama ini. alhamdulillah. Maka, di dalam hati semakinlah berkobar-kobar untuk menghasilkan lagi dan lagi yang lebih baik untuk tidak menghampakan mereka ini. In shaa Allah.
Pada hari Sabtu 2hb Februari 2013, aku berada di persimpangan dilema, sama ada untuk pergi ke Karangkraf lagi, walhal CINTA SAMBAL BELACAN masih belum lagi dikeluarkan untuk menemui pembacanya, atau pun menghadiri majlis walimatulurus jiranku sahaja. Memandang amanah yang telah dititipkan padaku itu, aku bergerak juga ke booth hari kedua, iaitu Sweet & Fresh.
Hehehe...hampir tergolek aku dari kerusi membaca nama booth aku untuk hari itu. Masakan aku yang sudah berusia itu diletakkan di situ? Namun, aku hargai usaha Buku Prima yang memperkenalkan aku sebagai penulis baru sebenarnya, itu yang bermaksud Fresh. Kalau nak anggap aku sebagai Sweet tu, memang minta ampunlah, kerana aku diapit oleh penulis-penulis muda yang sememangnya Sweet.
Semasa aku sampai, aku sudah diberitahu bahawa CINTA SAMBAL BELACAN sudah pun mula dijual. Begitu kembang sekali hatiku ingin melihat karyaku yang sudah dijadikan buku...
Amekaw!! |
Beginilah rupa karya keduaku yang sudah dibukukan. Kepada sesiapa yang berminat untuk membaca tentang CINTA SAMBAL BELACAN, sudi-sudikanlah mencarinya di MPH atau POPULAR. Pihak Karangkraf juga ada menyediakan pembelian online menerusi eMall Karangkrafnya.
Kumpulan Media Karangkraf telah memperkenalkan eMall - gedung buku online bagi membolehkan peminat buku, novel dan majalah keluaran syarikat ini memperoleh ketiga-tiga produk mereka dalam bentuk digital dan multimedia.
Menurut mereka, pengenalan kemudahan itu akan membolehkan orang ramai melanggan 28 majalah dan ribuan buku dan novel keluaran Kumpulan Media Karangkraf atas talian.
Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke kedai-kedai buku, aku cadangkan mereka untuk membelinya menerusi atas talian sahaja. Kepada sesiapa yang sudah memilikinya, aku ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian kalian.
Junie Octovian: Salam sayang!
No comments:
Post a Comment