February 25, 2013

Superpitch 2013...

Greetings to all...

Alhamdulillah...DIINTAI RINDU dan CINTA SAMBAL BELACAN telah dipilih untuk menyertai Superpitch 2013 yang bakal berlangsung pada 2hb Mac, 2013 di ......




Terpilih aje pun dah cukup banggalah bagi aku yang baru saja menceburkan diri di dalam bid.ang penulisan ini. Sampai di sana nanti, kalau ada rezeki, aku akan melompat kesukaan. Tetapi jika sebaliknya, aku terima dengan dada yang lapang dan menganggap Allah belum hendak memberikan rezeki lagi. Kena berfikiran positif dan cekalkan hati. *;) winking

Kata orang pun, belum dicuba belum tahu lagi, kan? Sekurang-kurangnya aku sudah berusaha dan menimba pengalaman di dalam bidang ini. Idea asal aku pun cuma mahu bila mati nanti dapat meninggalkan nama yang terpahat di buku, yang dapat ditinggalkan untuk anak cucu. Kiranya, aku sudah patut bersyukur kerana keinginanku itu sudah pun dimakbulkan. Terima kasih Ya Allah! *:x lovestruck

Jika diberi keizinan, aku mahu juga terus berjaya di dalam bidang yang ku lalui ini. In shaa Allah. Semoga usaha murniku ini akan diberkati olehNYA. Aamiin!

Junie Octovian: Work for a cause, not for applause. Live life to express, not to impress. Wallahualam. *:-B nerd






February 13, 2013

Terima kasih...

Greetings to all......

N3 hari ini masih berhubung kait dengan CINTA SAMBAL BELACAN lagi yang boleh bikin orang geli dan naik muntah hijau asyik bercerita mengenainya sahaja. Namun, aku ingin memberitahu kalian bahawa novelku kali ini telah mengungguli carta minggu pertama bulan Februari 2013. Apa rasa kalian jika berada di tempat aku sekarang? *:D big grin  Sudah pasti sama macam aku yang sedang menyeringai sampai ke telinga sepanjang hari setelah dikhabarkan dengan berita sensasi ini, kan? Mujur gigi masih ada lagi...hehehe

Jom lihat di bawah........


Cik Junie berada di tempat pertama...semoga akan terus kekal utk beberapa minggu berikutnya...in shaa Allah

Carta tersebut dikeluarkan oleh pihak BUKU PRIMA dari 3/2/13 hingga 9/2/13... *&gt;:D< big hug

Alhamdulillah....apa lagi yang dapat aku katakan selain memuji dan bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana dengan izinNYA semua itu bisa terjadi.

Okeylah...bagi kalian yang tidak begitu berminat dengan bacaan novel yang barangkali dianggap sebagai kisah-kisah dari imaginasi penulisnya yang bercorak dari pelbagai genre seperti kisah cinta, keluarga, sci-fi dan thriller... itu tidak mengapa kerana aku amat mengerti bukan semua orang minat benda yang sama.

Di sini ku ambli kesempatan untuk merakamkan rasa terima kasih kepada kalian yang menjadi penyumbang utama kepada kejayaanku pada hari ini. Semoga terhibur dan salam sayang.

Junie Octovian: You will never be good enough for everybody, but you will always be good enough for someone who really appreciates you. Wallahualam...




February 7, 2013

Syukurku ke hadrat Allah...

Greetings to all........

Di N3 ini suka aku hendak mengingatkan kepada diri sendiri tentang tujuan aku membuka blog dahulu. Aku yang sekarang ini ditinggalkan sendirian kerana mengikut lumrah alam agak bosan bila tidak ada benda yang hendak ku buat selain menonton Astro sepanjang hari.

Jadi, anak-anak mengajar aku menggunakan PC dan membukakan akaun Facebook dan blog agar aku yang ditinggalkan tadi dapat melayari internet dan berhubung dengan mereka di maya. Sekarang ini lebih meriah kerana kami boleh berskype juga untuk melihat mereka di seberang talian. Mereka mahu aku tuliskan setiap pengalaman aku selama hidup ini agar mereka dan cucu-cucu nanti dapat membaca kisahku jika kami tidak sempat berkumpul bersama suatu hari nanti.

Semasa muda dahulu, waktu mata masih terang...aku sibuk dengan menjahit, menyulam dan mengait. Tidak ada ruang untuk aku merasakan bosan, malah terasa cepat benar masa berlalu. Semenjak aku galak menulis ini, hobi itu tidak ku lakukan lagi. Hendak ku pass kepada anak-anak, nampak gaya mereka tidak berminat pula, memandangkan di zaman yang mewah ini semuanya boleh diperolehi dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.

Berbual pun sudah kurang kerana masing-masing kepenatan seharian dengan urusan. Di rumah pula, masing-masing sibuk dengan laptop, iPad dan terkini dengan smartphone yang boleh berFacebook dari situ sahaja. Maka, masing-masing itu tidaklah berbual diantara satu dengan yang lainnya kerana dek asyik merenung henset di tangan.

Tidak seperti zaman aku dahulu, pantang nampak muka ayah dan emak, semua habis nak diadu. Bila buka cerita di meja sarapan, kalau tidak ditegur, harus berlarutan sampai masuk makan tengahari pula dan begitulah seterusnya. Hampir-hampir kami terlupa waktu tidur kerana jam 2.00 pagi, kami masih mengelitik lagi ketawa dan berborak entah apa. Aku rindu waktu itu...... *&gt;:D< big hug

Suasana persekitaran menyedarkan aku bahawa hakikat sebenarnya memang bertepatanlah aku dengan dunia penulisanku yang memerlukan waktu sendirian yang panjang dalam keadaan sunyi sepi untuk mengalirkan ideaku itu.

Setelah kelahiran CINTA SAMBAL BELACAN, dapatlah aku berehat sebentar dengan mengisi blog ini yang sudah lama terbiar sepi yang hanya ku updatekan dengan kegiatan yang ku lakukan sepanjang mempromosi novel baru itu. Aku tidak bimbang, kerana manuskrip ketiga telah ku serahkan kepada mereka yang bertanggungjawab. RAHSIA SEMALAM, mungkin akan ditukar tajuknya juga jika pihak editor merasakan tajuk yang kuberikan itu tidak memenuhi kehendak mereka.

Di RAHSIA SEMALAM, aku cuba masuk ke genre thriller yang tidak begitu keras kerana ingin melihat bagaimana penerimaan pihak editor dengan karya thrillerku ini.  *:-O surprise    Jika ada sambutan dari pembaca-pembaca budiman yang mengikuti hasil karya JUNIE OCTOVIAN, akan aku cuba ke genre thriller ini lagi. Hehehe....

Hatiku tambah berbunga-bunga bila Editor kanan kami di Buku Prima mengeluarkan kenyataan bahawa CINTA SAMBAL BELACAN kini masuk percetakan kedua. Alhamdulillah...baru saja diterbitkan dan dijual di Karnival pagi itu 2hb Februari, sudah mula dicetak lagi? Bak kata pepatah Melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan dengan izinnya juga aku dapat melahirkan CINTA SAMBAL BELACAN.

Semoga kalian yang telah mendapatkan novel ini berpuas hati dengan kisah cinta kekeluargaan yang cuba aku sampaikan. Sekian, salam sayang buat semua....





Junie Octovian: "Dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya untuk diberikan rahmat-Nya" (Ali Imran:74)




February 4, 2013

Sweet & Fresh...

Greetings to all........

Berakhir sudah penglibatanku di Karnival Media Karangkraf yang berlangsung sejak 1hb sehingga 3hb semalam. Aamiin! *:) happy

Hari pertama, aku ditempatkan di booth Giler Fantastic....





...bersama novelis Zulfati Hanis dengan karya beliau Kembali Padamu. Pertama kali aku bertemu dan beliau merupakan seorang yang mudah mesra. Tidak secara langsung, terjalinlah silaturahim antara kami sepanjang hari itu. Aamiin! *:) happy

Namun, pada hari itu, aku diberitahu bahawa CINTA SAMBAL BELACAN masih di dalam printing room lagi dan bagi mereka yang bertanya mencari itu, aku hanya dapat tawarkan buku pertama sahaja. Ternyata, meraka memang mencari yang terbaru kerana mereka telah punyai buku yang pertama itu dan mengharap untuk menghayati karya keduaku.

Senang juga rasa hati, rupanya ada juga yang mengikuti perkembangan hasil karya Junie Octovian selama ini. alhamdulillah. *:) happy Maka, di dalam hati semakinlah berkobar-kobar untuk menghasilkan lagi dan lagi yang lebih baik untuk tidak menghampakan mereka ini. In shaa Allah.

Pada hari Sabtu 2hb Februari 2013, aku berada di persimpangan dilema, sama ada untuk pergi ke Karangkraf lagi, walhal CINTA SAMBAL BELACAN masih belum lagi dikeluarkan untuk menemui pembacanya, atau pun menghadiri majlis walimatulurus jiranku sahaja. Memandang amanah yang telah dititipkan padaku itu, aku bergerak juga ke booth hari kedua, iaitu Sweet & Fresh.

Hehehe...hampir tergolek aku dari kerusi membaca nama booth aku untuk hari itu. Masakan aku yang sudah berusia itu diletakkan di situ? Namun, aku hargai usaha Buku Prima yang memperkenalkan aku sebagai penulis baru sebenarnya, itu yang bermaksud Fresh. Kalau nak anggap aku sebagai Sweet tu, memang minta ampunlah, *:) happy kerana aku diapit oleh penulis-penulis muda yang sememangnya Sweet.




Semasa aku sampai, aku sudah diberitahu bahawa CINTA SAMBAL BELACAN sudah pun mula dijual. Begitu kembang sekali hatiku ingin melihat karyaku yang sudah dijadikan buku...


Amekaw!!


Beginilah rupa karya keduaku yang sudah dibukukan. Kepada sesiapa yang berminat untuk membaca tentang CINTA SAMBAL BELACAN, sudi-sudikanlah mencarinya di MPH atau POPULAR. Pihak Karangkraf juga ada menyediakan pembelian online menerusi eMall Karangkrafnya.

Kumpulan Media Karangkraf telah memperkenalkan eMall - gedung buku online bagi membolehkan peminat buku, novel dan majalah keluaran syarikat ini memperoleh ketiga-tiga produk mereka dalam bentuk digital dan multimedia.

Menurut mereka, pengenalan kemudahan itu akan membolehkan orang ramai melanggan 28 majalah dan ribuan buku dan novel keluaran Kumpulan Media Karangkraf atas talian.

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke kedai-kedai buku, aku cadangkan mereka untuk membelinya menerusi atas talian sahaja. Kepada sesiapa yang sudah memilikinya, aku ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian kalian.


Junie Octovian: Salam sayang!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...