N3 hari ini masih berhubung kait dengan CINTA SAMBAL BELACAN lagi yang boleh bikin orang geli dan naik muntah hijau asyik bercerita mengenainya sahaja. Namun, aku ingin memberitahu kalian bahawa novelku kali ini telah mengungguli carta minggu pertama bulan Februari 2013. Apa rasa kalian jika berada di tempat aku sekarang? Sudah pasti sama macam aku yang sedang menyeringai sampai ke telinga sepanjang hari setelah dikhabarkan dengan berita sensasi ini, kan? Mujur gigi masih ada lagi...hehehe
Jom lihat di bawah........
Cik Junie berada di tempat pertama...semoga akan terus kekal utk beberapa minggu berikutnya...in shaa Allah |
Carta tersebut dikeluarkan oleh pihak BUKU PRIMA dari 3/2/13 hingga 9/2/13...
Alhamdulillah....apa lagi yang dapat aku katakan selain memuji dan bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana dengan izinNYA semua itu bisa terjadi.
Okeylah...bagi kalian yang tidak begitu berminat dengan bacaan novel yang barangkali dianggap sebagai kisah-kisah dari imaginasi penulisnya yang bercorak dari pelbagai genre seperti kisah cinta, keluarga, sci-fi dan thriller... itu tidak mengapa kerana aku amat mengerti bukan semua orang minat benda yang sama.
Di sini ku ambli kesempatan untuk merakamkan rasa terima kasih kepada kalian yang menjadi penyumbang utama kepada kejayaanku pada hari ini. Semoga terhibur dan salam sayang.
Junie Octovian: You will never be good enough for everybody, but you will always be good enough for someone who really appreciates you. Wallahualam...
salam...la...akak novelis tu rupenye...hihi..patutla familiar je nama... tq akak! tq singgah blog cikwan :)))
ReplyDeletecinta sambal belacan...yo. menarik..nanti cikwan nak beli lah..walaupun jarang baca novel..dengar tajuk bau2 masakan ni.. jadi nak tau plak macam mana jalan ceritanye... ;))
selamat berkarya kak.. moga terus maju!
DeleteTerima kasih cikwan kerana sudi membalas kunjungan cik junie... hehehe
Maaf... lambat reply sebab disewakan kepada spiderman sehingga sarat bersawang.
Rasa macam nak close down je... tapi sesekali macam nak juga berkongsi cerita.
Sudahkah berjaya mendapatkan senaskhah untuk dibaca?