April 2, 2013

Kunjungan dari si peminat novel...

Hi peeps!

Sungguh aku terharu dengan keinginan adik-adik yang bernama Rosni Musa, Imaniah Fajaya Othman dan Sha Mslvoe untuk berkunjung ke rumah pada tanggal 30 hb Mac 2013 yang lalu. *B-) cool

Aku memang mengalu-alukan kedatangan mereka untuk mengeratkan silaturahim itu TETAPI...*siap ada tetapi lagi tu!* *:P tongue aku segan bila mereka sampai nanti dan dapati rumahku tidak seperti yang dibayangkan oleh mereka. Yalah...tentu mereka sangkakan rumah macam JK Rowling ke, kan? Maklumlah rumah penulis!!  *:-/ confused

Alhamdulillah...*&gt;:D< big hug  mereka sampai sepertimana yang dijanjikan. Kebetulan memang waktu makan tengahari, maka mereka itu ku jemput untuk ke meja makan.

Seronok berbual dengan mereka yang ku anggap memang benar-benar Hantu Novel kerana mereka bukan sahaja membeli setiap keluaran terbaharu novel, malah terus mencari penulisnya untuk minta ditandatangan. Serius! aku kagum dengan usaha mereka itu.


Sebelah kiri Rosni Musa dan yang kanan, Imaniah Fajaya Othman...

...dengan menu yang kuhidangkan....

...bersama Sha Mslvoe....


...bersama novel2 teman yg lain utk ditandatangani...hehehe

Hebatkan mereka ini semua? Selepas sesi berborak dan menandatangan, mereka bergerak pula ke rumah penulis Kamsiah Abu yang sama di bawah satu bumbung Buku Prima denganku. Namun penulis Kamsiah Abu ini telah banyak menghasilkan novel berbanding aku yang baru saja baru berjinak-jinak.

Harapanku semoga usaha mereka bertiga ini diberkati dan memperoleh banyak pahala dalam menjalinkan silaturahim dan tidak secara langsung melariskan jualan novel kami. Terima kasih. *:x lovestruck


Junie Octovian: Allah menyukai orang yang berusaha meenjaga hubungan. Ada syurga yang menanti setiap kebaikan...walaupun kecil...*:-B nerd







7 comments:

  1. assalam... kak, nak tanya buku ni ada lagi tak dlm stok akak... kalo bleh nak dptkan tanda tangan hehe.... nak beli buat hadiah utk wife ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam... terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

      Untuk dapatkan CSB yang bertandatangan, sila PM ke Junaidah Omar nama FB akak.

      Semoga niat suci murni anda itu diberkati... aamiin! <3

      Delete
    2. ooh ok.. tq kak.. saya akan roger di FB akak ;)

      Delete
  2. Assalam kak June,

    tak sangka pulak ada entry untuk kitaorang. alahaiii terharunya. masakan akak memang superb! sangat sedap sehingga menjilat jari. service akak tiptop, JK Rowling pun kalah.

    terima kasih terima kunjungan kitaorg. siap kasi makan, ada dessert lagi. smoga akak terus berkarya. muahsssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks my dear Sha Mslvoe...

      You are such a wonderful person, nice knowing you. Hope CSB is your cup of tea.

      Lots of love...muahs!!

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Jun... terima kasih..terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami.. semoga ikatan ukhwah kita berpanjangan. Maaf andai ade kekurangan dlm kita berbicara... moga dpt berjumpa lg...
    Diharapkan akak terus maju & jaya dlm dunia penulisan..kami sentiasa menyokong akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Rosni my dear...

      Kunjungan kalian menjadi kenangan manis sehingga ke hari ini. Semoga kita akan dapat bertemu lagi dan terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan.

      Love you,
      Muahs!!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...