AIK? Iman brake mengejut dalam perjalanannya ke dapur
bila kelibat yang sedang mengacau sesuatu itu nampak muda orangnya.
Dia berpatah balik ke tingkat atas mencari mama dengan
langkah yang terjengkit2 macam pencuri.
"Ma!" Panggilnya perlahan. Pintu bilik mamanya
diketuk dan terus sahaja ditolak.
Puan Rohana berpaling terkejut. "Iman..."
ucapnya sambil mengurut dada.
"Ira... anak sedara Mak cik Lela. Mama mintak dia
bantu masak... mama tak laratlah bulan puasa kali ni."
"Eh mama ni... pandai ke dia tu? Kang tak berasa,
macam mana?"
"Ah! Dalam bulan puasa ni memang dia yang masak.
Sedap jer, kan?"
"Iman tak pernah nampak pun sebelum ni?"
"Dia masak di rumahnya. Mama upah lebih suruh dia
datang masak di sini pulak."
"Dia..."
"Cuti semester 3 bulan, katanya." Puan Rohana
seolah dapat membaca apa yang mahu ditanya oleh si anak. "Nak cari duit
beli baju raya. Emak dan ayah dia dah meninggal. Anak yatim dia tu… menumpang
hidup dengan Mak cik Lela."
Iman Sufi angguk.
"Mama suruh dia buat cucur udang untuk berbuka.
Favourite Iman, kan?"
Nyum! Iman menelan liur. Tak jadi dia hendak turun ke
bawah menonton TV. Segan.
TERJERIT-JERIT
Iman Sufi mendendangkan lagu 'Balik Kampung' dari Allahyarham Sudirman petang
Sabtu itu di ruang tamu untuk membuang kebosanan.
Puan Rohana buat derk aje sambil mengeluarkan bahan2
untuk dijadikan sajian berbuka mereka. Lantak engkau la nak... asal kau
bahagia, hatinya berkata.
Ketibaan Julia Afira dari pintu belakang tidak disedari
oleh Iman Sufi yang asyik menyanyi sambil memetik gitar.
"Dahlah tu!" Jerit Puan Rohana yang malu
dilihat Ira. "Turun ribut petir pulak ni karang."
"Biarlah Cik Ana," jawab Ira spontan.
"Minggu ni panas meraung... biarlah turun hujan pulak."
Serta merta petikan gitar terhenti. Suasana di ruang tamu
menjadi sepi apabila kedengaran suara si gadis.
Aik? Puan Rohana memanjangkan leher menjengah ke depan.
"Dah hilang," gumamnya.
"Ira salah cakap ke Cik Ana?"
"Dia memang macam tu... nampak pompuan jer nyorok.
Sebab tu Cik Ana tak ambil pembantu rumah. Ini pun terpaksa sebab Cik Ana dah
tak larat nak bangun duduk."
Julia Afira angguk.
"Tapi tadi dia ada request tart nenas. Suka betul
dia biskut tu. Ira boleh buat?"
"Kalau Cik Ana ada bahannya... Ira boleh jer tolong
buatkan."
"Esok Ira datang pagi... kita buat biskut tu dulu.
Nanti Cik Ana bayar lebih... kira overtime la..."
"Boleh ke? Kang anak teruna Cik Ana tak keluar dari
bilik pulak."
"Biar dia belajar berkawan dengan pompuan. Umur dah
masuk 27... bila nak ada calon kalau asyik menyorok aje?"
Tak kan malu kot? Cukup jer sifatnya. Handsome
orangnya... engineer lagi. Atau dia memang tak minat perempuan? Isy!!
Nauzubillahiminzalik.
"Takpe Cik Ana... Ira boleh jer hilangkan malu dia
tu."
Erk? "Macam mana tu?"
Ira sengih.
"KAK
Ira!"
Julia Afira berpaling dari kerja memasaknya. Aik?
Siapakah? Cik Ana tak cerita pun ada budak lain dalam rumah ni.
"Saya Irwan... adik paling kecik. Baru sampai malam
tadi."
"Dari mana?"
"Oo... ye ke?"
"Haah... Angah pun balik saing malam tadi... Along
yang jemput."
Angah? Along?
"Angah!" Jerit Irwan yang terpandang abangnya
itu melintas di belakang rumah dengan memikul 5 batang tiang pelita.
Ilham Shafie menoleh. Matanya tegak memandang Julia
Afira. "Macam kenal aje?"
"Angah kenal Kak Ira ke?"
"Julia, kan?"
Ira angguk.
"Yang join summer camp di Merlimau dulu, kan?"
"Korang sibuk-sibuk interview Kak Ira ni
kenapa?" Sergah Puan Rohana yang baru pulang dari pasar bersama anak
sulongnya. "Dah pergi main jauh2. Kang tak siap kerja Kak Ira."
"Irwan baru nak berkenalan aje mama."
"Yang peramah ni tak malu betul." Tegur Puan
Rohana.
"Mama nak buat ketupat ke?" Tunjuk Ilham pada
daun kelapa di tangan.
"Kak Ira cakap dia pandai anyam. Kita buat dalam 50
biji cukuplah."
"Yeay!!"
Sorak Irwan. "Esok hari raya... esok hari raya!" Dia berlalu pergi sambil menyanyi.
KELIBAT
Iman Sufi dilihat sedang mundar mandir di anjung rumah sambil membelek telefon
pintarnya.
Julia Afira tiba-tiba dapat idea bagaimana untuk
menjinakkan lelaki itu. Berbekalkan parang... dia menapak ke pangkal rimbunan
lengkuas yang di tanam di tepi rumah semi-D itu.
"Along!" Jeritnya.
Iman Sufi rasa keras badannya di situ apabila namanya
dipanggil.
"Tolong Ira gali lengkuas ni. Keraslah
tanahnya." Dia pura-pura mengesat dahi dengan lengan.
Guna parang memanglah... sampai pagi raya pun tak lepas.
Sempat Iman Sufi mengejek. Mata Iman memerhati keliling. Jika ada Angah atau
Adik boleh jer diganti dengan mereka. Tapi tidak kelihatan seorang pun pada
waktu itu.
Mau tak mau... didekatinya juga gadis itu tanpa suara.
Kang buat donno... tak macho pulak.
Ira menghulurkan parang namun tidak dipedulikannya...
malah dia ke tepi rumah mencari cangkul.
Lentang lentung kelempang kelempung...
"Haa... sana sikit Long." Ira saja menyibuk
sambil bercekak pinggang. "Tepi lagi sikit." Mulutnya mericau macam
burung murai.
Si jejaka tak banyak songeh. Dia bekerja keras bagi
memenuhi permintaan si gadis. Tidak pernah dia diarah membuat kerja-kerja
begitu. Apatah lagi dari orang yang tidak dikenalinya.
Akhirnya isi lengkuas dapat digali.
"Ala... lebihlah sikit Long... banyak nak guna ni,
" arah Ira macam mereka dah pernah kenal 10 tahun lalu. Peramah giler.
Tak nak cakap pun takpelah... sekurang2nya dia mau datang
membantu. Jinak-jinak merpati la tu!
"Cukup?" Akhirnya mulut yang tersimpan berlian
Gurun Kalahari itu bersuara.
"Cukuplah dulu kot?" Jawab Ira. "Kalau tak
cukup Ira panggil mintak tolong gali lagi tau?"
Tanpa anggukan... Iman Sufi lempar senyum secukup rasa.
"Thanks Along!"
"No worries."
Puan Rohana yang mengintai dari tingkap bilik bawah
tersenyum memandang. "Alhamdulillah." Ucapnya dalam hati.
"ALONG,
ketupat tu tolong tambah air lagi..." arah Ira. "...ni Ira dah masakkan
air panas." Dia unjuk cerek berisi air panas.
Memang teruk si
Along dikerjakannya hari itu. Tak bagi peluang langsung untuk dia duduk bertapa
di atas sendirian.
Lepas kerja menggali lengkuas petang tadi... Along
dipanggil lagi.
"Along! Tolong ambilkan periuk kukus di kabinet atas
tu. Ira nak buat steam siakap untuk berbuka."
Yumyum! Along telan liur sambil mengacau rendang di
kuali.
Sengaja Ira sebut lauk kegemaran Along... biar dia rajin
sikit menolong. Kebetulan, Puan Rohana minta dia berbuka sama agar senang untuk
meneruskan kerja-kerja memasak seterusnya. Puan Rohana yang sedang menyiat
daging untuk serunding itu kerling dengan hujung mata. Senang hatinya melihat
Along yang sudah mahu bergaul walau mulut masih berat lagi untuk mengeluarkan
kata-kata.
Angah di anjung
sedang memasang lampu kelip-kelip dibantu oleh si Adik.
Hah? Cik Ana angkat wajah. Ira cepat mengenyit mata. "Onde-onde
best jugak."
Yumyum! Along teguk liur lagi. Giler... mau tambah berat
badannya puasa kali ini.
"Cik Ana... sayur lodeh masak esok pagi la ye? Lepas
solat subuh Ira datang."
"Tak susahkan Ira ke?"
"Susah apa pulak. Lagipun kalau masak dari malam
takut cepat basi."
"Ira bawaklah kunci rumah spare satu. Kot Cik Ana
tak sedar nanti... Ira boleh masuk sendiri."
"Ok jugak tu... senang Ira tak payah nak tekan-tekan
loceng. Baju-baju melayu nak suruh Ira ironkan pun boleh... letak jer di bilik
bawah nanti."
"Along kang hantar Ira balik... dah malam ni. Kalau
rajin esok pagi lepas solat subuh di surau tu... terus jemput di rumahnya.
Takut jalan sorang-sorang sekarang ni. Bahaya."
Habislah engkau
Iman Sufi... kerja-kerja next step dah menanti. Kalau tak faham juga tu... tak
taulah.
ALONG
dah tak larat menunggu Cik Ira yang tidur mati depan Restoran KFC. Dia yang dah
menguap beberapa kali tak tahu bagaimana mahu mengejut gadis itu. Nombor mama
dipanggil.
"Ma! Tidur pulaklah dia ni. Along tak tahu rumah dia
kat mana."
"Kejutlah..."
"Nak kejut macam mana? Malu arr!"
"Dah! Bawak balik sini jer."
Tau benar Puan Rohana dengan perangai Iman Sufi. Mati hidup
balik tak kan terkeluar kata-kata dari mulutnya. Itu pun dah mujur dia mengikut
apa yang disuruh.
"Ok."
"IRA!" Panggil Puan Rohana. Pipi gadis itu
ditepuk perlahan.
Haa... tak kan dia nak kejut tepuk-tepuk pipi macam tu?
Bisik Iman Sufi dalam hati. Siang kerja tak ingat dunia... bila dah terlelap
pun lupa dunia. Hisy!!
Sedar-sedar Ira tengok dirinya masih di dalam kereta di
porch rumah Cik Ana.
"Tak jadi hantar Ira balik?"
Iman Sufi beri jeling maut. Dah puas berpusing satu
bandar dikatanya tak jadi hantar dia balik. Dia tunjuk jam di pergelangan
tangan kemudian tunjuk 2 jarinya. Pakai bahasa isyarat jer... macam Charlie
Chaplin.
Aaa! Dah pukul 2 pagi? "Ira tidur dalam kereta ni
dari pukul 10 malam tadi sampai pukul 2 pagi?" Ya ampun!! Malunya. Dia
menutup muka dengan 2 tapak tangan.
"Dahlah tu..." tegur Puan Rohana. "Jom
masuk.... tidur di bilik bawah tu. Esok Cik Ana explain kat Cik Lela."
Dengan malunya Julia Afira menapak masuk ke dalam.
Sambil-sambil itu... dia mengelap sekeliling mulut dengan selendang. Manalah
tau... ada lelehan air liur basi. Di lihat pula si Along. Mak ai!! Ini memang
malu tahap 7 petala. Tak kan dilupa hingga 7 keturunan. Kelibat Iman Sufi di
muka pintu dikerling dengan ekor mata.
"Sorrylah Along... Ira letih betul."
Makan daulatlah tu... aku yang pangkat abang ni dibulinya
bagai nak selak. Padan muka!
MALU
giler!
Julia Afira menekap muka dengan bantal saat masuk ke
bilik. Mana nak sorok muka ni? Dia kemudian berbaring terlentang menghadap
kipas yang dipasang pada tahap maksimum. Panas weii... malu tahap gaban dah ni.
Beberapa minit kemudian dia dapat idea. Dia yang sudah
puas tidur tadi terus bangun dan memerhati baju melayu 3 pasang yang digantung
seolah minta tolong di'iron'kan.
Janji dikotakan.
Usai tugasan... dia ke dapur. Bahan-bahan untuk sayur
lodeh dikeluarkan. Sebiji periuk besar ditenggek di atas tungku dapur. Sayur
lodeh harus segera disiapkan. Dia mahu menghilang sebelum azan subuh
berkumandang.
SEMENTARA
itu di rumah Mak cik Lela...
"Ira mana?" Tanya Encik Zahar. Gadis itu
disenangi kerana ringan tulangnya.
"Dia overtime hari ni sebab esok raya."
"Hai! Kerja macam tu pun ada overtime?"
"Puan Rohana tu takde anak pompuan yang hendak
diharap bang."
Encik Zahar angguk. "Untung dia dapat Ira tu...
rajin budaknya. Duit peninggalan emak ayah dia banyak aje... tahan dia sibuk
jadi tukang masak untuk beli baju raya."
"Itulah. Kalau tak sebab dia tu masih belajar
lagi... harus Puan Rohana ambil jadi tukang masak tetap."
"Ramai ke anak Puan Rohana tu?"
"Kata Ira... sorang aje. Cuma Puan Rohana tak larat
melayan makan minumnya dalam bulan puasa ni. Itu yang sibuk cari pembantu yang
pandai masak."
"Kalau macam tu... dah betul sangatlah tu. Nak
angkat jadi menantu pun takpe... abang boleh jadi tukang rekomen." Kata Encik
Zahar yang sedang menunggu periuk rebusan ketupat.
Puan Lela jeling. Kemain lagi... dia pulak yang sibuk.
"JULIA!"
Julia Afira yang sudah mahu keluar dari rumah Puan Rohana
usai menyiapkan seperiuk sayur lodeh berpaling terkejut.
Ira angguk. "Saya dah siapkan semuanya. Baju pun dah
gosok."
Licin berkilat dapur Puan Rohana dibersihkannya. Biarlah
dia meninggalkan nama yang baik untuk Mak cik Lela yang telah merekomen dia
untuk keluarga itu.
Alah! Ikut perjanjian pun dia diperlukan dalam bulan
Ramadan itu sahaja untuk membantu meringankan kerja-kerja Puan Rohana. Cuma...
cara dia menamatkan perkhidmatan, tidak begitu sopan caranya kerana bercadang
mahu meninggalkan rumah itu tanpa bertemu dengan tuan rumah terlebih dahulu.
"Nak suruh Along hantar ke?"
"Kenapa Along?"
"Tak kan saya nak caras abang sendiri?"
Ira sentap. Apa hal dia orang ni... cakap macam ada
maksud tersembunyi. "Takpe... saya boleh balik sendiri."
"Eh, bahayalah. Gelap lagi di luar tu. Setan-setan
semua dah terlepas ni."
"Takpe... biar Along hantar."
Eh?
Tiba-tiba... ada suara di tengah tangga. Ilham berpaling.
Along. Dia senyum. "Ni..." Ilham menunjuk ke arah Along. "Your
knight with shining armour dah datang."
"OO... ye ke?"
Puan Lela dan Encik Zahar serentak angguk.
"Dia sebatang kara... anak yatim piatu. Kami ni jadi
tempat dia mengadu."
Maka keluarlah hikayat tentang Julia Afira yang
ditinggalkan yatim piatu ketika berusia 20 tahun. Ibu dan ayahnya terlibat
dalam satu kemalangan maut waktu hendak menjemput anak tunggal mereka di asrama
untuk pulang berhariraya di kampung.
"Saya tak paksa... Cik Lela, Encik Zahar. Dia boleh
aje teruskan pengajiannya sehingga tamat..." Ucap Puan Rohana yang datang
beraya ke rumah Puan Lela dan Encik Zahar dengan 3 orang anak lelakinya.
"...saya cuma nak booking dia untuk anak sulong saya jer."
Encik Zahar siku manja isterinya. Memang dia setuju
sangat. Wajah bakal menantu dipandang dari atas ke bawah.
"Kalau dia sudi... ini cincinnya." Puan Rohana
menyorong bekas cincin ke atas meja kopi.
"InsyaAllah... ini semua bisa diatur puan."
Sambut Encik Zahar.
Julia Afira dah keras di dapur mendengar perbualan tetamu
dengan mak cik dan pak ciknya. Mahu mengacau nescafe di dalam teko pun dia jadi
malu. Takut kedengaran bunyi sudunya.
"Mana Ira?"
"Ira!" Panggil Puan Lela. "Marilah... Cik
Ana ada bawak berita gembira ni."
Kompang dipalu... pengantin baru... ahaks.
TAMAT
No comments:
Post a Comment