December 31, 2011

Welcoming New Year!

Greetings to all........




Junie Octovian: Semoga dilimpahi rahmat Allah dan dilindungi sepanjang tahun dan hidup diberkati 
                        sepanjang masa bersama anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga segala yang 
                        dirancang dan dilakukan beroleh kejayaan. Amin!



December 29, 2011

D'Gunung Cafe...

Hi peeps....

Kami G77 telah mengadakan perjumpaan pada 25 Disember 2011 bersamaan cuti sambutan
Hari Natal.

Sebahagian G77 telah membuat perjumpaan pertama kalinya pada 2 Julai 2011 di mana aku
tidak dapat menghadirinya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Perjumpaan pertama kali...

...hanya seorang lelaki yang hadir....

Atas permintaan beberapa orang teman yang baru ditemui di laman facebook...kami mengatur
jadual dan hari yang sesuai untuk mengadakannya sekali lagi. Kali ini juga kami cadangkan di
daerah yang sama untuk mengenang kembali dan melawat tempat kami dibesarkan dan juga
tempat kami menimba ilmu sehingga masing-masing berjaya dalam hidup.

Kumpulan yang semakin besar....

Kumpulan lelaki..........

...dan perempuan....

Perjumpaan yang di atur berjalan dengan baik sekali. Melalui 'facebook'sahaja, our Madam
Organizer yang dilantik, telah membuat segala persiapan untuk menyambut kedatangan kami.
Walaupun pada awal perbincangan, aku cadangkan diadakan di Coffee House, Prime City,
namun Madam Organizer lebih peka kerana tarikh yang bertepatan dengan sambutan Hari
Natal itu bakal menghalang perjumpaan kami. Kemungkinan kami tidak mendapat tempat
kerana telah ditempah terlebih dahulu oleh pihak-pihak tertentu.

Maka...beliau dengan gigihnya telah memilih di kawasan kaki Gunung Lambak yang menjadi
salah satu tempat aktiviti kami di musim cuti sekolah yang kini telah berubah sama sekali itu
sebagai tempat perjumpaan. Alhamdulillah.........

Sani.....

Tidak tersangka sama sekali bahawa kami ada teman yang telah menjadi Pengetua Sekolah juga.
Sani telah berbesar hati datang bersama keluarganya langsung dari Sabah mengambil kesempatan
cuti sekolah.

Salikin Sidek...

Salikin yang telah berjaya menempa nama di dunia fesyen sebagai pereka fesyen tradisional
berasaskan songket dan telah mempunyai Butik di Ampang Park dan di SACC Mall, Shah
Alam juga. Ternyata beliau tambah ramah berbanding dengan zaman sekolah dulu. Keep it up, Sali!

Our Madam Organizer...

Bagi pihak teman-teman semua, ku rakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama Madam Organizer
kami, Roy Hamid & hubby Tuan Hj. Zahri yang sama bertungkus lumus membantu dalam menjayakan
majlis ini.

Semoga...akan ada lagi pertemuan dan perjumpaan di masa-masa akan datang dengan jumlah yang
hadir lebih ramai lagi agar tambah meriah.

Terima kasih juga kepada teman yang baru kami temukan.......

Shahid Abu Bakar...


Muhammad Harun.........

Lt. Kol. Zainuddin Abd. Rashid........

Ucapan terima kasih juga untuk tetamu kehormat kami pada petang itu yang sudi datang ke
majlis walau dikatakan sedang dalam tugas kerana situasi banjir yang melanda kawasan selatan
tanahair.

Overall......majlis yang diadakan di D'gunung Cafe berjalan lancar dalam cuaca yang redup,
sejuk dengan hembusan angin dari kaki Gunung Lambak yang bertempat di daerah kebanggaan
kami satu ketika dulu....di KLUANG, Johor.

Junie Octovian: Kindness inspires LOVE...anger or control inspires FEAR. How would you 
                        like to lead your life?



December 22, 2011

Opera China...

Greetings to all........

N3 hari ini ku bawa kalian mengimbau era zaman kanak-kanakku se waktu kemajuan belum
pesat berkembang. Waktu itu tiada kemudahan yang diberikan seperti membeli peti televisyen
secara ansuran...komputer dan internet ni jauh sekali kedengaran.

Di sekitar tempat tinggal kami pada ketika itu pula majoriti penduduknya adalah kaum China...
maka kami terbawa-bawa dengan tayangan percuma operanya yang akan diadakan setiap kali
menyambut 'sembahyang hantu' ~ kata kawan-kawan China aku la.


Bertahun kami berjiran bersama...sampai abang sulongku sudah fasih berbahasa China...tidak
kira apa dialek mereka sekali pun...semua Abang boleh ikut. Cuma Abang tidak pandai membaca
dan menulis gaya mereka sahaja. Abang Ngah ku cuma tahu cakap sikit-sikit aje tapi dia faham
apa yang mereka cakapkan. Akak ku....faham sikit-sikit....cakap langsung tak tahu...manakala aku
pula...yang tahu sikit-sikit itu ku campur adukkan. Membuatkan mereka yang arif dalam bahasa
itu gelak tergolek jadinya. Macam loghat Terengganu yang dicampur dengan loghat Kelantan
la lebih kurang. Hanya orang Terengganu jati sahaja yang tahu bahawa loghat itu loghat mereka.
Jika mereka mendengar kita yang kurang arif ini bercakap...sudah tentu mereka akan gelak
tergolek kan?

Tapi kawan-kawan bangsa China ku ini memang baik-baik belaka. Mereka lepak di anjung rumah
ku waktu petang...sama-sama berborak dalam bahasa itik dan ayam. Yang hairan itu, kami boleh
faham pula. Ketika itu yang aku ingat...cuma aku seorang sahaja perempuan. Bila Abang dan Ngah
sibuk bermain layang-layang, aku pun sama sibuk juga.



Ada sekali tu...Abang dan Ngah berlari pulang. Aku sama mengikut dari belakang. Aku lihat
Abang menumbuk kaca menggunakan batu lesung emak.* lupa pulak....ke mana emak dan uda
waktu itu * Kemudian Abang mengambil sedikit tepung ubi dari bekas simpanan emak dan
dengan bantuan Ngah mereka membancuh kanji. Kanji itu dicampurkan pula dengan serbuk kaca
tadi dan dilurutkan pada tali layang-layang yang direntangkan pada tiang ampaian emak.


Sementara menunggu tali tadi kering....Abang masuk ke dapur mencari nasi di periuk. Kuali diambil
dari gantungan dan ditenggekkan di atas dapur. Abang menghidupkan api dapur minyak tanah
dan meletakkan sedikit minyak lebihan minyak goreng ikan semalam ke dalam kuali. Nasi
semangkuk tadi diramas-ramas dan dicurah ke dalam kuali apabila kelihatan minyaknya sudah cukup
panas. Entah apa yang Abang masukkan lagi sebagai perencahnya...aku tak ambil tahu sangat...yang
pasti selepas itu kami bertiga beradik tersandar kekenyangan.

Kemudian Abang dan Ngah menyambung aktiviti mereka dengan memasang tali pada layang-layang
satu yang dikongsi berdua itu. Aku mengikut sahaja apabila mereka berdua mula berjalan menuju
ke sebuah kawasan lapang yang sudah dipenuhi dengan kanak-kanak yang masing-masing sudah
mendahului kami menaikkan layang-layang mereka. Ngah cepat memegang layang-layang itu dan
berlari membawanya ke tengah padang sementara Abang pula melepaskan tali perlahan-lahan dari
gelungan bekas tin susu yang telah dibuang kertas pembalutnya. Pergh! Hebat....dengan sekali
percubaan sahaja layang-layang Abang dan Ngah telah terbang tinggi.


Kelihatan bersepah-sepah layang-layang di dada langit...bermacam bentuk dan rupa serta berbagai
warna. Memang cantik. Aku sama menunggu di situ memerhati sesekali membaca gerak Abang
menarik dan melepaskan tali. Abang dan Ngah kelihatan sangat gembira dengan percubaan mereka.

Namun apa yang masih ku musykilkan....apa kena mengena melurutkan bancuhan kaca dan kanji ke
tali layang-layang itu masih belum ku tanyakan. Sebentar kemudian ku lihat...layang-layang yang
mendekati layang-layang Abang telah terputus talinya dan melayang ringan tanpa arah. Seorang anak
China kenalan Abang telah menjerit dengan memaki hamun dalam bahasanya. Abang dan Ngah hanya
senyum memandang. Kawan China Abang yang terputus tali layang-layang tadi datang lagi
dengan membawa beberapa bungkusan yang macam amat ku kenali dan menyerahkan kepada Abang.

Malam itu kami berdedai meraikan kemenangan ke pentas kayu yang berupa panggung terletak dalam
100 meter jauhnya di seberang sungai berhadapan dengan Tokong Besar untuk menonton Opera
China dengan bekalan kuaci hitam cap helang.

Apa yang hendak ku sampaikan di sini adalah mengenai perbezaan aktiviti yang dijalankan oleh kami
dengan anak-anak zaman sekarang. Kebebasan kami tidak terbatas. Tidak ada kes penculikan dan
lain kes jenayah melampau kerana pemikiran orang dahulu yang boleh diibaratkan masih kuno itu
tidak pula melampaui batas berbanding sekarang yang telah tersangat maju sehingga jenayah yang
dirancang itu tidak terlintas di fikiran kita boleh berlaku.

Kisah ini ku bangkitkan apabila melihat anak-anak jiran yang hanya dapat bermain di dalam kawasan
perkarangan rumah seluas sekangkang kera yang harus dikongsi bersama tiga beradik di musim cuti
sekolah ini. Kasihannya mereka...sekurang-kurangnya anak-anak aku dahulu dapat bergerak bebas
di kawasan kediaman kami semasa bapa mereka masih bertugas dengan syarikat perladangan...
walaupun tinggal jauh terpinggir dari masyarakat.

Tidak banyak beza dengan masyarakat di kawasan taman perumahan ini kerana rata-rata ibu dan
bapa mereka bekerja dan mereka tinggal dengan pembantu rumah yang sudah pasti tidak akan
membenarkan anak majikan mereka merayau sesuka hati. Mereka juga tidak ramai kenalan
selain di sekolah dan saudara mara terdekat sahaja.

Anak-anak lelaki ku banyak berpesan ketika meninggalkan aku sendirian di rumah di sini setelah
pemergian bapanya.............

"Kalau ada orang tekan loceng tu....mama tengok dulu siapa...jangan terus nak bukak aje."

Mereka tahu aku ramah orangnya...tak kira bangsa...habis semua ku tegur. Tapi di sini orang
ambil kesempatan pula.

Aku tahu kalian semua faham apa yang cuba hendak ku sampaikan di sini. Jika ku teruskan akan
memakan masa dan ruang. Maka dengan yang demikian....'lu fikir la sendiri'!

Junie Octovian: We make our FORTUNES and we call them FATE.....by Earl of Beaconsfield.



December 21, 2011

Wordless Wednesday......

Hi peeps!

As usual....here's my WW model.....................



Junie Octovian: Shhhhhh!!

December 20, 2011

Sebuah Perjanjian...

Greetings to all.......

N3 ini adalah lanjutan dari kisah semalam. Aku teruskan sahaja kisahnya sebagaimana yang
pernah diceritakan oleh ayah padaku suatu ketika dulu semasa ayah baru pulang dari melawat
temannya yang telah kembali ke rahmatullah itu.

Menurut ayah....suatu malam temannya yang baru habis kerja mengikut shift itu pulang dalam
keadaan yang mengantuk. Entah macam mana dia telah terlanggar jirat cina yang berada di tepi
jalan menghala masuk ke perkampungan tempat tinggalnya.



Setelah terlanggar dan tergolek di situ...si polan serta merta terasa segar dan bangun mendapatkan
motosikalnya yang telah melanggar dan menghempap batu yang bertulis nama si mati. Maka
apabila dia mengangkat motosikalnya itu...ternyata batu itu patah akibat perlanggaran tadi.
Si polan cuba mendirikan semula....tetapi tidak berjaya. Maka si polan berjanji pada empunya
batu tersebut...seandainya dia membeli nombor yang tertera di batu itu dan nombor itu
menjanjikan tempat pertama...si polan akan datang menggantikan dengan batu yang baru.

Entah macam mana...nombor yang dibeli telah mengena tempat pertama. Si polan serta merta
menjadi kaya....beliau telah menggunakan duit itu dengan membeli kebun dan membina sebuah
rumah yang besar untuk keluarganya....namun telah terlupa akan perjanjian yang dibuatnya.

Menurut isterinya...setelah hidup mereka berubah menjadi senang....tidur suaminya tidak tenang.
Dia sering meracau bercakap dalam bahasa yang tidak difahami oleh si isteri. Tapi menurut ayah..
si polan ada memberitahunya bahawa dia didatangi oleh seorang perempuan cina yang mahu
si polan mengahwininya. Si polan yang terlupa akan kejadian dia terlanggar jirat cina itu tidak
memahami kehendak perempuan cina yang datang dalam mimpinya.



Sejak itu...si polan terus jatuh sakit dan menjadi sangat takut apabila hari menjenguk malam.
Menurut cerita mereka yang tinggal berjiran...ada bunyi-bunyi yang menyeramkan dan kelibat
lembaga berjubah putih merayau-rayau di keliling rumahnya pada waktu malam.

Walaupun telah diusahakan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan...namun tiada ubat
yang dapat membantu sakit si polan. Apabila dirujuk kepada bomoh pula...dia dikatakan terkena
buatan orang. Maka kaum keluarganya mengagak ada orang yang berhasad dengki dengan suami
nya kerana kemewahan yang diperolehi dalam sekelip mata itu.

Ayah tidak berani bersuara walau sudah tahu cerita dari si polan itu sendiri. Kata ayah...ayah ada
mengingatkan padanya tentang perjanjian yang dibuat tapi ketika itu si polan sudah begitu nazak
keadaannya....dan ayah tidak berani hendak menceritakan akan perjanjian si polan pada anak dan
isterinya bimbang akan mengaibkan si polan yang sudah sedia sakit itu.

Setelah melalui saat-saat kematian yang azab untuk beberapa minggu hanya selepas beberapa
bulan sahaja si polan mendapat laba....si polan pun menghembuskan nafas terakhirnya dalam
usia yang masih muda. Namun...isteri dan anak-anaknya dapat meneruskan hidup hasil dari
kebun getah yang dibeli dengan wang yang diperolehi dari perjanjian yang dibuat dengan batu
jirat cina tanpa pengetahuan mereka sehingga kini. Wallahualam.

Junie Octovian: Jangan suka berjanji...jikalau tidak ditepati. Janji membawa akibat kerana 
                        banyak yang silap ~ petikan dari sebuah lagu lama.



December 19, 2011

Bunga Bakawali....

Hi peeps!

Hari ini aku nak kongsi cerita lama yang pernah ku alami tapi kebenarannya hanya Allah sahaja
yang Maha Mengetahui.

Aku sedang menanam pokok bunga bakawali ke tanah di laman depan rumah...yang terpecah
pasunya akibat ribut kencang pada satu hari. Mungkin juga kerana pasu itu sudah tidak dapat
menahan berat pokok dengan kuntuman bunga-bunga yang memenuhi dahan. Sayang pula kalau
nanti ia mati kekeringan sementara hendak digantikan dengan pasu yang baru.

Bunganya yg kembang di waktu tengah malam.....

Seorang Polis Bantuan masuk ke pekarangan rumahku dengan menaiki motosikal telah berhenti
memandang aku yang sedang terbongkok-bongkok...tertonggeng-tonggeng membuat kerja. Bila
aku mengangkat wajah...dia lalu bertanya.

"Tuan ada?"

"Dalam," jawabku pendek. "...ada apa?" aku bertanya bila aku lihat dia masih bertenggek di atas
motosikalnya memerhati kerjaku.

"Saya tunggu...ini hari driver tak ada mari...saya juga ganti," beritahunya dalam pelat India sambil
kepalanya digoyang-goyangkan mengikut rentak cerita.

Aku pun jadi sama terikut pula.

"Ini pokok banyak baik, mem.." dia mula membuka cerita.

Aku angguk....aku suka sebab ia rajin berbunga dan mengeluarkan satu bau yang sangat wangi.
Cuba klik sini untuk mengetahui kisah benar pokok ini.

"Malam...itu bunga kembang...mem tunggu...ada asap keluar...nanti apa mau semua boleh mintak,"
sambung Polis Bantuan yang berbangsa India tersebut. "...saya tak ada tipu cakap...tengok!" dia menunjukkan dahinya yang bercalit tiga garis putih macam pangkat sarjan.

Kuntuman semasa hari siang..........

Tapi suami aku cakap dia tu cuma berpangkat koperal aje.

"Saya semayang punya orang...cakap tak bleh tipu. Dulu saya pun ada mintak...mau jadi kaya..."
Dia kemudian terdiam....lama.

Aku memandang merenungnya kerana cerita separuh jalan itu.

"Saya sudah jadi kaya...saya angkat nombor sudah menang first prize....tapi anak laki-laki sudah
mati jatuh lombong."

Matanya memerah menahan sedih mengingat kenangan lalunya. "Bini sudah jadi gila...hari-hari
mau pergi sana lombong cari itu anak. Saya anak itu juga satu orang...." dia diam lagi.

Oo...kira 'give and take' la ni...hatiku berbisik sendiri.

"Apa guna kaya? Anak...bini...semua tak ada?"

Aku dengar dia hidup sebatang kara di kuarters ladang dan bekerja sebagai Ketua Polis Bantuan.
Kesiannya......

Aku angguk-angguk kepala mengiyakan ceritanya. Mungkin sebab itu sekarang ini dia menjadi
orang alim dalam agama Hindu yang dianutinya. Kepercayaan dia begitu...kita tiada hak untuk
melarangnya.

"Nanti malam cuba mem...pukul 12..." pesannya lagi setelah dia nampak kelibat suamiku yang
sudah duduk menyarung kasut.

Aku hanya melemparkan senyuman. Ye la tu.....macam aku ni berani sangat.

Selepas mereka bergerak pergi meninggalkan aku di situ....memandang ke arah kuntuman bunga
yang banyak itu....mahukah aku menunggu pada waktu tengahmalam nanti untuk mengetahui akan
kebenaran cerita tadi?

Arwah ayah pernah menceritakan kisah yang sama padaku....kisah puteri bunga bakawali ini dan
ada filem yang menayangkan kisah ini juga lama dahulu. Aku berfikir kembali selepas itu...
memang lelaki India tadi sangat berani orangnya kerana mahu mencuba.

Kemuadian aku terbawa dek cerita tentang seorang kenalan ayah yang pulang malam dan telah
terlanggar jirat China........


                                                                                    ~ bersambung ~

December 15, 2011

Harimau Jadian (ii)......

Hi peeps!

N3 ni sambungan daripada kisah yang tergendala kerana telah ku berikan laluan untuk segment
Wordless Wednesday dengan model tetap Cik Hana Sofya Firdaous.

Okeh...tanpa membuang banyak masa...kita sambung kisahnya.............

Selepas adik ayah dan keluarganya pulang malam itu, aku terpaksa menyambung kerja sekolah yang terbengkalai. Hari sudah agak lewat, masing-masing sudah masuk bilik mencari bantal. Namun aku
harus menyiapkan tugasan yang akan dihantar pada keesokan pagi di sekolah.

"Nanti nak tidur jangan lupa tutup lampu-lampu," pesan ayah sebelum dia masuk ke biliknya.

Aku yang masih tekun menghadap kerja sekolah itu hanya mengangguk. Seketika hanya kedengaran
bunyi kesak kesik kertas buku latihan yang ku selak. Penat menekur, aku menyandar merehatkan
tulang belakang. Kerusi tempat duduk ku rapatkan ke dinding untuk mengelak diri dari tabiat duduk
sambil menjongketkan kerusi.

Tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi cakaran sepanjang papan dinding yang dibina melintang itu
rapat di telingaku.



Siapa pulak yang nak bergurau tak kena masa ni? Aku bermonolog sendiri kerana sangkaku si Zainal
anak Mak Mah tu yang empunya kerja kerana dia
memang rajin pulang jauh malam cuba menakutkan aku. Namun aku tak ambil peduli...biarkan!

Kemudian aku terfikir sendiri....kenapa si Zainal ni
beria-ia nak menakutkan aku dengan mencakar
dinding? Macam tak masuk akal aje sebab rumah
kampung yang bertiang itu sudah separas pinggang,
ditambah dengan ketinggian tempat dia mencakar itu separas bahu aku ketika sedang duduk. Kalau
benar pun tentu dia akan mencakar gaya menegak sahaja....mengapa harus bersusah-susah mengikut
gaya melintang? Lagipun mana dia tahu aku ada di
situ sedang membuat kerja sekolah?

Penat berfikir, aku menyambung kerjaku lagi tapi aku
sudah mengalihkan kerusi ke tengah pula. Kini,
bunyi cakaran itu di lantai pula. Bermakna si pelaku merangkak masuk ke bawah rumah sambil
berbaring terlentang dan mencakar papan lantai rumah. Kenapa dia harus bersusah payah melakukan
kerja yang tidak berfaedah itu?

Hendak aje aku curahkan air panas menerusi lubang-lubang lantai itu, tapi bimbang kalau betul si Zainal
anak Mak Mah itu karang mau sopak badannya. Aku yang memang tidak menyangka yang bukan-
bukan itu masih tidak mempedulikan keadaan. Daripada bersila di atas kerusi tadi, aku bersila terus
di atas meja. Hah...ambik kau!

Setelah tidak dipedulikan....kini ia beralih ke pintu besar depan rumah. Ia langsung tidak mengetuk
malah terus menggegar pintu besar itu. Aku hanya duduk memerhati. Pintu yang digegar kuat itu seakan
mahu rebah dibuatnya.



Yang menghairankan itu, mengapa emak dan ayah tidak langsung tersedar akan kejadian yang berlaku?

Mengapa hanya aku seorang sahaja yang mengalami kejadian itu. Aku mula merasa takut kerana pada hemahku kali ini memang bukan si Zainal anak Mak Mah. Tidak takutkah dia pada emak dan ayahku jika mereka tersedar dari tidurnya?

Dari cara pintu itu digegar juga menolak sangkaan aku bahawa si pelakunya anak Mak Mah. Aku membayangkan sesorang yang bertubuh sasa dan gagah. Siapakah? Tanpa membuang masa, aku cepat mematikan lampu dan menapak lekas masuk ke bilik. Kerja-kerja sekolah, ku biarkan setelah merasa ketakutan. Aku menarik selimut menutupi seluruh badan. Mataku terus terpejam dalam kegelapan malam.

Pengalaman malam itu aku simpan sendiri kerana tiada seorang pun yang membuka cerita tentang
kejadian itu pada keesokan harinya di meja sarapan. Emak pun nampak relaks aje tidak bertanya
apa-apa.

Namun...sewaktu minum petang, emak dan ayah rancak bercerita tentang seorang nenek
yang hilang dari rumah anaknya. Anaknya memberitahu bahawa emaknya ada memakai ilmu dan dia
sedang berusaha untuk mencari orang yang pandai untuk membuangnya kerana bimbang emaknya
akan mengalami keadaan yang susah apabila hendak menghembuskan nafas terakhirnya.

Cerita ayah, anaknya tidak mahu menerima ilmu yang mahu diturunkan oleh si ibu. Itu sebab ibunya
tidak betah dikurung di rumah.

Aku di ruang tengah rumah hanya memasang telinga sambil membuat kerja sekolah sementara hari
cerah. Aku sudah serik menangguhkan kerja dan terpaksa membuat kerja sendirian di waktu tengah
malam setelah mengalami kejadian yang pelik benar pada pendapatku. Namun aku masih belum mahu
bercerita dengan sesiapa.

Kalau dari cerita ayah mengenai orang yang dimaksudkan itu, bukanlah besar sangat. Nenek yang
dimaksudkan itu bertubuh kecil sahaja tetapi sedikit bongkok bila berjalan.

Kisah nenek itu terkubur begitu sahaja setelah berpuluh tahun lamanya. Tiada siapa yang tahu...tidak juga ayah sehingga dia menutup mata. Kisah ini hanya ku bangkitkan setelah menonton filem 'Waris Jari Hantu'. Aku terasa kisah itu bertepatan dengan apa yang ku alami ketika itu.

Ah! Aku mengurut dada mengucap syukur kerana terselamat dari menjadi mangsa. Dia ada cadangan nak 'pass'  pada aku ke? Isy! Nauzubillah.




Junie Octovian: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada Ku.
Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar memberi 
makan kepada Ku." (Surah az-Zarriyat ~ ayat 56-57)

December 14, 2011

Wordless Wednesday.....

Morning peeps!

Kita beri laluan untuk segment Wordless Wednesday....kisah Harimau Jadian akan disambung esok.....

December 13, 2011

Harimau Jadiankah?

Morning peeps!

Thousand apologies! Sengaja aku tak berblogwalking dalam Disember ini kerana sedang mencekalkan
hati untuk menyiapkan karya yang sedang dikemaskini dan dibaikpulih ini. Kalau berblogwalking nanti
aku terkhayal dan sedikit membuang masa.

Tapi entah macam mana semalam tu selepas seorang teman menelefon bercerita...terungkitlah kisah
anak-anak yang sedang bercuti dan tahun 2012 nanti anak-anak akan memulakan kelas yang baru...
naik darjah dan naik tingkatan. Seorang anak lelakinya bakal menduduki peperiksaan UPSR dan
beliau minta tips bagaimana hendak menjadikan anaknya berminat untuk membaca selain dari komik
dan majalah kerana karangan Bahasa Malaysianya agak lemah.

Selepas berborak panjang dengan beliau, aku duduk menyandar mengenang kisah aku sendiri semasa
bakal menduduki peperiksaan tersebut. Kisah ini telah lama tersimpan tanpa ku beritahu pada ayah dan
emak sekalipun kerana aku tahu mereka tidak akan percaya dan akan menyangka aku membuat cerita
pula.

Begini kisahnya........

Aku yang terpilih diantara tiga orang yang dijangka bakal mendapat 5A itu telah diberi tugasan untuk
membuat ulangkaji. Guru yang terlibat telah memaklumkan bahawa kami harus menyiapkannya dan
menghantar kembali kerja-kerja yang diarah itu keesokkan paginya di sekolah.

...gambar hiasan....

Petang itu kami didatangi tetamu di rumah. Adik ayah dalam perjalanannya dari Bukit Kepong telah
singgah ke rumah untuk menemui ayahku kerana ada urusan proses penjualan tanah pusaka yang
memerlukan tandatangan ayah.

Emak mengarah aku menanak nasi. Oleh kerana di ketika itu memang belum terjumpa lagi dengan
rice-cooker, rata-rata orang menanak nasi menggunakan dapur minyak tanah atau dapur kayu arang
atau dapur yang menggunakan kayu api. Ayah ku yang telah terbiasa makan nasi yang ditanak
menggunakan kayu api itu sedikit cerewet. Maka, untuk menanak nasi harus menggunakan dapur kayu
api yang sengaja didirikan sebuah pondok khas untuk menyimpan kayu di sebelah dapur asal namun,
ianya berasingan dari rumah yang bermakna aku harus keluar ke belakang.

Kebetulan, selepas peristiwa banjir besar....gosip masing-masing berkisar tentang lembaga yang merayap
pada waktu malam mencari kedamaian kerana dikatakan mati mengejut. Terngiang-ngiang di telingaku
kisah yang baru ku dengar petang tadi semasa geng-geng emak datang bergosip di anjung rumah semasa
aku sedang sibuk hendak menyiapkan tugasan sekolah. Maka ketika itu memang lari fokus...malah aku
sama memasang telinga dari dalam.

Mak Mah Pak Yahaya tu pulak kalau bercerita siap dengan aksinya sekali macam dia ada sama di waktu
kejadian. Emak dan beberapa temannya yang lain terangguk-angguk macam burung belatuk mengiyakan
cerita Mak Mah. *ampun Mak Mah ~ kerana menyebut nama Mak Mah pada hari ini*

Jadi, ketika aku sendirian sedang menunggu nasi yang ditanak itu kering, aku terbayang-bayang akan
kelibat lembaga yang diceritakan olah Mak Mah siang tadi. Ya ampun! meremang-remang bulu roma
di tengkukku...hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya aku di ketika itu. Hendak ku panggil
minta pertolongan memang tiada sesiapa di dapur kerana emak dan ayah sudah sibuk bersembang
nun........jauh di ruang tamu di hadapan sana. Manakala aku nun..........jauh di sebelah belakang.

Tak sabar hendak menunggu nasi kering, aku mengacau perlahan. Sambil membuat tap-dancing....
cepatlah kering! cepatlah kering! mulutku berzikir. Aku cepat memadamkan api dan meleraikan bara apabila nasi masak. Aku mengacau meratakan nasi di dalam periuk sebelum menutupnya.

Tiba-tiba.........

Tanpa menjerit dan tanpa banyak cerita, aku mengetuk sekuat hati dengan senduk kayu apabila satu
tangan yang masuk mahu mencapai bahuku dari celah-celah papan pondok kayu yang dibina ala kadar
itu. Tiada pekikan tiada lolongan....tangan tadi hilang begitu sahaja, entah siapa yang empunya!

                                                                                                           ~ bersambung ~

December 8, 2011

At the park...

Hello & greetings to all............

Di Setia Alam ni memang dah masuk musim tengkujuh la...susah nak jumpa matahari...rasa rindu pulak.
Cewah! Cuacanya yang sentiasa redup dan mendung dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup
membawa gerimis menyebabkan suasana nyaman macam berada di Gowinta Farm semasa sesi
memetik strawberry di Brisbane dulu. Sebijik! *saja nak beritahu Angah bahawa kami pun mengalami
cuaca yang lebih kurang aje sekarang ini di Malaysia*

Aku dalam rangka nak menyiapkan karya kedua yang sedang dibaiki dan ditokok tambah. Penat mata
merenung skrin, aku berehat sebentar. Dari bilikku itu jelas kelihatan tasik di seberang jalan besar itu,
kanak-kanak berkejaran. Ooo...dah cuti sekolah, patutlah dengar riuh rendah. Eh! Dah tak hujan? Aku
yang tinggal berdekatan pun tak menyedarinya. Orang ramai yang dah mula memancing tu entah datang
dari mana-mana aje....

Pantang nampak cuaca cerah.....

"Jom kita gi kelah!" Jeritku sambil berlari turun ke tingkat bawah.

Adik yang keseronokan cepat mengisi beg dengan segala bekalan yang ada di rumah. Chipsmore.....
Oreo....Fresh Milk....kekacang dan segala kudapan diangkut sama.

Bekalan kami.....

Aku cepat mencapai sebotol sirap yang siap berbancuh dari esbok. Dah! Off we go. Bukan jauh
mana pun melintas jalan besar tu aje....tapi kucing-kucing peliharaan kami pun sama sibuk mengikut
dari belakang. Berbaris-baris.

Heyp! Toby tak leh ikut...kang sapa nak pimpin
menyeberang jalan?

Sampai sana....KFC yang hanya bersebelahan itu mengirim bau enak ayam gorengnya....mak ai!
Kakak terus dengan rajinnya melintas jalan menuju ke premis KFC yang melambai-lambai.

"Tak payah beli banyak-banyak....orang datang sini berjogging," pesanku mengingatkan.

Ambik kau! 

Tapi memang seronoklah makan-makan waktu berkelah ni. Entah datang dari mana seleranya tak
taulah. Bukan penat mana pun....asyik borak-borak sambil gelak-gelak aje. Roti sandwich pun rasa
sedap sangat.

Haish! Kalau tau tadi bawak botol sos dari rumah....

Lain kali datang kena bawak tikar mengkuang atau apa sahaja yang dapat dibentang untuk mencari
lebih keselesaan. Sambil mereka makan-makan...ku jamu mata dengan pemandangan di sekitar......

Bunga siantan......

Spider Lilly.......

Tong sampah......

Siapa tau...dia bunga apa?

...dan yang ini pokok apa?

Isy! sibuk je akak ni....tepilah!


Pada sesiapa yg nak join tu...ikut papan tanda ni...jangan sampai sesat pulak.

Dah! Jom balik.....baru nak berYOGA pulak dia ni.......

Junie Octovian: Waktu-waktu senggang yang dipergunakan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.



December 5, 2011

Pohon cili yg dianak tiri.....

Hi peeps!

Cuaca yang sejuk dan nyaman ini membuatkan aku seronok pulak berperam dalam rumah. Pokok-
pokok tak perlu disiram...kain baju yang disidai nanti lepas 2/3 hari baru diangkat. Maka aku dapat
lebih masa menghadap kerja-kerja menulis yang masih takkkkkkkkkk siap-siap untuk mencari
penamat yang menarik.

Nescafe satu mug bodoh yang ku sediakan itu sudah kehabisan....biskut sebalang buat kudapan dah
pun surut....maka mataku pun dah naik berbinar memandang skrin computer. Tulisan yang ku taip dah
berlapis tujuh jadinya. Aduyai!

Kucing-kucingku yang selalunya sibuk memanjat meja dan lalu lalang waktu aku membuat kerja kali
ini entah ke mana pulak perginya. Ku toleh kiri si Kaka dah bergulung tidur...ke kanan pula si Ogy
terselit celah sofa dan yang lelain tu di bawah agaknya. Nak keluar bermain memang tak dapat sebab
hujan masih ketak ketik turun kedengaran dari bumbung dapur jiran China di belakang.

Aku tinggalkan kerjaku sebentar untuk merehatkan tulang belakang. Aku turun ke bawah melarikan diri
dari nampak bantal yang seakan memanggilku untuk melengkar. Teringat Angah minta diupload gambar
pokok cili yang ditanamnya sebelum berangkat ke Brisbane.

"Sihat pulak pokok tu semenjak musim hujan ni." Memang selalu terlupa nak disiram air sebab dia
ditanam di luar pagar rumah.

"Ada lagi? Ingat dah mati kena libas dengan pemotong rumput pekerja SP Setia tu?" tanya Angah.

"Ha ah...sebatang itu ajelah yang tinggal. Yang kat dalam ni semuanya dah ditanam semula."

Teringat aku perbualan dengan Angah menerusi telefon satu hari.

"Mama upload gambar nak tengok juga..." pinta Angah yang memang gemar dengan kerja-kerja
bercucuk tanam.

"InsyaAllah...tunggu hari tak hujan nanti...sekarang ni di Setia Alam asyik huuuuujan aje."

Kesian Angah...rindu la tu.....
Tapi kami dah janji nak hantar aktiviti yang kami lakukan. Angah akan hantar gambar atau video dia
dari sana dan aku akan menghantar gambar dan video kami dari sini.

Untuk hari ini...aku kirimkan dulu gambar pokok cili sebatang yang ditanamnya di luar pagar rumah
yang kini hidup subur pula.

Tak sangka pula pokok tu masih hidup...

...dengan buahnya yang masih hijau. Kalau buat cili jeruk sedap ni...

...dan anak pokok sebagai pelapis.

Junie Octovian: Do something kind and unexpected....see what unfolds!



December 3, 2011

SESK.....

Hi peeps!

I was out and about...managed to capture a few pictures of my dear old school while on the way
back home. Happy to share with friends of my batch...see how the school had transformed to a new
look.

The new name....

From different entrance.........


Where's my classroom?

the new building.....

more classroom added.....

...stairs to success..........

Junie Octovian: On and Onwards..................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...